Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Blogger Wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogger Wanita. Papar semua catatan

25 Mac 2012

Hari ini dalam sejarah

Assalamulaikum dan selamat sejahtera,

Gambar yang menggambarkan hari ini penuh dengan sejarah.

Walaupun hari ini penuh dengan sejarah, memang sedih untuk dilalui tetapi terpaksa dilalui juga kerana jika tidak dilalui pastinya hari ini tidak akan berakhir dan sudah pasti hari esok tidak akan muncul.  Bolehke?  Biar apapun yang dilalui sudah pasti kita mesti tempuhi dengan semangat yang kuat dan ketabahan.



dan... sejarah hari ini turut dilalui oleh dua orang kanak-kanak riang ini yang mungkin tidak kenal erti kesedihan.  Walaupun begitu mungkin juga jauh di sudut hari mereka tersimpan secalit kesedihan tetapi tidak terucap dan tidak terzahir seperti kita orang dewasa.


eh eh... Fatin Liyana dan Irine Nadia Marcello dah keluar dalam segmen blogger di Safiyya TV9.  Agak-agaknya lah bila pula tiba giliran blogger yang bernama yangbaik.  He... perasan jer... namun begittu harapan tu tetap menggunung walaupun blog yangbaik tidaklah sepopular mereka... memang jauh panggang dari api... ibarat langit dan bumi... jauhnya populariti mereka berbanding blog yang baik.


Lari sekejap dari kesedihan tadi... sekejap lagi nak sambung makan kek keju...mungkin juga boleh membantu meredakan kesedihan ini agar ia tidak bertapak lama, namun minggu hadapan bagaimana pula nak dihadapi... entahlah...


Biarlah rahsia... sesiapa yang terdekat jika ada yang membaca blog ini mungkin dapat merasai kesedihan tu...

Cukuplah dulu...

20 Mac 2012

Wang Tunai RM5000 Untuk Blogger

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


Wang Tunai RM5000 untuk Blogger
Ganjaran Wang Tunai Sebanyak RM5000 Untuk Blogger Malaysia dari BloggerWanita.com

Apa yang perlu dilakukan?

■Program Wang Tunai RM5000 ini hanya dibuka untuk 100 blogger terawal yang berdaftar sahaja. Cara berdaftar adalah rakan blogger hanya perlu buat post tentang program RM5000 dan linkkan ke “Wang Tunai RM5000 untuk Blogger”. Sila nyatakan link URL post tersebut di ruangan komen di entri “Wang Tunai RM5000 untuk Blogger". Jika terpilih, Rakan blogger akan diberitahu melalui email dan akan disenaraikan melalui post khas.

■100 blogger yang terpilih akan bersaing sesama mereka untuk menjadi Top 10 Referrrel ke BloggerWanita.com iaitu 10 blog yang membawa trafik tertinggi ke blog BloggerWanita.com dengan mengikut pengiraan Google Analytic. Saingan rakan blogger tidak banyak untuk berpeluang mendapatkan wang tunai ini.

■Setiap satu trafik yang disumbangkan ke blog BloggerWanita.com akan dibayar sebanyak RM0.05. Jika rakan blogger mampu membawa 10000 trafik ke blog ini, maka bayaran pada bulan tersebut adalah RM500 ( RM0.05 X 10000) dan seterusnya.

■Terbuka kepada semua warga Blogger di Malaysia, tidak kira lelaki atau perempuan dan tanpa mengira status pagerank atau Alexa Rank.

■Rakan blogger juga perlu LIKE Facebook BloggerWanita.com atau Follow Twitter BloggerWanita.com atau daftar email di Feedburner BloggerWanita.com sebagai syarat untuk menerima wang tunai nanti.

■Bayaran wang tunai akan dibayar pada 1hb hingga 7hb setiap bulan ke akaun Maybank secara online. Bank lain masih diterima jika tidak memiliki akaun Maybank.

■Program RM5000 adalah fasa pertama yang akan dilancarkan pada 1 April 2012 sehingga RM5000 tercapai untuk diberikan kepada blogger.

■Rakan blogger boleh menggunakan banners yang disediakan di sini untuk tujuan promosi. Tidak dibenarkan menggunakan iframe atau apa-apa script yang boleh menipu trafik.

■Pihak penganjur berhak untuk menukar syarat pada bila-bila masa jika perlu sahaja.

Penaja bagi Program Wang Tunai RM5000 untuk Blogger adalah BloggerWanita.com.


Berminat? bolehlah submit link post bertajuk “Wang Tunai RM5000 untuk Blogger” di ruangan komen. Selamat Berjaya.

p/s:  Yangbaik sendiri bukanlah hebat sangat dengan ilmu-ilmu seo atau tarikh trafik.  Namun kekurangan ini bukan satu kelemahan tetapi satu cabaran yang mesti disahut... YES!


---------------------------
Update:
Termasuk dalam senarai di tangga ke 48.