Berbaki 3 hari lagi menjelang berakhirnya tahun 2012 Masehi. Tahun 2013 sudah mendekat.
Banyak sudah entry terakhir untuk tahun 2012. Antaranya Rabu terakhir, Jumaat terakhir termasuk juga Solat Jumaat Terakhir Tahun 2012. Pendek kata semuanya terakhir. Semoga ia juga tidaklah memberik maksud bahawa entry yang tertulis adalah yang terakhir....
Sambil jalan-jalan cari makan dan shoping terakhir (ada jugak) sempat lah juga merembat 2 buah buku. Kiranya buku terakhir untuk tahun 2012. Dengan baki 3 hari lagi entahlah kalau sempatpun mungkin la beli juga majalah Nur Januari 2013 ... ada lagi tu.
Novel terakhir tahun 2012 bukan novel cinta tetapi sebuah novel Tauhid, Sebarkan Cintamu karya Fatimah Syarha Mohd Noordin. Belum habis baca lagi malahan bab pertama juga belum habis lagi. Insya Allah akan dihabiskan menjelang Januari 2013. Jenuh juga nak ambil masa. Buat masa ni, masa yang ada hanyalah waktu malam baca sambil menunggu Muhammad Abid tidur.
Lagi satu buku pengubat hati, Pesona Solat Tahajud karya Muhammad Salleh Ph.D. Buku ini dibeli sebagai ganti kepada buku bergenre sama yang telah hilang dalam simpanan. Buku terdahulu dengan tajuk yang hampir sama dibeli bersama puan bos sebelum bersalin. Hajat hati nak baca dan khatamkan masa cuti bersalin tetapi tidak sempat maklumlah dengan macam-macam urusan dunia, tak sempat nak habiskan baru habis baca separuh... tiba-tiba tersedar buku tu dah tiada ditempatnya. Carilah juga... belum jumpa lagi.
Sementalahan keluar shopping cari peralatan sekolah anak, terjumpa (memang cari buku sebenarnya) buku ni dan buku di atas sana... apa lagi rembatlah... mudah-mudahan sempat dihabiskan juga menjelang Januari 2013 sama ada selepas novel di atas ataupun sebelum itu...
Terjumpa buku Doktor Umum karya Tun Dr. Mahathir... tinggal satu unit sahaja itupun dah tak berapa cantik sebab dah comot sikit dan ada kesan lipatan. Tak jadi beli, nak tunggu keluar stok baru.
Hei.... terlambat yer. Memang lambat tetapi dalam bab buku tiada yang terlambat kan?
dan... antara senarai azam dan tekad tahun 2013 adalah untuk banyakkan baca buku berbentuk ilmiah atau buku umum.
Semoga azam itu terlaksana dengan jayanya.
"Suka duka pentas dunia"
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.