Pokok bunga putih ni dah mati.... kekeringan tidak bersiram sedangkan pokok ni perlukan banyak air. Nampaknya kena pergi semula ke warung Lesung Batu... minta anak benih...
Sebenarnya dunia blog dan yangbaik memang tidak boleh dipisahkan semenjak mula berkenalan pada awal tahun 2008... eh ye ker.. meh nak semak jap... hmmm okey
Sehari dua ini dan mungkin juga sebulan dua ini ... eh.. tertinggal pula seminggu dua ni aktiviti berbloging akan semakin berkurangan. Sekarang ni pun dah mula perlahan sikit aktiviti dah kurang blogwalking, tinggal komen atau tinggal jejak atau join segmen.
Nak kata dah kering idea tak juga, tetapi pengurusan masa tidak cekap kerana memberi lebih tumpuan kepada si kecil ku Abid dan keluarga dan kerjaya... malam harus lah tidur awal kerana nanti nak berjaga pula bagi susu kat baby Abid... mata pun dah naik lebam nie...
huhu.... cerita apa jer lah dah mula caca marba nie...Awak ! Jangan Berkecil Hati yer?
jangan lah korang pening kepala pula...
it's ok. take ur time :)
BalasPadam