Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Novel. Papar semua catatan

13 Jun 2020

[ Review] Novel Orang-orang Biasa

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera 



[ Review] Novel Orang-orang Biasa



Orang-orang Biasa berkisar tentang sebuah kota kecil yang tenang, tiada sebarang kes jenayah hinggakan pihak polis seolah bingung tidak tahu mahu buat apa.


Tiba-tiba ada 10 orang sekawan yang dahulunya murid paling belakang, sering dihukum  oleh pihak sekolah atas kebodohan masing-masing, merancang untuk merompak bank.

Atas tujuan apa mereka tega bertindak sedemikian?

Bagaimana perancangan manusia yang dahulunya dianggap bodoh mahu merompak bank?  

Mudahkah mereka meloloskan diri dan apa kesudahan rompakan bank?

Semua ini terjawab dalam novel Orang-orang Biasa, karya Andrea Hirata, penulis International Bestseller Laskar Pelangi.



Novel pertama Andrea Hirata


Ternyata dalam novel ini, Andrea bijak dalam merencanakan novel dalam genre kejahatan yang dihiasi dengan jenaka lucu, namun disebalik itu tersirat kata kritikan sosial tentang nasib kaum marginal.

Novel pertama Andrea Hirata dalam edisi Malaysia diterjemahkan oleh Jejak Tarbiah kini dibuka untuk pesanan dari 15 – 30 Jun 2020.


 Untuk tempahan dan pertanyaan:

Telegram : @qausar.thebooknivore 📚




Selamat membaca ☺


23 Oktober 2015

Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh


Kalau dah jodoh tak ke mana.  Begitulah juga kalau dah jodoh dengan blog pastinya berblogging juga.  Sesibuk manapun pasti nak juga buat entri sikit.  Tapi intro entri ini macam entri orang 'mati kutu' tiada idea nak mengarang.  

Langsung YangBaik buat entry untuk menyertai Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh.  Best hadiahnya, sebuah novel hasil karya novelis Elee Mardiana.  

Giveaway irrayan | Kalau Dah Jodoh
Giveaway irrayan | Kalau Dah Jodoh

Untuk melihat syarat dan cerita disebalik giveaway ini sila klik banner di atas atau klik saja di SINI.

Ketika entri ini ditulis, tiada tarikh tutup tetap penganjur menetapkan 10 penyertaan 1 peserta yang terpilih.  Menggunakan khidmat en. random.  

Apa lagi jom kita meraik Giveaway irrayan | Kalau Dah Jodoh.

Selamat membaca!

30 Jun 2014

Hadiah Novel | Simfoni Cinta karya Hilal Asyraf

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hadiah Novel |  Simfoni Cinta karya Hilal Asyraf


Agak terlewat sedikit buat entri ini.  Semuanya kerana khilaf manusia sendiri tiada sebab lain lagi :D

Kumpulan Cerpen karya Novelis Islam no. 1 di Malaysia, Hilal Asyraf berjudul Simfoni Cinta.

Novel ini belum habis dibaca... baru masuk bab 2.  Itupun jenuhlah akak berperang dengan mata nie.  Bila buka jer buku...mulalah terbedik-bedik...Sehingga bab yang yang dibaca... memang bagus buku ini... sama seperti yang dimaksudkan oleh penulisnya. 

Terima kasih Edo Hayra dan Syira Lokman.

 


 

28 Disember 2012

Buku Terakhir 2012

As salam,


Berbaki 3 hari lagi menjelang berakhirnya tahun 2012 Masehi.  Tahun 2013 sudah mendekat.

Banyak sudah entry terakhir untuk tahun 2012.  Antaranya Rabu terakhir, Jumaat terakhir termasuk juga Solat Jumaat Terakhir Tahun 2012.  Pendek kata semuanya terakhir.  Semoga ia juga tidaklah memberik maksud bahawa entry yang tertulis adalah yang terakhir....

Sambil jalan-jalan cari makan dan shoping terakhir (ada jugak) sempat lah juga merembat 2 buah buku.  Kiranya buku terakhir untuk tahun 2012.  Dengan baki 3 hari lagi entahlah kalau sempatpun mungkin la beli juga majalah Nur Januari 2013 ... ada lagi tu.

 

Novel terakhir tahun 2012 bukan novel cinta tetapi sebuah novel Tauhid, Sebarkan Cintamu karya Fatimah Syarha Mohd Noordin.  Belum habis baca lagi malahan bab pertama juga belum habis lagi.  Insya Allah akan dihabiskan menjelang Januari 2013.  Jenuh juga nak ambil masa.  Buat masa ni, masa yang ada hanyalah waktu malam baca sambil menunggu Muhammad Abid tidur. 

 

Lagi satu buku pengubat hati, Pesona Solat Tahajud karya Muhammad Salleh Ph.D.  Buku ini dibeli sebagai ganti kepada buku bergenre sama yang telah hilang dalam simpanan. Buku terdahulu dengan tajuk yang hampir sama dibeli bersama puan bos sebelum bersalin.  Hajat hati nak baca dan khatamkan masa cuti bersalin tetapi tidak sempat maklumlah dengan macam-macam urusan dunia, tak sempat nak habiskan baru habis baca separuh... tiba-tiba tersedar buku tu dah tiada ditempatnya.  Carilah juga... belum jumpa lagi. 

Sementalahan keluar shopping cari peralatan sekolah anak, terjumpa (memang cari buku sebenarnya) buku ni dan buku di atas sana... apa lagi rembatlah... mudah-mudahan sempat dihabiskan juga menjelang Januari 2013 sama ada selepas novel di atas ataupun sebelum itu...

Terjumpa buku Doktor Umum karya Tun Dr. Mahathir... tinggal satu unit sahaja itupun dah tak berapa cantik sebab dah comot sikit dan ada kesan lipatan.  Tak jadi beli, nak tunggu keluar stok baru. 

Hei.... terlambat yer.  Memang lambat tetapi dalam bab buku tiada yang terlambat kan? 

dan... antara senarai azam dan tekad tahun 2013 adalah untuk banyakkan baca buku berbentuk ilmiah atau buku umum.

Semoga azam itu terlaksana dengan jayanya.


"Suka duka pentas dunia"

.

01 Mac 2010

Antara tetris, ayat-ayat cinta dan undang-undang...


Ini antara kisah dalam beberapa kisah berkaitan dengan mungkir pada janji... bukan janji dengan sesiapa tetapi janji kepada diri sendiri.  Biarpun dalam kesukaran menghadapi gelombang yang berkecamuk dalam kepala... namun kekuatan untuk mengukir kisah ini begitu kuat mencengkam dalam diri hingga mampu mengatasi apa saja rintangan (buatan sendiri).


Ini antara beberapa kisah berkaitan dengan 'brick games', novel ayat-ayat cinta dan juga kisah-kisah perundangan yang kadang-kadang ayatnya sukar untuk difahami berbanding novel ayat-ayat cinta mahupun permainan tetris...

Pada tahun ...mungkin dalam tahun 90an, kegilaan dan tarikh kepada permainan brick game terutama tetris begitu kuat... saban hari bermain brick game, pantang ada masa terluang maklumlah masa belum ada komitmen yang kuat yang perlu diberi perhatian.
Sehinggakan ada ketika masa masak nampak tetris dalam periuk... beras dan ikan tersusun macam tetris... basuh kain... sabun dan berus kain juga corak-corak kain terusun macam tetris... gila betul... ntah-ntah lingkaran otak pun tersusun macam tetris jugak... hmmm.... akhirnya kuatkan semangat ... tinggalkan seketika tetris.... hanya apabila dapat peluang untuk sambung pelajaran ... ambil course DPA..

Setelah sekian lama menanggung minat dan harapan akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke menara gading... peluang yang ada digunakan sepenuhnya... untuk semester pertama dapat four flat ... banggakan bercampur baur dengan bimbang, bimbang untuk meneruskan semester berikutnya.... hingga akhirnya berjaya juga menamatkan pengajian... dari situ timbul minta untuk membaca buku-buku ilmiah berbentuk perundangan... biarpun ayatnya kadang-kadang mengelirukan, namun dah minat .. semua boleh ... kan?  Untuk seketika berhenti seketika membaca buku undang-undang, .. beralih arah.. macam Cinta Beralih Arah plak... lebih kurang gitulaa..

Minat membaca novel plak... bila jumpa kawan baru yang suka baca novel... tapi kurang minat dengan novel cinta... mungkin juga kerana zaman cintan-cintun dan berakhir kot... tapi jangan silap... cinta itu masih di hati...Dalam banyak-banyak novel yang dibaca... masih berkesan hingga kini adalah Mentafsir Elergi karya Norhayati Berahim... dan juga Ayat-ayat Cinta... semua orang tahu siapa penulisnya... cuma terlambat sikit sampai kepembacaan Aye..

Namun minat kepada main 'brick game' masih tidak berakhir dan mungkin juga tidak akan berakhir.  Kerana melalui permainan ini aye suka berfikir, macam-macam aye fikir.   

Aye nak kongsi apa yang pernah terlintas dalam fikiran aye semasa bermain game, iaitu berkenaan persahabatan:

  • Suatu masa kita berkawan.  kawan yang sama-sama susah dengan kita... senang pun sama dengan kita.  tak kiralah dia lebih senang atau kita lebih senang.  apa yang penting bila dia susah, kita bantu dan bila kita susah dia tak dapat bantu.  Tak per faham kerana dia juga susah...namun bahagia.

  • Tapi... bila kawan kita tu dah betul2 senang sekarang bila jumpa kita buat tak tau jer, macam tak pernah kenal atau macam baru kenal.

  • Tentu sekali kita akan berpendapat kawan kita semacam dah lupa diri atau tak kenang budi... betul tak?  Silap ... cuba fikirkan dengan mata hati kenapa kawan kita jadi macam tu..sebenarnya berpunca dari kita sendiri... Salah?  atau Tak suka dengan kenyataan tu? Kenapa?

  • Okey ini pendapat  aye. Kemungkinan...puncanya dari kita sendiri, kerana bantuan dan persahabatan kita itu tidak ikhlas ...Tidak ikhlas kerana ALLAH.  Itu sebab di pihak kita. 

  • Kalau di pihak kawan kita tu,... hanya dia yang tahu. Pertama, mungkin ada tingkah laku kita yang dia tak suka dan kita tak tahu... dia segan nak cakap sebab dia hormat kat kita yang telah banyak beri tunjuk ajar pada dia.  Kedua, kerana kita yang sombong dan tak tegur dia sebaliknya mengharapkan dia dulu yang tegur kita...betul tak? wahai sahabat-sahabatku...
~~~~~~~~~~~~~
panjang lebar plak entri ni...

Carian