Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label kemaskini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kemaskini. Papar semua catatan

09 Februari 2015

Setiaku masih di sini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Setiaku masih di sini

Tiba-tiba teringat lagu yang pernah dipopularkan oleh Haleeda tidak berapa lama dulu.  Walaupun tidak hafal sepenuhnya tetapi ingat jugalah beberapa bait-bait ayat yang boleh dikaitkan dengan Setiaku masih di sini.

Kaedahnya saya nak bagi tahu sekarang ni sedang sibuk sangat tak sempat ak celoteh panjang lebar.  nak menulis nak mengarang tak sempat tetapi sempat jugalah jengok blog kawan-kawan.  Nak tinggal jejak pun tak sempat juga.


Tumpang tuah Alexa Rank

Cukuplah nak memaklumkan bahawa saya amat terharu dengan sokongan anda semua sehingga memungkinkan Rank Alexa kembali berseri.

Terima kasih semua.

26 Januari 2015

Awak apa khabar ?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Forum blogger

Gambar hiasan


Awak Apa Khabar?


Tajuk di atas tiada kaitan dengan lagi yang telah menjuarai AJL.  
Tetapi pertanyaan saya tujukan memang khas untuk awak semua yang sentiasa mengikuti perkembangan blog saya.
Sudah hampir 4 hari saya tidak update blog.
Bukan kerana tiada bahan cerita, juga bukan kerana malas atau sibuk.
Kerana sengaja.
Sengaja membiarkan blog ini tidak diupdate. 
Nak lihat sejauh mana blog ini diikuti oleh Alexa Rank.
Nak kata merajuk tidak juga tetapi nak menguji ketahanan diri sendiri untuk berhadapan dengan kerenah zaman IT yang penuh dengan cabaran.
Walaupun setiap hari blog diupdate dengan lebih dari dua atau tida entri, rank tetap juga menyusut.
Nak kata berganjak ke rank yang lebih baik tidak juga.  Macam ni lah cabaran dalam dunia blogging. Sama ada kita update atau tidak, kedudukan itu tetap sama atau mungkin akan menyusut. 
Kata otai blog dan pakar dalam SEO, sebab-sebab rank menyusut adalah kerana kita tidak mahir dalam SEO dan juga entri yang kita lahirkan juga tidak berkualiti.

Okey senang cerita macam inilah dunia seorang blogger sambilan.
Kadang-kadang dapat menulis dengan baik dan kadang-kadang entrinya kosong tanpa maksud yang jelas walaupun dia menulis panjang berjela yang konon-kononnya nak menarik SEO.
Salah juga.

Bukan sahaja Alexa Rank yang merajuk dengan blog yangbaik, Nuffnang juga turut merajuk tak pasal-pasal status bertukar kepada Non-Glitterati.  
Sungguh tak faham dengan Nuffnang, sesuka hati dia jer up status pelanggan.  Walaupun blog ini memasang apa-apa yang berkaitan dengan iklan tambahan selain dari Nuffnang, tetapi juga dia nak tukar status.
Malaslah nak hantar tiket ke kaunter Nuffnang.  
Pandai-pandailah dia ubah sendiri.

Rasanya cukup dulu untuk hari ini.
Walaupun sudang petang, peluang untuk update entri digunakan dengan sebaiknya.


Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com.



17 Jun 2014

Susunan blog berterabur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Susunan blog berterabur

Gambar hiasan 

Agak kelam kelibut sikit susunan blog untuk sehari dua ni. 
Ada hati nak tukar template blog walaupun sedang sibuk mengejar dateline.
Tunggu masa rehat baru dapat nak susun semula itupun tengok jika sempat.

Jangan pening kepala
Bila senang nanti singgah lagi yer
Ehh... tak yah tunggu senang
Bila-bila pun boleh singgah jengok dan baca apa yang berkenan.

Terima kasih atas kesetiaan semua


27 Januari 2014

Hari ini Isnin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


"Isnin yang puteh"


Hari ini Isnin.  
Terlewat lagi keluarkan entri.
Kerana kesibukan yang melanda
Termasuk juga kemalasan semalam
Semalam sepatutnya buat entri auto publish
Tetapi entah mengapa idea itu lesap... dan lenyap

Hari ini Isnin.
Baru sekarang berkesempatan buat entri
Setelah selesai makan tengahari
Bukan menunggu waktu solat
Kerana azan Zohor baru saja berkumandang
Semoga tidak terlewat
Menunggu giliran atau biarkan saja

Hari ini Isnin.
Banyak sungguh perkara dan tajuk bergelegar di kepala.
Semoga ingatan itu tidak luput
Nantikan saatnya
Sama ada lewat atau cepat
Hanya takdir yang menentukan

Hari ini Isnin
Semoga kekalutan hari ini tidak berterusan
Semoga hari esok dan hari-hari berikutnya berjalan lancar

Hari ini Isnin
Terima kasih kepada yang sudi menjengah
walau sekadar sebaris ayat
ucapan terima kasih siling berganti




suka duka pentas dunia




$$$

20 April 2012

Berubah wajah berubah segalanya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

gambar hiasan, sumber: google.com

Dah banyak hari tak online dengan blog nih, apatah lagi ngan facebook atau twitter.  hari ini buka jer blog konon-konon nak update.... alamak dah berubah pulak wajahnya...

buat masa ni bukan sahaja blog yang berubah wajah malahan masa update juga turut berubah mengikut angin dan kerajinan puan punya blog... maklumlah banyak sangat kedaungnya....

pulangkan.....pulangkan.....
mood yang hilang...

05 April 2012

Lama tak bersiaran teringin juga Toshiba Ultrabook

Assalamualaikum dan selamat selamat sejahtera

 

sumber:  google.com

Agak lama juga tidak bersiaran bukan sahaja blog yang tidak dikemaskini malahan jengok dan jalan-jalan blog juga tidak dilaksanakan.  Mood dah kedaung....

Tetiba hari ini teringat pula nak berbloging.
Belek punya belek... terjumpa pula rakan blogger dok asyik bercerita pasal ultrabook... eh yangbaik dah ketinggalan rupanya...

apa pun yangbaik memang nak juga ultrabook.. tapi macam mana caranya... kena beli la kan mana ada orang nak bagi free melainkan kalau masuk peraduan mana-mana blog yang tawarkan ultrabook.

huish... mengidam makan mangga tak per lagi... kalau mengidam ultrabook jenuh la cik abang nak cari... bukan boleh dapat seringgit dua..

oh! ultrabook...

23 Mac 2012

leceh betul

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



How to Blog?

memang leceh betul bila idea tak der nak buat entry
masa pula tak berapa pandai nak manage lagi
bila buat entry ikut suka jer...
tak pernah nak ikut tip SEO dari blogger popular
yang tau nya buat jer ikut hati
dah macam blogger syok sendiri
apa kisah... buat jer la...


terima kasih kerana sudi membaca...

:-)

25 Februari 2012

komenlah apa saja apa celop

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


anda marah
atau geram
atau bosan
atau sedih
atau dengki
atau hairan
atau mereng
atau apa saja

komenlah ... yangbaik tak kisah
apa celop
nak marah ... tidaklah
asalkan komen yang tidak berbau lucah atau memberi impak negatif kepada blog ini atau kepada pembacanya...

buat sementara waktu ni... yangbaik memang kekurangan bahan dan idea.... so apa saja yang terlintas di minda separa sedar ni... akan tertulis di sini...

(^_^)
.

Apa saja apa celop

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



apa saja yang berlaku atau apa saja yang tertulis tidaklah semestinya menggambarkan apa yang ada dalam perasaan penulisnya.

ada juga penulisan itu adalah hasil daripada perbincangan dan perbualan dengan rakan-rakan berkenaan kisah yang dilalui mereka lalu membuahkan idea untuk menulis.

namun seringkali dianggap bahawa penulisan itu ada kaitan dengan penulisnya walau secara dasarnya tiada kaitan.

mungkin juga kerana penulis tidak berterus terang.

untuk apa berterus terang jika ia bukanlah satu keuntungan yang berlipat ganda... mata duitan la pulak...

($-$)


12 Februari 2012

Apalah sangat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Apalah sangat...


kalau sehari tak update blog...
dah jatuh merudum page rank...

Apalah sangat...

kalau sehari tak menulis
tu tandanya idea tak datang

tetapi satu yang tak boleh hengat....
2 gelas susu satu hari...
tidak akan pernah menjauh...
kerna wanita bila dah berusia 30 tahun ke atas...
kuantiti kalsium dah mula menurun
terutama yang ada cahaya mata bersinar-sinar...
:-D

Apalah sangat..
tak dapat nak karang cerita panjang-panjang untuk hari ni, walaupun banyak aktiviti yang telah dibuat.  Oleh kerana banyak sangat aktiviti maka dengan sendirinya masa untuk berfikir panjang nak buat cerita pun sempat juga... Maklumlah... mana nak fikir kerja lagi... mana pula nak fikir mengenai blog pula...

So... inilah saja cerita yang sempat dilontarkan.

Sekian adanya.
.

29 Disember 2011

Bila malam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Bila malam melabuhkan tirainya maka bertebaran sang kelkatu mahupun kupu-kupu mengejar kerdipan neon.

Maka tiada lagi insan berkeliaran di jalan sana sebuah lorong nan sepi

Hidup ini seumpama perangkap

Sesekali insan itu perlu cekap menilai jejak yang dipasang agak hidup tidak berkalang noda...


*
*
*
*
*
*

saja jer cari nahas buat tajuk entry malam-malam nie,
esok siang tak dapat nak hupdate buat malu jer...
hari dah siang... tajuknya masih juga malam...

...

27 Disember 2011

Jualan Gudang Macaron

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Ada jualan gudang macaron? Huhuhu tak pernah jumpa lagi... nak cari jualan secara online jer... kalau boleh sampai dalam masa 24 jam... boleh?

(semua gambar di atas adalah dipetik dari google.com)



perut tengah lapar nie, terjumpa pula keywords macaron, alamak bertambah mendidik perut neh. dah lah hari ni kafe kat fspu tak buka... mana nak pi cari makan nasib baik la ada nestum 3+1 dalam laci agak-agak boleh kot bertahan sampai petang nei...


alkisahnya entry macaron memang Yangbaik pernah publish kat sini itu pun sebab nak join giveaway anjuran yanmieonline.com,  sayangnya tertewas sebab macaron bukan gajet tetapi ia adalah makanan...laaa ke situ pulak .. sebab tidak terpilih bukan salah entry tetapi belum rezeki lagi kan... sori yer kak yan.

cer tenang lama-lama kat macaron tu... kalo tak meleleh ayor lior saje ler... kome neh...


sekian. entery menyentap tali perut... weiii
.

21 Disember 2011

Bagaimana harus satu hari satu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Bagaimana harus satu hari satu catatan
andai tiba waktunya
kesibukan mula menjengak
di jendela hati

Bagaimana harus satu hari satu catatan
andai tiba masa itu
berterbangan idea di awang gemawan
ditiup bayu tersipu malu

Bagaimana harus satu hari satu catatan
andai saatnya
angin malas mula memulas
mencengkam rasa meracau bilau

Bagaimana...

ada jawabnya

pada diri sendiri

himpunkan rasa dan semangat

yakin pada diri

06 Disember 2011

Ada apa dengan cemburu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Keranamu Aku Cemburu 

Ada apa dengan cemburu
Cemburu secara lazimnya dikaitkan dengan perhubungan antara lelaki dan wanita
Sedangkan istilah dan penggunaan kalimah cemburu itu amat luas dan bukan dalam perhubungan antara lelaki dan wanita sahaja tetapi mencakupi seluruh kehidupan manusia.
Antara sedar dengan tidak kehidupan ini sering dikatakan cemburu bila seseorang itu tidak senang dengan kesenangan individu yang lain yang mungkin musuhnya.

Nak cerita tentang cemburu ini amat luas...

Ada monolong tentang cemburu yang ingin dikongsikan, tetapi bukan sekarang kerana banyak urusan lain yang lebih penting dari cemburu buta yang melulu tanpa usul periksa itu...

Tunggu yekk...
>_<
.

03 Disember 2011

Siapa yang lebih hebat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Siapa yang lebih hebat?
Orang yang rajin atau malas
Orang yang pandai atau bodoh
Orang yang bijak atau sewel
Orang yang pintar atau pencelok
Orang yang berilmu atau orang yang dungu

semua orang di atas akan mengatakan bahawa dirinya lebih hebat

Namun sehebat manapun kita, bila dah tersilap cakap akan menampakkan kebodohan dan kedangkalan ilmu

... sekian..

>_<

.

11 Ogos 2011

Bukan kata putus | Sekadar noktah sahaja

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


entry ini bukan kata putus
sekadar noktah yang tidak berkesudahan


.... alpha....

30 Jun 2011

Macam ni boleh ker?

Assalamulaikum dan selamat sejahtera,




Kita adalah antara jutaan insan yang terpilih untuk menjadi kaya dan berjaya.

Namun kekayaan dan kejayaan itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan komitmen yang bersungguh-sungguh.

Yang pipih tak kan datang melayang (macam kapal terbang kertas yang ditiup angin)
Yang bulat tak kan datang bergolek (macam bola yang disepak oleh pemain bola sepak Malaysia)

Chaiyo!!!!







..... Boleh ker.... buat entry macam ni...


huhuhu... sedang bergigihan lagi untuk buat entry... dan cari idea untuk Cabaran Hidup Luar Biasa...

*

Carian