Kredit gambar kepada Cerita Master. Terima kasih
Drama Adam & Hawa khabarnya disiarkan setiap hari Jumaat malam Sabtu di TV3. Kalau tak silap sebelum ni pernah disiarkan oleh ASTRO.
Seingat aye lah... tak pernah tengok lagi drama ADAM DAN HAWA. Kadang-kadang terfikir juga bila masa nak tengok semua drama Melayu di kaca tv dengan kesibukan mengurus rumah tangga ... banyak sungguh yang nak dibuat.
Seronok baca cerita rakan-rakan blogger dan juga di facebook mengenai pengalaman mereka menonton Drama Adam & Hawa. Ada bab yang sedih dan gembira. Cuma mungkin juga aye ni 'tiada perasaan' kot, sebabnya bila tengok drama Melayu ni... tambahan cerita cinta tak berapa nak minat terutama bila bab putus kasih dan dendam kesumat... tak suka tak suka... mengapa harus setiap drama itu diselubungi perkara yang tidak elok dan tidak memuaskan hati... mestikah ada semua itu baru hidup boleh bahagia... oh!... baru tersedar itu semua lakukan dunia sahaja...
Tetapi sekarang ni banyak juga Drama Melayu seperti Cinta Itu Milikku... layan juga sesekali itupun jika tak berebut siaran dengan anak-anak...
p/s: Malam ini perlawanan bola sepak antara Malaysia (Harimau Malaya) dan Indonesia (Garuda) bagi piala AFF Suzuki 2012.
MALAYSIA BERJAYA!!!
Kemaskini: Harimau Malaya berjaya menewaskan Garuda dengan keputusan 2 berbalas 0. Perlawanan yang penuh debaran!
TAHNIAH KEPADA HARIMAU MALAYA DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA.
LAGI SEKALI MALAYSIA BERJAYA!!!
Drama ke, telemovie ke, yang elok jadikan pengajaran..yg x elok jgn diikutkan...
BalasPadamTahniah HM! Pasni bertemu thailand plak
to Nad,
BalasPadambetul... semua tu ada pengajaran ..