Pageviews

12 Januari 2012

6 perkara hendak dilakukan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Apa yang hendak dilakukan dan apa pula hasilnya

6 perkara yang hendak dilakukan esok.  Mengapa 6 perkara bukan 10 atau 100 atau 1?  Jawapan bagi persoalan itu adalah atas dasar kemampuan diri sendiri dan tanggungjawab kepada diri sendiri.  Bukan tidak boleh lebih dari 6 perkara atau sebaliknya, tetapi cukup sekadar itu dulu andainya 6 perkara itu mampu diselesaikan esok tambah pula 7 lagi untuk lusa ... dan seterusnya.

Bagi Yangbaik, 6 perkara itu perlulah merangkumi perkara yang perlu didahulukan sehingga perkara yang kurang penting.  Bagi perkara yang tidak termasuk dalam perancangan tetapi perlu disegerakan kerana datangnya secara tiba-tiba perlu dijadikan sebagai agenda sampingan dan tambahan kepada perancangan sedia ada.


Berikut adalah contoh 6 perkara:
1.  Solat pada awal waktu
2.  Masak/Sediakan sarapan untuk keluarga
3.  Makan pada masa yang sesuai
4.  Berbual dengan anak-anak
5.  Elakkan pembaziran - masa, air, elektrik, tenaga
6.  Bantu insan yang memerlukan dan ucap terima kasih di atas setiap bantuan.
Senarai di atas sekadar contoh sahaja dan tiada kaitan dengan sesiapa sahaja.  Jika berlaku kesilapan maksud atau tidak dapat diterima... mohon maaf dan anggaplah ia satu perkongsian maklumat sahaja.

Cubalah cipta senarai lain dan lihatlah hasilnya...


11 Januari 2012

Pantun Mutiara buat Eyriqazz

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Indahnya mutiara putih biru
Mutiara putih dari Sabah
Lama sudah hamba menunggu
Hari ini tibalah sudah

Dalam blog ada giveaway
Giveaway Eyriqazz amatlah mudah
Terima kasih buat giveaway
Dapat hamba bergaya meriah

Anak itik anak angsa
Jalan terkedek tepi telaga
Memang cantik rantai mutiara
Rantai tangan cantik juga

Malam hari bermadah berpantun
Sayang anak-anak tidurlah sudah
Yangbaik tidak pandai berpantun
Hingga di sini berakhirlah sudah

Dayang bawa selasih
Sekian terima kasih

10 Januari 2012

Muffin Kismis Mentega Kacang 'Kick Start'

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Rasanya sudah terlalu lama sangat tak masak kueh mueh terutama muffin atau kek.  Sedangkan anak-anak Yangbaik memang suka sangat dengan kek.  Namun 3 hari lepas, datang kekuatan baru setelah terjurmpa keratan akhbar di rumah mertua, Batu 10 Lekir.  Apa yang menarik minat adalah resepinya yang mudah dan makanannya memang kesukaan keluarga. 

Balik dari Lekir, dalam perjalanan balik ke rumah di SIDEC Yangbaik singgah di Kedai Runcit Rahmat (memang kedai kesukaan Alif, sebabnya nanti citer di lain ruangan) beli keperluan untuk membuat muffin.  Bahan-bahannya memang mudah dan murah.  Balik rumah sampai dah malam, mood pun dah kedaung bertambah dengan keriuhan anak-anak, simpan jer dulu bahan-bahan tu. 

Hari ini (sebenarnya pada hari Isnin), pada waktu malam selepas makan nasi kerabu yang dibeli dari pasar malam, tiba-tiba datang semangat nak buat muffin... apa lagi geledah le kabinet dapur tu selongkar periuk oven dan acuan segala bagai lagi... bilas sambil lalu dan lap.. operasi pun bermula.  Tak lah susah sangat cuma nak dapatkan mood jer yang susah sikit... dah siap... Alif orang pertama yang merasa dan memang dari awal lagi tunggu nak makan kek yang ummi masak... sabor jer la.. Dah makan ... la Alif tak suka pula sebab ada kismis.  Alif... kata tak suka tapi hampir 10 biji muffin dimakannya... dah kenyang macam-macam alasan pulak.

Dipendekkan cerita di sini diperturunkan resepi berkenaan yang telah Yangbaik olah sedikit mengikut kesesuaian dan citarasa sendiri.

Muffin Kismis Mentega Kacang










Bahan-bahan:

200 gm mentega
100 gm gula caster
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
300 gm tepung serbaguna Blue Key
1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
80 gm kismis
40 gm coklat urai
50 gm peanut butter (kasar)

Cara membuat:

1.  Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2.  Masukkan telur sebiji demi sebiji dan diikuti esen vanilla, kacau hingga sebati.
3.  Ayak tepung dan serbuk penaik di dalam bekas lain.
4.  Masukkan kismis, coklat urai dan mentega kacang, kacau rata.
5.  Tuang adunan tepung ke dalam mangkuk berisi mentega sedikit demi sedikit sambil mengacau hingga rata.
6.  Masukkan adunan yang telah siap ke dalam mangkuk kertas sehingga 1/3.
7.  Bakar selama 20 - 25 minit atau sehingga kekuningan.

Sekian, selamat mencuba.

09 Januari 2012

Lakaran pertama bernilai tinggi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Inilah rupa lakaran pertama oleh si cilik bucuk.... Dah pandai pegang pensil, kertas dan pemadam juga.  Asal pertama dulu dapat kertas jer terus koyak.  Ummi ingat mungkin juga masa mengandungkan dia dulu ummi suka shred kertas. So mungkin terbawa-bawa dek si cilik kot.  Tak per lah, pelan-pelan ajar jangan koyak buku pulak. 

Lakaran pertama ni nampak macam biasa jer tiada makna. Tu kata ummi sebab ummi bukanlah tergolong dalam golongan artistik... tak seni langsung. Masa sekolah dulu, kelas seni selalu jer kantoi.  Minat ada tapi bakat takder... sedeyh.... Tapi nampaknya bakat seni tu mencurah-curah pulak kat anak-anak, agaknya memang ada darah seni kot.  Oit... harus ingat seni itu cabangnya banyak bukan setakat atas pentas sahaja, ada seni lukis, seni memasak, seni business, seni politik dan macam2 seni lagi...


erk.. ada tangan lain rupanya yang mengajar... sedang elok sangat la tu...
like father like daughter... muka ayahnya memang tak nampak sebab tak nak glamer katanya, biarlah nampak tangan dulu... bila dah sedia nanti baru tunjuk muka.  Ayah kata tak moh glamer... hei... macamlah blog Yangbaik ni popular sangat... ala blog picisan jer la ayahnye, tiada yang kenal pun...


cak...
dah dapat dah
lepas lukis cantik-cantik
koyak pulak...

jangan konfius dengan mukanya, sebab memang begitu susah nak senyum... 
pernah juga kedengaran ada orang kata 'tak der perasaan'
Helo... ini anak aye tau... memang susah nak senyum, tambahan pada orang yang tak dikenali...


  

08 Januari 2012

Suratan atau kebetulan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Suratan atau kebetulan.  Kepada sebahagian orang bila dalam keadaan senang dia akan melupakan kesusahan dan sebaliknya kepada sesiapa yang sedang dalam kesusahan akan mengharapkan kesenangan.  Namun semua itu susah atau senang dalam sedar atau tidak kita sendiri kurang yakin adakah ianya suatu kebetulan dan memang suratan buat kita.

Penjelasannya begini, Yangbaik sering berhadapan dengan kawan-kawan yang sering berhadapan dengan kesusahan (tidaklah serius sangat) dan seringkali pula kesusahan itu secara kebetulannya mendatangkan kesulitan juga kepada orang lain.  Ini adalah kerana bila seseorang itu tiada, maka kerjanya terpaksa diambil alih oleh orang lain, keadaan ini kadang-kadang mendatangkan rungutan kepada sesetengah pihak.

Memang kita tidak sedar, bila kita sendiri dalam kesusahan dan secara kebetulan juga kita memerlukan bantuan dan kerjasama daripada orang lain.  Mungkin juga secara kebetulan kesusahan kita itu kita tidak sedar.

So, moral of the story is sentiasalah berbaik sangka dan berilah bantuan dengan hati yang ikhlas... paksaan pun tak mengapa.  Kehidupan ini ibarat roda, seketika kita di atas dan seketika pula kita dibawah dan berpusing ke atas pula...

Sekian.

07 Januari 2012

Malam ini mereka berdua lagi | Warung Ayang Ungguh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Malam ini mereka berdua lagi keluar makan-makan.  Memang tak patut.  Ayahnya dah buat janji dengan anaknya tanpa pengetahuan ummi.  Sungguh tak disangka sama sekali.  Menjadi juga perancangan mereka berdua itu.

Si anak bila makan di luar dah pandai minta milo ais.  Kalau dulu fresh oren jer tak pun sirap limau.  Seleranya bukan main lagi.  Dapat milo ais satu gelas besar boleh habis tapi tak makan.  Bila ajak makan ada le dua tiga sudu, itu antara nak dengan tidak jer.

Malam ini khabarnya mereka berdua makan makan di warung ayang ungguh.  Warung tu memang terkenal di kawasan kejiranan SIDEC terutama seksyen 7.  Dan paling top di kalangan pelajar yang NR yang menyewa di kawasan berdekatan seksyen 7.  Makanannya boleh tahan dan harganya juga berpatutan.  Paling sedap mee bandungnya... terangkat...

Ada kesempatan nanti Yangbaik review makanan yang ada di warung ayang ungguh.  Walau sebenarnya sega juga dengan student yang singgah makan di situ, sebabnya ... entah ... (macam tak der hidung pulak)...

Sekian dulu...

.

Baucer Buku 1Malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Catatan ini dipetik dari laman web MOHE

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)

1. PENGENALAN
Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tentang proses pencetakan, penerimaan dan pembayaran baucar RM200 seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen. Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar.


2. OBJEKTIF
Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.


3. KRITERIA KELAYAKAN
Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:

a) Warganegara Malaysia;
b) Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;
c) Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;
d) Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;
e) Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;
f) Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;
g) Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan
h) Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).


4. TEMPOH PELAKSANAAN
Inisiatif ini adalah secara one-off bagi sesi bermula 2012 sahaja. Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.


5. KADAR BB1M
Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.


6. TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
a) Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;
b) Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
c) Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;
d) Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
e) Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
f) Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;
g) Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;
h) Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;


7. PENUTUP
a) Semua pihak hendaklah mematuhi tatacara dan prosedur kewangan dalam pelaksanaan pemberian baucar ini;
b) Dokumen berkaitan pemberian baucar ini perlulah dikemas kini dan disimpan secara teratur dan kemas bagi tujuan pemantauan dan pengauditan;
c) Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan inisiatif ini bolehlah menghubungi pelaksana masing-masing.




Edited:
Agihan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar UiTM (Perak) akan dilaksanakan pada 9 Januari 2012 (Isnin) mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Dewan Seri Iskandar. 

Agihan dibuat kepada semua pelajar UiTM (Perak) iaitu pelajar sepenuh masa, e-PJJ, PLK, DBA dan EMBA yang masih aktif sahaja dalam sistem SIMs.

Urusan agihan dilaksanakan oleh staf Pejabat Bendahari.

Gangguan menyentap emosi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Gangguan itu tidak disukai kerana ia bisa menganggu emosi. Terutamanya jika gangguan datangnya di awal pagi.  Memang menyakitkan untuk difikirkan.

Kesedaran untuk menepis gangguan itu perlu kerana kita punya perasaan dan jiwa yang perlu dihargai.

Kekuatan jati diri mampu menepis gangguan, namun dalam masa yang sama jangan perkecilkan gangguan itu.  Jika dibiarkan ia berulang, akan memudaratkan komunikasi juga perhubungan.

Atasi gangguan dengan memikirkan perkara yang baik selain dari gangguan itu.  Fikirkan juga kemungkinan kebaikan atau perkara lain yang tersembunyi disebalik gangguan itu.

Positif...

Ada rasa takut tetapi dapat untung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat menghapus segala keniknatan hidup, yaitu MATI.
(HR Tirmidzi)


.

06 Januari 2012

Bukan salah fesyen

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



(walla... baru semalam keluar gambar nih... hari ini keluar semula.  sebab dikeluarkan semula adalah kerana pada gambar ni tertera perkataan fesyen)
update: gambar sebelah telah ditukar bagi mengelakkan kecelaruan atau salah anggap mengenai kaitan antara gambar dan cerita.  Walau apapun gambar di atas sekadar hiasan dan tiada kaitan dengan isi cerita.
 
Memang terasa terpanggil (entah sapa yang panggil tak tau ler) untuk menulis mengenai fesyen.  Sayangnya Yangbaik bukanlah penulis atau kolumnis fesyen di mana-mana majalah kerana tulisan Yangbaik tidaklah sebagus mana pun.  Nak menulis tentang fesyen sedangkan Yangbaik sendiri tidak pandai berfesyen tetapi minat terhadap fesyen tetap ada terutama fesyen muslimah.

Sejak dua menjak (ayat apa nie) ni fesyen muslimah dah jadi seperti satu keperluan dalam mana-mana majalah fesyen sehinggakan kita sebagai pembaca kadang keliru adakah ianya benar-benar muslimah atau sekadar perniagaan yang bertopengkan muslimah tetapi penghayatan muslimah tidak sejati.  Ini adalah kerana rata-rata pengeluar fesyen lebih mementing keuntungan dan mengambil kesempatan di atas lonjakan fesyen muslimah dan mula mencipta trend sendiri sehingga mengadaikan keperluan dan kehendak Muslimah. 

Fesyen muslimah sendiri yang diberi nama menjadikan wanita muslimah sebagai perangkap untuk melariskan jualan.  Sebagai muslimah pula, tidak seharusnya terpengaruh secara total terhadap longgokan fesyen muslimah.  Tidak dinafikan terdapat fesyen muslimah yang benar-benar diperjuangkan untuk wanita muslimah.  Oleh kerana dengan adanya lambakan fesyen muslimah tiruan yang berleluasa di pasaran maka secara tidak langsung fesyen muslimah sejati tidak berapa menonjol sebaliknya kelihatan seperti melukut di tepi gantang.

Wanita terutamanya yang muslimah seharusnya bijak dalam menilai fesyen yang terdapat di pasaran.  Keperluan berfesyen itu seharusnya disulami dengan kehendak syariah dan kehidupan beragama bukan semata-mata kerana keinginan untuk menunjuk-nunjuk.

Semoga fesyen muslimah tidak disalah ertikan.  Berilah maksud yang betul ke atas fesyen muslimah, bukan semata-mata mencari untung dunia sehingga mengabaikan keperluan 'di sana'.

Sekian.