Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Hidup Luar Biasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hidup Luar Biasa. Papar semua catatan

14 Jun 2013

Belajar terima kenyataan hidup luar biasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




1.  Dalam kehidupan seharian sama ada di tempat kerja atau di rumah kita pastinya mahukan yang terbaik untuk insan sekeliling kita termasuk juga untuk diri kita sendiri.

2.  Dalam memastikan semua orang mendapat yang terbaik, kita sendiri tidak lari dari hakikat bahawa setiap yang terbaik itu ada kalanya mudah untuk dilaksanakan.

3.  Dalam keadaan tertentu dengan mudah juga kita mencapai kejayaan  dan dalam keadaan itu sudah pasti kita rasa sungguh gembira dengan pencapaian kita.  Sehingga itu terdetik dalam hati bahawa diri ini mahu berehat seketika dari ruang kejayaan.  Mungkin kerana letih atau kerana hendak memberi peluang kepada orang lain pula untuk mencipta kejayaan.

4.  Dalam keadaan yang lain pula bila sesekali kita diuji dengan tohmahan dan kata nista, kita rasa bersalah sangat walaupun bukan salah kita.  Tohmahan itu sekadar menguji sejauh mana beraninya kita berhadapan dengan dunia luar sana yang penuh pancaroba dan pahit getir.

5.  Tanpa kita sedari sebenarnya dalam tempoh tertentu dan juga kerana tohmanan itu kita menjadi malas hendak mencipta kejayaan baru hanya kerana satu titik hitam yang tertumpah di dasar hati kita.  Apa titik hitam itu?  Negatif (-ve)

6.  Berpandangan negatif dengan pandangan orang lain.  Ya, memang perit untuk memberi gambaran positif (+ve) kiranya -ve itu lebih banyak bertamu dan berkeliaran dalam semak hati.

7.  Sesekali belajar terima kenyataan bahawa kita juga manusia biasa yang sedang berusaha untuk menjadi manusia yang luar biasa dengan cara kita sendiri.  Menjadi manusia luar biasa tidak susah tetapi yang susah adalah pemikiran -ve

8.  Tidak semua orang (mungkin perasaan kita sendiri) suka mendengar kejayaan kita atau semangat luar biasa yang ada pada kita.

9.  Belajar terima kenyataan dari awal bahawa setiap jalan kejayaan yang dilalui tidak semestinya mesti diharungi dengan kepayahan atau keperitan.

10.  Hargai semangat luar biasa yang ada pada diri sendiri... semoga kejayaan dan kecemerlangan adalah milik kita tanpa sedikit nilai -ve di sudut dasar hati.



19 Januari 2012

Ungkapan Kaya dan Berjaya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Ungkapan "Aku Kaya dan Berjaya" sudah pasti biasa didengar sekiranya anda pernah mengikuti program Dr. Azizan Osman iaitu Program Hidup Luar Biasa.  Sudah semestinya semua orang mahu hidupnya kaya dan berjaya, terutama untuk kesejahteraan keluarga.

Kehadiran Yangbiak ke mini Seminar Hidup Luar Biasa pada tahun lepas sungguh memberi makna dan erti.  Walaupun tidak mengikuti program berkenaan sepenuhnya (kerana ada siri penuh yang lebih menggegarkan), kesannya kepada cara hidup dan cara berfikir cukup memberi erti yang amat luar biasa.  Sebelum ini, motivasi diri (jati diri) mengenai cabaran hidup bekerja agak rendah.  Tetapi setelah setengah hari mengikuti program Hidup Luar Biasa, secara tidak langsung kami di ajar untuk berfikir secara luar biasa tambahan dengan slogan "saya kaya dan berjaya" dan "awak kaya dan berjaya".

Seperti juga kata-kata Dr. Azizan Osman, tidak semestinya peserta Seminar Hidup Luar Biasa akan beralih arah ke bidang perniagaan sepenuhnya, tetapi berupaya mendidik diri untuk lebih maju dan berjaya dalam kerjaya sedia ada.  Sungguh! Yangbaik amat sayang dengan kerjaya sekarang dan jika diberi peluang "saya kaya dan berjaya!".

Secebis memori dan ingatan serta penguat semangat diri.


12 September 2011

Hidup bukan sekadar pilihan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Hidup bukan sekadar pilihan sebaliknya apa yang terjadi adalah telah tersurat.  Hanya kita yang perlu bijak meneliti apa yang tersirat di sebalik setiap kejadian.  Dalam kitaran hidup dan kejadian siang dan malam, kita sering diberi pilihan untuk berbuat baik atau sebaliknya.  Maka setelah diberi pilihan, pilihlah dengan bijak dan akal yang bestari untuk membuat baik.  Mengapa mesti memilih untuk membuat yang lain yang tidak baik yang kita tidak suka sebenarnya. 

Sesuatu yang terjadi sama ada kita sedar atau tidak kadang-kadang itu bukan pilihan kita tetapi kita telah terpilih untuk melakukan itu.

Tanpa kita sedari apa yang kita lakukan telah mendatangkan kesusahan kepada hati kita sebenarnya kerana terpaksa memikirkan hati dan perasaan orang lain.  Tetapi dalam kesedaran itu adakah kita akan insaf dan berfikir untuk tidak melakukan sesuatu yang di luar kotak pemikiran yang positif. 

Kita sering disogokkan dengan istilah 'lakukan sesuatu yang di kotak pemikiran anda'.  Adakah kita sedar kadang-kadang yang berada di luar kotak pemikiran kita boleh juga mendatangkan mudarat kepada hidup kita dan hidup orang di sekeliling kita terutama orang yang kita sayang.

Apa yang ada di luar kotak pemikiran anda adakala di luar kawalan perasaan dan naluri kita sebagai manusia biasa.  Berfikir dengan waras sebelum melakukan sesuatu yang berada di luar kotak pemikiran.  Dikhuatiri apabila berfikir di luar kotak pemikiran akan mendatangkan sesuatu yang diluar kawalan akal yang waras.

Apa sebenarnya yang berada di luar kotak pemikiran. 
Walaupun kita berfikir dalam kotak pemikiran tidak semestinya kita seperti katak di bawah tempurung.

Kita adalah apa yang kita pilih dan pilihlah untuk membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang yang memerlukan bukan sekadar untuk kepentingan diri sendiri.

Sekian.

*.*




10 September 2011

Kelebihan dan kekurangan kerja lebih masa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Kelebihan dan kekurangan kerja lebih masa


gambar hiasan

Sebelum menulis tentang kelebihan dan kekurangan kerja lebih masa, apa kata kita selusuri dulu soksek soksek dan desas desus yang sering memanaskan telinga...

Situasi 1:
-  Kerja lebih masa ni seronok ke?
-  best la dapat kerja lebih masa, bos takder boleh ngulat..
-  kerja ke hari ni, anak sapa jaga?
-  Banyak la masyuuuk, dah kerja hari minggu kan.
-  Tak masak lagi la hari ni?

Situasi 2:
-  Umi nak ke mana hari ni?
-  Umi kerja ke hari ni?
-  Tengahari nanti nak makan dengan siapa?
-  Bila nak keluar jalan-jalan?
-  Tak dapat balik kampung la.. macam ni.

Macam tu lah situasi yang akan hadapi bila bekerja lebih masa.

Memang lah kerja lebih masa ni dapat masyuukkk... tapi tak banyak mana pun yang boleh masyuuuk....  tambahan kerja gomen... kalau kerja kilang carsem ker kilang mattel ker tak pun kerja kilang kat bayan lepas... masuk banyak la jugak.

Time kerja lebih masa bukan masa untuk mengulat atau mengulorr.  Kerja lebih masa adalah atas keperluan jabatan, kalau tak buat akan memudaratkan perkhidmatan. Walau apapun alasannya bila nama dah naik kerja hari Sabtu dan Ahad, apa nak buat... terpaksalah batalkan semua perancangan keluarga dan tangguh ke masa lain dan datanglah kerja dengan suci hati dan niat yang ikhlas untuk bangsa dan negara... ala sebagai ganti jugak kan ... kadang-kadang time kerja ada kecemasan pulak kat rumah kena ambil cuti kecemasan tak pun kerja 'half day'.

Kelebihan kerja lebih masa adalah secara tidak langsung dapat menyiapkan kerja-kerja yang tidak sempat disiapkan semasa hari kerja biasa.  Tetapi bukan lah syarat untuk tidak menyiapkan kerja seperti biasa pada hari kerja biasa.  Maksudnya begini, ketika sedang bertugas semasa ketiadaan pelajar atau pensyarah maka bolehlah siapkan kerja-kerja pejabat semalam ataupun siapkan kerja yang boleh dilakukan pada hari Isnin.  Sebab... hari Isnin ini ada majlis sambuat mega raya aidilfitri... kena tugas jaga meja hidangan pula... so tertangguhlah kerja-kerja pejabat.  Dah ada peluang buat kerja hari ni, buatlah.  Sementara rehat ni... kita bloggging la... lalalalla

Kekurangan kerja lebih masa pula adalah hari ini ada majlis sambutan hari raya aidilfitri di TASKI dan rumah kawan di Sungai Galah... maaf lah tak dapat pergi.  Wakilkan aje kepada 'orang rumah' dan anak-anak.  Semoga mereka berbahagia.  dan tambahan lagi satu... tak dapat balik kampung melawat mak dan mak mertua... tunggu minggu depan pula... jika ada peluang...

Walau apa pun kelebihan dan kekurangan yang ada itu semua adalah pelengkap dalam kitaran hidup kita.  Satu kita terlepas mungkin akan dapat lebih baik dari yang telah lepas.  Peluang yang dapat ini kita gunakan sebaik-baiknya...

Sekian...


Terima kasih sudi baca entri Kelebihan dan kekurangan kerja lebih masa

19 Julai 2011

Hidup luar biasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Dalam sebulan nih, bermula dengan seminar Hidup Luar Biasa dengan Dr Azizan di Ipoh tempoh hari boleh dikatakan hari-hari terdengar perkataan hidup luar biasa perlu kerja luar biasa kerana kita hidup di zaman yang luar biasa dan bukan lagi biasa-biasa.  Sebelum ni bukan tak pernah dengar hidup luar biasa, pernah dengar juga bahkan selalu juga dan rasa macam hidup sendiri pun dan luar biasa tetapi tak pernah endahkan perkataan tu.

Semalam dan hari ini sekali lagai perkataan luar biasa itu kedengaran lagi dan yangpaling hebatnya bermula dari sekarang hidup ini perlu luar biasa kerana semua orang sedang bergerak ke arah satu tujuan yang luar biasa... hmmm... bunyi macam lain macam jer... tapi itulah hakikatnya yang terpaksa ditempuh.

Semua pergerakan perlu pantas, otak perlu 'pick-up' dengan lebih luar biasa.  Biarpun sesekali migrain datang melanda kerana otak dah penat berfikir.  Nak rehat pun... rehatlah tetapi kembali dari rehat kerja perlu lebih lagi luar biasa... lagi...



Hari ini pagi ini dikejutkan dengan graf ini, baru 5 ... memang luar biasa kan... aduhai... migrain la pulak...adeh!




*

30 Jun 2011

Macam ni boleh ker?

Assalamulaikum dan selamat sejahtera,




Kita adalah antara jutaan insan yang terpilih untuk menjadi kaya dan berjaya.

Namun kekayaan dan kejayaan itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan komitmen yang bersungguh-sungguh.

Yang pipih tak kan datang melayang (macam kapal terbang kertas yang ditiup angin)
Yang bulat tak kan datang bergolek (macam bola yang disepak oleh pemain bola sepak Malaysia)

Chaiyo!!!!







..... Boleh ker.... buat entry macam ni...


huhuhu... sedang bergigihan lagi untuk buat entry... dan cari idea untuk Cabaran Hidup Luar Biasa...

*

28 Jun 2011

Kerana Hidup Luar Biasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

pertama yang dijumpai oleh mr. google.  terima kasih

gambar pun yang tak luar biasa pun boleh jadi luar biasa juga. 


Semuanya kerana Hidup Luar Biasa.  Belum sampai seminggu popular post yang Luar Biasa telah meninggalkan Nik Zaris Nelydia dan semakin menghampiri Jejari Runcing.

Untuk jadi luar biasa kita harus keluar dari kepompong yang biasa-biasa


Terima kasih semua!!!

27 Jun 2011

Cabaran Hidup Luar Biasa #1 | Mengatasi perasaan marah!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini, kita sering berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran untuk menikmati Hidup Luar Biasa.  Siapa yang hidupnya luar biasa?  Mereka adalah hidupnya berbeza daripada manusia yang biasa-biasa. Siapa pula orang yang hidupnya biasa-biasa.  Bukan nak menumpang populariti Seminar Hidup Luar Biasa oleh DAO, tetapi nak ambil tajuk berkenaan untuk berkongsi pandangan bagi mengharungi cabaran untuk hidup luar biasa dengan cara terhormat dan bermaruah serta jati diri yang terndiri.  Semoga boleh memberi menfaat kepada diri sendiri dan juga kepada anda yang membaca.

Cabaran 1:  Jauhi sifat marah

Untuk hidup luar biasa, kita perlu atasi perasaan marah.  Kerana orang yang suka marah-marah ... kasihan kan... simpati pun ada. 

Memanglah orang itu akan marah kepada seseorang yang lain apabila tugasan yang diberikan tidak dilaksanakan dengan sempurna.  Tetapi sebelum marahkan orang yang tidak menyiapkan tugasan itu, adakah diselidiki puncanya kenapa tugasan itu tidak siap atau tidak sempurna.

Memang simpati.  Adakah kerana takutkan reputasi menurun maka jadikan sifat amarah itu sebagai raja dalam diri yang menguasai minda dan akal logik.  Kita perlu sedar dengan marah berterusan tidak ke mana.

Susah dan memang susah kalau kita berada di tempat orang itu.  Tetapi cubalah bertenang dan berfikiran waras sebelum bertindak melulu tanpa usul periksa.  Dan jangan kerana sifat itu menjadikan maruah diri kita tercalar.  Marah kita itu sebenarnya tidak ke mana kerana ia akan tamat di situ atau suatu masa kita akan bersendirian.

Bagaimana berhadapan dengan sifat marah

Bersabar, bertenang.  Tulis memang senang nak buat?  Senang jer... kawal marah itu.  Tanamkan dalam minda tak perlu marah-marah.

Marah bukan caranya

Nasihat adalah cara terbaik untuk berhadapan dengan situasi orang yang tak tau buat kerja atau tak faham buat kerja.

~~~~~~~~~~
memang tak suka nak tulis ni... sambung lagi

jangan segan-segan juga untuk berkongsi pandangan anda untuk mengatasi perasaan marah ini.

sekian dulu

25 Jun 2011

25 Jun 2011: Seminar Hidup Luar Biasa Bersama Dr. Azizan dan ...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini 25 Jun 2011, memang penuh semangat untuk berjumpa Dr. Azizan dan Afdlin Shauki maka dengan beraninya pagi-pagi telah merempit ke warung berdekatan beli kueh untuk anak-anak, nak masak tak sempat mana tidaknya si jari runcing tu awal pagi lagi dah bangun tak sempat nak goreng nasi.  Oleh kerana ayah mereka nak cepat pergi kerja... maka dengan semangat yang berkobar-kobar si ummi setelah mendapat izin daripada ayahnya setelah membeli kueh terus merempit pula ke lokasi menunggu seperti yang telah dijanjikan.

WAh!... akhirnya hasrat hati tercapai juga.  Sebelum bertolak ke Tropicana di Ipoh kami sempat dulu menikmati sarapan pagi .. roti canai banjir dan kopi radix... sejurus itu, kami terus meluncur laju ke Tropicana (sori tak ingat nama penuhnya)... ambil gambar pun tak sempat.

Sesampai kami ke sana (di Tropicana) ... palang letrik pulak rosak... nyaris lagi palang tu tak terkena kereta kalau tidak... nak saman ke?... tak yah bukannya kena teruk pun.  Cuma amat berharap pihak pengurusan dan keselamatan Tropicana lebih berhati-hati dan bersedia untuk menerima kunjungan tetamu yang ramai...mungkin dah biasa terima tetapi janganlah abaikan keselamatan pengunjung.

Okey! tamat cerita kat luar masuk ke car park di tingkat 3 dan terus ke level 6 ke lokasi Seminar Hidup Luar Biasa.  Memang luar biasa, sebabnya sebelum hadir ke seminar ni, mana pernah Ummi merempit pagi-pagi... memang tak pernah di buat.  Maka bertepatanlah dengan ucapan Dr. Azizan nak hidup luar biasa kita perlu membuat keputusan yang luar biasa.  Nak sambung sikit, kita perlu keluar dari kepompong hidup yang biasa-biasa... supaya kita tidak disamakan dengan 'biawak'.  SAYA MEMANG KAYA DAN BERJAYA!!!

Yes... motivasi untuk kerja lebih tekun dan tidak menjumudkan pemikiran.  Tak perlu takut dengan kejayaan orang.  Orang yang berjaya itu harus dijadikan sebagai kawan dan sahabat untuk kita berkongsi rahsia kejayaan.  Harus ingat tak semua orang yang berjaya itu kedekut.

Bateri notebook ni dah nak abishhh... so sambung lagi cerita-cerita menarik dari insan yang hidupnya memang luar biasa.

Difahamkan pada 29 - 31 Julai 2011 akan diadakan satu lagi siri yang menarik...

Sekian.  memang tak der gambar.... sedih kan?... sob sob sob

.

Carian