Menunggu dalam debaran! |
Hari ini Jumaat... ya seperti tertera di atas hari dan tarikhnya. Ada dua debaran untuk hari ini. Satu debaran bukanlah suspen sangat tetapi teruja sangat tidak seperti debaran satu lagi yang tak berapa aye gemor...
Inas Insyirah sudahpun berusia 2 tahun pada hari ini. Tetapi pagi-pagi lagi sudah terpaksa ditinggalkan. |
Menunggu giliran berjumpa doktor pakar kanak-kanak atas appointment yang telah dibuat pada tahun lepas sewaktu keluar dari wad SCN, Hospital Seri Manjung.
Pagi lagi dah keluar rumah, hantar abang dan kakaknya ke sekolah terus meluncur laju ke Hospital Seri Manjung.
Mudah-mudahan selamat semuanya.
'Suka duka pentas dunia' ^-^
Aye juge senantiase bedebo....tah esok dah meninggalkan dunia ini...ya Allah ampunkanlah aku!
BalasPadammoga semuanya baik-baik saja..
BalasPadam