Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label tanpa gambar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tanpa gambar. Papar semua catatan

20 Julai 2020

Balik Kampung Tanpa Gambar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Balik Kampung Tanpa Gambar


Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kerana masih diberi peluang untuk meneruskan hidup pada hari ini.  Semoga dikurniakan kesihatan yang baik buat kita sekeluarga.




#sajanakjadicerita atau #sajanakbagitau hari Ahad semalam berkesempatan balik kampong setelah hampir 5 bulan tak balik lantaran PKP dan seribu jenis alasan lagi.  Balik kampung suami di Lekir.  Yang ada di sana hanya rumah pusaka.

Kami balik pun tak lama, sekadar berjumpa dengan makcik dan melihat sekitar rumah yang lama ditinggalkan.  Terasa sungguh sayu bila rumah ini lama tidak dijenguk.

Lagi terasa sayu apabila tidak sempat merakam hatta sekeping gambar pun ketika berada di sana.  Nak kata sibuk tak juga, anak-anak dah besar... masing-masing sementara menunggu opah balik melayan mainan yang dibawa, sebelum tu mereka meninjau kawasan sekitar rumah... dah penuh semak ada juga sedikit kawasan yang telah ditebas mungkin awal tadi sebelum ketibaan kami.  Inas melawat anak pokok nangka yang ditanam entah berapa lama tak ingat pulak.  Umi pula menyapu dalam rumah rasa tak selesa juga walaupun tak duduk lama tetapi pantang nampak habuk atas lantai.  Anak lelaki yang sorang tu dok sibuk melayan gajet... rasa nak ambil simpan.  Tapi tak salah dia pun, di rumah tu dah tiada tv, radio pun radio lama.  Tiada siapa yang nak dia layan.  Kalau ada arwah atok mungkin juga dia layan atok bersembang, paling tidak tengok atok mengaji.

Sejurus opah balik dari mengajar, baru lah kami berkumpul makan tembikai dan pisang goreng yang dibeli di Batu 7.  Tempat biasa.  Bersembang pun tak banyak... berkisar PKP dan kondisi rumah.  Selesai makan kami pun beransur... meninggalkan opah yang sendirian selepas ini akan terus ke 'pondok' meneruskan aktivitinya di sana bersama sahabat2 pondok.  Kami tak pernah sampai lagi ke pondok opah.  Di sana opah ada ramai kawan, dapatlah melepaskan kesunyiannya.

Kami pulang ke sarang.  Dalam perjalanan pulang seperti biasa mesti singgah di Pekan Lumut.  Hasrat hati nak ke Teluk Batik... sesak pulak jalannya, masa ada keramaian saja nampaknya.  Di Pekan Lumut kenderaan dan orang ramai pun tak kurang juga banyaknya.  Tak berhenti... lalu saja.  Nak singgah makan tak berani dalam suasana yang tak berapa stabil, orang pula ramai.

Balik makan jua di tempat biasa yang lebih selesa.

Sayang sungguh tiada cerita bergambar kerana Balik Kampung Tanpa Gambar

.

24 Mac 2012

Bukan kali pertama dan terakhir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Setelah berpenat lelah seharian hari ini di Ekspo Selangkah ke UiTM 2012 di 'booth' pertama.  Malam ini baru berkesempatan nak merepek di sini.

Mana tidaknya, memang setiap kali buat entry konon-konon gempak la sangat... tiba-tiba tak der gambar.  Memang tak der gambar, sebab tak sempat nak bergambar lagi pun yangbaik memang dah sejak dulu lagi berat sikit tangan bab nak tangkap gambar. 

Itulah yang dikatakan ini bukan kali pertama yangbaik buat entry tanpa gambar dan bukan juga yang terakhir.    Mungkin juga lain kali akan ada banyak lagi entry tanpa gambar...

sekian dulu...

25 Disember 2011

Inas sudah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Entry ini tanpa gambar kerana tak sempat nak bergambar.  Sekadar untuk tatapan dan ingatan bahawa hari ini Inas Insyirah dah jumpa Kak Ju.

Pagi lagi kami sekeluarga dah bersiap tak masak2 kat rumah tapi sarapan di Hutan Bandar (cawangan Seri Iskandar) kerana warung Lesung Batu tutup... melepas la pulak nak makan spagheti dengan sosej ayam berempah....  Macam orang jauh yang baru sampai ke Seri Iskandar, semuanya berbaju baru.

Sejurus keluar dari rumah Kak Ju kami terus ke Kg Makmur rumah Kak Teh kerana majlis pertunangan anaknya #wawa Zainal.  Selamat bertunang.  Dari rumah Kak Teh ke rumah Makcik An dan balik terus ke Seri Iskandar.

Sekian, siri cerita sekerat ... as a diary for today's task.

