Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label SCN HSM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SCN HSM. Papar semua catatan

04 Januari 2013

Debaran itu berakhir jua

As salam,



Memang benar gambar ini tiada kaitan dengan debaran itu 

Pagi-pagi lagi dah berkejaran berlumba dengan anak-anak.

Mana nak siapkan yang pergi sekolah rendah tahun 1, seorang lagi nak pergi PASTI, seorang lagi nak tukar 'pampers' dah penuh semalaman empunya simpanan dan seorang lagi nak bersiap pergi ke hospital ada temujanji pulak dengan doktor.

Nak siapkan sarapan lagi... sudahnya makan roti dengan teh o panas jer.  Nak beli tak sempat, nak masak memang tak sempat bila dah terlewat bangun mana tidaknya malam tadi berjaga melawan mata dengan si kecilku Abid...

Sudah selesai semua... pergi sekolah dan siapkan baby Abid, giliran umi pula bersiap.

Dah sampai hospital, pergi kaunter pertanyaan tanya di mana Klinik 9.  Terus meluncur laju tiga beranak ni.... Alhamdulillah Abid tak banyak ragam.  Menunggu pun tak lama, tak sempat nak habiskan sebuku roti kaya.... dah dipanggil doktor... wah! cepat 'gila'.

Setelah dibuat pemeriksaan susulan berikutan dari laporan dan fail dua bulan dulu... menurut doktor perkembangan baby  Abid memuaskan memandangkan beratnya pun bertambah baik.  Kelahiran dahulu pun bukanlah kerana tidak cukup bulan atau 'premature' tetapi kelahiran biasa yang hanya cepat sikit dalam 3 hari saja...

So... keputusannya... tak perlu datang lagi ke hospital untuk pemeriksaan susulan kerana kesihatan adalah memuaskan dan jaga baby baik-baik... itu saja?  Memang terkejut juga walaupun memang itu yag diharapkan.  Terima kasih.


 
Syukur Alhamdulillah baby Abid tak perlu berulang lagi ke Hospital Seri Manjung.

Semoga selamat semuanya.  Terima kasih atas doa semua.


(^-^)

Debaran satu pertemuan

As salam,


Menunggu dalam debaran! 

Hari ini Jumaat... ya seperti tertera di atas hari dan tarikhnya.  Ada dua debaran untuk hari ini.  Satu debaran bukanlah suspen sangat tetapi teruja sangat tidak seperti debaran satu lagi yang tak berapa aye gemor...



Inas Insyirah sudahpun berusia 2 tahun pada hari ini.  Tetapi pagi-pagi lagi sudah terpaksa ditinggalkan.
 


Menunggu giliran berjumpa doktor pakar kanak-kanak atas appointment yang telah dibuat pada tahun lepas sewaktu keluar dari wad SCN, Hospital Seri Manjung.

Pagi lagi dah keluar rumah, hantar abang dan kakaknya ke sekolah terus meluncur laju ke Hospital Seri Manjung. 

Mudah-mudahan selamat semuanya.

'Suka duka pentas dunia'  ^-^

11 November 2012

Pengalaman bersalin yang berbeza

As salam,

Pengalaman setiap orang memang berbeza tak mungkin sama.  Sedangkan pengalaman bersalin atau melahirkan anak juga berbeza bagi setiap anak hatta oleh ibu yang sama.  Nanti akan ada ornag bertanya pula kalau dah berbeza maknanya apa pula?... Hmmm sendiri tanya sendiri jawab, pengalaman yang lepas boleh dijadikan sebagai sempadan dan panduan untuk peristiwa akan datang juga untuk memori peribadi.

Bukan sahaja bersalin yang memberikan pengalaman berbeza tetapi pada peringkat kehamilan lagi sudah memberikan pengalaman yang berbeza.  Kesakitan dan kesusahan juga berbeza,  justeru jangan pula kita ingat hanya kita saja yang mengalami kesukaran dan kesakitan yang amat sangat... masih ada lagi insan lain yang terpaksa menanggung kesakitan yang lebih lagi dari kita... cuma kesanggupan kita yang memberi kekuatan.

Bagi @yangbaik, pengalaman bersalin anak ke-4 pada 14 Oktober 2012 yang lepas memang sungguh berbeza sama sekali dan satu pengalaman baru.  Walaupun masa kesakitan bermula ada sedikit persamaan dengan anak-anak yang lepas tetapi peristiwa selepasnya memang banyak berbeza dan menuntut kesabaran dan kekuatan emosi yang tinggi.

Anak ke-4, diberi nama Muhammad Abid dilahirkan dengan berat yang agak rendah iaitu 2.2 kg.  Oleh kerana beratnya kurang, memerlukan pemantauan berterusan oleh pihak perubatan mengenai sebarang komplikasi berkaitan paru-paru.  Sejurus dilahirkan, ummi hanya sempat melihat dari jauh kerana Abid dimasukkan ke dalam tabung.  Agak sedih tetapi masih lagi boleh bertahan semoga yang terbaik untuknya.

Namun emosi mula merentap jiwa apabila Abid terpaksa dipindahkan ke SCN di Hospital untuk pemantauan lanjut.  Melihat dari kejauhan ... tabungnya dibawa pergi... menitis air mata ini (sedikit).. simpati dengan keadaan dan nasibnya... namun apa yang dilakukan oleh pihak perubatan adalah untuk kebaikannya.  Reda dan pasrah.

Keesokannya ummi menyusul pula untuk bersama Abid di SCN.  Perasaan sedih sukar dibendung tatkala keluar dari Wad Bersalin kerana tiada baby bersama... sukarnya nak digambarkan perasaan ini.. namun terima kasih kepada kakitangan Klinik Bersalin Yasmin di atas layanan yang diberikan, termasuk juga Doktor Yasmin yang banyak memberikan kekuatan biarpun kekuatan itu tak mampu menangkis gelora jiwa ini yang dilanda kesedihan.

Berada di SCN banyak memberi pendedahan dan pengalaman baru berkenaan situasi ibu-ibu yang terpaksa berhadapan dengan situasi anak kecil mereka ketika dirawat.  Sedikit sebanyak memberi kekuatan semangat... namun kegelisahan emosi yang melanda tak tertahankan.

Ini adalah sebahagian daripada pengalaman bersalin... selebihnya nantikan semangat baru berserta gambar baru....



Carian