Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label UiTM (Perak). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UiTM (Perak). Papar semua catatan

08 September 2016

Hari Bertemu Pelanggan iNED UiTM Cawangan Perak

Hari Bertemu Pelanggan iNED UiTM Cawangan Perak



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari Bertemu Pelanggan iNED UiTM Cawangan Perak diadakan bertujuan untuk mempromosi dan menyebarluas program pengajian yang ditawarkan oleh iNED di UiTM Cawangan Perak.  Selain dari itu, pada hari ini juga bakal pelajar boleh mengemukakan permohonan secara terus di kaunter yang disediakan.

Orang ramai yang sedang bekerja dan ingin melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi adalah dialu-alukan untuk hadir bagi mendapatkan penerangan lanjut mengenai pengajian secara e-PJJ, iaitu pengajian jarak jauh secara atas talian.


Hari Bertemu Pelanggan iNED UiTM Cawangan Perak

Hari Bertemu Pelanggan iNED UiTM Cawangan Perak


Tarikh:
24 - 25 September 2016 (Sabtu dan Ahad)

Masa: 
9.00 pagi  - 3.00 petang

Tempat: 
Kaunter Hal Ehwal Akademik (HEA)
UiTM Cawangan Perak
Kampus Seri Iskandar

Sesiapa yang ingin menyambung pengajian Diploma secara ePJJ dijemput hadir. 
Sila bawa bersama sijil SPM.

Inilah masa yang sesuai bagi mendapatkan penjelasan mengenai kaedah dan cara pembelajaran sambilan dan jarak jauh.  Pastinya anda akan berpuas hati dengan penjelasan yang bakal diberikan.

Sama-samalah kita menyokong pembelajaran sepanjang hayat.




24 Jun 2016

Pertandingan Reka Bentuk Cenderamata Sempena Tahun Melawat Perak 2017

Pertandingan Reka Bentuk Cenderamata Sempena Tahun Melawat Perak 2017


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pertandingan Reka Bentuk Cenderamata Sempena Tahun Melawat Perak 2017 adalah anjuran bersama Persatuan Pelancongan Negeri Perak dan Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak serta Tourism Perak Management Berhad.  Pertandingan ini diadakan bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2017 seperti yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Perak. 

Menariknya mengenai pertandingan ini adalah ianya dibuka kepada semua warga negara Malaysia, program ini secara tidak langsung cuba membawa perkembangan produk cenderamata negeri Perak ke arah reka bentuk kontemporari.  Melalui pertandingan ini juga dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam menghasilkan produk seumpama serta membina personaliti usahawan dalam industri pelancongan.

Reka bentuk produk yang dipertandingkan akan menampakkan imej pelancongan negeri Perak serta dihasilkan dengan menggunakan kos yang rendah.  Melalui aspek imej pelancongan dan kos pembuatan yang rendah adalah secara tidak langsung akan mewujudkan daya saing yang sihat terhadap para peserta untuk menghasilkan produk cenderamata menerusi idea dan kreativiti masing-masing.




Format Pertandingan

Format pertandingan ini mempunyai tiga peringkat iaitu:

a)  Peringkat Saringan

Keperluan: 2 (Dua) Lukisan Reka Bentuk Produk bersaiz A3 dan Keterangan Produk;

Pada peringkat ini, semua peserta akan menghantar borang bersama lukisan rekaan produk terkini serta asli dan mempunyai keterangan produk. Lukisan yang dihantar adalah berbentuk teknikal iaitu dinyatakan ukuran produk dan berwarna. Lukisan berkenaan adalah yang asli dan tidak meniru mana-mana produk yang terdapat dipasaran. Keterangan produk perlu dinyatakan aspek-aspek berikut dengan jelas iaitu;

i) Sumber Idea
ii) Keaslian
iii) Proses (pembuatan, bahan, warna, fungsi dan ketahanan)
iv) Potensi Komersil (sasaran pasaran dan cadangan harga)

Penyertaan produk peserta boleh dibatalkan jika tidak menyerahkan keterangan produk ini bersama dua (2) lukisan rekaan produk.


b) Peringkat Penerimaan Prototaip

Dua puluh lima (25) produk terbaik lima (5) setiap kategori) yang dipilih akan dihubungi dan diminta menghantar satu unit atau set prototaip produk dan persembahan video untuk dinilai oleh pihak juri.

Persembahan video yang perlu dibuat oleh peserta terpilih ini adalah dirakam selama 5 minit sahaja (maksimum) yang akan memberikan perincian tentang produk berkenaan seperti idea, fungsi, proses, aspek komersil atau lain-lain lagi yang boleh memberikan nilai tambah kepada produk yang terpilih. Juri yang dipilih berdasarkan kepakaran tertentu akan memberikan komen terhadap prototaip produk tersebut. Segala komen pihak juri ini akan diserahkan kepada peserta semula (25 peserta terpilih) untuk tindakan penambahbaikan produk sebagai persedian mereka ke peringkat akhir pertandingan.

Jika ada peserta yang terpilih tidak dapat menyerahkan prototaip dan video rakaman seperti yang diperlukan, secara tidak langsung penyertaannya terbatal dan pihak penganjur berhak memilih produk lain untuk ke peringkat akhir (jika ada dan dapat dikenalpasti).


c) Peringkat Pameran (Akhir)


Pada hari pameran ini, kesemua dua puluh lima (25) peserta akhir akan membawa produk-produk prototaip yang telah dilakukan penambahbaikan dan dipamerkan pada booth yang disediakan. Para juri akan memberikan markah akhir kepada 25 peserta akhir ini berdasarkan persembahan akhir mereka. Majlis penyampaian hadiah juga akan diadakan pada hari tersebut. Peserta boleh menyediakan maklumat tambahan seperti portfolio produk atau persembahan slide (melalui komputer riba yang dibawa oleh peserta sendiri dan slide/video projector serta computer riba tidak disediakan oleh pihak penganjur) sebagai maklumat bantuan atau tambahan di dalam persembahan akhir nanti kepada juri.

Jika peserta gagal mempamerkan produk akhir seperti yang diminta, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pertandingan produk berkenaan dan automatik peserta berkenaan gagal memenangi sebarang hadiah (termasuk saguhati). Peserta juga akan dibatalkan penyertaan jika mempamerkan reka bentuk lain daripada lakaran atau prototaip/model yang dihantar terdahulu.

Jika pihak penganjur mendapati produk yang dipertandingkan pernah dipasarkan atau pernah dihasilkan oleh pihak atau dipasarkan sebelum pertandingan akhir ini, secara automatiknya penyertaan peserta berkenaan akan terbatal dan tidak boleh menuntut apa-apa hadiah daripada pihak penganjur.


Kategori Pertandingan


Rekaan produk cenderamata adalah bebas dan perlu mempunyai ciri-ciri reka bentuk kontemporari, bertemakan pelancongan Tahun Melawat Perak 2017 atau seumpamanya. Reka bentuk produk mestilah asli dan mempunyai ketahanan. Setiap produk yang direka mestilah mengikut kategori yang ditetapkan iaitu:

i) Kategori 1: Kayu

ii) Kategori 2: Seramik / Polimer

iii) Kategori 3: Fabrik

iv) Kategori 4: Plastik / Getah

v) Kategori 5: Bahantara Bebas (alam semulajadi, logam, bahan kitar semula dan lain-lain)

Para peserta perlu menyatakan bahan yang digunakan dengan jelas di dalam keterangan produk dan di dalam lukisan persembahan. Markah tambahan akan diberikan kepada mereka yang menggunakan bahan kos yang rendah (seperti bahan kitar semula/semulajadi/terbuang dll) serta dapat memberikan potensi harga jualan yang menarik. Setiap produk mestilah disertakan bersama maklumat tentang imej pelancongan yang digunakan sebagai satu maklumat pengetahuan kepada juri samada pada pembungkusan, lampiran kad atau label pada produk berkenaan. Jika rekaan produk berkenaan mempunyai persamaan atau meniru produk yang telah dikeluarkan dipasaran atau pernah dihasilkan oleh mana-mana pihak, secara automatiknya pihak penganjur berhak menyingkirkan peserta berkenaan daripada menyertai pertandingan ini. Kesemua rekaan yang dihantar akan menjadi hak milik bersama pihak Tourism Perak Management Berhad dan Persatuan Pelancongan Negeri Perak.


Hadiah dan Anugerah


Hadiah yang ditawarkan adalah berjumlah RM30,000.00. Setiap kategori di atas akan mempunyai pemenang hadiah utama, pilihan juri dan saguhati iaitu bernilai:


a) Hadiah Pertama: RM 3,000.00 + Sijil

b) Dua (2) Hadiah Pilihan Juri: RM 1,000.00 + Sijil (setiap satu)

c) Dua (2) Hadiah Saguhati: RM 500.00 + Sijil (setiap satu)


Penjurian


Ketua Juri akan dilantik dari UiTM manakala panel juri yang lain dilantik dari industri dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Perak).

Tarikh Penting Program


a) Tarikh Mula Pertandingan 25 April 2016 (Isnin)

b) Tarikh Tutup Penyertaan 17 Jun 2016 (Jumaat)

c) Tarikh Penjurian Peringkat Saringan (Pertama) 23 Jun 2016 (Khamis)

d) Tarikh Peringkat Penerimaan Prototaip 26 Ogos 2016 (Khamis)

e) Tarikh Peringkat Akhir 24 September 2016 (Sabtu)


Para perserta akhir termasuk ahli (seramai 3 orang) akan diberikan penginapan untuk hadir pada Peringkat Akhir nanti.

Layari laman blog rasmi pertandingan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut serta borang pertandingan

Moh ramai-ramai sertai pertandingan ini.  

01 Mac 2016

Karnival BEST (Bina Empayar Sosial Terunggul)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Karnival BEST (Bina Empayar Sosial Terunggul) 



UiTM Cawangan Perak akan menganjurkan Karnival BEST (Bina Empayar Sosial Terunggul) pada 3 hingga 6 Mac 2016 di Dewan Seri Iskandar, UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar. 


 Karnival BEST diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sosial di antara warga Universiti  Teknologi MARA Cawangan Perak. Di samping itu, selaras dengan fungsi dan peranan Unit Kerjaya dan Kaunseling, ianya diharapkan dapat menyumbang perkhidmatan kepada warga kampus dan masyarakat dengan lebih lebih meluas. 


Karnival BEST 2016


Pelbagai aktiviti yang sangat menarik menanti kunjungan anda!!!! 


Tentatif Karnival BEST 2016
Sila rujuk tentatif program untuk rujukan pengisian program. Temui Siti Nordiana (Juara Gegar Vaganza) dan selebriti-selebriti tanahair lain yang akan mengisi slot-slot yang sangat menarik menerusi Karnival BEST ini.



Pertandingan Dikir Barat



Forum Perdana



Inspirasi Hawa bersama Siti Nordiana


Motivasi Santai bersama Dato' Fazley Yaakob




Kenapa anda perlu hadir?  

Sebab ia Karnival ini MEMANG BEST. 
Nak kata BEST GILER... kena datang jugak baru tahu


Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Karnival BEST 2016 di UiTM Cawangan Perak, sila hubungi Urusetia di talian seperti berikut:  
NISA (Kaunselor Pelatih) 011-15799089
LIYA  (Kaunselor Pelatih) 013-6938913
 


Maklumat mengenai karnival ini juga boleh diperolehi dari lama facebook Karnival BEST

Bagi tahulah korang dapat tahu maklumat ni dari blog YangBaik.  Sebenarnya mereka pun tidak tahu YB dah buat promosi untuk karnival ni.  

Datanglah lah yer. Jadual karnival dah pun YB paparkan di atas tu. Nak jumpa YB mungkin tidak dapat kot sebab YB ada program lain pula di luar.  Aduhh sedihnya... 

Sesiapa yang dah datang nanti updatelah pengalaman korang kat ruang komen di sini.  Boleh kita kongsikan pengalaman korang yang hadir ke karnival BEST nie.

Sekian.


Terima kasih kerana membaca entri Karnival BEST (Bina Empayar Sosial Terunggul)

21 Ogos 2014

Seminar Pentadbir Berprestasi Tinggi Menjana Tadbir Urus Terbaik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan bukan gambaran seminar sebenar


Seminar Pentadbir Berprestasi Tinggi Menjana Tadbir Urus Terbaik
Tarikh:  21 - 22/8/2014
Tempat:  Institut Latihan Universiti, Kg. Gajah, Perak 
(dahulunya dikenali dengan Pusat Latihan UiTM)

Berikut adalah gambaran atur acara seperti yang diterima daripada Urusetia seminar.

Pengisian seminar pada hari pertama dimulai dengan ucaptama daripada YBhg. Rektor UiTM (Perak) dengan tajuknya Cabaran dan Strategi Dalam Melaksanakan Tadbir Urus Kampus Autonomi.

Sesi berikutnya adalah ceramah berkaitan Pengurusan Lean yang akan disampaikan oleh wakli MPC.

Pada hari kedua, seminar diteruskan dengan ceramah bertajuk Transformasi Kepimpinan Melalui Konsep Hamba dan Khalifah disampaikan oleh Prof. Madya Haji Mohd Nor Mamat.  Penceramah turut dikenali sebagai penulis buku motivasi keluarga.

Ceramah kedua diteruskan oleh Pendaftar UiTM dengan tajuknya Pentadbir Berprestasi Tinggi:  Pencapaian Melepasi Sasaran.

Akhir sekali seminar ini ditutup oleh Timbalan Pendaftar Kanan UiTM (Perak) dengan tajuk ceramahnya Transformasi Tadbir Urus Kampus Autonomi.

Semoga seminar ini mampu memberi impak dan makna yang berkesan dan positif kepada semua peserta termasuk saya.  Saya akan cuba kongsikan dengan rakan pembaca semua serba sedikit catatan dan kefahaman saya bagi tajuk-tajuk ceramah di atas.

Sekian.

06 Disember 2013

Employbility Career Industry Relationship Expo 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera






Employability, Career & Industrial Relation Expo 2013 (ECAIRE 2013).  
Ekpo ini berlangsung mulai 14 - 17 Disember 2013


Program Employability, Career & Industrial Relation Expo 2013 (ECAIRE2013) memberi pendedahan pelajar, graduan serta orang ramai melalui pameran kerjaya, temuduga terbuka dan berpeluang bertemu dengan syarikat/majikan yang memerlukan tenaga kerja bagi memperoleh tips terhadap pasaran kerjaya yang kian mencabar pada masa ini.


Borang penyertaan dan maklumat lanjut berkaitan program boleh didapati di laman web UiTM (Perak) atau di laman facebook ECAIRE2013 (klik)




sumber gambar ECAIRE2013



JOM SERTAINYA!!







suka duka pentas dunia

15 April 2013

Teaser | Sebelum Senja Berlabuh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


gambar hiasan koleksi peribadi

Beberapa hari yang lepas atau lebih jelas pada mulai 11 atau 12 April 2013 aye dan seluruh warga kerja  UiTM mendapat jemputan rasmi dari Naib Canselor untuk mengikuti Wacana Kepimpinan Isu Semasa: Sebelum Senja Berlabuh.  Wacana berkenaan dijadualkan pada 16 April 2013.

Menariknya, program ini akan diikuti secara langsung dari Dewan Seri Iskandar menerusi web tv (atau secara  atas talian).  Wacana ini akan disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Sidek Baba, Profesor Pendidikan daripada UIAM.  

Pasti menarik dan penuh dengan maklumat serta pengetahuan.

Insya Allah jika kelapangan dan bahan menarik akan dikongsikan di sini.

Selamat untuk semua!


Gambar hiasan, bukan Dewan Seri Iskandar

17 Julai 2012

Rembatan menjelang Ramadan


As salam,


Antara rembatan 2 buah buku berjudul Menangani Individu Sukar dan Jangan Bersedih: Kebahagiaan Pasti Bersamamu serta 2 pasang kain ‘English Cotton’



Hari ini, tengahari tadi diberi kegigihan untuk menuruni lembah dan meniti laluan dari pejabat ke Karnival Keusahawanan 1UiTM 1Malaysia dan juga ke PC & Book Fair. Sebenarnya karnival telah berlangsung mulai 15 Julai dan dijangka berakhir pada 18 Julai 2012. Dah hari ketiga baru dapat peluang. Itupun masa rehat tengahari.



Sebenarnya banyak lagi yang sempat dirembat tetapi makanan la, so tak sempat nak masukkan dalam gambar sebabnya dah habissss



‘suka duka pentas dunia’

07 April 2012

SEMINAR PERANCANGAN CUKAI & e-FILING 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Tahukah anda?


Bil.
Jenis Perbelanjaan/Bayaran Layak Potongan Cukai Individu
1
Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa
2
Peralatan Sokongan Asas untuk Orang Kurang Upaya seperti kerusi roda dsbgnya. (Sendiri/Pasangan/Ibubapa/Anak-anak)
3
Yuran Pendidikan (Sendiri) dari peringkat diploma sehingga selanjutnya.
4
Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati seperti kanser, leukemia dsbgnya. (Sendiri/Pasangan/Anak-anak)
5
Pemeriksaan perubatan penuh (Full medical check-up) (Sendiri/Pasangan/Anak-anak)
6
Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan
7
Pembelian komputer peribadi 
8
Tabungan bersih dalam skim SSPN
9
Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan seperti bola, raket dsbgnya.
10
Yuran langganan Jalur Lebar (Broadband)
11
Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.

*Untuk pembayaran bersama, potongan cukai boleh dituntut oleh setiap pembayar bergantung kepada jumlah faedah yang telah dibayar.
12
Insuran nyawa dan KWSP (Sendiri/Pasangan)
13
Insurans pendidikan dan perubatan (Sendiri/Pasangan/Anak-anak)
14
Zakat
15
Derma/Hadiah (Sumbangan Wang atau Barang yang dibenarkan sebagai potongan cukai)

(sila klik pada gambar untuk lebih jelas)

seminar perancangan cukai dan e-filing 2011

Tarikh:  14 April 2012
Tempat:  Dewan Kuliah Al-Khawarizmi
Yuran penyertaan:  RM15.00 seorang


25 Mac 2012

Ekspo Selangkah ke UiTM 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia 1UiTM



Ekspo Selangkah ke UiTM 2012 di UiTM (Perak)
Tarikh:  24 - 25 Mac 2012
Masa:  8.30 pagi - 7.00 malam
Tempat:  UiTM (Perak), Seri Iskandar

Bagi penduduk sekitar terdapat kenderaan/bas UiTM disediakan bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik dari UiTM Perak,  antara lokasi terpilih ialah:
1.  Padang Ipoh, Ipoh
2.  Stesen Bas Kuala Kangsar
3.  Stesen Bas Teluk Intan 
4.  Stesen Bas Seri Manjung

Ekspo Selangkah ke UiTM tahun 2012 turut diadakan di semua kampus negeri dan cawangan UiTM.
Bagi lokasi-lokasi lain selain UiTM (Perak) sila klik pada gambar di bawah untuk lebih jelas.

(klik pada gambar)

Sekian.

Carian