Pengikut Setia

08 Disember 2012

Lokasi Jom Heboh dah bertukar

As salam,


sekadar hiasan


Antara sedar dengan tidak sesekali dengan secara tidak sengaja kita terbuat silap.  Tetapi tidaklah menjadi kesalahan bila kesilapan itu diperbetulkan.

Aye bukan pakar bahasa bertauliah dan bukan juga pendeta bahasa sebaliknya masih boleh berbahasa Melayu dengan baik walaupun tidak sebagus kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.




Sudah pasti ada sebilangan dari kita yang sering menonton 'promo' Karnival Jom Heboh.  Tidak perasan entah kali berapa ditayangkan 'promo' berkenaan, tetapi kali pertama tengok dah perasan berkenaan lokasi iaitu Padang Kawat.

Padang Kawat, setahu aye dan yang aye faham padang berkenaan mungkin banyak dawai kawat atau dipagari dengan kawat.  Okey fikir positif, mungkin juga di tempat berkenaan ada tempat yang nama khasnya adalah Padang Kawat.  Tetapi masih tidak puas hati.  Agak-agaknya pihak berkenaan telah perasan atau ada rakyat Malaysia yang lebih berani dan perihatin telah menegur mengenai ejaan berkenaan.

Sekarang, lokasinya telah ditukar kepada Padang Kawad.  Ya, baru betul.

Eh... dalam diam mengharapkan orang lain yang lebih berani membuat teguran.

Okey... aye akui kadang-kadang aye lebih suka memerhati.

*suka duka pentas dunia*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian