Pageviews

24 Julai 2013

Wordless Wednesday : Texture vs Tecture

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Lihat, Sentuh, Bina











Mengisi kekosongan idea di hari Rabu tanpa bicara

:D

Sekian.

Sempurnakah kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Keshalihan amal seseorang akan sempurna dengan enam perkara :

(1) senantiasa mendekatkan diri kepada Allah dan takut pada ancaman-Nya,

(2) berbaik sangka terhadap sesama muslim,

(3) Menyibukkan diri dengan aib sendiri sehingga ia tidak sempat memperhatikan aib orang lain,

(4) menutup aib saudaranya dan tidak menyebarkannya kepada orang lain dengan harapan saudaranya tersebut mau meninggalkan perbuatan maksiat dan memperbaiki perilakunya yang tidak baik,

(5) menganggap besar kekurangan yang ada pada amalnya sehingga ia terdorong untuk meningkatkannya dan

(6) berteman dengan orang yang ia anggap benar.
(Syaqiq bin Ibrahim)


23 Julai 2013

Tips untuk kebahagian anak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera






Tips untuk Kebahagiaan Anak
==================

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

* Banyak lagi tip yang menarik menanti anda di Seminar Celik Momz..Jumpa anda di sana !!


Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.


7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .


8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat.
رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ
[Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai ..dan ingat kepada Allah selalu




Petikan di atas di ambil dari facebook Prof. Dr. Muhaya.

Anak-anak bila memuji | Resepi sirap bandung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Anak-anak bila memuji memang tak pernah tewas.... selalu saja di tangga teratas.

Bukan sekali dua tetapi banyak kali... terutama bila umi masak sesuatu yang mereka suka.  Sedangkan umi sendiri tidak pasti apa yang mereka suka.... sebabnya bila dah selesai masak tiba masa untuk makan mereka tak makan katanya tak suka... huhuhu.... sedeynya :(

Tetapi umi akan tetap terus belajar dan mencuba masa sesuatu yang mereka suka kerana umi pasti bukan semua masakan umi mereka tidak suka.  Hanya umi saja yang tidak pandai meneka... eihhh meneka dalam kesamaran pulak.

Pernah suatu petang, umi bancuh air sirap rose F&N untuk juadah berbuka puasa.  Datang Alif, anak sulung katanya 'umi pandai lah buat air merah... mesti sedap nie'.... dan dipersetujui oleh adik-adiknya Dina dan Inas.  Terkesima sekejap umi, sedap sangat ker air sirap?  Hmmm boleh lah... memang mereka semua suka minum air sirap..


Petang ni buat Sirap Bandung pulak... apa mereka nak kata.

Resepi dan gambar Sirap Bandung di atas copy dari blog Che Mat...

Resepi Sirap Bandung

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/4 cawan ibu sirap
Gula (dilarutkan dalam sedikit air panas ) -kadar gula mengikut citarasa masing-masing
3/4 tin susu cair (mat syorkan guna susu sejat IDEAL)
3/4 jug kuib ais
1/2 tin ice cream soda (mat letak 3/4 tin)

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan ibu sirap, air gula, susu cair dan ice cream soda, kacau rata dan masukkan kiub ais. Biarkan kiub air mencair. Tidak perlu tambah air kerana ini akan mengurangkan rasa lemak sirap bandung.
Resipi diatas tu menghasilkan 1 jug sirap bandung soda. Kalau nak masak dulu gula sirap ros pun ok, tambah daun pandan dalam sirap ros yang kita masak tadi untuk menambah keharumannya..

Sekian adanya... Selamat Berpuasa 

.

Saya sedang berpuasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Bulan Ramadhan yang mulia ini berbanyaklah istghfar.  Kurangkan kalau boleh elakkan bercakap perkara yang tidak berfaedah terutama perkara yang melibatkan maruah orang.

Kita akan dapati ada orang yang suka bercerita perkara macam-macam mengenai orang lain atau keluarganya sendiri.  Memang susah tetapi tidak sukar untuk kita melarikan diri dari orang yang mengajak kita mendengar celotehnya mengenai perkara yang tidak enak didengar.

Cuma mungkin juga kita akan kehilangan kawan kerana kita nak jadi orang baik di bulan Ramadhan.

Pasrah dan berserah kepada Allah kerana kita hendak menjadi baik mudah-mudahan kita kekal dalam keadaan baik sesudah Ramadhan.

Ramadhan Karim!!


.

Antara sahabat dan keluarga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan


Sahabat-sahabat kami lebih mahal (tinggi kedudukannya) daripada keluarga kami. Keluarga kami mengingatkan kami kepada dunia sedangkan sahabat-sahabat kami mengingatkan kami kepada akhirat.
(al-Hasan al-Bashri)


^ ^

22 Julai 2013

Jangan jadikan Isnin anda menyeramkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Isnin, entah mengapa seringkali dikaitkan dengan kemalasan atau kelemasan.

sumber gambar dari facebook

Bukan hendak lari dari pemahaman skema tetapi ingin mengajak hati supaya tegar dengan kemunculan Isnin.

Hari Isnin tidak sepatutnya menjadikan seseorang itu lemah semangat kerana pada hari Isninlah kita sepatutnya memulakan minggu pekerjaan kita dengan ceria dan gembira.

Kenyataan maut yang berani kan?

Aye tau ramai di luar sana yang marah atau tidak suka dengan kenyataan ini.  Memang simpati sebabnya bagi aye sendiri hari Isnin... sejak dari bangku sekolah lagi merupakan hari yang paling .... sambung lah sendiri.

Teringat pesan arwah mak, semasa mula-mula masuk kerja.   Setiap kali bila tiba hari Isnin arwah mak akan berpesan supaya memakai pakaian yang bersih kerana hari Isnin adalah permulaan untuk bekerja, baru bersemangat.  Antaranya adalah sarung kaki mesti telah dibasuh termasuk juga semua jenis pakaian luar dan dalam (ngeeee).  Menurut arwah mak lagi, pakaian baru (dibasuh dan bersih) bukan sahaja dipakai pada hari raya atau Jumaat sahaja sebaliknya hari Isnin juga.  Masa tu memang tak terfikir pun cuma ikut jer pesanan tu.

Selain dari itu arwah mak juga berpesan bila pergi kerja jangan suka cari gaduh dengan orang, cakap dengan orang lemah lembut, kalau nak bantuan ke apa-apa minta dengan baik, jangan berat tulang rajin-rajin bantu orang lain, buat kerja baik-baik kalau ada yang tak faham tanya jangan sampai ketua (bos) marah.

Pesanan itu akan terus kekal sampai bila-bila, Insya Allah.  Semoga anak mak ini akan menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Sekian adanya.  Suka duka pentas dunia.



Ketika senang atau susah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Sembahlah Allah dan beribadahlah kepada-Nya baik di saat senang maupun di saat susah! Janganlah Anda menjadi seorang hamba yang hanya menyembah Allah bila mendapatkan keuntungan dunia dari ibadahnya. Jika ia mendapatkan kebaikan ia merasa tenang, jika mendapat cobaan ia berbalik mundur ke belakang. Sesungguhnya istiqamah (konsisten) dalam beribadah membutuhkan latihan pengendalian hawa nafsu yang selalu mengajak kepada kejahatan.
(Seorang ahli hikmah)

21 Julai 2013

Erti Sebenar kasih sayang dan kejayaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berkongsi lagi cerita dan kisah kehidupan yang mungkin ada pernah terjadi dalam hidup kita atau sekeliling kita.



ERTI SEBENAR KASIH SAYANG

Renungan Buat Kita Semua:

Seseorang kanak-kanak yang secara lazimnya dibesarkan dalam suasana yang sentiasa dikawal dan dipenuhi apa jua permintaannya akan terpupuk dengan ‘mentaliti kelayakan’ (entitlement mentality) dalam hidupnya dan akan sentiasa meletakkan kepentingan peribadi sebagai keutamaan dalam apa jua yang dilakukannya.  Insan seumpama ini selalunya tidak akan nampak usaha dan sumbangan kedua orang tuanya dalam membesarkannya.  Apabila dia mula melangkah ke alam pekerjaan, dia membawa anggapan bahawa setiap orang mesti mendengar kata-katanya, dan apabila kerjayanya meningkat ke tahap yang lebih tinggi, misalnya menjadi seorang pengurus, dia tidak akan mengerti apa-apa penderitaan yang dilalui oleh pekerjanya, sebaliknya akan sentiasa menyalahkan orang lain.

Orang-orang seperti ini mungkin mempunyai kelayakan akademik yang baik dan dapat mengecapi kejayaan untuk seketika, tetapi akhirnya tidak dapat menikmati erti pencapaian dan kejayaan yang sebenar.  Mereka suka merungut dan dipenuhi rasa kebencian terhadap orang lain dan berterusan mengejar kebendaan bagi menambah apa yang sudah diperolehi.

Jika kita tergolong dalam kelompok ibu bapa yang suka mengawal anak-anak, marilah kita berfikir sejenak, adakah kita berbuat demikian sebagai manifestasi kasih sayang kita yang sebenar-benarnya terhadap mereka atau adakah kita sebenarnya memusnahkan masa depan mereka?

Kita boleh menyediakan anak-anak dengan rumah besar yang tersergam indah, menjamu makanan yang lazat-lazat, menghantar mereka belajar main piano mahupun membelikan untuk mereka set televisyen yang besar, tetapi apabila kita melakukan kerja rumah seperti memotong rumput, ajaklah mereka bersama melakukannya bagi merasai sendiri pengalaman ini.  Selepas makan pula, ajar mereka basuh pinggan mangkuk bersama adik-beradik yang lain.  Ini tidak bermakna kita tidak mampu mengupah pembantu rumah, tetapi kita sebenarnya mahu menzahirkan rasa kasih sayang kepada mereka dengan cara yang betul.  Kita mahu mereka faham hakikat bahawa betapa kaya ibu bapa mereka sekalipun, suatu hari mereka akan menjadi tua, rambut beruban serta kekurangan kudrat – perlukan bantuan orang lain, bukan selama-lamanya mampu melakukan kerja-kerja sepertimana sewaktu zaman muda mereka dahulu.

Perkara pokok yang sangat penting kita beri tumpuan ialah supaya anak kita belajar untuk menghargai usaha dan sumbangan orang lain dalam kehidupan mereka, menghayati kesusahan yang mereka itu lalui dan menghargai usaha-usaha kerja berpasukan bagi mencapai apa yang diimpikan.  Kita mahu anak-anak faham bahawa kejayaan tidak datang begitu sahaja tanpa usaha dan tawakkal yang seikhlasnya.






Sekian adanya.  Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca kisah tertulis di atas.

20 Julai 2013

Ada Beri Dapat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini telah masuk Ramadhan ke-11. Masuk fasa ke-2 dalam bulan Ramadhan.

"Kita sudah berada di fasa ke dua Ramadan iaitu sepuluh hari ke dua Ramadan yang merupakan fasa pengampunan maka marilah kita memohon sebanyak mungkin pengampunan dari ALLAH SWT untuk diri kita, ibubapa, keluarga dan seluruh umat Islam yg hidup dan yg telah meninggal." Denaihati Ilhamku

Nak segarkan kembali dan untuk peringatan kepada diri sendiri mengenai kata-kata ini yang didengar dari Prof. Dr. Muhaya iaitu 'Ada Beri Dapat'.  Konsep ini mungkin sudah biasa kita dengar atau dapat di mana-mana tetapi kadang-kadang kita alpa dan tidak sedar bahawa ia sebenarnya sedang berlaku di sekitar kehidupan kita.


Ada Beri Dapat

Apa yang kita ada berikan kepada orang dan kita akan dapat semula.

Semua orang pastinya mahukan yang terbaik dan elok-elok.  Untuk itu berikan yang terbaik kepada orang.  Tidak semestinya kita akan dapat dari orang sama yang kita beri tetapi kita sendiri tidak sedar. 

Bagaimana kita nak beri kebaikan?  Ha... untuk itu lah kita perlu wujudkan kebaikan dalam diri kita supaya kita dapat berikan kepada orang lain dan kita akan dapat banyak kebaikan.

Contoh yang paling senang seperti yang telah dikatakan oleh Prof. Dr. Muhaya dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 pagi tadi adalah senyuman.  Tidak susah hendak mengukir senyuman.  Berikan senyuman kepada orang lain dan insyaAllah kita akan rasa bahagia.

Seandainya kita mendapat keburukan dari orang lain kemungkinan adalah kerana kita pernah 'memberi' keburukan kepada orang lain.  Nau'zubillah.

Ada senyuman Beri Senyuman Dapat Senyuman.  Hindari dari memberikan sesuatu yang negatif kepada orang lain.

Sekian.  Suka Duka Pentas Dunia.

Ramadan Karim!

(*-*)