Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Muhammad Abid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muhammad Abid. Papar semua catatan

16 Jun 2013

Aksi di dalam kereta sorong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Aksi bukan sebarang aksi 
Aksi Muhammad Abid belum lagi basi 
Sempena umurnya genap 8 bulan 1 hari 
Hari Ahad bukan hari lahir 

Ketika menulis tajuk entah mengapa tiba-tiba terbayang aksi yang terlihat beberapa bulan lepas di dalam kereta di lebuhraya timur barat di suatu tempat di Banjaran Titiwangsa. Meremang bulu roma bila difikirkan apa yang akan berlaku andainya kereta yang mereka naiki terbabas.  Entah kemana pergi sifat sabar dan rasa malu hingga tidak mengira tempat mereka buat begitu. Semoga diampun dosa mereka dan dosa kedua ibu bapa mereka. Segeralah kembali bertaubat. 

Kembali kepada tajuk hari ini, aksi Muhammad Abid di dalam kereta sorong. Setelah umurnya menginjak ke 8 bulan, semakin lincah dan pantas pula pergerakan. Letak saja dalam kereta sorong terus bingkas atas kepala hendak bangun. Kereta sorong perlu digerakkan segera.







Sekarang baru cuba letak dalam walker pula.  
Tidak boleh terus letak dan tinggal kena ada di sisi, tulangnya belum kuat lagi.



Rumahku Syurgaku


14 Mei 2013

Pada usia 7 bulan

As salam,


aksi akrobatik yang skema

Bulan lepas, pada tarikh 15 April 2013 genap sudah umur Muhammad Abid 6 bulan 1 hari.  Di usia 6 bulan Abid sudah berikan banyak perkembangan menarik dan sudah pandai buat ragam.  Gambar di atas adalah salah satu daripada aksi Abid di usia antara 4 - 5 bulan.

Muhammad Abid dan Kakaknya Irdina Huda

Dan hari ini 14 Mei 2013, genap 7 bulan usia Muhammad Abid, sudah kurang aktiviti akrobatik dilakukan... lega!!! Sebaliknya lebih kepada merengek dan tidak mahu dilepaskan.  Letak sekejap dah berbunyi... nak buat kerja apa semua kena gendong (bawa) dia.

Banyak sebenarnya nak cerita mengenai aktiviti Abid, tetapi tertangguh buat sementara waktu.  Nanti bila-bila lapang umi buat cerita baru.




19 Januari 2013

Pemandangan sahaja

As salam,

Sambungan kisah terdahulu ... bawa baby Abid jalan-jalan dalam kereta sekitar Pekan Lumut.

Kaki baby Abid ... belum boleh berjalan lagi
baru 3 bulan


Pemandangan di Jeti Lumut pada hari biasa-biasa
Pada hari cuti umum memang tak dapatlah peluang
macam ni... penuh sesak dengan pelancong

dari Jeti Lumut beralih pula ke Marina Wing
Tak sempat nak tangkap gambar deretan kedai cenderahati
Mana tidaknya kereta meluncur laju
trafik lega.... tiada gangguan lalu lintas

masih lagi sekitar Marina Wing
tetapi sudah dipenghujung teluk 
di bawah pokok tu tempat yang baik
untuk berkelah bersama keluarga

Di sana adalah pulau batu... itu gelaran yang aye bagi
nama sebenar tak tahu
dengar khabar pulau milik individu  tertentu
Tempat pilihan pemancing
pada waktu tertentu
tempat ini penuh dengan pemancing ikan
dan termasuk juga pemancing orang
AWAS!
Sebelahnya adalah bukit

Salah satu hutan batu
Bangunan baru belum siap sepenuhnya
di Seri Iskandar berhampiran betul-betul
dengan Taman Teknologi

Hutan simpan di Seri Iskandar barangkali
Entah sampai bila kehijauan itu akan kekal


Dah puas tangkap gambar merata-rata dari Lumut ke Seri Iskandar buat kenangan masa akan datang.

Urusan baby belum lagi selesai... bersambung lagi entah bila pula akan buat entry baru berkenaan lawatan dan perjalanan baby Abid..

Baby's Day Out.

.

18 Januari 2013

Dari Seri Iskandar ke Lumut

As salam,


Dalam proses nak buat entry panjang-panjang.  Sebelum ni memang tak pernah atau jarang sangat lah aye buat entry yang panjang lebar.  Bukannya tak tau nak mengarang.... BM dalam SPM kredit ler... tetapi tak punya ide yang banyak untuk celoteh... dalam masa yang sama aye pun bukannya pandai sangat nak cakap banyak-banyak lebih suka memerhati jer sesekali mencelah itupun tengok keadaan dan mood.

Bila datang mood malas nak bercakap maka menulis pun sama jugalah malas nak tulis panjang lebar.  Panjang lebar juga intro ni yer... tetapi tak der kaitan pula dengan tajuk cerita... boleh ker macam nie?  Hentam sajalah... tajuk lain intro lain tapi jalan cerita mesti sama dengan tajuk okey!

nota temujanji dengan doktor pakar
di Hospital Seri Manjung dari Dr. Yasmin

Beberapa ketika sebelum bermulanya temujanji seperti di atas, Muhammad Abid telah diserang angin pasang sekejap kembung sekejap okey... bila kembung Abid akan merengek dan tak senang tidur maka terpaksalah umi berjaga malam untuk tuam atau sapu minyak.... bila dah lega dalam 2 hari elok jer tak nampak macam ada angin pasang.  Ada orang tanya kamu tak urut ke anak kamu tu? kenapa sampai ada angin pasang? kan baby lagi.... hmmmm nak mengeluh pun tak guna apatah lagi nak salah sesiapa... itu semua dah ditakdirkan yang penting kita berusaha untuk berubat dan meringankan sakitnya.

Dua kali cubaan berubat secara tradisional namun tidak berjaya.  Bukan tidak berjaya sepenuhnya tetapi sembuh sekejap kemudian berulang semula... bukan salah mereka yang mengubat tetapi bak kata orang juga belum jumpa yang rasi (sesuai).  Dengan itu kami ambil keputusan untuk berjumpa Dr. Yasmin bagi mendapatkan khidmat nasihat dari segi perubatan moden... dengan itu terhasillah temujanji di atas.

Dalam bakul rotan

Pemandangan bukit di Segari yang telah gondol

Pergi ke Manjung jika tidak ke Lumut memang tidak sah.  Sejurus keluar dari Klinik Yasmin oleh kerana masih awal lagi jom pusing-pusing pekan Lumut.  Baby masih dalam bakul rotan lagi... 


Baby Abid dah kepanasan ... topi dah tanggal tiba masa nak tidur pula.  Umi dan ayah dok sibuk menikmati keindahan laut Lumut dari dalam kereta sahaja... tak keluar?... hm...tak taulah kenapa pula.

cendol Lumut
Sambil menikmati keindahan pemandangan Pulau Segari dari Jalan Lumut TLDM jangan lupa menikmati keenakan cendol pulut pula.  Dah bleh makan pulut ker?  Secara kebetulan pula mamak cendol ada menanti di bawah pokok berhampiran, apa lagi oleh kerana dah agak lama tak menikmatinya... bila dah dapat rasa sesekali baru puas hati.  Selain dari cendol ada juga mee rebus dan rojak pasembor, tak sempat menikmati rojak... lagi pun tak berapa berani lagi nak makan rojak nei...pantang tak habis lagi... nanti bentan pula... tak kiralah dah berapa lama pun tapi masih perlu berjaga-jaga lagi..


Selepas menikmati cendol, terus balik ke Seri Iskandar.  Berapa km dari Lumut ke Seri Iskandar yer?  Agak lah kan kalau perjalanannya ambil masa antara 45 minit ke 60 minit tertakluk kepada fungsi lampu isyarat di sepanjang jalan.

'suka duka pentas dunia'


.

Bakul Baby

As salam


Seperti kebiasaannya orang dewasa mempunyai kelengkapan peribadi seperti bedak, sikat, minyak rambut, losyen, krim kecantikan dan sebagainya.


bakul baby Abid 

Tanpa melengahkan masa, seperti yang tertera pada gambar di atas berikut aye senarai kelengkapan baby Abid yang terdapat di dalam bakul... souvenir dari Klinik Bersalin Yasmin.  Pada asalnya kandungan bakul berkenaan bukanlah seperti tertera di atas barangan asal adalah tuala mandi baby, set baju baby, tuala tangan untuk baby, minyak kayu putih dan beberapa kelengkapan asas untuk mandian baby... tak sempat nak tangkap gambar sebab tak terfikir pun nak buat cerita mengenai bakul baby pada masa itu.  Eh... celoteh panjang pulak... bila nak cerita kandungan atas tu....?

Senarainya:
1.  Wet tissue / tisu lembap
2.  Mangkuk kecil berisi lilin
3.  Bedak baby
4.  Losyen Baby
5.  Bungkusan jintan hitam untuk tuam baby (dipanaskan dengan lilin).  Sekarang digantikan dengan batu kecil, sesekali guna juga jintan hitam.
6.  Dalam bakul ada kotak plastik lagi, kandungannya (tak kelihatan kerana terlindung/ tersimpan dalam kotak plastik); nappy cream, minyak telon, minyak kayu putih, balm baby cap petani, gunting kuku babydan penyedut hidung baby.
7.  Ada juga sikat khas untuk baby tetapi belum dibuka dari bungkusan asalnya...bermakna belum guna lagi lah.

Kandungannya akan berubah dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian dan seiring dengan peningkatan umur baby.


04 Januari 2013

Debaran itu berakhir jua

As salam,



Memang benar gambar ini tiada kaitan dengan debaran itu 

Pagi-pagi lagi dah berkejaran berlumba dengan anak-anak.

Mana nak siapkan yang pergi sekolah rendah tahun 1, seorang lagi nak pergi PASTI, seorang lagi nak tukar 'pampers' dah penuh semalaman empunya simpanan dan seorang lagi nak bersiap pergi ke hospital ada temujanji pulak dengan doktor.

Nak siapkan sarapan lagi... sudahnya makan roti dengan teh o panas jer.  Nak beli tak sempat, nak masak memang tak sempat bila dah terlewat bangun mana tidaknya malam tadi berjaga melawan mata dengan si kecilku Abid...

Sudah selesai semua... pergi sekolah dan siapkan baby Abid, giliran umi pula bersiap.

Dah sampai hospital, pergi kaunter pertanyaan tanya di mana Klinik 9.  Terus meluncur laju tiga beranak ni.... Alhamdulillah Abid tak banyak ragam.  Menunggu pun tak lama, tak sempat nak habiskan sebuku roti kaya.... dah dipanggil doktor... wah! cepat 'gila'.

Setelah dibuat pemeriksaan susulan berikutan dari laporan dan fail dua bulan dulu... menurut doktor perkembangan baby  Abid memuaskan memandangkan beratnya pun bertambah baik.  Kelahiran dahulu pun bukanlah kerana tidak cukup bulan atau 'premature' tetapi kelahiran biasa yang hanya cepat sikit dalam 3 hari saja...

So... keputusannya... tak perlu datang lagi ke hospital untuk pemeriksaan susulan kerana kesihatan adalah memuaskan dan jaga baby baik-baik... itu saja?  Memang terkejut juga walaupun memang itu yag diharapkan.  Terima kasih.


 
Syukur Alhamdulillah baby Abid tak perlu berulang lagi ke Hospital Seri Manjung.

Semoga selamat semuanya.  Terima kasih atas doa semua.


(^-^)

Debaran satu pertemuan

As salam,


Menunggu dalam debaran! 

Hari ini Jumaat... ya seperti tertera di atas hari dan tarikhnya.  Ada dua debaran untuk hari ini.  Satu debaran bukanlah suspen sangat tetapi teruja sangat tidak seperti debaran satu lagi yang tak berapa aye gemor...



Inas Insyirah sudahpun berusia 2 tahun pada hari ini.  Tetapi pagi-pagi lagi sudah terpaksa ditinggalkan.
 


Menunggu giliran berjumpa doktor pakar kanak-kanak atas appointment yang telah dibuat pada tahun lepas sewaktu keluar dari wad SCN, Hospital Seri Manjung.

Pagi lagi dah keluar rumah, hantar abang dan kakaknya ke sekolah terus meluncur laju ke Hospital Seri Manjung. 

Mudah-mudahan selamat semuanya.

'Suka duka pentas dunia'  ^-^

07 Disember 2012

Pengalaman memandikan bayi bersama iPhone 5

As salam,




Dengan sengaja meletakkan gambar iPhone 5, impian menjadi kenyataan apabila terlaksana semuanya. 
Biarpun bukan sekarang atau dalam masa terdekat tunggu sajalah...


Memandikan bayi merupakan satu pengalaman yang amat menarik dan teruja. Terutama semasa menyiapkan keperluan untuk memandikan bayi seperti besen, air suam dan sabun.Paling menerujakan apabila menyediakan keperluan selepas mandi seperti tuala, minyak telon atau minyak kayu putih, losyen, tuam (sebungkus habbatus saudah), lilin (untuk memanaskan tuam), alas plastik dan pakaian bayi termasuk barut dan kain ‘bungkus’.


28 November 2012

Dah mula memerap

As salam,

corak hiasan bukan gambaran cerita

Sejak beberapa hari yang lepas dia dah mula buat perangai nak memerap saja.  Tidur sekejap dalam sejam dua kemudian jaga dan buat bunyi... ujian suara. 

Bila di angkat dan letak atas pangku atau riba... dia diam.  Ingatkan nak susu rupanya pejam mata semula... ooo main-main yer.. okeh tak per

Dan kemuncaknya malam tadi, dia tidur atas riba... dan ummi pula terpaksa tidur sambil duduk saja...

Sabar jer lah untuk anak-anak, semoga ada hikmah dan kebaikan.

Wordless Wednesday: Apa yang difikirkan

As salam,


aduhai anak... apa lah yang merungsingkan mu...

.