FOLLOWER

7 Disember 2012

Lesung batu sambal belacan

As salam,



Lesung batu di atas papan
Simpan bersama sekaki payung
Tumbuk sambal biar bersopan
Jangan sampai riuh sekampung


Tumbuk sambal cili merah
Cili merah dari seberang
Bila hati terasa marah
Ambil wuduk pergi sembahyang

Tumbuk sambal di tengah pekan
Tumbuk bersama belacan madu
Adat kita hidup berjiran
Tegur menegur biar selalu

Asalnya sambal dari cili
Dimakan bersama ulam pegaga
Andai hidup bersendiri
Kelak kita tidak ke mana
Sambal belacan ditambah cuka
Hidangan dahulu hingga kini
Andai kita bermasam muka
Cepat-cepat berbaik kembali
Motif?
Nak tumbuk sambal tu tumbuk lah... tetapi lebih baik lesung batu tu dialas dengan pelapik yang sesuai seperti lipatan kain yang tebal supaya tidak mengganggu jiran sebelah.  Bukan tidak suka tetapi bunyi tumbukannya yang kuat kadang mengganggu ketenteraman terutama bila baby sedang tidur.  Mak budak pun boleh tersentak...
*suka duka pentas dunia*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.