Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Entah di mana hendak dimulakan cerita
Mengapa remaja lari ikut kekasih
adakah kerana kehendak hati tidak dipenuhi
Lari dari rumah bukanlah jalan penyelesaian terbaik
Mengapa cetek sangat pemikiran
Ikutkan kata hati yang tiada pedoman
Sesal dahulu pendapatan
sesal kemudian tiada gunanya
Putus kah sudah semua ikatan
hingga akal jadi mati
hati jadi tuli
basi
Lari dari rumah
ke mana tujuan
hilangkah keselamatan di rumah sendiri
hingga terpesona dunia luar
tiada belas ihsan
jua simpati
kepada ibu
kepada ayah
kepada keluarga
... Penting sangatkah kekasih tuli....
ikut saja membuta tuli???
Salahkah ibu beri teguran
salahkah ayah beri amaran
atau lebih sayangkan kekasih yang tiada pegangan
hingga lari jadi pilihan
Cukuplah sudah apa terjadi
gayat sungguh dengar berita
bimbang suatu hari kelak
berita kehilangan tidak dipeduli
kerana sudah menjadi jelak
akhirnya kecewa ibu dan bapa
anak sendiri bawa sembilu
Wahai remaja...
remajamu hanya sekali
biar sekali itu memberi erti
penuh makna penuh berkat
buat bekal ke akhir hayat
Harimau mati meninggalkan belang
Gajah mati meninggalkan gading
Manusia mati biarlah meninggalkan nama
baik dikenang ke anak cucu
...
Remaja kini dewasa dalam persekitaran yang begitu bersaing. Saingan dari pembangunan alam, kemodenan teknologi dan mentaliti teman-teman. Sekalipun, keunggulan ayah ibu sebagai penjaga tak dinafikan, namun bak lagu Raihan: Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa.
BalasPadamUntung sabut timbul...parents may manage to provide education, well n proper life, but tepuk dada tanya selera la ...these youngsters nowadays believe that their decisions are always right n true...