Pengikut Setia

17 Disember 2012

Awak | Jangan Berkecil Hati

As salam,


Entah mengapa saya gunakan gambar di atas dan saya bahasakan diri saya dan awak. Pelik?

Memang pelik kerana mungkin juga disebabkan dalam seminggu dua ini saya banyak 'menggedik' di dalam blog ini dan banyak juga saya menerjah ke blog-blog yang terpilih.  Percayalah itu semua atas kehendak saya sendiri dan bukan kerana dipaksa oleh sesiapa.

Tidak pula bermakna awak tidak boleh menjemput saya untuk menyertai awak atau mana-mana blog.  Ini adalah kerana tidak semestinya undangan yang diterima dapat dipenuhi.  Tentu ada kriteria-kriteria tertentu yang berkenan di hati maka dengan sendirinya tangan ini laju sahaja menjadi pengikut atau menyertai mana-mana pertandingan.

Saya harap awak dapat memahami saya dan tidak menuduh saya ini sombong.  Jika ada kelapangan saya akan melawat juga blog awak dari semasa ke semasa.

Buat masa ini berilah saya ruang dan peluang kerana tidak lama lagi saya sibuk dengan kerja saya dan mungkin sudah tidak banyak masa untuk 'menggedik' di sini bersama awak semua.

'suka duka pentas dunia'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian