Pageviews

30 Jun 2011

Semangat yang hilang!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Dah dua hari bermula dari semalam (memang la tak kan esok pulak... minta-minta esok idak la jadi cam dua hari ni)

semangat ni macam dah terbang melayang-layang, sempat tarikh balik semangat tu... terbang balik

apa kena dengan hati dan perasaan yang tak berapa stabil

ehhhh ..... ni pun nak citer dalam blog ker?

dah... nak citer mana lagi....

Macam ni boleh ker?

Assalamulaikum dan selamat sejahtera,




Kita adalah antara jutaan insan yang terpilih untuk menjadi kaya dan berjaya.

Namun kekayaan dan kejayaan itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan komitmen yang bersungguh-sungguh.

Yang pipih tak kan datang melayang (macam kapal terbang kertas yang ditiup angin)
Yang bulat tak kan datang bergolek (macam bola yang disepak oleh pemain bola sepak Malaysia)

Chaiyo!!!!







..... Boleh ker.... buat entry macam ni...


huhuhu... sedang bergigihan lagi untuk buat entry... dan cari idea untuk Cabaran Hidup Luar Biasa...

*

29 Jun 2011

Wordless Wednesday | Anak-anak adalah amanah tugas dari Allah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Wahai anakku! Jagalah ucapanmu! Sesungguhnya diantara perkataan itu ada yang lebih tajam daripada sabetan pedang, lebih berat daripada batu besar, lebih pahit daripada empedu dan lebih dalam menusuk hati daripada tusukan jarum yang sangat halus sekalipun. 
(Salah seorang ahli hikmah berwasiat kepada salah seorang anaknya)

28 Jun 2011

Kerana Hidup Luar Biasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

pertama yang dijumpai oleh mr. google.  terima kasih

gambar pun yang tak luar biasa pun boleh jadi luar biasa juga. 


Semuanya kerana Hidup Luar Biasa.  Belum sampai seminggu popular post yang Luar Biasa telah meninggalkan Nik Zaris Nelydia dan semakin menghampiri Jejari Runcing.

Untuk jadi luar biasa kita harus keluar dari kepompong yang biasa-biasa


Terima kasih semua!!!

Antara sedar dengan tidak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Antara sedar dengan tidak kita sering berhadapan dengan berbagai-bagai situasi. 
~~~~~~~~~~~~~

Termasuk hal yang paling mengherankan adalah apabila Anda mengenal Allah tapi Anda tidak mencintainya, Anda mendengar seruan orang yang menyeru ke jalan-Nya tapi Anda tidak mau mengikutinya, Anda mengetahui besarnya pahala yang akan Anda dapatkan jika Anda melakukan amal shalih untuk-Nya tapi Anda malah berpaling dari-Nya, Anda menyadari beratnya siksaan dan adzab-Nya yang akan Anda rasakan jika Anda bermaksiat kepada-Nya tapi Anda justru mendurhakai-Nya.  (Seorang ahli hikmah)

27 Jun 2011

Cabaran Hidup Luar Biasa #1 | Mengatasi perasaan marah!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini, kita sering berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran untuk menikmati Hidup Luar Biasa.  Siapa yang hidupnya luar biasa?  Mereka adalah hidupnya berbeza daripada manusia yang biasa-biasa. Siapa pula orang yang hidupnya biasa-biasa.  Bukan nak menumpang populariti Seminar Hidup Luar Biasa oleh DAO, tetapi nak ambil tajuk berkenaan untuk berkongsi pandangan bagi mengharungi cabaran untuk hidup luar biasa dengan cara terhormat dan bermaruah serta jati diri yang terndiri.  Semoga boleh memberi menfaat kepada diri sendiri dan juga kepada anda yang membaca.

Cabaran 1:  Jauhi sifat marah

Untuk hidup luar biasa, kita perlu atasi perasaan marah.  Kerana orang yang suka marah-marah ... kasihan kan... simpati pun ada. 

Memanglah orang itu akan marah kepada seseorang yang lain apabila tugasan yang diberikan tidak dilaksanakan dengan sempurna.  Tetapi sebelum marahkan orang yang tidak menyiapkan tugasan itu, adakah diselidiki puncanya kenapa tugasan itu tidak siap atau tidak sempurna.

Memang simpati.  Adakah kerana takutkan reputasi menurun maka jadikan sifat amarah itu sebagai raja dalam diri yang menguasai minda dan akal logik.  Kita perlu sedar dengan marah berterusan tidak ke mana.

Susah dan memang susah kalau kita berada di tempat orang itu.  Tetapi cubalah bertenang dan berfikiran waras sebelum bertindak melulu tanpa usul periksa.  Dan jangan kerana sifat itu menjadikan maruah diri kita tercalar.  Marah kita itu sebenarnya tidak ke mana kerana ia akan tamat di situ atau suatu masa kita akan bersendirian.

Bagaimana berhadapan dengan sifat marah

Bersabar, bertenang.  Tulis memang senang nak buat?  Senang jer... kawal marah itu.  Tanamkan dalam minda tak perlu marah-marah.

Marah bukan caranya

Nasihat adalah cara terbaik untuk berhadapan dengan situasi orang yang tak tau buat kerja atau tak faham buat kerja.

