Pengikut Setia

31 Disember 2012

Ketuk pintu sebelum masuk

As salam,


corak tak siap!

Memang dah jadi ada kita sebelum masuk rumah orang atau rumah sendiri pun haruslah beri salam terlebih dahulu.  Begitulah seeloknya diajarkan kepada anak-anak sebelum masuk bilik ibu bapa seharusnya ketuk pintu terlebih dahulu terutama pada 3 waktu utama...

Sebelum masuk bilik bos pun kena ketuk pintu dulu walaupun bos dah nampak (dengan hujung mata sahaja) tetapi buat-buat tak nampak.  Ketuk pintu sebagai tanda hormat walaupun bos selalu marah (kerana kerja tak sempurna atau tak siap dalam tempoh).  Bukan apa-apa tujuannya bagi memberikan masa kepada bos untuk bertenang selain dari itu kita juga dapat izin untuk masuk bilik bos.

Berkenaan solat istikharah pula, berikut adalah petikan yang biasa diletakkan di blog sini.  Dah jemu yer... lantak lah... kalau jemu maknanya korang dah selalu baca dan dah faham.  Kalau tidak buat apa jemu.

Solat istikharah biasanya dilaksanakan bila kita berhadapan dengan pilihan yang kita sendiri tidak tahu nak pilih mana satu.  Selain dari itu dengan melaksanakan solat istikharah kita akan lebih yakin membuat pilihan.

Diantara hikmah didahulukannya pelaksanaan shalat sunnah istikharah sebelum kita memanjatkan doa istikharah adalah karena sebelum kita dapat masuk menghadap seorang raja untuk mengajukan permohonan kita kepadanya secara langsung di dalam istananya, kita harus mengetuk pintu kerajaannya terlebih dulu agar pintu istana raja tersebut terbuka untuk kita sehingga kita dapat masuk ke dalamnya.  (Ibnu Abi Jamrah)


.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian