Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label hobi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hobi. Papar semua catatan

17 Julai 2014

Seluar batik dan seluar pelikat pilihan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seluar batik 

Seluar batik atau seluar pelikat yang menjadi pilihan untuk hari raya.  Entahlah mood sekarang ni dah kedaung.  Kadang-kadang tak berapa stabil diikuti dengan kesakitan di belakang kepala dan simptom ENT. Saya tidaklah hendak menulis mengenai ENT kerana ia merupakan istilah berkaitan kesihatan dan hanya yang pakar sahaja mengetahui.  Namun dalam kesakitan yang tidak seberapa sempat juga menyiapkan seluar batik dan seluar pelikat untuk encik suami.  Itulah aktiviti hujung minggu sebab tak keluar jalan-jalan cari makan. 


Nak cerita pasal seluar batik ke seluar pelikat?  

Asalnya saya ingin nak buat dua entri berasingan.  Satu bercerita mengenai seluar batik dan satu lagi cerita mengenai seluar pelikat.  Tetapi rasa pelik pula, seluar yang sama dijahit pada hari yang sama tetapi entri dikeluarkan pada hari yang berasingan.  Tanya encik suami pula.  Dia tak kisahkan asalkan ada idea dan ada masa mana-mana pun boleh. Hmmm.... sebenarnya idea tidak berapa nak ada untuk menulis banyak-banyak walaupun rasa rugi pula bila buat entri 2 dalam 1. 

Tak mengapalah... disebabkan saya dah kesuntukan masa dan idea nak menulis pun tidak berapa nak hadir.  Maka keluarlah entri ini... Seluar batik dan seluar pelikat.


Seluar batik untuk Abid

Seluar batik
Seluar batik.  Sudah hampir 2 tahun rasanya kain batik ini berada dalam simpanan.  Tidak ingat pula sama ada kain ini diberi oleh arwah ibu atau dibeli.  Dua helai dengan corak yang sama tetapi warna yang sedikit berlainan.  

Setelah siap dijahit barulah encik suami mengakui bahawa sudah lama sebenarnya dia idamkan hendak memakai seluar batik.  

Eh eh... teringin sangat pulak... kalau macam tu kenapa tak cakap awal-awal semasa dapat kain batik ni. Tetapi elok juga lambat siap lambat rosak... kan?  Korang jangan nak tambah apa-apa lagi... banyak sangat maksud tersirat bila seluar ni dah siap... biar saya simpan dalam kotak ingatan sehingga luput atau kalau tak boleh luput saya akan pastikan ia akan pudar... hehehehe

Seluar pelikat


Seluar Pelikat


Walaupun berkali-kali entri dengan tajuk yang hampir sama saya tidak jemu untuk bercerita.  Kerana pengisiannya pasti berbeza.  Pada anteri seluar batik yang terdahulu ia dibuat untuk anak-anak tetapi untuk entri kali ini... seluar batik ini dibuat untuk ayah dan lebihan kain dibuat untuk anaknya pula.

Puas hati kerana dapat berbakti kepada encik suami dan anak-anak.  Apatah lagi apabila karya ini mendapat pujian san sanjungan daripada encik suami... senyum jangan marah ahhh.


p/s:  Seluar batik pakai di hari raya pun okey jugak kan? :P


02 Julai 2014

Seluar batik pakaian santai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seluar batik pakaian santai


Sengaja nak melihat kelainan pada pakaian anak-anak.  
Selalu pakai seluar baju beli.  Kali ini giliran umi pula nak tunjuk skill menjahit seluar batik. :P
Bukan tidak sayang kain batik baru beli tetapi kalau beli tak pakai-pakai nanti reput sebab simpan.  Kebetulan pula ada kain batik satu ni dah lama sangat simpan ... jadi sebelum ia mereput baik digunakan sehingga reput.



Seluar batik amatlah sesuai untuk anak kecil tidak kira anak lelaki atau perempuan.  Dah berjaya siapkan satu untuk anak perempuan... tak nak pakai pulak.  Buat satu lagi untuk adik lelakinya... okey suka sangat sampai tak mahu bergambar. Nampak ayah terlompat-lompat nak ikut.


owhhh ala.... dok muting lagi... sudah-sudah la tu Abid.

