Dalam proses nak buat entry panjang-panjang. Sebelum ni memang tak pernah atau jarang sangat lah aye buat entry yang panjang lebar. Bukannya tak tau nak mengarang.... BM dalam SPM kredit ler... tetapi tak punya ide yang banyak untuk celoteh... dalam masa yang sama aye pun bukannya pandai sangat nak cakap banyak-banyak lebih suka memerhati jer sesekali mencelah itupun tengok keadaan dan mood.
Bila datang mood malas nak bercakap maka menulis pun sama jugalah malas nak tulis panjang lebar. Panjang lebar juga intro ni yer... tetapi tak der kaitan pula dengan tajuk cerita... boleh ker macam nie? Hentam sajalah... tajuk lain intro lain tapi jalan cerita mesti sama dengan tajuk okey!
nota temujanji dengan doktor pakar di Hospital Seri Manjung dari Dr. Yasmin |
Beberapa ketika sebelum bermulanya temujanji seperti di atas, Muhammad Abid telah diserang angin pasang sekejap kembung sekejap okey... bila kembung Abid akan merengek dan tak senang tidur maka terpaksalah umi berjaga malam untuk tuam atau sapu minyak.... bila dah lega dalam 2 hari elok jer tak nampak macam ada angin pasang. Ada orang tanya kamu tak urut ke anak kamu tu? kenapa sampai ada angin pasang? kan baby lagi.... hmmmm nak mengeluh pun tak guna apatah lagi nak salah sesiapa... itu semua dah ditakdirkan yang penting kita berusaha untuk berubat dan meringankan sakitnya.
Dua kali cubaan berubat secara tradisional namun tidak berjaya. Bukan tidak berjaya sepenuhnya tetapi sembuh sekejap kemudian berulang semula... bukan salah mereka yang mengubat tetapi bak kata orang juga belum jumpa yang rasi (sesuai). Dengan itu kami ambil keputusan untuk berjumpa Dr. Yasmin bagi mendapatkan khidmat nasihat dari segi perubatan moden... dengan itu terhasillah temujanji di atas.
Dalam bakul rotan |
Pemandangan bukit di Segari yang telah gondol |
Pergi ke Manjung jika tidak ke Lumut memang tidak sah. Sejurus keluar dari Klinik Yasmin oleh kerana masih awal lagi jom pusing-pusing pekan Lumut. Baby masih dalam bakul rotan lagi...
Baby Abid dah kepanasan ... topi dah tanggal tiba masa nak tidur pula. Umi dan ayah dok sibuk menikmati keindahan laut Lumut dari dalam kereta sahaja... tak keluar?... hm...tak taulah kenapa pula.
cendol Lumut |
Sambil menikmati keindahan pemandangan Pulau Segari dari Jalan Lumut TLDM jangan lupa menikmati keenakan cendol pulut pula. Dah bleh makan pulut ker? Secara kebetulan pula mamak cendol ada menanti di bawah pokok berhampiran, apa lagi oleh kerana dah agak lama tak menikmatinya... bila dah dapat rasa sesekali baru puas hati. Selain dari cendol ada juga mee rebus dan rojak pasembor, tak sempat menikmati rojak... lagi pun tak berapa berani lagi nak makan rojak nei...pantang tak habis lagi... nanti bentan pula... tak kiralah dah berapa lama pun tapi masih perlu berjaga-jaga lagi..
Selepas menikmati cendol, terus balik ke Seri Iskandar. Berapa km dari Lumut ke Seri Iskandar yer? Agak lah kan kalau perjalanannya ambil masa antara 45 minit ke 60 minit tertakluk kepada fungsi lampu isyarat di sepanjang jalan.
'suka duka pentas dunia'
.
alahai siannya abid, semoga abid segera sembuh ye sayang, comelnya duk dlam bakul rotan ;)
BalasPadamKesian, Abid. Moga Abid cepat sembuh.. Teringat anak saudara yang mengalami angin pasang semasa baby. asyik menagis menjelang senja. Alhamdulillah kini dahpun sembuh.
BalasPadamcendol yang baik
BalasPadamwow, label paling banyak pernah aku tengok!
BalasPadamJomlah Sertai Segmen Mega 3000 Follower By Blog 3 Dalam 1
Klik Sini !
semoga cepat sembuh ya abid..
BalasPadam