Selamat bercuti

25 September 2011

Bukan jaga tepi kain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Bukan hasrat nak jaga tepi kain orang. Sebab orang itu tidak pakai kain.
Bukan hasrat nak menyibuk, sebab orang itu tak sibuk
Bukan hasrat nak ambil tahu, sebab orang itu tidak tahu bahawa dia akan jadi subjek untuk entry ini

Saja la... nak tanya selesakah anda dengan pakaian anda itu.
Anda pakai tudung... Masya Allah cantik...
Anda memakai baju yang cantik dan 'branded', sayangnya baju itu ketat dan singkat bila menunduk... tak sanggup mata memandang
Anda memakai seluar yang panjang juga dari yang berjenama popular, sayang lagi seluar itu sendat dan padat... macam balut nangka...

Memang lah elok memakai tudung, suci sungguh hasrat dan niat anda untuk menutup aurat.
Tetapi bukanlah lebih baik lagi jika disusuli dengan memakai baju yang longgar dan labuh sikit menutup punggung
Lebih manis juga jika memakai seluar yang longgar sikit dan tidak ketat
Dan elok juga jika tidak dihiasi dengan mekap yang tebal ...

Usah disalahgunakan istilah "don't judge a books by it's cover".  Anda bukan buku dan ada bukan hakim, apatah lagi majistret jauh sekali...

Seksa mata yang memandang, seksa lagi mulut nak menegur

Bukan nak jaga tepi kain awak sebab awak tak pakai kain... ..

Boleh faham ker?  Buat-buat lah faham sikit... semoga bermanfaat untuk semua...

Sekian.

*.*

p/s:  memang tak ada gambar... sebab tak suka letak gambar ...

24 Oktober 2010

mengapa tamak dengan harta dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

cerita pasal tamak memang tak sudah
sejak dari awal masa hingga ke akhir masa
mengapa tamak
ada apa dengan tamak

memang susah nak elak kot sifat tamak nih
kita tengok orang ada itu, kita nak itu
tengok orang ada ini, nak ini
orang ada yang tu, yang jugak yang tu
tapi mampukah kita untuk adakan semua tu

bak kata pepatah Melayu lama "ukurlah baju di badan sendiri"
tapi yang banyak terjadi "biar pape asal bergaye"
ater... udah sikapnya gitu mana nak ubahnye... (loghat Perak pulak...)

walaupun begitu ada jugak baiknya sifat tamak nih...
cuba check sat...hah...
kalau tamakkan ilmu okeh tak
tak sama kan dengan tamakkan harta

~~~~~~~~~~

Jauhilah sifat tamak, karena sifat itulah yang mengeluarkan Adam dari Syurga, padahal Allah telah menempatkan Adam di Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, ia makan dari berbagai macam tumbuhan yang ada di Syurga kecuali satu pohon yang Allah melarang untuk memakan buahnya, akan tetapi karena tamak, maka Adam memakan buah dari pohon terlarang itu, maka Allah mengeluarkannya dari Syurga.



(Aun bin Abdullah)

19 Oktober 2010

Benci...Benci...Benci... Betulke?... Rindu Kan?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat seisi alam,
semoga anda semua dan aye juga berbahagia dalam hidup di dunia dan akhirat.

Ada banyak benda dan perkara dalam dunia yang kadang-kadang kita tak suka, makanya kita membenci benda itu atau perkara itu. 

Ada masanya juga sesuatu yang kita suka itu sukar untuk kita dapati dan dekati.  Kerana kita tidak tahu sesuatu yang kita suka itu bukan untuk kita malahan yang kita tidak suka itulah akan jadi milik kita.

Namun begitu tidaklah kita seharusnya mendekati sesuatu yang wajib dibenci. 

Tanpa kita sedari kadang-kadang sesuatu yang kita benci dan tak suka itu yang membantu kita atau akan jadi milik kita. 

Tak percaya...? aye yakin dan percaya ramai yang dah tahu tentang perkara ini (benci tapi rindu).

"Pak pak pong bunyi gendang bertalu-talu, porak-porak bingung hati di dalam bagai digaru"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

(QS. Al Baqarah 2:216)

10 Oktober 2010

TAK UPAYA NAK CAKAP PASAL DENGKI: TAK HABIS-HABIS DENGKI KE KETEGAQ

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

sementara tengah ada idea
curi masa sekejap nak buat entry
dah dapat gelaran, entah rasmi ke tidak... blogger tegar plak... timasih... hehehe
tegarkah aye ni
ada masanya tegar juga
ada masanya lentok... kering idea

nak buat cerita pasal dengki pulak
kenapa mesti dengki
tak ke mana kita dengan dengki
bukan boleh kaya pun
nak senang pun tak boleh juga
kerana dengki jugaklah kita boleh binasa
kerana kita adalah kita
kalau kita berdengki dengan sesiapapun kita tak boleh senang, susah hati lagi adala...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jauhilah dengki, karena sesungguhnya anak Adam membunuh saudaranya saat ia dengki kepada saudaranya.



(Aun bin Abdullah)

Carian