Nampak sangat lah kan umi ni suka paksa anak-anak bergambar... sampai patah pembaris panjang.  Itu kerja si Abid. 
Kakak-kakak sekelian maaf yer umi nak tangkap gambar Abid saja. Korang jangan nak menyibuk.  Bila umi dah siapkan korang punya seluar batik nanti baru boleh bergambar ramai-ramai.

Pada asalnya nak buat seluar pelikat untuk anak lelaki dan seluar batik untuk anak perempuan.  Tetapi budak-budak kan.... pakai batik atau pelikat mana-mana pun cantik dan segak bergaya.

Tunggu lah kalau ayah beli kain pelikat murah sikit boleh buat seluar pelikat :P
Kalau nak buat seluar pelikat dari kain pelikat cap Mangga atau Gajah Duduk... huihh... mahal tu.
Budak-budak cepat membesar... buat apa beli mahal-mahal nanti membazir saja.

Seluar batik sesuai juga untuk pakai di hari raya kan? 
:P




17 Jun 2014

Jahit tudung sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Jahit tudung sendiri

Gambar ini telah dimuat-turun ke akaun facebook.

Hari minggu lepas tercapai hasrat di hati yang terpendam sekian lama.  
Hasrat untuk memilik tudung hitam... Rasanya tiada dalam koleksi sendiri... yang ada dulu telahpun dihadiahkan kepada orang lain atas sebab-sebab tertentu.
Dan... kini teringin memiliki tudung hitam dan hasil dari tangan sendiri.

Bukan tidak boleh beli yang sudah siap atau jahit dengan mesin (masih guna tangan jugak kan?)  Tetapi disebabkan mesin sudah uzur dan mengambil masa untuk dibaik-pulih, maka jahit sendiri adalah lebih afdal dan jalan yang terbaik ... buat masa ini.

Kain berkenaan adalah kain hitam dari jenis apa .... maaf saya kurang arif sangat dengan nama kain.  Jenis kain yang saya tahu kain cotton, lycra, satin, sutera dan kain batik (hehehehe).


Keronsang kecil menghiasi tudung polos hitam bagi
menambahkan sedikit kelainan dan tambah seri

Pengalaman menjahit tudung sendiri ini saya perolehi ketika bertugas sebagai guru tadika Islam di Ipoh selepas tamat SPM.  Sekarang skill  (kemahiran) itu sedikit pudar tetapi ditambahbaik dengan pembacaan dan pengalaman sendiri.

Hasrat untuk memliliki tudung hitam ini suatu ketika dulu pernah timbul tetapi pudar kerana teguran oleh pekerja kedai tudung.  Katanya saya tidak sesuai pakai tudung hitam... nampak gelap dan sebagainya.

Setelah sekian lama... baru-baru ini timbul semula hasrat itu.  Dan kini hasrat telah tercapai.

Inshaa Allah akan berkongsi cara menjahit tudung sendiri sekiranya ada kelapangan serta ada yang berminat untuk mengetahuinya.

Hitam lah hitam  sitampuk manggis
Sungguhpun hitam dipandang manis

09 Februari 2014

Beg sandang untuk 3 orang penting

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Beg sandang untuk 3 orang penting

3 beg buat insan tersayang.
Dari kiri beg mengaji untuk Irdina, beg mengaji untuk Alif dan beg kerja untuk encik suami.
Semoga menepati citarasa mereka. Sayang semua!!!

Beg sandang untuk 3 orang penting yang istimewa.  Bukan biasa sebenarnya bagi YB untuk menyiapkan 3 unit beg dalam masa 2 hari.  Sememangnya memang tidak pernah dibuat.  Tetapi pada hujung minggu kali ini YB berjaya menyiapkan 3 beg untuk keperluan 3 insan tersayang.  Bukan 3 orang saja yang disayang dalam keluarga ini tetapi ramai lagi tetapi untuk kali ini baru berjaya menyiapkan 3 beg ini untuk kegunaan mereka bertiga.

06 Februari 2014

Bunga Kertas berasal dari kertas berwarna

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Bunga kertas yang mekar di laman bonda.
sumber gambar:  Instagram #yangbaik


Bunga kertas berasal dari kertas warna.  Itulah permulaan pengenalan mengenai bunga kertas.  Masih teringat ketika zaman kanak-kanak, selalu siram pokok bunga di laman bonda.  Banyak jenis bunga; bunga kertas, bunga 3 bulan, bunga kekwa bunga rose jepun, juga pokok puding.  

01 Disember 2013

Butang Lencana BoBoiBoy Khas dari Musim ke-3 | Solivite

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Butang di atas adalah koleksi peribadi... baru satu dapat kumpul dan simpan.  Butang ini boleh didapati apabila memberi Solivite.  Terdapat 30 rekabentuk butang dan ianya adalah percuma dengan pembelian minuman sukaramai Solivite.

Untuk rekod butang di atas adalah pemberian rakan sepejabat.  Dah habis diminum air solivite diberinya saya butang ini.  Terima kasih kawan.

Beberapa hari lepas ternampak seperti ada butang yang serupa saiznya di rumah.  Sudah jadi bahan mainan anak-anak.  Agaknya mereka dapat semasa beli solivite dengan ayah kot!!.

Okey... butang ini umi akan simpan dan buat koleksi... baru dapat satu tinggal lagi 29 rekabentuk yang nak kena kumpul... mudah-mudahan berjaya.


Nak dimaklumkan juga siri animasi hebat BoBoiBoy Musim ke-3 akan datang pada Januari 2014.  



Intro dan jalan cerita memanglah macam terdesak sangat sebab nak kejar masa nie... 
Idea tak berapa nak jadi tapi nak juga buat cerita.



suka duka pentas dunia



29 September 2013

Ilmu baru | Jahitan manik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ilmu perlu ditambah dan dicari. Tidak kiralah ilmu dunia atau ilmu akhirat.  Tetapi yang paling penting adalah ilmu akhirat kerana di sana tempat perhentian kita.

Tidak berhasrat untuk bercerita panjang lebar mengenai kedua-dua ilmu sama ada ilmu dunia atau ilmu akhirat.

Yang hendak diceritakan di sini adalah pada hari ini sekali lagi aye telah dapat ilmu baru yang berkaitan dengan hobi dan minat yang dikaitkan secara lazimnya dengan kaum wanita.



Ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu jahitan manik.  Secara rasmi ilmu ini telah diperolehi secara berguru.

Selepas ini apa yang perlu dilakukan adalah mencari kedai yang menjual manik dengan harga yang berpatutan.  Telah ada maklumat mengenai kedai manik yang murah dan mahal... seharusnya diselidik dulu.   Kerja-kerja penyelidikan tidak dapatlah dilaksanakan dengan segera tetapi akan dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan ilmu yang dipelajari tidak terhenti.

Boleh jadi juga ilmu ini akan menjadi sumber pendapatan sampingan seorang blogger. :D

Sekian adanya...terima kash.



09 April 2013

Membaca Menambah Ilmu dan Pengetahuan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seiring dengan perkembangan semasa dan juga perubahan usia, adalah wajar sekali bentuk dan bahan bacaan kita berubah.  Seiring dengan masa dan juga umur serta tahap kefahaman.  Walaupun demikian sesekali buku awal bacaan perlu juga diteliti untuk bahan bacaan anak-anak.  

Antara koleksi bahan bacaan.

21 Januari 2013

Jom baca buku

As salam,


Minat membaca sememangnya baik dipupuk sejak kecil.
Bahan bacaan juga hendaklah dipantau agar tidak menjurus kepada bahan bacaan ringan seperti buku kartun sahaja.

Inas sedang khusyuk membaca?
Namun tidak pasti di mana silapnya si comel seorang ini.
Membaca di dalam gelap?
Sejurus disambarnya komik itu dari kedai buku terus bawa lari ke dalam kereta tak sabar nak baca.
Nasib baik umi sempat tengok, kalau tidak kan dicop **** oh !! tidak jangan sesekali... umi dah bayar pun harga buku tu.

Malam itu tidur dengan komik ini.

Semasa kecil tak pandai belek buku
Yang tahu hanyanya 'mengemas' laci dapur

Tetapi tidak lama, esoknya terus campak komik tu entah ke mana.

'suka duka pentas dunia'


.

28 Disember 2012

Buku Terakhir 2012

As salam,


Berbaki 3 hari lagi menjelang berakhirnya tahun 2012 Masehi.  Tahun 2013 sudah mendekat.

Banyak sudah entry terakhir untuk tahun 2012.  Antaranya Rabu terakhir, Jumaat terakhir termasuk juga Solat Jumaat Terakhir Tahun 2012.  Pendek kata semuanya terakhir.  Semoga ia juga tidaklah memberik maksud bahawa entry yang tertulis adalah yang terakhir....

Sambil jalan-jalan cari makan dan shoping terakhir (ada jugak) sempat lah juga merembat 2 buah buku.  Kiranya buku terakhir untuk tahun 2012.  Dengan baki 3 hari lagi entahlah kalau sempatpun mungkin la beli juga majalah Nur Januari 2013 ... ada lagi tu.

 

Novel terakhir tahun 2012 bukan novel cinta tetapi sebuah novel Tauhid, Sebarkan Cintamu karya Fatimah Syarha Mohd Noordin.  Belum habis baca lagi malahan bab pertama juga belum habis lagi.  Insya Allah akan dihabiskan menjelang Januari 2013.  Jenuh juga nak ambil masa.  Buat masa ni, masa yang ada hanyalah waktu malam baca sambil menunggu Muhammad Abid tidur. 

 

Lagi satu buku pengubat hati, Pesona Solat Tahajud karya Muhammad Salleh Ph.D.  Buku ini dibeli sebagai ganti kepada buku bergenre sama yang telah hilang dalam simpanan. Buku terdahulu dengan tajuk yang hampir sama dibeli bersama puan bos sebelum bersalin.  Hajat hati nak baca dan khatamkan masa cuti bersalin tetapi tidak sempat maklumlah dengan macam-macam urusan dunia, tak sempat nak habiskan baru habis baca separuh... tiba-tiba tersedar buku tu dah tiada ditempatnya.  Carilah juga... belum jumpa lagi. 

Sementalahan keluar shopping cari peralatan sekolah anak, terjumpa (memang cari buku sebenarnya) buku ni dan buku di atas sana... apa lagi rembatlah... mudah-mudahan sempat dihabiskan juga menjelang Januari 2013 sama ada selepas novel di atas ataupun sebelum itu...

Terjumpa buku Doktor Umum karya Tun Dr. Mahathir... tinggal satu unit sahaja itupun dah tak berapa cantik sebab dah comot sikit dan ada kesan lipatan.  Tak jadi beli, nak tunggu keluar stok baru. 

Hei.... terlambat yer.  Memang lambat tetapi dalam bab buku tiada yang terlambat kan? 

dan... antara senarai azam dan tekad tahun 2013 adalah untuk banyakkan baca buku berbentuk ilmiah atau buku umum.

Semoga azam itu terlaksana dengan jayanya.


"Suka duka pentas dunia"

.

27 Disember 2012

Tidak konsisten punca projek gagal siap dalam tempoh sebenar

As salam,



Gambar di atas bukanlah gambar bagi kerja yang tidak konsisten tetapi gambar bagi memotivasikan diri agar lebih fokus dalam menyiapkan sesuatu tugasan.  Boleh tak?  (Ah hahaha...ayat ni dah terpengaruh dengan cik puan di bilik belakang).

Ini adalah kerana alas meja sisi berkenaan dapat disiapkan dalam tempoh tak sampai 2 minggu untuk 2 set seperti yang dinyatakan terdahulu.


Tidak seperti projek di atas, sehingga kini masih terbengkalai.  Ini adalah kerana sukar mendapatkan bekalan bahan mentah (benang sulam tu tak terjumpa di Seri Iskandar, perlu beli di Seri Manjung atau Batu Gajah). 


Gambar di atas adalah projek kait benang 'bulu kambing' warna putih untuk coffee table.  Projek ini belum lagi tersenarai dalam projek terbengkalai.  Projek ini gagal disiapkan segera kerana kehabisan bahan mentah iaitu benangngya dah habis 5 buku tetapi masih belum cukup.  Agak-agak lagi 3 ketul cukuplah.  Nak siapkannya sekejap saja dan benang pun boleh beli dari kedai di depan sana.  Jika sekiranya projek ini berjaya disiapkan dengan segera.  Memang awesome sangat.

Dalam apa juga yang kita lakukan memang aye sedar (sepenuhnya bukan separa sedar) bahawa sesungguhnya kita memerlukan motivasi diri yang tinggi disamping tidak suka menangguhkan kerja bukan sahaja melibat hobi tetapi juga kerja-kerja di ofis dan juga kerja-kerja rumah yang lain seperti basuh pinggan, lipat kain, gosok kain dan seangkatan dengannya.


"suka duka pentas dunia"



16 Disember 2012

Alas Meja Sisi

As salam,


Antara hobi masa lapang yang telah lama terbiar adalah mengait.  Dan sekarang dalam masa cuti panjang, sempat lah juga menyiaapkan alas meja sisi sebanyak 2 set.  Dah siap terus letak atas meja, apalagi anak-anak pun terbelek-belek... tak pernah jumpa.  "Wow!  cantik lah, ummi buat yer? Nanti Ummi buat lagi yer?  Ummi pun "okey".  Dalam hati ini... ha ah la... bila lagi ummi ada masa nak belek semua nie?..

Dikait menggunakan benang Minlon nombor berapa tak ingat sebab kertas pembalutnya dah terbuang dan benang ni dah lama tersimpan dalam kotak bawah katil.  Benang ni pun beli sebelum kelahiran anak pertama lagi... kira-kira 10 tahun lepas.  Ha ... panjang jer cerita sejarah benang ni kan?.

Designnya diperolehi dari kedai fotostat di Kampung Gajah, kebetulan nak beli benang ternampak kertas design ni atas mesin fotostatnya... apa lagi minta izinlah... Kebetulan pemilik kedai berkenaan memang mempunyai minat yang sama ... suka lah...


Dah tak ingat pesan orang tua-tua, dalam pantang tak boleh menjahit.  Tapi ...projek ni mula lepas 44 hari kira dah habis pantang cuma cuti jer belum tamat lagi.

Bila dah mula kerja nanti... tak tau lah ada masa ke tidak nak menyiapkan satu lagi projek... yang belum siap. Ada juga...

oh! kerja pulak....


09 September 2012

Transformasi waka waka ungu

As salam


Tiba-tiba akak teringat pulak nak post pasal waka waka.  Sekarang ni memang sedang in dengan fesyen waka waka kan?  Or dah sampai ke penghujungnya?  Oooo ... macam-macam fesyen sedang in sekarang ni.  Dah tak terikut dah akak yang tak berapa cekap dalam dunia fesyen dan peragaan nieh... perasan model la pulak.

Inilah baju waka waka in my feveret colour.  Jenis kain campuran baldu... selesa dipakai.  Memandangkan en suami tak berapa berkenaan dengan gayanya yang agak pelik makanya terpaksalah di ubahsuai mengikut kesesuian dan sedap mata memandang.  Kainnya dah memang elok dan sedap dipakai terutama buat ibu yang hamil.  Tak naklah nampak sangat perut... bukan bermaksud nak sorok perut tetapi untuk keselesaan.  (Entah berapa kali ulang ayat dengan maksud yang sama)

Baju ni di beli di Bazar Rakyat di dalam Tesco Stesen 18 pada bulan puasa lepas.  Haaa.... cepat... entah ada lagi ke tidak.  Ada warna merah dan hitam serta coklat. Tetapi hanya warna ungu ini saja yang berkenan di hati dan saiz yang sesuai... rezeki kan!!! Rembat jer.

Lepas ni kalau sempat nanti @yangbaik letakkan pula transformasi waka waka setelah diubahsuai oleh teller separa mahir ... heheheh siapa lagi... diri sendiri ler.  Tak caya.... no hal punya.