~~~~~~~~~~
memang tak suka nak tulis ni... sambung lagi

jangan segan-segan juga untuk berkongsi pandangan anda untuk mengatasi perasaan marah ini.

sekian dulu

Monday Blues | Saya sayang emak saya

Assalamulaikum dan selamat sejahtera,

Adakah anda dilanda sindrom 'Monday Blues'?.  Saya tidak. sebab hari ini saya tidak memakai baju warna biru.  Dan, saya juga tidak menggunakan cawan atau pinggan berwarna biru.  Ada kaitan? Takder kan.

Semalam, hari Ahad saya dah jumpa emak dan emak mertua saya...


~~~~~~~~~~
Sesungguhnya diantara sebab terbesar untuk dapat meraih taufik dari Allah Subhanahu wa ta'ala di dunia dan akhirat adalah birrul walidaini (berbakti kepada kedua orang tua). Sebaliknya, diantara sebab terbesar yang menghalangi seseorang untuk mendapatkan taufik dari Allah adalah 'uququl walidaini (durhaka kepada Ayah dan Bunda).  (Shalih al-Maghamisi hafidzahullah)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

25 Jun 2011

25 Jun 2011: Seminar Hidup Luar Biasa Bersama Dr. Azizan dan ...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini 25 Jun 2011, memang penuh semangat untuk berjumpa Dr. Azizan dan Afdlin Shauki maka dengan beraninya pagi-pagi telah merempit ke warung berdekatan beli kueh untuk anak-anak, nak masak tak sempat mana tidaknya si jari runcing tu awal pagi lagi dah bangun tak sempat nak goreng nasi.  Oleh kerana ayah mereka nak cepat pergi kerja... maka dengan semangat yang berkobar-kobar si ummi setelah mendapat izin daripada ayahnya setelah membeli kueh terus merempit pula ke lokasi menunggu seperti yang telah dijanjikan.

WAh!... akhirnya hasrat hati tercapai juga.  Sebelum bertolak ke Tropicana di Ipoh kami sempat dulu menikmati sarapan pagi .. roti canai banjir dan kopi radix... sejurus itu, kami terus meluncur laju ke Tropicana (sori tak ingat nama penuhnya)... ambil gambar pun tak sempat.

Sesampai kami ke sana (di Tropicana) ... palang letrik pulak rosak... nyaris lagi palang tu tak terkena kereta kalau tidak... nak saman ke?... tak yah bukannya kena teruk pun.  Cuma amat berharap pihak pengurusan dan keselamatan Tropicana lebih berhati-hati dan bersedia untuk menerima kunjungan tetamu yang ramai...mungkin dah biasa terima tetapi janganlah abaikan keselamatan pengunjung.

Okey! tamat cerita kat luar masuk ke car park di tingkat 3 dan terus ke level 6 ke lokasi Seminar Hidup Luar Biasa.  Memang luar biasa, sebabnya sebelum hadir ke seminar ni, mana pernah Ummi merempit pagi-pagi... memang tak pernah di buat.  Maka bertepatanlah dengan ucapan Dr. Azizan nak hidup luar biasa kita perlu membuat keputusan yang luar biasa.  Nak sambung sikit, kita perlu keluar dari kepompong hidup yang biasa-biasa... supaya kita tidak disamakan dengan 'biawak'.  SAYA MEMANG KAYA DAN BERJAYA!!!

Yes... motivasi untuk kerja lebih tekun dan tidak menjumudkan pemikiran.  Tak perlu takut dengan kejayaan orang.  Orang yang berjaya itu harus dijadikan sebagai kawan dan sahabat untuk kita berkongsi rahsia kejayaan.  Harus ingat tak semua orang yang berjaya itu kedekut.

Bateri notebook ni dah nak abishhh... so sambung lagi cerita-cerita menarik dari insan yang hidupnya memang luar biasa.

Difahamkan pada 29 - 31 Julai 2011 akan diadakan satu lagi siri yang menarik...

Sekian.  memang tak der gambar.... sedih kan?... sob sob sob

.

Sekali sekala

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Entah kali keberapa. berkali-kali digerakkan bangun tak nak bangun. Nak cuti cuti dan cuti lagi.  Duduk kat rumah dapat syurga katanya.  Boleh tengok tc ada kartun banyak, lepas tengok kartun tengok cd... ada cerita power rangers ada cerita ultraman taro, ultraman tiga, ultraman dyna dan banyak lagi... Hmmm... ada-ada aje. 

Adakah salah sang ibu atau ayah kerana membiarkan anak-anak dirumah tengok tv dan cd ajer.  Atau kerana suasana di sekolah yang tidak menyenangkan hati.  Kenapa tak cakap betul-betul. Banyak pulak dolak dalih nya.

Setelah menempuh cuti sekolah yang panjang beberapa minggu... mood untuk kesekolah dah semakin menurun.  Mulalah buat cerita bukan bukan.  Ada ka dah tinggal di Seri Iskandar elok elok nak pi sekolah kat Sungai Galah pulak... macam mana?  Apa agaknya yang istimewa kat Sungai Galah dan apa pula kurangnya sekolah di Seri Iskandar.

entahlah anak... dah bermacam-macam helah diberikan untuk tidak pergi sekolah.  Orang lain sekolahnya 5 hari seminggu... dia pula ... 2 atau 3 hari jer seminggu.  Kalau yang penuh pun semasa minggu peperiksaan yang lepas... memang penuh seminggu.  Tu pun... jenuh berperang.

Ada solution?

Ada cadangan?

24 Jun 2011