Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Klinik Yasmin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Klinik Yasmin. Papar semua catatan

18 Januari 2013

Dari Seri Iskandar ke Lumut

As salam,


Dalam proses nak buat entry panjang-panjang.  Sebelum ni memang tak pernah atau jarang sangat lah aye buat entry yang panjang lebar.  Bukannya tak tau nak mengarang.... BM dalam SPM kredit ler... tetapi tak punya ide yang banyak untuk celoteh... dalam masa yang sama aye pun bukannya pandai sangat nak cakap banyak-banyak lebih suka memerhati jer sesekali mencelah itupun tengok keadaan dan mood.

Bila datang mood malas nak bercakap maka menulis pun sama jugalah malas nak tulis panjang lebar.  Panjang lebar juga intro ni yer... tetapi tak der kaitan pula dengan tajuk cerita... boleh ker macam nie?  Hentam sajalah... tajuk lain intro lain tapi jalan cerita mesti sama dengan tajuk okey!

nota temujanji dengan doktor pakar
di Hospital Seri Manjung dari Dr. Yasmin

Beberapa ketika sebelum bermulanya temujanji seperti di atas, Muhammad Abid telah diserang angin pasang sekejap kembung sekejap okey... bila kembung Abid akan merengek dan tak senang tidur maka terpaksalah umi berjaga malam untuk tuam atau sapu minyak.... bila dah lega dalam 2 hari elok jer tak nampak macam ada angin pasang.  Ada orang tanya kamu tak urut ke anak kamu tu? kenapa sampai ada angin pasang? kan baby lagi.... hmmmm nak mengeluh pun tak guna apatah lagi nak salah sesiapa... itu semua dah ditakdirkan yang penting kita berusaha untuk berubat dan meringankan sakitnya.

Dua kali cubaan berubat secara tradisional namun tidak berjaya.  Bukan tidak berjaya sepenuhnya tetapi sembuh sekejap kemudian berulang semula... bukan salah mereka yang mengubat tetapi bak kata orang juga belum jumpa yang rasi (sesuai).  Dengan itu kami ambil keputusan untuk berjumpa Dr. Yasmin bagi mendapatkan khidmat nasihat dari segi perubatan moden... dengan itu terhasillah temujanji di atas.

Dalam bakul rotan

Pemandangan bukit di Segari yang telah gondol

Pergi ke Manjung jika tidak ke Lumut memang tidak sah.  Sejurus keluar dari Klinik Yasmin oleh kerana masih awal lagi jom pusing-pusing pekan Lumut.  Baby masih dalam bakul rotan lagi... 


Baby Abid dah kepanasan ... topi dah tanggal tiba masa nak tidur pula.  Umi dan ayah dok sibuk menikmati keindahan laut Lumut dari dalam kereta sahaja... tak keluar?... hm...tak taulah kenapa pula.

cendol Lumut
Sambil menikmati keindahan pemandangan Pulau Segari dari Jalan Lumut TLDM jangan lupa menikmati keenakan cendol pulut pula.  Dah bleh makan pulut ker?  Secara kebetulan pula mamak cendol ada menanti di bawah pokok berhampiran, apa lagi oleh kerana dah agak lama tak menikmatinya... bila dah dapat rasa sesekali baru puas hati.  Selain dari cendol ada juga mee rebus dan rojak pasembor, tak sempat menikmati rojak... lagi pun tak berapa berani lagi nak makan rojak nei...pantang tak habis lagi... nanti bentan pula... tak kiralah dah berapa lama pun tapi masih perlu berjaga-jaga lagi..


Selepas menikmati cendol, terus balik ke Seri Iskandar.  Berapa km dari Lumut ke Seri Iskandar yer?  Agak lah kan kalau perjalanannya ambil masa antara 45 minit ke 60 minit tertakluk kepada fungsi lampu isyarat di sepanjang jalan.

'suka duka pentas dunia'


.

11 November 2012

Pengalaman bersalin yang berbeza

As salam,

Pengalaman setiap orang memang berbeza tak mungkin sama.  Sedangkan pengalaman bersalin atau melahirkan anak juga berbeza bagi setiap anak hatta oleh ibu yang sama.  Nanti akan ada ornag bertanya pula kalau dah berbeza maknanya apa pula?... Hmmm sendiri tanya sendiri jawab, pengalaman yang lepas boleh dijadikan sebagai sempadan dan panduan untuk peristiwa akan datang juga untuk memori peribadi.

Bukan sahaja bersalin yang memberikan pengalaman berbeza tetapi pada peringkat kehamilan lagi sudah memberikan pengalaman yang berbeza.  Kesakitan dan kesusahan juga berbeza,  justeru jangan pula kita ingat hanya kita saja yang mengalami kesukaran dan kesakitan yang amat sangat... masih ada lagi insan lain yang terpaksa menanggung kesakitan yang lebih lagi dari kita... cuma kesanggupan kita yang memberi kekuatan.

Bagi @yangbaik, pengalaman bersalin anak ke-4 pada 14 Oktober 2012 yang lepas memang sungguh berbeza sama sekali dan satu pengalaman baru.  Walaupun masa kesakitan bermula ada sedikit persamaan dengan anak-anak yang lepas tetapi peristiwa selepasnya memang banyak berbeza dan menuntut kesabaran dan kekuatan emosi yang tinggi.

Anak ke-4, diberi nama Muhammad Abid dilahirkan dengan berat yang agak rendah iaitu 2.2 kg.  Oleh kerana beratnya kurang, memerlukan pemantauan berterusan oleh pihak perubatan mengenai sebarang komplikasi berkaitan paru-paru.  Sejurus dilahirkan, ummi hanya sempat melihat dari jauh kerana Abid dimasukkan ke dalam tabung.  Agak sedih tetapi masih lagi boleh bertahan semoga yang terbaik untuknya.

Namun emosi mula merentap jiwa apabila Abid terpaksa dipindahkan ke SCN di Hospital untuk pemantauan lanjut.  Melihat dari kejauhan ... tabungnya dibawa pergi... menitis air mata ini (sedikit).. simpati dengan keadaan dan nasibnya... namun apa yang dilakukan oleh pihak perubatan adalah untuk kebaikannya.  Reda dan pasrah.

Keesokannya ummi menyusul pula untuk bersama Abid di SCN.  Perasaan sedih sukar dibendung tatkala keluar dari Wad Bersalin kerana tiada baby bersama... sukarnya nak digambarkan perasaan ini.. namun terima kasih kepada kakitangan Klinik Bersalin Yasmin di atas layanan yang diberikan, termasuk juga Doktor Yasmin yang banyak memberikan kekuatan biarpun kekuatan itu tak mampu menangkis gelora jiwa ini yang dilanda kesedihan.

Berada di SCN banyak memberi pendedahan dan pengalaman baru berkenaan situasi ibu-ibu yang terpaksa berhadapan dengan situasi anak kecil mereka ketika dirawat.  Sedikit sebanyak memberi kekuatan semangat... namun kegelisahan emosi yang melanda tak tertahankan.

Ini adalah sebahagian daripada pengalaman bersalin... selebihnya nantikan semangat baru berserta gambar baru....



Carian