'suka duka pentas dunia'


.

18 Julai 2012

Mengenai Buku Menangani Individu Sukar

As salam,

inilah hasil 'tangkapan' bersama anak-anak di rumah.  sibuk umi nak pose sibuk jugalah tangannya nak mengubah kedudukan buku.  Memang sengaja letak gambar yang kelabu dan 'blurr' kerana sudah pasti gambar buku yang terang boleh diperolehi dari laman blog buku2-mustread.blogspot.com.

Menangani Individu Sukar hasil karya Nordin Jaafar.  Adakah ia bermakna orang lain menyukarkan kehidupan atau tugas kita atau kita sendiri yang menyukarkan keadaan?  Terpulang kepada pentafsiran masing-masing.  Yangbaik akan cuba bincangkan kefahaman mengenai isi kandungan buku ini setelah selesai membacanya.

Sekali imbas, hampir-hampir juga buku ini tidak jadi digenggam kerana kelibat penjualnya tidak kelihatan sedangkan masa rehat sudah hampir tamat.  Namun kerana kekuatan semangat dan hikmah yang tersembunyi tanpa rasa segan siapa yang melintas di gerai berkenaan ditegur.  Dan... tiba masanya ditegur pada orang yang betul... Rezeki dia kerana saya beli buku ini dan rezeki yangbaik dapat memiliki buku ini.



'suka duka pentas dunia'

17 Julai 2012

Rembatan menjelang Ramadan


As salam,


Antara rembatan 2 buah buku berjudul Menangani Individu Sukar dan Jangan Bersedih: Kebahagiaan Pasti Bersamamu serta 2 pasang kain ‘English Cotton’



Hari ini, tengahari tadi diberi kegigihan untuk menuruni lembah dan meniti laluan dari pejabat ke Karnival Keusahawanan 1UiTM 1Malaysia dan juga ke PC & Book Fair. Sebenarnya karnival telah berlangsung mulai 15 Julai dan dijangka berakhir pada 18 Julai 2012. Dah hari ketiga baru dapat peluang. Itupun masa rehat tengahari.



Sebenarnya banyak lagi yang sempat dirembat tetapi makanan la, so tak sempat nak masukkan dalam gambar sebabnya dah habissss



‘suka duka pentas dunia’

16 Julai 2012

Abang besar dan hobi

As salam

Inilah rupa 'Big Brother' atau abang besar atau abang long.  Tetapi tidak pernah disebut namanya abang long.  Katanya abang long kan dah ada di rumah pak long.  Buat apa abang long ramai-ramai.


Hobi abang besar adalah melukis.  Bermacam-macam lukisan telah dihasilkan.  Berikut adalah antara hasil lukisan abang besar.

lukisan di awal usia


lukisan kebelakangan ini... tahun lepas barangkali


opss.  ini adalah antara sukan kegemaran abang besar ketika petang.. badminton



'suka duka pentas dunia'

23 Jun 2012

Menulis bila perlu?

As salam,




Pernah suatu hari seorang sahabat bertanya, apa hobi?  Jenuh juga berfikir apa hobi... ehhhh macam tak de hobi pulak.  Fikir punya fikir.. tidaklah lama sangat, dengan spontan yangbaik jawab hobi aye menulis.  Waaa... macam gah jer, awak tulis apa?  Saya tulis apa yang saya suka dan apa yang terlintas di minda.

Yangbaik tak punya ceritakan bahawa yangbaik ada blog.  Segan la pulak, nak perkenal blog yang tak seberapa nih.  Walau apa pun yangbaik tetap berbangga dengan blog ini kerana ia memberi peluang dan ruang kepada yangbaik untuk meluahkan apa yang terbuku di hati juga kisah suka duka insan sekeliling yangbaik. 

Maaflah bukan niat yangbaik nak jadikan sahabat yangbaik sebagai subjek untuk menulis.  Yangbaik hanya menulis bila perlu sahaja dan kebiasaanya tidaklah ditujukan terus kepada sesiapa yang berkenaan.  Kalau ada yang terkena tu secara kebetulan sahaja. 

Sekian.

Carian