Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Seri Iskandar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seri Iskandar. Papar semua catatan

16 September 2013

Tutti Frutti kini berhampiran rumah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seperti biasalah blogger wanita bajet mak-mak ni selalu lah juga jadi tukang promosi percuma bagi sebarang aktiviti dan keluaran terbaru di kawasan sekitarnya.

Betulkan?

Tutti Frutti sekarang baru saja menjejakkan tapaknya di Bandar Seri Iskandar.  Tak pula ingat dengan tepat tarikh perasmian pembukaan.  Kerana pada hari perasmiannya... sangatlah sibuk tak sempat singgah.  Yang terperasan hanyalah khemah di depan deretan bangunan kedai... dengar khabarnya Tutti Frutti dah buka di Seri Iskandar.

Jom Terjah!

Di ofis kawan-kawan dah mula bercerita.  Macam-macam antara benar atau tidak percaya atau tidak cuba sendiri.

Di rumah pula anak-anak asyik menggoda.  Apa tidaknya kawan-kawan sekolah dah mula mercerita.... tambahan pula beberapa hari sudah terjumpa mangkuk kertas Tutti Frutti depan rumah... agaknya malam tadi mereka yang 'take-away' ni makan dalam kereta masa perjalanan balik rumah,,,tak nampak tong sampah lalu tercampak dengan pagar rumah... Sabar jer lah.

Biarlah mereka dengan kerenah mereka...

Apalagi dengan kesempatan yang ada tak kiralah balik ofis lambat ker.... demi memenuhi impian dan hasrat anak-anak, maka berkorban masa jugalah.

Nak cerita tentang masa memang semua orang diberi masa yang cukup.  Nak bercerita mengenai wang ringgit... memang tak semua orang mempunyai kuasa beli yang sama.  Sementara masih ada masa dan duit yang cukup belilah seadanya... Semoga anak-anak berpuas hati dan tidak lagi menderita kerana tidak dapat makan tutti frutti.. menderitalah sangat!!!


Nikmati Tutti Frutti di rumah... lebih aman tak yah nak jaga sangat tertib.  Cedok jer masuk mangkuk, pilih tempat duduk yang selesa... nak bersila ker nak bertimpuh atau duduk atas kerusi boleh saja... Santai jer


Semoga anak-anak akan bergembira dan berbahagia dengan 'hadiah' ini.

Eh... memang tiada gambar anak-anak makan tutti frutti, sebab di rumah kan... biarlah mereka dengan kebebasan mereka... tak mahu ganggu. :D

Tutti Frutti Frozen Yogurt kini berhampiran rumah dan boleh dinikmati pada bila-bila masa.

Terima kasih.


29 Ogos 2013

Minum petang di Padang Bola

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


Apa ke cerita nie... minum petang pulak di padang bola.

Al kisahnya aye menemankan rakan sekerja dah banyak kali 'ngajak' minum kat situ.  Selalunya ajakan itu tidak dapat dipenuhi kerana perlu balik segera dan kadang-kadang kerana balik lewat atau hari ni balik kerja dengan abang... alasan kan macam-macam.  Tapi yang pastinya alasan itu adalah benar dan memang saya percaya ianya betul bukan dibuat-buat...

eh... betullah nak bagi alasan kena yang betul dan memang yakin percaya bukan sengaja dibuat-buat.  Pening kepala sekejap...nak cerita pasal minum petang dah melalut ke lain.

nak tambah lagi satu.... kisah minum petang ni berlaku lepas waktu kerja tau bukan keluar minum petang waktu kerja....dan cerita ini dibuat juga selang beberapa hari kemudian... juga dikarang bukan pada waktu pejabat... cuma mungkin publish waktu pejabat (kan ada auto publish...hehehe).

Okey... diteruskan cerita sebenar.  Sebelum berjimba dengan kawan baik haruslah juga dimaklumkan dan mendapat kebenaran daripada encik suami.... wajib ingat tu.  Wajib juga dimaklumkan tempat yang hendak dituju dan untuk apa.  Faham yer!!!

Setelah sampai ke tempat yang dituju... cari port yang sesuai dan santai.  Agak-agak banyak tempat duduk masih kosong... boleh pindah-pindah sementara belum order makan dan minum... kalau dah order pun masih boleh ubah kalau tempat asal tak serasi... selagi belum makan dan minum kan?


Dah sampai ke tempat duduk yang sesuai...  kita mulakan cerita atau tinjau pemandangan sekitar yang sungguh menarik... nak rakam gambar pemandangan boleh kerana ia tidak melibatkan mana-mana individu... kalau nak rakam gambar 'couple' kena minta izin dulu.... kalau tidak nanti habis 'note smart' kena rampas pulak... 

Pemandangan yang indah dan menarik di satu sudut padang bola... ketika tiada orang bermain bola.  Dan... ketika itu masih belum ramai lagi pengunjung gerai ini tiba... bebas kan.  Saya Sayang Malaysia.


Serius aye cakap memang tak der idea nak makan atau minum apa tetapi untuk tidak menghampakan hasrat kawan, teman dan sahabat... maka ikut juga.  Sementara menunggu menu yang dipesan itu tiba... sempat juga rakam beberapa keping gambar untuk tatapan kalian... buat kenangan kami juga.



Ini adalah menu pertama yang tiba... iaitu limau ais untuk Seri dan Nescafe ais untuk aye.  Bukannya tak biasa minum nescafe ais.  Kadang-kadang teringat juga gurauan kawan-kawan semasa muda remaja dulu... kalau nak makan atau minum di kedai kena cari menu yang tiada di rumah kita.  Boleh lah kan... kat rumah aye memang tak der nescafe ais... dah lama tak berisi balang kaca antik :D



Sekali lagi sudut pemandangan dua gelas yang mewakili zaman dan usia yang berbeza... beza sangatkah???   'Idak' lah... pangkat adik dengan kakak jer



Masih sempat lagi menikmati indahnya langit petang di Seri Iskandar.  Sementara menunggu ketibaan char kuew teow dan mee goreng... 

Bila dah sampai menu idaman dah tak sempat rakam gambar... terus jer makan...lepas makan kemas meja sikit...ingat makan kat warung tak boleh kemas meja ker?  Cuba buat... mesti rasa teruja kan?  Sebab dapat meringankan beban orang.  Begitulah nanti kita juga tidak akan terbeban dengan lambakan kerja yang banyak... ada saja yang sanggup membantu..

Sekian dulu kisah sepetang di padang bola di Taman Iskandar Perdana, Seri Iskandar.




30 Mei 2013

Semoga Segera Sembuh

Assalamualaikum


Minggu ini sekali lagi berulang ke Hospital Seri Manjung.
Bahkan hampir empat bulan asyik berulang ke Hospital Seri Manjung.
Keadaan kesihatan kita memang tidak menentu terutama bonda yang sudah berusia emas.
Hanya takdir yang menentukan segalanya.  Kejutan ini sungguh memberi kesan yang amat mendalam.


Buat bonda tersayang... semoga segera sembuh.

Mungkin juga bermula sejak 7 bulan lepas jarak dari Seri Iskandar ke Seri Manjung yang memakan masa perjalanan biasa 1 jam sudah dirasakan dekat.
Tidak dengan niat hendak menyalahkan takdir tetapi itulah hakikat yang wajib diterima.



19 Januari 2013

Pemandangan sahaja

As salam,

Sambungan kisah terdahulu ... bawa baby Abid jalan-jalan dalam kereta sekitar Pekan Lumut.

Kaki baby Abid ... belum boleh berjalan lagi
baru 3 bulan


Pemandangan di Jeti Lumut pada hari biasa-biasa
Pada hari cuti umum memang tak dapatlah peluang
macam ni... penuh sesak dengan pelancong

dari Jeti Lumut beralih pula ke Marina Wing
Tak sempat nak tangkap gambar deretan kedai cenderahati
Mana tidaknya kereta meluncur laju
trafik lega.... tiada gangguan lalu lintas

masih lagi sekitar Marina Wing
tetapi sudah dipenghujung teluk 
di bawah pokok tu tempat yang baik
untuk berkelah bersama keluarga

Di sana adalah pulau batu... itu gelaran yang aye bagi
nama sebenar tak tahu
dengar khabar pulau milik individu  tertentu
Tempat pilihan pemancing
pada waktu tertentu
tempat ini penuh dengan pemancing ikan
dan termasuk juga pemancing orang
AWAS!
Sebelahnya adalah bukit

Salah satu hutan batu
Bangunan baru belum siap sepenuhnya
di Seri Iskandar berhampiran betul-betul
dengan Taman Teknologi

Hutan simpan di Seri Iskandar barangkali
Entah sampai bila kehijauan itu akan kekal


Dah puas tangkap gambar merata-rata dari Lumut ke Seri Iskandar buat kenangan masa akan datang.

Urusan baby belum lagi selesai... bersambung lagi entah bila pula akan buat entry baru berkenaan lawatan dan perjalanan baby Abid..

Baby's Day Out.

.

17 Jun 2012

Jerebu di mana-mana

As salam


Al kisah mengenai jerebu ni bukan sahaja baru berlaku tetapi sudah lama dan ianya berulang kembali.  Dan kisah jerebu ini bukan sahaja berada di sekitar Kuala Lumpur atau Pulau Pinang atau Ipoh malahan di Seri Iskandar juga.

Sejak lebih sebulan lalu, terdapat pembakaran sisa pokok hutan yang dilakukan secara terbuka.  Tetapi kesannya lebih ketara dalam seminggu dua ini kerana telah banyak asap pembakaran yang terkepung di atmosfera Seri Iskandar. 

Ada cerita mengatakan hutan dibelakang kawasan perumahan SIDEC diterangkan untuk penanaman semula kelapa sawit.  Ada pula mitos menyatakan kawasan berkenaan bakal dimajukan untuk sesuatu projek besar.  Entahlah mana satu, tetapi yang pastinya kesan daripada penebangan hutan dan diikuti dengan pembakaran secara terbuka telah memenuhkan klinik-klinik di Seri Iskandar dengan pesakit batuk dan selsema juga mengakibatkan ubat-ubatan berkaitan selsema dan batuk di farmasi juga semakin berkurangan.

Saban hari akan kelihatan kepulan asap keluar dari kawasan pembakaran berkenaan dan mengakibatkan langit yang biru semakin perang dan matahari juga semakin sakit (tiada lagi cahaya oren tetapi yang ada hanyalah cahaya keperangan).  Sudah semakin tenat nampaknya.

Simpati juga kepada pelajar sekolah rendah berhampiran kerana kebakaran itu sepertinya berlaku juga berhampiran kawasan sekolah.  Kesan kebakaran kecil juga kelihatan di sana sini.

Adalah menjadi harapan pihak Jabatan Alam Sekitar dapat melakukan sesuatu dalam kes ini.

Sekian.

10 Mac 2012

Lagi gambar dalam banglo contoh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Baru-baru ni, tak berapa ingat tarikhnya bila Yangbaik sekali lagi bersama keluarga melawat ke rumah contoh MRCB di Puncak Iskandar.  Kali ini sempat lah merakam beberapa keping gambar dalam banglo contoh.  Mungkin juga boleh dijadikan idea untuk menghias rumah.


Yangbaik juga baru menerima surat kelulusan pinjaman perumahan dari Bahagian Pinjaman Perumahan.  Insya-Allah dengan adanya kenaikan gaji bermula 1 Januari 2012 sempatlah menyimpan sedikit demi sedikit untuk rumah idaman yang bakal disiapkan menjelang tahun 2014... jika mengikut jadual.  Apa pun kita mampu merancang, semoga perancangan kita diberkati Ilahi dan dipermudahkan segala urusan.



Baiklah berbalik kepada gambar baru yang sempat dirakam.  Jom kita hayati koleksi gambar yang tidak seberapanya ini.  Maklumlah Yangbaik belum lagi menjadi Jurugambar bertauliah... sekadar memenuhkan hobi dahulu...

Layan lah ye..


 kawasan luar banglo yang dmaksudkan....lanskapnya menarik...
boleh dijadikan contoh untuk lanskap terbaik


 

sebaik sahaja pintu utama dibuka... terus disambut dengan cermin besar dan bunga antik...menarik!


 

gambar 3 dalam 1; siling, wallpaper dan langsir/tingkap di ruang tamu


 
laluan dari ruang tamu ke dapur, kiri dan kananya adalah bilik.  Sejurus melepasi ruang tamu terdapat ruang untuk ke kolam mandi di sebelah kiri.


laluan dari ruang makan menghala ke ruang tamu pula... gembira ria dua beradik tu berlari... awas! terlanggar lampu kaca tu... jenuh kena bayar pulak...


ruang makan keluarga dan tetamu berasingan dari dapur.  Perasan tak wallpapernya sama ruang tamu.  Contoh aje kan...


kamar utama @ master bedroom terletak bersebelahan kolam mandi...memang luas boleh main sorok-sorok lagi... ngeee

sekian adanya...cerita bergambar yang tak seberapa...jika ada yang berkenaan boleh terus hubungi MRCB @ SIDEC di Seri Iskandar...promosi....  mana tau boleh dapat diskaun ker...

(^-^)
.

22 Januari 2011

Makan-makan Mesra hujung minggu di Petronas Bandar Universiti

Selamat sejahtera,

Catatan ringkas kali ini disediakan berkaitan "pesta" makan-makan di Mesra Petronas Bandar Universiti, Seri Iskandar.  Jika anda pernah ke sana pasti anda pernah merasai kelazatan dan keenakan nasi ayam dan laksa.  Rasanya memang sedap dan layanan petugasnya yang Mesra menjadikan hidangan bertambah enak lagi.

So, tak payak cerita panjang-panjang... layan dulu gambar-gambar yang sempat diambil ... sebelum makan... selepas makan ... dah tak cantik...

dimulakan dengan nasi lemak dan milo panas... actually memang tak berapa kena juga nasi lemak dengan milo tetapi disebabkan masa tu aye sedang hamil... maka kopi adalah larangan keras, bukan kerana takut anak hitam tetapi kopi boleh memberi gangguan terhadap penyerapan vitamin.  Nasi lemak seperti biasa ada sambal tumis ikan bilis, 1/4 biji telur, timun dan 'secubit' ikan masin... kocik la sangat ikan masinnya adalah sebesar ibu  jari Alif... kalau dapat besar sikit lagi okeh juga... apa2 pun bedal jer..

Alif dengan khusyuknya dan sabar menunggu ayah 'mengkecikkan' lagi ikan kering yang telah sedia kecik... geram nak makan dengan tanganya jer... ayah lambat ler.  Lepas makan, buka peti ais kat belakang tu... cari 100plus... perghhh... carilah air mineral ker... ini tidak...

akhirnya.... Alif dapat makan sendiri jugak... sebab nasi tu ditinggalkan oleh ayahnya kerana mengambil hidangan yang seterusnya...


Tara... hidangan seterusnya adalah roti bakar bersama telur rebus separuh masak... memanggg tak cukup untuk ayah seorang atau pun ummi seorang... sebab roti tu di makan berempat dengan Alif dan Diena.  Nasib baik juga anak2 tak berapa minat dengan roti tu... sebabnya mereka lebih berminat dengan jajan-jajan yang berlonggok dalam kedai mesra tu... cuma kena control sat... lepas makan depa pi la cari mana berkenan..


Setakat ni dulu gambar yang sempat di post... gambar nasi ayam dan laksa tu... tunggu ajer lepas aye habis pantang nanti nak pi makan kat sana lagi....

bukan tu jer yang ada kat kafe tu. Ada jagung kukus, pizza (taklah sehebat Zan Pizza atau Pizza hut, tapi aye sukakan kejunya... yummiii), kentang putar dan roti bakar bersama orang kaya.  Itu dulu menu yang aye ingat. 

Sekian

Carian