Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label CPUV. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CPUV. Papar semua catatan

15 Ogos 2016

CPUV 1 hingga 5 Ogos 2016

CPUV 1 hingga 5 Ogos 2016



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

CPUV 1 hingga 5 Ogos 2016.  Eh ha... baru perasan hari ini dah masuk 15hb.  Maknanya hampir 10 hari tiada kempen CPUV baru melekat di blog YangBaik.  Agaknya Nuffnang pun dah tak tahu nak bagi kempen apa kat blog YangBaik.  Niche blognya bertukar-tukar dan tidak stabil.  Kadang-kadang ada 3 entri sehari kadang 3 hari baru ada entri... huhuhu.

Nampaknya kena tukar profail dan survey blog di Nuffnang, barulah Nuffnang perasan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan peluang untuk dapat iklan CPUV yang baru.  Agaknya nak letak apa yer kat profail tu nanti... Korang ada idea tak?

Sementara korang cari idea, apa kata kita tengok kejap antara iklan CPUV yang melekat di blog YangBaik.  Tengoklah, pastu korang bagi idea sikit apa akak patut telak kat profail tu nanti.... :D


pendapatan online
CPUV 1 - 5 Ogos 2016

Nampak tak apa CPUV yang melekat tu?

1.  Bidor Kwong Heng.  Kalau tak silap berkenaan sos tiram atau kicap keluaran sebuah syarikat di Bidor.  Dah masuk dalam internet !!

2.  LOT100 - Salt Candy.  Iklan ini pula berkenaan gula-gula baru keluaran LOT100.  Dulu ingat sama macam Lot10... huhuhu

3.  Toyota August Promo.  Yang ini pula iklan mengenai promosi harga kereta keluaran Toyota, antaranya Avanza, Innova dan Altis.  Siap dapat rebate RM8,000.00 lagi.. siapa boleh bagi? Kalau bukan Toyota.

Okeylah itu antara ringkasan senarai iklan CPUV yang sedang menari-nari di blog YangBaik.  Kalau korang singgah ni, ada iklan tu... korang klik lah yer... mana tau dapat maklumat yang korang cari tu.


Sekian dulu ceritera sebuah CPUV untuk hari ini.  Terima kasih Nuffnang dan terima kepada korang semua kerana sudi baca entri ini CPUV 1 hingga 5 Ogos 2016 yang seberapanya ini.

27 Julai 2016

CPUV Nuffnang hingga hari ini

CPUV Nuffnang hingga hari ini



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

CPUV Nuffnang hingga hari ini, 27 Julai 2016.  Ini adalah entri pertama pada bulan Julai mengenai kempen CPUV di blog YangBaik.  Dalam kekalutan mengejar dateline tugas memang tak sempat nak mengerjakan entri CPUV.  Bukan tidak nampak CPUV sedang menari-nari di blog.  Tetapi saja nak bagi peluang dia menari lebih lama.  Mana tahu boleh bertambah lagi.

Oleh kerana kurangnya entri pada bulan Julai, makanya manalah nak bertambah sangat iklan CPUV di blog YangBaik.

Jadinya, inilah antara iklan CPUV yang sedang menari di blog YangBagi bagi bulan Julai sehingga ke tarikh entri ini dikeluarkan.

CPUV Julai 2016

CPUV Julai 2016

CPUV Julai 2016 sehingga kini ialah:

1.  Unilever Vaseline
2.  Acer Revo One Hello Kitty
3.  GE Takaful Avareness Campaign
4.  Astro Circle Kid Club

Kalau tak silap semua iklan di atas pernah dilihat menari-nari.  Lagi baik kalau dapat bertambah lagi dan lagi dan lagi dan lagi... hehehe

Semoga iklan CPUV yang ada sekarang ini dapat menari lebih lama lagi dan dapat menarik lebih banyak CTR Bonus.  Sekarang ini, CTR Bonus yang ada sikit sangat.

Apapun terima kasih Nuffnang dan rakan kongsi serta rakan-rakan semua yang sentiasa menyokong perjalanan blog YangBaik.


