Hari ini, kita sering berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran untuk menikmati Hidup Luar Biasa. Siapa yang hidupnya luar biasa? Mereka adalah hidupnya berbeza daripada manusia yang biasa-biasa. Siapa pula orang yang hidupnya biasa-biasa. Bukan nak menumpang populariti Seminar Hidup Luar Biasa oleh DAO, tetapi nak ambil tajuk berkenaan untuk berkongsi pandangan bagi mengharungi cabaran untuk hidup luar biasa dengan cara terhormat dan bermaruah serta jati diri yang terndiri. Semoga boleh memberi menfaat kepada diri sendiri dan juga kepada anda yang membaca.
Cabaran 1: Jauhi sifat marah
Untuk hidup luar biasa, kita perlu atasi perasaan marah. Kerana orang yang suka marah-marah ... kasihan kan... simpati pun ada.
Memanglah orang itu akan marah kepada seseorang yang lain apabila tugasan yang diberikan tidak dilaksanakan dengan sempurna. Tetapi sebelum marahkan orang yang tidak menyiapkan tugasan itu, adakah diselidiki puncanya kenapa tugasan itu tidak siap atau tidak sempurna.
Memang simpati. Adakah kerana takutkan reputasi menurun maka jadikan sifat amarah itu sebagai raja dalam diri yang menguasai minda dan akal logik. Kita perlu sedar dengan marah berterusan tidak ke mana.
Susah dan memang susah kalau kita berada di tempat orang itu. Tetapi cubalah bertenang dan berfikiran waras sebelum bertindak melulu tanpa usul periksa. Dan jangan kerana sifat itu menjadikan maruah diri kita tercalar. Marah kita itu sebenarnya tidak ke mana kerana ia akan tamat di situ atau suatu masa kita akan bersendirian.
Bagaimana berhadapan dengan sifat marah
Bersabar, bertenang. Tulis memang senang nak buat? Senang jer... kawal marah itu. Tanamkan dalam minda tak perlu marah-marah.
Marah bukan caranya
Nasihat adalah cara terbaik untuk berhadapan dengan situasi orang yang tak tau buat kerja atau tak faham buat kerja.
~~~~~~~~~~
memang tak suka nak tulis ni... sambung lagi
jangan segan-segan juga untuk berkongsi pandangan anda untuk mengatasi perasaan marah ini.
sekian dulu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.