Pageviews

25 Mac 2012

Ekspo Selangkah ke UiTM 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia 1UiTM



Ekspo Selangkah ke UiTM 2012 di UiTM (Perak)
Tarikh:  24 - 25 Mac 2012
Masa:  8.30 pagi - 7.00 malam
Tempat:  UiTM (Perak), Seri Iskandar

Bagi penduduk sekitar terdapat kenderaan/bas UiTM disediakan bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik dari UiTM Perak,  antara lokasi terpilih ialah:
1.  Padang Ipoh, Ipoh
2.  Stesen Bas Kuala Kangsar
3.  Stesen Bas Teluk Intan 
4.  Stesen Bas Seri Manjung

Ekspo Selangkah ke UiTM tahun 2012 turut diadakan di semua kampus negeri dan cawangan UiTM.
Bagi lokasi-lokasi lain selain UiTM (Perak) sila klik pada gambar di bawah untuk lebih jelas.

(klik pada gambar)

Sekian.

24 Mac 2012

Bukan kali pertama dan terakhir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Setelah berpenat lelah seharian hari ini di Ekspo Selangkah ke UiTM 2012 di 'booth' pertama.  Malam ini baru berkesempatan nak merepek di sini.

Mana tidaknya, memang setiap kali buat entry konon-konon gempak la sangat... tiba-tiba tak der gambar.  Memang tak der gambar, sebab tak sempat nak bergambar lagi pun yangbaik memang dah sejak dulu lagi berat sikit tangan bab nak tangkap gambar. 

Itulah yang dikatakan ini bukan kali pertama yangbaik buat entry tanpa gambar dan bukan juga yang terakhir.    Mungkin juga lain kali akan ada banyak lagi entry tanpa gambar...

sekian dulu...

23 Mac 2012

leceh betul

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



How to Blog?

memang leceh betul bila idea tak der nak buat entry
masa pula tak berapa pandai nak manage lagi
bila buat entry ikut suka jer...
tak pernah nak ikut tip SEO dari blogger popular
yang tau nya buat jer ikut hati
dah macam blogger syok sendiri
apa kisah... buat jer la...


terima kasih kerana sudi membaca...

:-)

22 Mac 2012

Bukan kisah Adam dan Hawa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


Cuba fahami mutiara kata ini;

Sesungguhnya diantara bagian hawa nafsu yang tersembunyi adalah merasa senang apabila amalan yang kita perbuat dilihat oleh orang lain.  (Ibnul Atsir)


~~~~~

Louis Vuitton menari-nari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Percaya atau tidak si Louis Vuitton tu... boleh menari-nari kat blog nih..
Jangan terkejut dan jangan pula buat-buat tak tahu  
Louis Vuitton tu bukan sahaja nama orang tetapi juga nama bagi beg berjenama dan berkualiti tinggi

sebelum celoteh panjang... beg Louis Vuitton ini menari-nari kerana adanya wuuhuuonline.com sumbangan nuffnang untuk blog Yangbaik... dan ada contest juga untuk memiliki Louis Vuitton... cepat...


Terkejut... oppocot!!
Tanpa segan dinyatakan bahawa beg Louis Vuitton memangnya antara beg idaman sejak dulu lagi
Tetapi masih belum memilikinya... belum cukup syarat... 

Beg Louis Vuitton menjadi milikku jua...
angan-angan mesti ada
kalau tiada angan-angan macam mana nak dapat... Kan? 

Buffered Earning di Nuffnang pundah berakhir dan belum lagi berganti...
kebiasaannya patah tumbuh hilang berganti... tetapi ini.... dah dua hari... menyepi jer..

...
.

21 Mac 2012

Remaja Lari Ikut Hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Entah di mana hendak dimulakan cerita
Mengapa remaja lari ikut kekasih
adakah kerana kehendak hati tidak dipenuhi
Lari dari rumah bukanlah jalan penyelesaian terbaik

Mengapa cetek sangat pemikiran
Ikutkan kata hati yang tiada pedoman
Sesal dahulu pendapatan
sesal kemudian tiada gunanya


Putus kah sudah semua ikatan
hingga akal jadi mati
hati jadi tuli
basi

Lari dari rumah
ke mana tujuan
hilangkah keselamatan di rumah sendiri
hingga terpesona dunia luar
tiada belas ihsan
jua simpati
kepada ibu
kepada ayah
kepada keluarga
... Penting sangatkah kekasih tuli....
ikut saja membuta tuli???

Salahkah ibu beri teguran
salahkah ayah beri amaran
atau lebih sayangkan kekasih yang tiada pegangan
hingga lari jadi pilihan

Cukuplah sudah apa terjadi
gayat sungguh dengar berita
bimbang suatu hari kelak
berita kehilangan tidak dipeduli
kerana sudah menjadi jelak
akhirnya kecewa ibu dan bapa
anak sendiri bawa sembilu

Wahai remaja...
remajamu hanya sekali
biar sekali itu memberi erti
penuh makna penuh berkat
buat bekal ke akhir hayat

Harimau mati meninggalkan belang
Gajah mati meninggalkan gading
Manusia mati biarlah meninggalkan nama
baik dikenang ke anak cucu

...

20 Mac 2012

Wang Tunai RM5000 Untuk Blogger

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


Wang Tunai RM5000 untuk Blogger
Ganjaran Wang Tunai Sebanyak RM5000 Untuk Blogger Malaysia dari BloggerWanita.com

Apa yang perlu dilakukan?

■Program Wang Tunai RM5000 ini hanya dibuka untuk 100 blogger terawal yang berdaftar sahaja. Cara berdaftar adalah rakan blogger hanya perlu buat post tentang program RM5000 dan linkkan ke “Wang Tunai RM5000 untuk Blogger”. Sila nyatakan link URL post tersebut di ruangan komen di entri “Wang Tunai RM5000 untuk Blogger". Jika terpilih, Rakan blogger akan diberitahu melalui email dan akan disenaraikan melalui post khas.

■100 blogger yang terpilih akan bersaing sesama mereka untuk menjadi Top 10 Referrrel ke BloggerWanita.com iaitu 10 blog yang membawa trafik tertinggi ke blog BloggerWanita.com dengan mengikut pengiraan Google Analytic. Saingan rakan blogger tidak banyak untuk berpeluang mendapatkan wang tunai ini.

■Setiap satu trafik yang disumbangkan ke blog BloggerWanita.com akan dibayar sebanyak RM0.05. Jika rakan blogger mampu membawa 10000 trafik ke blog ini, maka bayaran pada bulan tersebut adalah RM500 ( RM0.05 X 10000) dan seterusnya.

■Terbuka kepada semua warga Blogger di Malaysia, tidak kira lelaki atau perempuan dan tanpa mengira status pagerank atau Alexa Rank.

■Rakan blogger juga perlu LIKE Facebook BloggerWanita.com atau Follow Twitter BloggerWanita.com atau daftar email di Feedburner BloggerWanita.com sebagai syarat untuk menerima wang tunai nanti.

■Bayaran wang tunai akan dibayar pada 1hb hingga 7hb setiap bulan ke akaun Maybank secara online. Bank lain masih diterima jika tidak memiliki akaun Maybank.

■Program RM5000 adalah fasa pertama yang akan dilancarkan pada 1 April 2012 sehingga RM5000 tercapai untuk diberikan kepada blogger.

■Rakan blogger boleh menggunakan banners yang disediakan di sini untuk tujuan promosi. Tidak dibenarkan menggunakan iframe atau apa-apa script yang boleh menipu trafik.

■Pihak penganjur berhak untuk menukar syarat pada bila-bila masa jika perlu sahaja.

Penaja bagi Program Wang Tunai RM5000 untuk Blogger adalah BloggerWanita.com.


Berminat? bolehlah submit link post bertajuk “Wang Tunai RM5000 untuk Blogger” di ruangan komen. Selamat Berjaya.

p/s:  Yangbaik sendiri bukanlah hebat sangat dengan ilmu-ilmu seo atau tarikh trafik.  Namun kekurangan ini bukan satu kelemahan tetapi satu cabaran yang mesti disahut... YES!


---------------------------
Update:
Termasuk dalam senarai di tangga ke 48.

Bukan entry syok sendiri

Assalamualaikum



Semoga Allah merahmati seorang hamba yang merenung sejenak sebelum melakukan suatu amalan. Jika niatnya adalah karena Allah, maka ia melakukannya. Tapi jika niatnya bukan karena Allah maka ia mengurungkannya.


(al-Hasan)
 
 
 
.

Oh! Tidak, dia pergi sudah!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Entah !!! memang tiada kaitan langsung

Bila tengok gambar matahari yang tersenyum lebar tu macam menyindir pulak... terasa sendiri

Apa tidaknya idea dah kering kontang pergi melesap entah kemana tak balik-balik lagi...

Tengahari dah nie... perut mula berkeroncong.  pagi tadi sempat singgah makan laksam di TG Corner.... sedap!!! Nak ambil banyak2 tak habis pulak nanti membazir, kalau bungkus nanti tak sedap... buat sendiri jer la..


!!!

19 Mac 2012

Indahnya bila top-up berganda

Assalamualaikum



Nak kata tiada kaitan dengan gambar tak boleh sebab ia berkaitan dengan bajet maka diringkaskan cerita memang ada kaitan dengan bajet 2012.

Mengapa?  Entah kebaikan apa Celcom xpax hari ini... top-up RM30 dapat sekali ganda... meriah2..

Terima kasih Celcom!  Memang berbaloi guna Celcom.