Sekian adanya.  Terima kasih sudi baca entri ini CPUV Nuffnang hingga hari ini


01 Julai 2016

Zurich Life - CPUV Terakhir Bulan Jun

Zurich Life - CPUV Terakhir Bulan Jun



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Zurich Life - CPUV Terakhir Bulan Jun, mula melekat pada 28 Jun 2016.  Lambat sikit update sebab YB sibuk dengan tugas lain.  Sekarang pun sibuk juga tetapi nak juga menyibuk update entri CPUV, sebab nak jaga hati Nuffnang.  Mana tahu kerap kali update pasal CPUV, ditambah lagi dengan CPUV.  Pada mulanya ingatkan CPUV akan bertambah lagi, rupanya tidak.  Tunggu sajalah bulan CPUVB bulan Julai pula.



Zurich Life Wellness, menawarkan pelbagai agenda menarik bukan sahaja polisi insuran tetapi permainan atas talian pun ada juga.  Nak tahu, klik saja promoted conten yang bertebaran di blog YB.


Terima kasih atas kunjungan ke entri ini Zurich Life - CPUV Terakhir Bulan Jun

27 Jun 2016

CPUV - Dentsu Honda City datang lagi

CPUV - Dentsu Honda City datang lagi



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV - Dentsu Honda City datang lagi ke blog YangBaik.  Kunjungan kali ke-2 oleh Honda City sesuatu yang mengejutkan juga.  Nampaknya YB perlu buat entri mengenai kenderaan pula.  Isu keselamatan kenderaan untuk balik kampung sepanjang musim perayaan.  Okey jugak kan.  Apa pun YB tak berani nak janji apa-apa.

CPUV - Dentsu Honda City

Biar apa pun isu yang melanda, Honda perlu memastikan kenderaannya sentiasa tip-top dan mendapat tempat di hati peminat Honda.  Perlu juga ketepikan isu-isu negatif yang tidak membawa manfaat.


Terima kasih baca entri ini CPUV - Dentsu Honda City datang lagi.


24 Jun 2016

CPUV Bulan Jun Di Blog YangBaik

CPUV Bulan Jun Di Blog YangBaik


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV Bulan Jun Di Blog YangBaik ada yang sudah terlepas dan ada yang baru masuk.  Sudah hampir ke penghujung bulan Jun baru nak buat entri pengenalan mengenai iklan CPUV yang singgah di blog.  Aduhai.... Janganlah sampai agen Nuffnang merajuk dan tarik balik kempen CPUV nie. Bila mood dah kedaung nak menulis dan cari idea pun semakin malas.  Jadi, dapat iklan CPUV pun cukup-cukup makan, jangan tidak jer.  

CPUV bulan Jun ini ada antaranya sudahpun dikreditkan.  Tidak perlulah YB cerita berapa banyak yang telah dikreditkan, tetapi ianya berpadanan dengan entri blog dan semangat pemilik blog ini. Kusss!!!

CPUV yang telah dikreditkan adalah, Pedigree.  Hmmm iklan ini sebenarnya tidak berapa gemar juga tetapi sebagai pengenalan produk kira boleh lah kot.  CPUV lain adalah Khind Starter Pack, Disney - Animate Your Imagination dan TNB Campaign.  Iklan ini mengenai alnino... panas!!!

CPUV yang masih aktif sehingga entri ini ditulis adalah Ribena Moments.  SME - Microsoft, Dentsu - Honda City, Kleenex Vanilla dan Shell Helix 2016.  Oihh... banyak pula Shell Helix 2016, sampai 6 tapak.  Okey... bagus juga untuk kaut keuntungan.  Memandangkan hari raya pun dah dekat, boleh tengok apa yang Shell Helix tawarkan kepada penggunanya untuk hari raya 2016.

Apa pun Nuffnang masih lagi bermurah hati untuk meletakkan kempen CPUV di blog YangBaik. Cuma belum dapat lagi iklan advertorial.  Agaknya bila agen Nuffnang baca kenyataan ni,,, mereka ketawa terbahak-bahak sampai terguling-guling jatuh bawah meja.  :P

Wei... mana tidaknya berangan nak buat advertorial pulak.  Entri sendiri pun kadang-kadang macam terputus angin, ada hati pula nak buat entri untuk orang lain.  Saja jer perasankan diri sendiri. Berangan tidak salah kan.

Sementara itu... terima kasih Nuffnang, terima kasih pengiklan dan terima kasih kepada anda semua yang tidak jemu-jemu singgah ke blog ini.

Akhir kata, terima kasih sudi baca entri ini CPUV Bulan Jun Di Blog YangBaik.


30 Mei 2016

CPUV Beratur di Blog YangBaik

CPUV Beratur di Blog YangBaik



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

CPUV Beratur di Blog YangBaik walaupun blog jarang update.  Inilah dinamakan rezeki online. Agak lama juga YB tidak update status CPUV Nuffnang di blog ini.  Macam malas jer nak update, tetapi harus juga update sebagai penghargaan kepada Nuffnang dan rakan pintarnya dalam kesudian beriklan di blog YangBaik.  Ketandusan idea pun ada juga, mana tidaknya iklan CPUV selalu juga melekat di blog YB tetapi hasilnya sedikit sangat.  Boleh dikatakan setiap minggu ada saja iklan CPUV yang melekat, ada yang beriklan untuk tempoh yang lama dan ada juga beriklan sekejap saja. Itu semua bergantung kepada tempoh yang telah ditentukan oleh mereka (Nuffnang dan syarikat).


Nak update pun segan.  Sekarang!!! sudah terang lagi bersuluh, YB sendiri yang mengaku ... hehehe


CPUV pada 30 Mei 2016


Pada penghujung bulan Mei, walaupun masih tinggal sehari lagi masih ada 6 iklan CPUV yang masih aktif seperti di atas.  Agaknya untuk esok ada tak CPUV yang akan singgah lagi.  Antara iklan di atas ada yang pernah dilihat ada juga yang tak sempat tengok lagi macam mana rupa iklannya.  Seperti yang pernah diperkatakan oleh otai-otai blogger dalam Nuffnang, kebanyakan iklan menari pada lewat malam dan pada masa-masa tertentu yang tidak ketahui.

Jumlah pendapatan bersama Nuffnang buat masa ini belum lagi mencukupi untuk dikeluarkan. Nak tunggu sampai 4 angka adalah amat mustahil.  Dapat 3 angka pun sudah memadai.... walaupun jenuh jugalah merangkak nieh.

Terima kasih kepada Nuffnang dan terima kasih juga kepada anda semua atas kesudian singgah baca entri CPUV Beratur di Blog YangBaik.




12 Februari 2016

Entri Pantas | CPUV ke-10 dan 11 Tahun 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Entri Pantas |  CPUV ke-10 dan 11 Tahun 2016


Pantas sangat ker?  Dah macam entri terobek jer.

Baru sekarang nak update entri mengenai CPUV yang telah diterima pada hujung bulan Januari dan awal Februari 2016.  Nampaknya kurang meriah sikit CPUV kali ini.  Mungkin juga sebab dah lama tak update survey kat Nuffnang.  Star rating pun dah jatuh dari 3 bintang kepada 1 bintang jer.  

CPUV ke-10 dan 11 Tahun 2016
CPUV ke-10 dan 11 Tahun 2016
CPUV ke-10, Rakuten Bloggers project.  Entah projek apa tak perasan pula.  Mungkin juga keluar masa sedang tidur kot... hehehe

CPUV ke-11 pula adalah Huawei Mate S & Watch.  Rasanya macam pernah tengok iklan tu bergedik kat blog ni.  Iklan yang menceritakan mengenai jam keluaran Huawei.  Wei... dah ada jam elektronik nie... canggih betul.

Sekian dulu, YangBaik nak update survey blog kat Nuffnang.  Agak-agaknya apalah yang nak diceritakan yer kat Nuffnang.  Selalu sangat cerita lain tapi tulis lain... sungguhlah tidak efektifnya. Aduyai.



02 Februari 2016

CPUV Ke-7, 8 dan 9 Tahun 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV Ke-7, 8 dan 9 Tahun 2016


Agak terlewat pula YangBaik keluarkan entri ini.  Boleh lah dikatakan entri ini entri "pandang belakang", kerana hari ini sudah masuk hari ke-2 bulan Februari, baru nak keluarkan entri CPUV yang diterima pada bulan Januari.  Aduh... harapan YangBaik adalah Nuffnang tidak akan mendenda atau menarik CPUV ini dengan cepat.  Kali ini YangBaik kongsikan kempen CPUV yang ke-7, ke-8 dan ke-9 yang telah diterima dan sedang berlangsung.

CPUV ke-7, 8 dan 9 2016

CPUV ke-7 adalah Titan Watch Launch.  Titan adalah jenama jam tangan yang popular dan berprestij.  Pastinya menjadi idaman setiap orang mengikut kemampuan dan minat juga.

CPUV ke-8 pula adalah Huawei Mate S.  Huawei, satu jenama yang hebat juga dalam arena telekomunikasi.  YangBaik ada satu jenama yang sedang digunakan sekarang.  BEST WEI!!!

Okey, CPUV ke-9 adalah Panadol Actifast.  Biarpun iklannya tidak melibatkan Panadol secara langsung tetapi boleh kita kaitkan bagaimana kehidupan sekarang yang mementingkan kesegeraan. Semuanya mesti segera.  Aktiviti kita pastinya terbatas apabila kesakitan menyerang. 

Demikianlah serba sedikit dan ringkasan review CPUV yang sedang bernari-nari di blogYangBaik.


Terima kasih atas kesudian singgah dan meninggalkan komen untuk entri CPUV Ke-7, 8 dan 9 Tahun 2016

20 Januari 2016

Wordless Wednesday #52016 | CPUV ke-6 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wordless Wednesday #52016 |  CPUV ke-6 2016


CPUV ke-6 2016 |  MARIGOLD
CPUV ke-6 2016 |  MARIGOLD


13 Januari 2016

Wordless Wednesday #32016 | CPUV ke-5

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wordless Wednesday #32016 |  CPUV ke-5


CPUV 5/2016:  Body Perfect Starter Pack


Terima kasih  Nuffnang!

11 Januari 2016

4 CPUV Pertama 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


4 CPUV Pertama 2016


Rezeki dan tuah blogger.  Ye lah bila dah mula berblogging, idea datang sendiri untuk memulakan cerita.  Walaupun ada masa yang tertentu kita rasa terhimpit sangat sebab tidak berupaya update blog dek kekangan masa dan juga tugasan hakiki yang lain.  Namun sebagai blogger adalah tidak wajar kita membiarkan blog itu kekeringan dan bersawang.  Ehh... kenyataan ini adalah sebagai peringatan kepada diri sendiri memandangn YangBaik juga sejak kebelakangan ini tidak mampu update blog mengikut masa.  Tertewas dengan kekangan masa kerana tidak mahir dalam pengagihan tugas.

Lari sekejap dari kesedihan dan kedukaan.  Biarpun blog semakin jarang dikemaskini tetapi penglibatan bersama Nuffnang jangan dipandang sepi.  Untuk bulan Januari 2016 sahaja sehingga ke hari ini ini sudah empat (4) kempen CPUV melekat di blog YangBaik.  Seperti tidak percaya tetapi itulah yang terjadi.  Terima kasih Nuffnang.  


My goal for 2016

Namun CPUV yang melekat itu bukanlah hadirnya sendirian.  Kehadiran CPUV itu hadir bersama kehadiran dan kunjungan rakan blogger yang tidak jemu-jemu singgah dan meninggalkan link. Mungkin juga kerana entri di blog YangBaik kurang meriah seperti dahulu tetapi masih ada juga rakan-rakan blogger yang singgah.  Terima kasih semua.

4 CPUV 2016

4 CPUV 2016


Terima kasih juga kepada rakan pintar bersama Nuffnang yang sudi beriklan di blog YangBaik. CPUV bulan Januari 2016 dimulai dengan Acer Predator 17, diikuti dengan Marigold - UHT Milk, Toyota New Year Promo dan Welcome to Shell Campaign.  Semua iklan yang tersenarai ni semuanya ada kaitan dengan kehidupan seharian kita.  

Umpamanya Acer Predator sebuah Laptop yang diperlukan untuk meneruskan hidup di alam maya, Marigold pula membekalkan susu untuk kesihatan dan kecergasan, Toyota pula kenderaan serba moden dan mewah walaupun kita mungkin tidak mampu memilikinya sekarang dan Shell pula jenama yang popular untuk menggerakkan kenderaan kita di muka bumi ini.

In shaa Allah semoga kehidupan kita mendapat rahmat dan keberkatan dariNya.

Terima kasih atas perhatian semua.




19 Oktober 2015

Mengapa CPUV Bulan Oktober Lewat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mengapa CPUV Bulan Oktober Lewat


Jenuhlah menunggu CPUV muncul pada bulan Oktober, bermula dari 1 haribulan lagi.  Tunggu punya tunggu tak juga muncul.  Mulalah YB terfikirkan kot-kot encik Nuffnang dah merajuk atau ada kesilapan pada link blog.  Tak apa lah sabar lagi.... nak bertanya hantar tiket kepada Nuffnang tu rasa 'leceh'.  Jadi tunggu pula apa kata rakan blogger yang lain.  Tiada juga komentar.  Ada dari kalangan rakan blogger sudahpun menerima iklan CPUV pada minggu pertama Oktober. Oiiii... jeles juga tau.  
Rezeki masing-masing kan.  Mana yang rajin berusaha dapatlah hasil yang lebih.  Kalau dah malas nak update blog maka mana mungkin nak dapat hasil yang lebih.  SEO blog pun masih berterabur.

Tunggu lah lagi... dan akhirnya hari ini baru YB dapat update senarai CPUV yang mula beratur menari di blog YangBaik.

Nah, inilah senarainya.

CPUV 12345 Oktober 2015

CPUV 12345 Oktober 2015


Setelah menunggu sekian lamanya, pada 12 Oktober 2015 barulah muncul CPUV yang pertama iaitu UforLife Launch, iklan mengenai produk insuran.  Diikuti dengan MOH - Exclusive Breastfeeding, Lux Obsession, Sofy Compact dan U-Mobile.  Agak menarik juga iklan CPUV yang muncul kali ini kerana kelima-lima iklan berkenaan YB sempat melihatnya pada waktu siang. Kebiasaannya iklan CPUV akan keluar pada tengah malam atau lewat malam.  

Namun jawapan kepada mengapa CPUV bulan Oktober lewat dikeluarkan oleh Nuffnang masih juga tiada jawapan.

Walau apapun terima kasih juga kepada Nuffnang atas kesudian meletakkan iklan CPUV di blog YangBaik.  Terima kasih juga kepada rakan-rakan blogger yang rajin berkongsi link dan jejak yang memungkinkan Nuffnang meletakkan CPUV lebih banyak lagi.  

Bersama kita menyokong industri blog negara ke arah yang lebih murni.

Sekian.


28 September 2015

Bagaimana CPUV boleh beratur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bagaimana CPUV boleh beratur


Bagaimana CPUV boleh beratur kat blog akak?  Itulah persoalan yang sering ditanya setiap kali YangBaik bercerita mengenai CPUV yang beratur di blog.  CPUV kat blog YangBaik ni tidaklah selalu beratur atau berbaris panjang.  Selalu juga timbul sejemput, kadang-kadang dua tiga minggu baru timbul satu.

YangBaik sendiri sebenarnya tiada petua atau tutorial yang jelas.  Sebab selalunya YangBaik suka melihat blog kawan-kawan yang ada Nuffnang.  Kadang-kadang ada dikalangan mereka yang rajin membuat tutorial siap bagi petua Bagaimana CPUV boleh beratur.

Bukanlah kedekut ilmu tetapi yang penting sebagai blogger perlu usaha lebih sekiranya berminat untuk mendapatkan CPUV yang beratur di blog.


CPUV beratur September
CPUV beratur September

CPUV yang sedang bergedik di blog YangBaik ketika ini adalah Wall's Fruttare, Kate, Petrosains Illusions, Kaodim x Maria Elena, The Face Shop dan UMobile P70 Hero Campaign.

Nampaknya kena rajin-rajin lagi menulis mengenai CPUV yang sedang trending di blog.  Sebagai motivasi kepada Nuffnang untuk terus meletakkan CPUV beratur di blogYangBaik.  Bukan sahaja kepada Nuffnang tetapi kepada penulis blog ini juga.

Agaknya bagaimana lagi nak dapatkan CPUV beratur di blog?



15 September 2015

CPUV September 2015 | Konflik blog?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV September 2015


Terasa lama sangat tak update cerita mengenai CPUV.  Sesekali terfikir juga untuk biarkan saja CPUV Nuffnang berlalu pergi.  Mana tidaknya berhari-hari menunggu timbulnya iklan Nuffnang tak juga timbul.  Entah di mana silapnya YangBaik tidak pasti.  Ada juga terlintas nak menarik diri dari Nuffnang.

Nak tahu juga ke mana perginya iklan Nuffnang, tidak timbul-timbul. Adakah dia yang merajuk atau YangBaik yang tak reti nak pujuk... oowwhhh... tak romantik langsung nak pujuk-pujuk nie...

Dijadikan cerita, selama ini YangBaik sentiasa update blog dan blogwalking juga menggunakan khidmat encik Google Chrome.  Rasanya ada konflik kot antara blogspot dengan Google Chrome dan Nuffnang. Saban hari blogging tak kelihatan pula iklan Nuffnang berkeliaran di blog rakan blogger apatah lagi di blog YangBaik.  Tetapi ada juga rakan blogger yang update entri mengenai iklan CPUV.  Bagaimana dan di mana pula mereka berjumpa dengan Nuffnang, sedangkan YangBaik agak lama juga tidak berjumpa dengan Nuffnang.

Hari ini, YangBaik cuba bertukar pula dari Google Chrome kepada Microsoft Edge.  Haa... baru dapat jumpa dengan Nuffnang dan update kedudukan Nuffnang di blog.  Memang tak banyak lah earning yang dapat dari Nuffnang sebab YangBaik bubarkan sementera widget Nuffnang, bila nak letak semula tak boleh buka pula Nuffnang semuanya gara-gara Goggle Chrome.  Adoiii

CPUV September 2015
CPUV September 2015

Inilah hasilnya.  CPUV yang melekat di blog YangBaik.  Bermula dengan Dove Hair Campaign pada 1 September 2015 diikuti The Face Shop pada 3 September 2015 dan terakhir Welcome to Shell Campaign pada 7 September 2015.  Hari ini mungkin kah CPUV akan bertambah lagi?  Nantikan kemunculannya.

Sesuatu perlu dilakukan.  Agaknya ada tak dari kalangan Rakan blogger yang berhadapan dengan situasi yang serupa?   Boleh kongsikan di sini.


14 Ogos 2015

CPUV Nuffnang Beratur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV Nuffnang Beratur 


Bukan sesuatu yang sukar dan juga tidak mudah untuk mendapatkan CPUV Nuffnang melekat di blog.  Nak tarik perhatian pengiklan dan Nuffnang memerlukan kesabaran dan kerajinan dalam berblogging.  Terima kasih kepada Nuffnang dan pengiklan yang sudi mengatur CPUV di blog YangBaik pada bulan Ogos.  Betul-betul tidak sangka.

CPUV 2345 bulan Ogos

CPUV 2345 bulan Ogos


Ada empat iklan CPUV yang baru diwartakan di blog YangBaik. CPUV pertama telahpun direkodkan pada entri yang lepas.  Kali ini giliran 4 lagi CPUV direkodkan pada entri ini iaitu UforLife, Saturday Night Fever, KFC - Zinger Rice Wrap dan KFC - Ka$h Card.  Tidak sempat nak merakam bilakah iklan-iklan berkenaan menari-nari di blog ini.

Kepada rakan blogger yang berminat nak mendapatkan tips bagaimana CPUV Nuffnang boleh beratur setiap bulan sepanjang masa boleh rujuk di SINI.  YangBaik tidak berapa mahir memberi tips tetapi mahir dalam belajar mendapatkan tips bagaimana CPUV Nuffnang beratur.  Kadang-kadang tidak juga beratur, itu semua boleh diatasi bila kita rajin mentelaah setiap tips yang diberikan.

Masih berminat untuk mendapatkan tips bagaimana CPUV Nuffnang beratur?  Rajin-rajinlah survey. YangBaik tiada tips yang boleh dikongsikan tetapi boleh memberi jalan untuk mendapatkan tips. Ramai juga dikalangan rakan blogger kita yang bijak dalam memberi tips menarik.

Penting untuk meneliti setiap entri yang dikeluarkan untuk mendapatkan tips yang telah diberikan.

Semoga setiap tips yang diberikan dapat membantu rakan blogger dalam menjana income secara online.


06 Ogos 2015

CPUV Pertama Bulan Ogos di Blog YangBaik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV Pertama Bulan Ogos di Blog YangBaik


Sesekali mood berblogging  'ding dong ding dong'.  Entahlah, bagaimana hendak digambarkan pun tidak pasti.  Tetapi hari ini setelah mendapat CPUV yang pertama dari Nuffnang rasa bersemangat sikit.


CPUV Pertama Ogos 2015

CPUV Pertama Ogos 2015


Beberapa hari kebelakangan ini nampaknya Nuffnang seakan tidak berapa serasi dengan blog YangBaik.  Ada ketikanya 3 hari menghilang tanpa khabar berita.  Semuanya kelihatan seperti ada kecelaruan sebagaimana situasi semasa.  Namun hidup mesti diteruskan.  Begitu juga dengan blog.  Selagi ada upaya hendak menulis dan berkarya selagi itu jugalah blog menjadi pemangkin untuk menjelaskan segala yang terbuku di hati.

Weh... akak ni dah celoteh apa tu?

Akak nak bagi tahu akak teruja sangat sebab dapat CPUV Nuffnang walaupun dalam keadaan blog yang tidak berapa stabil sekarang nie.  Dapat pula CPUV dari IKEA, satu jenama besar dalam pasaran perabot dan kelengkapan semasa.


IKEA Sale

IKEA Sale


IKEA Sale sedang berlangsung mulai 6 hingga 23 Ogos 2015.  Jadi, jika tiada alasan lain yang munasabah anda patut miliki satu.  Pastikan buat pilihan yang terbaik supaya tidak rugi.  Banyak pilihan yang ada.  YangBaik ada hasrat juga untuk memiliki beberapa kelengkapan yang ada di stor IKEA. 

Terima kasih Nuffnang dan IKEA.




27 Julai 2015

CPUV ke-3 Julai 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV ke-3 Julai 2015


Bulan Julai nampaknya blog ini kurang mesra pula dengan CPUV.  Agaknya sebab mood puasa bercampur dengan GST kot... hohoho.  Pandai-pandai saja buat spekulasi.    Yang sebenarnya tiada kaitan pun dengan GST atau puasa tetapi disebabkan blog YangBaik kurang menerbitkan entri yang bermutu serta berkaitan dengan isu semasa.  Jadi Nuffnang pun jadi segan nak letak iklan CPUV.

Sudah hampir ke penghujung bulan, baru dapat 3 CPUV untuk bulan Julai.  Apa nak buat, blog kurang aktif sangat.

Jom kita tengok CPUV dari mana pula yang melekat di blogYangBaik.

CPUV ke-3 Julai 2015
CPUV ke-3 Julai 2015

CPUV ke-3 Julai 2015, Fail & Lovely Raya.  Nampak tak, CPUV pun masih berkisar Raya.  Entri di blog YangBaik tak banyak yang bercerita mengenai Raya.  Jadi macam mana nak dapat banyak klik. Eh korang.  Untuk betul rakan blogger kita yang dapat peluang buat entri 'promoted content' untuk CPUV di Nuffnang.

Agak-agak musim raya ni banyak sangat jemputan rumah terbuka, nak make-up pun dan naik malas. Apa kata korang guna jer Fair & Lovely pasti tidak mengecewakan.

#inikanraya



20 Julai 2015

CPUV Pertama dan kedua Julai 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV Pertama dan kedua Julai 2015


Bulan Julai sudahpun mencecah hari yang ke-20, baru lah YangBaik nak keluarkan entri mengenai CPUV pertama dan kedua.  

Lambatnya weh... mana tidaknya semangat nak up entri CPUV tidak berapa nak menjadi disebabkan yang masuknya tidak seberapa walaupun setiap hari up entri. 

Dah nampak macam lari tajuk atau lari dari tujuan asal berblogging?  Tidaklah.  Sekarang ni sendiri tanya sendiri jawab, sendiri buat entri sendiri baca... dah jadi entri syok sendiri pulak.  Orang lain dok sibuk berhari raya kita dok sibuk pasal CPUV yang tidak seberapa.

Tengoklah dulu CPUV apa yang ada di blog YangBaik nie...

CPUV Pertama dan Kedua Julai 2015

CPUV pertama Wall's Magnum Raya berkempen di blog ini mulai 3 Julai 2015.  Sehingga entri ini dikeluarkan, tidak banyak % klik yang diperolehi.  Mana pergi nye?  Ooo... bulan puasa orang kurang makan aiskrim.  Harap-harap bila dah raya nie, adalah penambahan sikit... Jom makan aiskrim Magnum :P

CPUV kedua pula krim kecantikan kulit Vaselin Vavavoom.  Ada nampak juga nampak kelibat iklan tu bergedik kat sini.  Semakin top nampaknya rakan blogger Namee Roslan.  Selalu juga nampak Namee Roslan dalam kempen PC Nuffnang.  Tuah dan rezeki orang yang rajin.

Vaselina Vavavoom - Namee Roslan
Vaseline Vavavoom - Namee Roslan

Sambil-sambil makan berhari raya tu jangan lupa layan iklan yang melekat di blog YangBaik. 


06 Julai 2015

CPUV Jun yang tertinggal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV Jun yang tertinggal


Bukan sengaja meninggalkan CPUV yang telah diberikan oleh Nuffnang.  Banyak sangat entri yang nak buat sampai tertinggal dalam kotak draf.  Sedar-sedar hari ni dah bulan Julai sudah pun hampir seminggu rupa-rupanya masih ada entri CPUV bulan Jun yang masih belum dikeluarkan.

CPUV ke-11 Jun 2015

CPUV ke-11 Jun 2015


Kiranya untuk bulan Jun, inilah CPUV yang terakhir kerana sehingga 30 Jun 2015 tiada lagi CPUV yang diterima.    CPUV ke sebelas untuk bulan Jun adalah Shell Helix 'Love My Engine'.  Ada juga nampak kelibat iklan tu berdansa seketika di blog YangBaik.  Kadang-kadang timbul sekejap sangat. Rasanya mungkin ramai yang tidak perasan kehadirannya sebab sehingga entri ini dikeluarkan tidak banyak peratus klik yang diterima.

Walau apapun, terima kasih kepada Nuffnang dan Shel Helix kerana sudi berkongsi CPUV di sini.


25 Jun 2015

CPUV 7 8 9 dan 10 Bulan Jun 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV 7 8 9 dan 10 Bulan Jun 2015


Rezeki berganda di bulan Ramadhan.  Sekali lagi lagi Nuffnang bermurah hati membekalkan kempen CPUV kepada blog YangBaik.  Inilah yang dikatakan orang memberi kita merasa.  Ada sedikit buat cara sikit.  Dah ada banyak kita buat secara pukal. Kan

Bukan sengaja nak kumpula empat CPUV untuk satu entri.  Tetapi disebabkan sebab-sebab tertentu yang pastinya semua orang tahu.  Yang mana tidak tahu... jangan segan boleh bertanya, YangBaik akan menjawabnya :D

Diikutkan hati setiap CPUV yang diberikan oleh Nuffnang hendak dibuat entri.  Barulah entri mengenai Nuffnang tidak putus-putus dan entri blog pun setiap hari ada saja.

Jom kita tengok ada apa dengan CPUV 7, 8, 9 dan 10 untuk bulan Jun 2015 di blog YangBaik.

CPUV 78910 Jun 2015


Terselit CPUV 6 di situ.  Ini adalah kerana CPUV ke-7, Tesco - Lebih Jimat hanya keluar sejurus entri CPUV 3456 dikeluarkan.

CPUV ke-8, uMobile Blogger Ambassador bermula 22 Jun 2015.  Ada terlintas iklan UMobile di blog YangBaik tetapi tidak pasti pula Blogger Ambassador ini merujuk kepada iklan yang mana satu.
CPUV ke-9, Resort World Sentosa bermula 23 Jun 2015.  Tidak pasti bila iklan resort world muncul di blog YangBaik.

CPUV ke-10, OLDTOWN White Coffee bermula 24 Jun 2015.  Memang sedang trending di blog sekarang.  Telah kelihatan beberapa kali semenjak ianya mula dimasukkan.  Hari ini pun ada juga kelihatan.

Terima kasih kepada Nuffnang yang sudi meletakkan CPUV di blog YangBaik dan terima kasih juga kepada anda semua ada sokongan.

Sekian.


Carian