Pageviews

30 Jun 2012

Catatan terakhir Jun buat pengikut

As salam,


Catatan terakhir untuk bulan Jun ini ditujukan khusus buat saudara Manan Qayyim.




Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat maya @yangbaik juga memberi komen.  Biarpun sepatah kata amat bermakna sekali.

Untuk lihat apa yang menarik di blog Manan Qayyim, jom klik sini http://www.mananqayyim.com/

p/s:  Manan Qayyim merupakan sahabat maya @yangbaik ke 452.  Kepada sahabat yang lain terima kasih kerana sudi bersahabat, @yangbaik tidak sempat tribute catatan buat kalian.  Insya di lain peluang akan keluar juga di blog yang tidak seberapa ini.  Terima kasih atas sokongan kalian.

Pagi Sabtu Terakhir di Bulan Jun

As salam,


gambar lama ... sekadar hiasan


Satu pagi yang indah dan damai, selesai menguruskan rumahtangga terlintas di hati hendak bersarapan di luar.  Maka bersiaplah seluruh ahli keluarga untuk keluar dengan segala jenis macam persiapan seperti botol susu, air masak, sapu tangan termasuk beg ben-10 diisi dengan kertas dan warna pensil 24 batang (macam nak jalan jauh jer) dan tidak lupa juga 'Big Green Bag', hari ini hari Sabtu.

Hasrat hati nak bersarapan di Warung Lesung Batu, disitu terdapat menu yang menarik kesukaan kami sekeluarga antaranya lontong, soto, nasi dagang sesekali ada nasi kerabu dan banyak lagi.  Sayangnya hari ini warung itu 'tertutup' pula.  Memang dah agak kerana kebiasaannya hari Sabtu warung itu ditutup tetapi pernah juga terjumpa warung itu dibuka.  Tak mengapa masih banyak tempat makan di Seri Iskandar.

Lalu bergerak pula kami ke Cafe Jhintan Manis.  Pernah singgah di situ sekali pada waktu petang.  Menunya menarik ada campuran barat dan tempatan dan yang paling menarik ada menu ubi kayu rebus... sukanya.  Namun agak mengecewakan kerana cafe itu juga ditutup.  Kenapa yer?

Agaknya pagi tadi masa keluar rumah semua orang mula dengan langkah kiri.  Huhuhu... bukan salah mereka ....banyak lagi tempat makan.

Seperti biasanya destinasi terakhir adalah Restoren D'mawi.  Menu biasa-biasa lontong, nasi impit, kuew teow goreng dan nasi lemak.  Boleh lah...

Selesai menjamu selera.... ayuh kita shopping!!!!!
Barang dapur jer.... itupun dah mencecah seratus lebih... belum penuh troli lagi, kalau penuh... mahu tiga ratus kot...

habis shopping.... balik lerrrr.

29 Jun 2012

Kenali warna diri

As salam,


Hampir seminggu lepas mengikuti kursus di UiTM Shah Alam.  Kursus yang penuh dengan pengetahuan dan pengalaman baru. 

Lalu di sini izinkan yangbaik berkongsi sedikit pengetahuan yang diperolehi.  Mungkin sudah ramai yang mengetahuinya, namun apa salahnya kita hayati semula. ;-)



Merah
Berani, agresif, tegas, cepat hilang sabar, suka menarik perhatian, sinis, perancang, "hamba abdi" kepada kerja, "saya", takutkan kegagalan.

Hitam
Ikut peraturan, skema, cerewer, mematuhi peraturan, terlalu teliti, SOP, Prosedur, Pekeliling

Putih
Kemas, pembersih, penyudah kerja, tabah, sabar

Kuning
Ceria, bersifat was-was, sentiasa bersangka baik, banyak bertanya, lambat buat keputusan

Hijau
Tenang, suka kerja bersendirian, tidak banyak kerenah, pendiam, "low profile", memendam perasaan

Biru
Romantik, pengasih, dedikasi, mudah mesra & mementingkan persahabatan, orang lain akan ambil kesempatan


~~~~~~~~~~

Jika tidak semua, salah satu daripada warna berkenaan pasti ada dalam diri .

warna yangbaik?   semua ada... hahahah

Ada apa dengan pilihan

As salam,



Sungguh benar rasa sedih dan terharu
Bukan kerana tiada pilihan
tetapi kerana pilihan yang ada membuatkan 'dia' keliru
keliru antara jalan yang dihadapan, kiri atau kanan

Wahai!
Tiada apa yang dapat dikatakan lagi
bila kerisauan itu menjadi nyata
biarpun orang berkata pilihan di tangan kita
namun mengapa mesti kita tersalah buat pilihan
adakah kerana banyak pilihan
atau kerana sukar membuat pilihan
lalu jalan yang gelap itu dipilih?

Aduhai!
Jalan gelap itu biarpun telah terpilih
Ia bisa diselusuri
biarpun dengan merangkak atau berjengket
kerana pasti di hujung jalan sana akan terjumpa sinar cahaya
namun bagaimana pula jika tersesat di jalan yang lurus?

Itu semua suratan
ada hikmah tersembunyi
biarpun terpalit seribu calar hitam
bersihkan ia dengan nur keinsafan
biarkan ia berlalu dan pergi
usah diulang sejarah silam
bangkit semula bersihkan nama

~~~~~~~~~~~~~~~~

entah mengapa hari ini tiba-tiba @yangbaik terasa begini sekali
sungguh sukar diungkapkan dengan erti yang sebenar
hanya monolog ini mampu berbicara
entah bila akan diingat semula peristiwa hari ini...

26 Jun 2012

Entah apa lah perasaannya

As salam,



Entah lah... tak pasti dari mana nak dimulakan
Adakah bermula dengan rasa gembira atau teruja
pertengahannya ada rasa geram, risau, nak marah, hairan, pelik atau bimbang
adakah ianya harus atau akan berakhir dengan rasa sedih atau kecewa

Walau apa pun situasi yang dihadapi
seharus kita bersedia dengan setiap kemungkinan
dan yang paling pasti reda dan pasrah dengan seadanya
dan menerima apa yang berlaku itu dengan berlapang dada dan hati yang terbuka

Setiap kejadian ada hikmahnya yang tersembunyi.

.....


25 Jun 2012

Saling mengingat

As salam


Umar bin Abdul Aziz biasa berkumpul bersama orang-orang fakir setiap malamnya. Mereka duduk bersama-sama saling mengingatkan tentang kematian, hari kiamat dan kehidupan akhirat. Mereka pun menangis di majelis tersebut seolah-olah jenazah ada di hadapan mereka saat itu.

('Atha)
 
 
gambar hiasan, sumber:  mppkuim (terima kasih)

24 Jun 2012

Siapalah kita

As salam


Siapalah kita
Bukan gagak di rimba mahupun merak di kayangan
Bukan juga pungguk yang merindukan bulan purnama
dan bukan juga sang rajuna tapa (erk!!!)

Kita sering berhadapan dengan bermacam-macam situasi
Dalam kita sedang berhadapan dengan situasi yang 'ok'
tiba-tiba datang gangguan
yang merobek emosi dan minda
lantas kita termelatah

Kita adalah manusia biasa
yang tak bisa menguasai orang lain mahupun diri kita sendiri
bila mana kita tidak bersedia untuk berhadapan dengan cabaran

Menurut pengamal NLP
kita mampu mengawal diri kita untuk menjadi insan yang baik
dan ... kita juga berupaya mengawal emosi insan disekeliling kita
andai kata kita ikhlas dalam perbuatan kita
dan... semua yang berlaku adalah dengan izinNya

23 Jun 2012

Menulis bila perlu?

As salam,




Pernah suatu hari seorang sahabat bertanya, apa hobi?  Jenuh juga berfikir apa hobi... ehhhh macam tak de hobi pulak.  Fikir punya fikir.. tidaklah lama sangat, dengan spontan yangbaik jawab hobi aye menulis.  Waaa... macam gah jer, awak tulis apa?  Saya tulis apa yang saya suka dan apa yang terlintas di minda.

Yangbaik tak punya ceritakan bahawa yangbaik ada blog.  Segan la pulak, nak perkenal blog yang tak seberapa nih.  Walau apa pun yangbaik tetap berbangga dengan blog ini kerana ia memberi peluang dan ruang kepada yangbaik untuk meluahkan apa yang terbuku di hati juga kisah suka duka insan sekeliling yangbaik. 

Maaflah bukan niat yangbaik nak jadikan sahabat yangbaik sebagai subjek untuk menulis.  Yangbaik hanya menulis bila perlu sahaja dan kebiasaanya tidaklah ditujukan terus kepada sesiapa yang berkenaan.  Kalau ada yang terkena tu secara kebetulan sahaja. 

Sekian.

Bukan kerana kempunan atau mengidam

As salam,



Dalam kesibukan...eh silap pada hujung minggu ni mana ada sibuk.  Kecuali sibuk dengan keluarga je.  Oleh kerana hari ini kerja lebih masa yang tak berapa nak rela, maka bila ada peluang balik awal sikit. 

Pada awalnya bila balik awal boleh le merayau-rayau dengan anak-anak kat TESCO ke ataupun di AEON.  Tetapi hasrat tak kesampaian kerana dah keletihan makanya makan dan tidur ajerlah.

Esok, ada peluang boleh le ambil alih angan-angan hari ni punya kan?

Petang-petang macam ni dapat makan eskrim mat kool bagus juga.  Maka jomlah kita ke kedai depan rumah sana... cari apa yang patut.

Tiada yang mustahil

As salam


Banyak perkara dan kejadian yang ada pada pandangan kita adalah mustahil akan berlaku.  Tetapi dalam masa yang sama kita harus bersedia dan menerima hakikat bahawa itu semua akan berlaku.  Andainya ia membawa kebaikan, kita pasti terima dengan hati yang terbuka.  Sebaliknya jika kejadian itu mendatangkan musibah atau keburukan sudah pasti kita tidak sanggup menghadapinya.

Baru-baru ini seorang sahabat yangbaik mengadu, bibiknya ada facebook.  Haaa... macam tak percaya kan?  Dalam kesibukan menjaga anak-anak dan membuat kerja rumah sempat lagi bibiknya berfacebook.  Siapa sangka. 

Katanya lagi dia terjumpa beberapa keping gambar anak-anaknya dalam FB bibiknya.  Tapi dah agak lama juga tak update.  Mungkin sibuk sangat kot. 

Apa akan jadi andainya habis semua rahsia rumah tangganya jadi bahan bualan.  Macam artis pule....