Pengikut Setia

07 Disember 2012

Pengalaman memandikan bayi bersama iPhone 5

As salam,




Dengan sengaja meletakkan gambar iPhone 5, impian menjadi kenyataan apabila terlaksana semuanya. 
Biarpun bukan sekarang atau dalam masa terdekat tunggu sajalah...


Memandikan bayi merupakan satu pengalaman yang amat menarik dan teruja. Terutama semasa menyiapkan keperluan untuk memandikan bayi seperti besen, air suam dan sabun.Paling menerujakan apabila menyediakan keperluan selepas mandi seperti tuala, minyak telon atau minyak kayu putih, losyen, tuam (sebungkus habbatus saudah), lilin (untuk memanaskan tuam), alas plastik dan pakaian bayi termasuk barut dan kain ‘bungkus’.


Masih menjadi amalan aye semenjak anak pertama adalah menyediakan kain alas/lapik bayi dari kain batik untuk anak lelaki dan kain pelikat untuk anak perempuan. Terbalik kan? Tetapi itulah sebenarnya amalan yang turut diamalkan oleh ibu aye, katanya itu petua dari orang tua-tua. Tidak pula diketahui mengapa diamalkan sebegitu rupa tetapi itulah yang diperturunkan.

Memang agak sukar pada mulanya kerana tidak dinyatakan sebab musabab tetapi yang pastinya ia pasti ada kebaikan yang tersembunyi.

Antara lain amalan yang agak pelik adalah memasukkan celana bapa di dalam bantal yang digunakan oleh bayi untuk tidur. Menurut orang-orang tua petua berkenaan diamalkan bagi mengelakkan bayi terkena sawan tangis. Mungkin ada kebenaran dan kebetulan.

Terpulang kepada individu untuk melaksanakannya. Kepercayaan kepada sesuatu amalan jangan pula sampai memesongkan akidah dan kepercayaan kita kepada Allah.


Abid telah siap dibedung selepas mandi. Untuk seketika memang dia akan diam. Aman damai rasanya. Tunggulah dalam sejam dua lagi dia akan mula memberontak menggolekkan badan kiri dan kanan minta dilepaskan. Agaknya lah, kita pun bukannya faham sepenuhnya apa yang dimaksudkan oleh pergerakan bayi, melainkan dengan membuat andaian.

Walaupun dah hamper 60 hari, Abid tetap ‘dibungkus’ dan dibarut. Entah bila nak berakhir … mungkin juga setelah barut dah tak muat… sebulan lagi kot. Ada orang buat semua ni hingga 100 hari. Mampukah aye nak buat macam tu, rasanya 3 orang anak yang terdahulu tidak lah sampai 100 hari tetapi tak ingat pula sampai bila.


Tengoklah tu… dan dingin, perut pun dah selesa disusukan. Mata pula memainkan peranannya. Apalagi… tidur lah…

Sementara itu, dapatlah berehat dan mengemas peralatan dan kelengkapan mandi tadi. Sukahati sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian