Memang benar gambar ini tiada kaitan dengan debaran itu |
Pagi-pagi lagi dah berkejaran berlumba dengan anak-anak.
Mana nak siapkan yang pergi sekolah rendah tahun 1, seorang lagi nak pergi PASTI, seorang lagi nak tukar 'pampers' dah penuh semalaman empunya simpanan dan seorang lagi nak bersiap pergi ke hospital ada temujanji pulak dengan doktor.
Nak siapkan sarapan lagi... sudahnya makan roti dengan teh o panas jer. Nak beli tak sempat, nak masak memang tak sempat bila dah terlewat bangun mana tidaknya malam tadi berjaga melawan mata dengan si kecilku Abid...
Sudah selesai semua... pergi sekolah dan siapkan baby Abid, giliran umi pula bersiap.
Dah sampai hospital, pergi kaunter pertanyaan tanya di mana Klinik 9. Terus meluncur laju tiga beranak ni.... Alhamdulillah Abid tak banyak ragam. Menunggu pun tak lama, tak sempat nak habiskan sebuku roti kaya.... dah dipanggil doktor... wah! cepat 'gila'.
Setelah dibuat pemeriksaan susulan berikutan dari laporan dan fail dua bulan dulu... menurut doktor perkembangan baby Abid memuaskan memandangkan beratnya pun bertambah baik. Kelahiran dahulu pun bukanlah kerana tidak cukup bulan atau 'premature' tetapi kelahiran biasa yang hanya cepat sikit dalam 3 hari saja...
So... keputusannya... tak perlu datang lagi ke hospital untuk pemeriksaan susulan kerana kesihatan adalah memuaskan dan jaga baby baik-baik... itu saja? Memang terkejut juga walaupun memang itu yag diharapkan. Terima kasih.
Semoga selamat semuanya. Terima kasih atas doa semua.
(^-^)