Rezeki dari kawan-kawan. Alhamdulillah, dah lah kita dok craving manis-manis, dapat pula pemberian dari kawan yang baru balik dari Pulau Pangkor. Beberapa hari lepas ada program di Pulau Pangkor, asalnya Sis termasuk juga akan ke sana tetapi atas desakan tugas maka hasrat berkenaan terpaksa dibatalkan. Mungkin ada rezeki lagi pada masa lain.
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
Memaparkan catatan dengan label Rezeki. Papar semua catatan

14 Jun 2024
16 Julai 2020
10 Jenis- jenis Rezeki Daripada Allah SWT
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Dipanjangkan semula jenis-jenis rezeki untuk kita fahami. Selalu orang kata "rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari". Inilah dianya antara rezeki-rezeki yang kita tidak harus menolaknya. Namun harus kita ingat sesuatu itu rezeki atau musuh tidak datang dengan sendiri jika kita tidak mencarinya. Apa-apapun jom kita hayati apa itu 10 rezeki yang telah dijamin oleh Allah untuk kita.
1.Rezeki Yang Telah Dijamin.
Firman Allah SWT maksudnya, "Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya" (Surah Hud (11) ayat 6)
2. Rezeki Kerana Usaha.
Firman Allah SWT maksudnya, "Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya" (Surah an- Najm (53) ayat 39)
3. Rezeki Kerana Bersyukur.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu" (Surah Ibrahim (14) ayat 7)
4. Rezeki Yang Tak Disangka-Sangka.
Firman Allah SWT yang bermaksud, "Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya"
(Surah At Thalaq (65) ayat 2)
5. Rezeki Kerana Istighfar.
Firman Allah SWT yang bermaksud, "Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta” (Surah al- Jinn (71) ayat 10-11)
6. Rezeki Kerana Berkahwin.
Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya.” (Surah an-Nur (24) ayat 32)
7. Rezeki Kerana Anak.
Firman Allah SWT maksudnya, "Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (Surah al-Isra' (17) ayat 31)
8. Rezeki Kerana Sedekah.
Firman Allah SWT maksudnya, "Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak" (Surah Al Baqarah (2) ayat 245)
9. Rezeki Kerana Keberkatan Berpagi-Pagian.
Waktu yang berkah adalah waktu yang penuh kebaikan. Waktu pagi telah dido’akan khusus oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai waktu yang berkah.
Dari sahabat Shokhr Al Ghomidiy, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِى فِى بُكُورِهَا
“Ya Allah, berkahilah umatku di waktu paginya.”
Apabila Nabi shallallahu mengirim pasukan tentera, baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam mengirimnya pada pagi hari. Sahabat Shokhr sendiri (yang meriwayatkan hadits ini, pen) adalah seorang ahli perniagaan. Dia biasa membawa barang dagangannya ketika pagi hari. Kerana hal itu dia menjadi kaya dan banyak harta.
Abu Daud mengatakan bahwa dia adalah Shokhr bin Wada’ah.
(HR. Abu Daud no. 2606. Hadits ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih wa Dho’if Sunan Abi Daud)
10. Rezeki Kerana Menjalinkan Silaturrahim
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)."
Kesemua rezeki adalah datangnya daripada Allah SWT, dikurniakan- Nya di jalan yang tiada disangka- sangka kepada hamba- hambaNya yang beriman dan bertakwa.
Carilah rezeki kurniaan Allah dengan berusaha berdoa dan bertawakal sesungguhnya Dia tidak akan menghampakan permohonan kalian semua.
Terima kasih keran membaca dan memahami 10 Jenis- jenis Rezeki Daripada Allah SWT
.

21 Disember 2017
Salam Pagi Khamis
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Syukur alhamdulillah, pada hari kedua di bulan Rabiul Akhir ini dikurniakan kekuatan untuk meneruskan amanah dan tanggungjawab. Amanah tugas kepada majikan dan juga amanah yang penting dalam keluarga. Tidak ketinggalan amanah kepada diri sendiri.

Yakinlah rezeki itu jaminan Allah.
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan dan diberikannay rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya" (Surah At Talaq, ayat 2-3)
Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangnya dalam meneruskan kehidupan di muka bumi ini.
Terima kasih atas kesudian membaca entri ini, Salam Pagi Khamis.
15 November 2017
05 September 2017
Rezeki Hari Selasa
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Alhamdulillah.
Pucuk dicita ulam mendatang.
Hari ini lewat sikit sarapan.
Ada sahabat yang baik hati sangat-sangat telah menghadiah sesuatu untuk kudapan sebelum sarapan.
Tetapi kudapan ini dimakan selepas sarapan 😊
Terima kasih sahabat!
Sayang awak ketat-ketat.
Sudah jadi seperti potluck pula.
Kuih peniram dan kuih bakar memang kesukaan akak.
Nescafe Tarik itu... baru pertama kali jumpa.
Tak sabar nak rasa kan?
Terima kasih semua. Inilah cerita akak yang sebenar pagi ini. Rezeki Hari Selasa
szi 😍

Rezeki hari Selasa |

15 September 2015
Rezeki mana kena tolak
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Rezeki mana kena tolak
Biasa kita dengar "rezeki jangan ditolak, maut jangan ditempah". Satu ungkapan yang lazimnya kita kaitkan bila kita mendapat seuatu pemberian. Kita tidak mampu menolak seuatu pemberian orang bilamana kita dalam keadaan serba salah, bila kita tolak orang akan berkecil hati, bila kita menerima bimbang pula kita tidak mampu menampung.
Doa Mudah Rezeki. Sekadar hiasan |
Dalam keadaan tertentu kita terpaksa menolak seuatu pemberian, telahpun dijelaskan mengapa kita tidak perlu tetapi... tetap juga kita diberi. Maka, bagaimana pula kita hendak menolak lagi. Di sinilah peranan kita untuk berbuat baik dan berbaik sangka sesama manusia.
Jika kita telah menerima sesuatu pemberian tetapi kita merasakan ia bukan pada masa yang sesuai atau belum masanya untuk kita menggunakannya, adakah kita akan memanjangkan pemberian itu pada orang lain? Pastinya kita akan memikirkan bahawa adakah orang lain itu akan menerima pemberian kita.
Jadi kita sebetulnya tidak wajar berkecil hati jika pemberian kita tidak dapat diterima oleh orang lain kerana ada masa kita juga tidak dapat menerima pemberian dari orang.
Hanya satu pemberian yang kita wajar menolaknya adalah apabila pemberian itu berupa ilmu yang tidak bermanfaat buat dunia dan akhirat kita.
Hanya Allah yang tahu mana yang terbaik buat kita. Sentiasalah bertawakkal kepadaNya.
03 Januari 2015
Mutiara kata #3/2015
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Rezeki tanpa batas
Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas.
~Surah al-Baqarah, ayat 212.

posted from Bloggeroid
19 Mac 2014
Mencari rezeki yang halal
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Mencari rezeki yang halal adalah tanggungjawab semua orang di muka bumi.
Tidaklah berhasrat hendak membebel panjang lebar di sini tetapi untuk berkongsi rasa dengan semua orang yang berkunjung ke blog ini.
Semoga bermanfaat.

Bertakwalah kepada Allah dan carilah rejeki yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu dengan cara yang halal, karena sesungguhnya jika Anda mencarinya dengan cara yang tidak halal maka Anda tidak akan mendapatkan melebihi apa yang telah ditakdirkan untukmu.(Muhammad bin Sirin)
Semoga bermanfaat.
#pray4mh370
suka duka pentas dunia
$$$
12 November 2013
Berkongsi rezeki
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Orang memberi kita merasa
Orang berbudi kita berbahasa
Bukan pantun dua kerat tetapi lebih kepada peribahasa Melayu lama yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Pada hematnya amalan memberi dan berbudi bahasa masih lagi diamalkan tetapi tidaklah diwar-warkan dan tidak pula digossipkan.
Menceceh pula.
Pagi tadi semasa minum di Kedai Mak Haji bersama sahabat ada situasi menarik di situ. Seorang Pakcik dari Bota Kiri (mungkin betul atau silap =) kurang pasti pula) membawa bahan jualannya seperti kerepek pisang, rempeyek kacang, tumpi dan keropok ubi diletakkan di Kedai Mak Haji. Jarang sangat berjumpa dengan pakcik tadi mungkin juga pernah jumpa tetapi tidak perasan.
Hari ini, pakcik tadi asyik menegur pengunjung kedai yang duduk makan disitu. Ada yang buat tidak peduli ada juga yang melayan kerenah pakcik (mmaf lah tak tahu nama pakcik tu sebab tak bertanya). Diceritakan oleh pakcik tadi bagaimana usahanya membuat kerepek berkenaan serta bagaimana mendapatkan stok untuk membuat kerepek pisang. Kami hanya mampu tersengih sambil menarik kerusi untuk duduk makan. Sambil makan seronok juga ada penglipurlara... rindu celoteh gemulah ayah terubat juga :D
Sambil bercerita pakcik meletakkan sebungkus kerepek pisang atas meja kami. Terima kasih! Sempat lagi pakcik menceritakan lagi jenis-jenis kerepek pisang yang ada. Kami tersenyum.
Pakcik beralih pula ke meja sebelah ada ibu dan anak kecil sedang menikmati hidangan di situ. Pakcik meletakkan sebungkus keropok untuk anak kecil itu dan sebungkus kerepek pisang lagi. Sejurus itu pakcik bercerita lagi mengenai jenis-jenis kerepek yang ada antaranya kerepek kacang dan kerepek dal. Kakak tadi mengatakan beliau suka kerepek kacang, lalu diletakkan sebungkus kerepek kacang atas meja itu. Kakak terkejut lalu menghulurkan sejumlah wang kepada pakcik tadi... mungkin agak segan lalu pakcik memberi sebiji buah kuinin.
Pakcik kemudiannya beralih ke meja kami dan bertanya kerepek apa yang sedap. Sejurus saja sahabat YB mengatakan kerepek kesukaanya, diletakkan lagi sebungkus kerepek kacang di atas meja. Agak terkejut juga lalu sahabat tukar cerita mengenai kuinin dan mengagak buah kuinin itu dari kebun. Lalu pakcik mengatakan buah kuinin itu dari pokok depan rumah kutip pagi tadi. Kemudian diletakkan sebiji atas meja kami... dan sebiji lagi (mungkin juga kerana kami berdua di meja itu)... Terima kasih pakcik.
Kerepek dan kuinin pemberian pakcik tadi di panjangkan pula kepada sahabat di ofis. Berkongsi rezeki kami pada hari ini...

Gambar hiasan |

Kuinin yang tinggal. Kerepek pisang dan rempeyek kacang telahpun 'difaraidkan' sesama ofis-mate.
suka duka pentas dunia
23 Oktober 2013
Rezeki yang telah ditetapkan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
suka duka pentas dunia
Corak ke-27, Abstrak cinta luna. sekadar hiasan
Bertakwalah kepada Allah dan carilah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu dengan cara yang halal, karena sesungguhnya jika Anda mencarinya dengan cara yang tidak halal maka Anda tidak akan mendapatkan melebihi apa yang telah ditakdirkan untukmu.
(Muhammad bin Sirin)
suka duka pentas dunia
22 Mac 2013
Rezeki yang telah ditetapkan
As salam,
Jika ada rezeki kita di mana pun kita boleh dapat.
Bukan dengan awak dengan orang lain
Bukan hari ini hari esok pun boleh juga
Tidak semestinya benda yang sama
Boleh jadi benda yang lain
Dalam bentuk yang lain
Jadi... terima lah seadanya apa yang ada depan mata
corak 46 - kotak hati |

"Bertakwalah kepada Allah dan carilah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu dengan cara yang halal, karena sesungguhnya jika Anda mencarinya dengan cara yang tidak halal maka Anda tidak akan mendapatkan melebihi apa yang telah ditakdirkan untukmu".
(Muhammad bin Sirin)
(Muhammad bin Sirin)
26 Disember 2012
Rezeki waktu pagi
As salam,
Mengapa waktu pagi? Kerana pada waktu pagi biasanya kita lebih cergas dan bersemangat untuk bekerja dan lebih yakin.

"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari"
(Diriwayatkan al-Baihaqi)
07 Februari 2012
Rezeki dan nasib yang berbeza
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Sekadar berkongsi rasa berkenaan rezeki nasib manusia. Kita sering merasakan diri kita ini malang. Bukan tidak bersyukur dengan rezeki yang ada tetapi begitulah hakikatnya bila kita tidak berjumpa dengan orang lain yang bernasib kurang baik dari kita.
Luahan rasa dalam blog ini sekadar ingin menyatakan rasa simpati pada nasib seseorang. Bagaimana beliau mampu mengharungi hidup dengan ujian yang kita tidak pernah rasa. Benar! Allah menurunkan ujian ke atas hambanya mengikut kadar kemampuan.
Begitulah kita sebagai manusia sesekali menyimpan rasa simpati kepada orang lain kelak mendatangkan keinsafan kepada kita betapa nikmat yang kita perolehi. Semoga kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diterima seterusnya berusaha untuk menjadi hambaNya yang terbaik di muka bumi ini.
Kita sering rasa terluka dan kecewa dengan sikap orang lain kepada kita. Tetapi jangan lupa masih ada ramai lagi insan lain yang menyayangi dan menghormati kita. Bukan minta disayang atau dihormati tetapi cukuplah sekadar kehadiran di muka bumi ini disedari dan dipeduli.
Semoga setiap dari kita dikurniakan ketabahan dan kesabaran mengharungi ujian dunia demi mendapat ganjaran di akhirat.

19 Mac 2011
Carilah yang halal lagi baik!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat seluruh warga Malaysia,
dengan gigihnya mengemaskini blog ini untuk kesekian kalinya pada hari Sabtu....
~~~~~~~~~~~~~~
Bertakwalah kepada Allah dan carilah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu dengan cara yang halal, karena sesungguhnya jika Anda mencarinya dengan cara yang tidak halal maka Anda tidak akan mendapatkan melebihi apa yang telah ditakdirkan untukmu. (Muhammad bin Sirin)
21 Oktober 2010
Cerita tentang vaksin dan sebuah mutiara tentang rezeki yang halal
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat seisi alam,
Sebenarnya pada ketika catatan ini dikeluarkan memang dalam mood tak buleh tidor. Manakan tidak pagi semalam kena cucuk (vaksin untuk ibu mengandung.... eh eh) untuk elak kancing gigi.
Apapulak kaitannya dengan catatan nih... tu yang nak citer nih, kena cucuk kat bahu kiri... sepanjang hari la semalam lenguh, malamdah tak berapa nak buleh tidor, ye lah kalu dak tak bulehalih ke kiri, dok pandang kanan jer. Perut pulak dok asyik meragam pulak, Hei macam2 hal...
Orang kata jangan dok suka merungut kan, ni dah lebih dari merungut dah...layan !!!
So... dalam terpejam lena tiba2 terjaga pulak... mata pun dah tak berapa nak pejam lagik, layan game kat nokiaN95 jap.... hmmm tak buleh... dah ada streamyx nih, apa kata layan internet pulak... so tulah cerita sejarah catatan untuk kali ini... banyak cerita lain yang dok berlegar dalam kepala tapi idea tak berapa nak keluar, layan jer... apa2 yang ada nih...
minta2 hari ni, kurang lah sikit lenguh2 kat bahu ni... nak sambung buat kerja... banyak lagi nih...
~~~~~~~~~~~~~
Bertakwalah kepada Allah dan carilah rejeki yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu dengan cara yang halal, karena sesungguhnya jika Anda mencarinya dengan cara yang tidak halal maka Anda tidak akan mendapatkan melebihi apa yang telah ditakdirkan untukmu. (Muhammad bin Sirin)

Langgan:
Catatan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA