Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Jun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jun. Papar semua catatan

25 Jun 2015

CPUV 7 8 9 dan 10 Bulan Jun 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV 7 8 9 dan 10 Bulan Jun 2015


Rezeki berganda di bulan Ramadhan.  Sekali lagi lagi Nuffnang bermurah hati membekalkan kempen CPUV kepada blog YangBaik.  Inilah yang dikatakan orang memberi kita merasa.  Ada sedikit buat cara sikit.  Dah ada banyak kita buat secara pukal. Kan

Bukan sengaja nak kumpula empat CPUV untuk satu entri.  Tetapi disebabkan sebab-sebab tertentu yang pastinya semua orang tahu.  Yang mana tidak tahu... jangan segan boleh bertanya, YangBaik akan menjawabnya :D

Diikutkan hati setiap CPUV yang diberikan oleh Nuffnang hendak dibuat entri.  Barulah entri mengenai Nuffnang tidak putus-putus dan entri blog pun setiap hari ada saja.

Jom kita tengok ada apa dengan CPUV 7, 8, 9 dan 10 untuk bulan Jun 2015 di blog YangBaik.

CPUV 78910 Jun 2015


Terselit CPUV 6 di situ.  Ini adalah kerana CPUV ke-7, Tesco - Lebih Jimat hanya keluar sejurus entri CPUV 3456 dikeluarkan.

CPUV ke-8, uMobile Blogger Ambassador bermula 22 Jun 2015.  Ada terlintas iklan UMobile di blog YangBaik tetapi tidak pasti pula Blogger Ambassador ini merujuk kepada iklan yang mana satu.
CPUV ke-9, Resort World Sentosa bermula 23 Jun 2015.  Tidak pasti bila iklan resort world muncul di blog YangBaik.

CPUV ke-10, OLDTOWN White Coffee bermula 24 Jun 2015.  Memang sedang trending di blog sekarang.  Telah kelihatan beberapa kali semenjak ianya mula dimasukkan.  Hari ini pun ada juga kelihatan.

Terima kasih kepada Nuffnang yang sudi meletakkan CPUV di blog YangBaik dan terima kasih juga kepada anda semua ada sokongan.

Sekian.


17 Jun 2015

CPUV 3456 Jun 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV 3456 Jun 2015



CPUV ke-3:  Dumex Dugro
CPUV ke-4:  Shell Helix 'Love My Engine"
CPUV ke-5:  Perfecto Popcorn
CPUV ke-6:  RHB Lifestyle App

Terima kasih Nuffnang.

02 Jun 2015

CPUV Pertama Jun 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV Pertama Jun 2015.  Nuffnang masih lagi relevan walaupun ada sebahagiannya tidak setuju dengan cara agihan CPUV atau mana-mana kempen.  Untuk mendapat tempat dalam senarai CPUV di Nuffnang tidaklah susah, yang penting sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan ikut peraturan.  Adalah penting untuk sentiasa kemaskini blog dengan entri yang bermanfaat.

Blog YangBaik bukanlah blog yang top meletop tetapi lebih kepada blog "Cap Ayam" dan blog picisan.

Mengapa?  Kerana blog ini tidaklah sehebat blog lain tetapi mempunyai idea sendiri untuk mengeluarkan entri dan kekal dengan cara sendiri.  Bukan tidak meniru tetapi meniru dengan profesional... tidak berlebih-lebihan.

Ko dah kenape?  Sendiri jawablah.  Sebenarnya nak bercerita untuk kesekian kalinya, Nuffnang bermurah hati dengan meletakkan kempen CPUV berturut-turut hari.  Tidak dinafikan juga kadang-kadang hampir 2 ke 3 minggu tiada kempen yang melekat.  Mungkin juga kerana kurangnya trafik yang masuk atau kerana sudah lama tidak update profil blog.

CPUV Pertama Jun 2015


Cool Tea - Product Awareness.  Kempen CPUV pertama untuk bulan Jun 2015.  Kempen yang ke berapa untuk tahun 2015... tidak pula diperiksa, malas nak kira.  Tengoklah kalau sempat kira nanti kita update bilangan kempen CPUV yang pernah melekat di blog YangBaik.

Untuk kempen kali ini, perasan juga iklan tersebut berlegar-legar di blog ini pada 1 Jun 2015, tetapi tidak sempat nak capture dari mana.  Elok juga dalam cuaca panas seperti sekarang, dapat menikmati Cool Tea sejuk jer. Kan

Akhir kata, terima kasih kepada Nuffnang dan Cool Tea.  Semoga kerjasama erat seperti ini terus berkekalan.

Jom kita cari ada ada dengan Cool Tea.


25 Jun 2011

25 Jun 2011: Seminar Hidup Luar Biasa Bersama Dr. Azizan dan ...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini 25 Jun 2011, memang penuh semangat untuk berjumpa Dr. Azizan dan Afdlin Shauki maka dengan beraninya pagi-pagi telah merempit ke warung berdekatan beli kueh untuk anak-anak, nak masak tak sempat mana tidaknya si jari runcing tu awal pagi lagi dah bangun tak sempat nak goreng nasi.  Oleh kerana ayah mereka nak cepat pergi kerja... maka dengan semangat yang berkobar-kobar si ummi setelah mendapat izin daripada ayahnya setelah membeli kueh terus merempit pula ke lokasi menunggu seperti yang telah dijanjikan.

WAh!... akhirnya hasrat hati tercapai juga.  Sebelum bertolak ke Tropicana di Ipoh kami sempat dulu menikmati sarapan pagi .. roti canai banjir dan kopi radix... sejurus itu, kami terus meluncur laju ke Tropicana (sori tak ingat nama penuhnya)... ambil gambar pun tak sempat.

Sesampai kami ke sana (di Tropicana) ... palang letrik pulak rosak... nyaris lagi palang tu tak terkena kereta kalau tidak... nak saman ke?... tak yah bukannya kena teruk pun.  Cuma amat berharap pihak pengurusan dan keselamatan Tropicana lebih berhati-hati dan bersedia untuk menerima kunjungan tetamu yang ramai...mungkin dah biasa terima tetapi janganlah abaikan keselamatan pengunjung.

Okey! tamat cerita kat luar masuk ke car park di tingkat 3 dan terus ke level 6 ke lokasi Seminar Hidup Luar Biasa.  Memang luar biasa, sebabnya sebelum hadir ke seminar ni, mana pernah Ummi merempit pagi-pagi... memang tak pernah di buat.  Maka bertepatanlah dengan ucapan Dr. Azizan nak hidup luar biasa kita perlu membuat keputusan yang luar biasa.  Nak sambung sikit, kita perlu keluar dari kepompong hidup yang biasa-biasa... supaya kita tidak disamakan dengan 'biawak'.  SAYA MEMANG KAYA DAN BERJAYA!!!

Yes... motivasi untuk kerja lebih tekun dan tidak menjumudkan pemikiran.  Tak perlu takut dengan kejayaan orang.  Orang yang berjaya itu harus dijadikan sebagai kawan dan sahabat untuk kita berkongsi rahsia kejayaan.  Harus ingat tak semua orang yang berjaya itu kedekut.

Bateri notebook ni dah nak abishhh... so sambung lagi cerita-cerita menarik dari insan yang hidupnya memang luar biasa.

Difahamkan pada 29 - 31 Julai 2011 akan diadakan satu lagi siri yang menarik...

Sekian.  memang tak der gambar.... sedih kan?... sob sob sob

.

24 Jun 2011

19 Jun 2011

19 Jun 2011 | Selamat Hari Ayah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Agak terlewat sikit buat entry ni.. sebab si comel ni dah mula meragam.  Jadi mood untuk update cerita pun semakin luntur.  Ada pembaca bagi tips katanya si comel itu nak kan belaian.  Kalau si jari runcing atau model gadis semasa okehlah juga bagi belaian.  Tapi ini Toshiba... apa nak buat? Nak ganti baru.. nak tunggu samsung atau iPad2 menjengah kat muka pintu... tu pun kalau ada rezeki.  Rezeki sempena hari ayah kot... tunggu jer



Berbalik kepada tajuk cerita.  Hari ini, pagi-pagi lagi bangun dari tidur Alif ucap 'Selamat Hari Ayah' kepada ayahnya.  Ayah pula macam tak perasan, senyap jer sambil bersiap nak pergi kerja.  Sepanjang minggu Kursus Induksi walaupun bukan ayah yang berkursus kena juga pergi kerja walaupun pada hujung minggu.  Selalunya pada setiap hujung minggu ayah akan bekerja ikut syif sama ada pagi atau petang dan baliknya malam sikit... sehingga itu si jari runcing pun menunggu ayahnya balik dan berbuallah mereka sehingga lewat malam pula.



EH he... banyak pula selingan yer.  Dah ayah bersiap lepas minum ayah terus keluar.  Dan, sekali lagi ayah ke muka pintu dan mengucapkan 'Ayah! Selamat Hari Ayah!'.  Ayah mungkin sedikit terkejut lantas mengucapkan terima kasih dan mengucup dahi Alif.  Baru nampak kepuasan di muka Alif.

Selamat hari Bapa:  Bapa Bukan Hanya Cari Rezeki

18 Jun 2011

17 Jun 2011 | Tarikh Keputusan Peperiksaan Ijazah UiTM April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

17 Jun 2011, hari Jumaat.  Semalam bukan hari ini.  Kerana hari ini adalah hari Sabtu.  Pada tarikh berkenaan maka keluarlah keputusan peperiksaan Ijazah UiTM bagi peperiksaan untuk bulan April dan Mei 2011.

Lantaran itu timbul pelbagai spekulasi mengenai keputusan peperiksaan.  Semoga semua yang menduduki peperiksaan tersebut mendapat keputusan cemerlang.  Kepada yang masih belum terima, pastikan anda telah memenuhi syarat utama iaitu 'SUFO'.  Makkumat mengenai SUFO ada di dalam portal pelajar.  Bersabarlah dan jangan buat spekulasi.

Good luck to all

04 Jun 2011

4 Jun 2011 | Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Hari ini 4 Jun 2011 (Sabtu) adalah Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, iaitu Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.  Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Daulat Tuanku



Sekian.


Carian