Pageviews

Memaparkan catatan dengan label pantun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pantun. Papar semua catatan

07 Disember 2012

Lesung batu sambal belacan

As salam,



Lesung batu di atas papan
Simpan bersama sekaki payung
Tumbuk sambal biar bersopan
Jangan sampai riuh sekampung


27 November 2012

Bila boleh

As salam,



Bila boleh makan itu ini
Bila boleh buat itu ini
Bila boleh pulih semangat ini
Bila boleh kuat hati ini
Bila boleh segala-galanya yang boleh



awan mendung sentiasa saja bergentayangan
sesekali disulami awan hitam
sesekali juga disulami awan ceria
namun masih lagi dibayangi awan kelabu

Makan nasi berkuah tidak
hanya berlauk ikan bakar
Nasib ini malangnya tidak
hanya sesekali rasa tercabar

Awan hitam di kaki langit
sang bayu pula lemah gemalai
hati ini tidaklah sakit
hanya terluka bila terabai

Buah delima di dalam peti
Kulitnya kuning isinya merah
Jika hendak mengubat hati
Kepada Allah kita berserah


*

02 Mac 2012

Hidangan Panas Cucur Kucai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Cucur kucai

Sesaja nak tayang. Asal jangan ada yang melenting
Tajuk sebelum ni... 4D... ramai yang tak berapa setuju
seolah promosi pulak... promosi apa tak taulah

Nak pantun sikit... tak nak baca tak per...

Pokok kucai ditanam bonda
Dalam pasu ia bersemayam
Cucur kucai mudah disedia
Enak dimakan ditengah malam

Cucur kucai mudah disedia
Makanan kesukaan satu keluarga
Hidup perlu sentiasa ceria
Biar pergi semua derita

Mencari Resepi Cucur Kucai?
sekian adanya
.

11 Januari 2012

Pantun Mutiara buat Eyriqazz

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Indahnya mutiara putih biru
Mutiara putih dari Sabah
Lama sudah hamba menunggu
Hari ini tibalah sudah

Dalam blog ada giveaway
Giveaway Eyriqazz amatlah mudah
Terima kasih buat giveaway
Dapat hamba bergaya meriah

Anak itik anak angsa
Jalan terkedek tepi telaga
Memang cantik rantai mutiara
Rantai tangan cantik juga

Malam hari bermadah berpantun
Sayang anak-anak tidurlah sudah
Yangbaik tidak pandai berpantun
Hingga di sini berakhirlah sudah

Dayang bawa selasih
Sekian terima kasih

16 Mei 2011

16 Mei 2011 | Hari Guru Ke-40

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Selamat Hari Guru.  Terima kasih cikgu.  Jasa dan baktimu dalam mendidik kami tetap dikenang.  Pengorbananmu disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih