Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Kerajaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerajaan. Papar semua catatan

12 Januari 2021

Intipati Pengumuman Khas Darurat 2021 oleh Perdana Menteri Malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


 

Segalanya telah pernah bermula dahulu... namun perjumpaan kali ini oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Januari 2021 telah membuahkan hasil yang membawa kepada perkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.  Keputusan ini telah dibuat pada 12 Januari 2021.





Intipati Pengumuman Khas Darurat 2021 oleh Perdana Menteri Malaysia


  • Ordinan Darurat perlu untuk kekang penularan #COVID19 daripada menjadi serius. 
  • Darurat: Kerajaan awam akan terus berfungsi.
  • Proklamasi darurat yang diisytihar bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, perintah berkurung juga tidak dilaksanakan. 
  • Jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan dan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan proklamasi darurat. 
  • Ordinan Darurat untuk tingkatkan penguatkuasaan keselamatan dan ketenteraman awam. 
  • Aktiviti ekonomi akan terus berfungsi sepanjang tempoh darurat, tertakluk pematuhan SOP. 
  • Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti akan terus main peranan sebagai pemudahcara pasaran 
  • Darurat: Parlimen dan DUN tidak akan bersidang sehingga satu tempoh yang ditetapkan.
  • Plihan Raya Umum, Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Kecil tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat.
  • PRU akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Bebas memperakukan bahawa #COVID19 telah reda atau pulih sepenuhnya.
  • Semua ahli politik perlu bersolidariti bersama rakyat mencegah #COVID19.
  • Rakyat diminta kekal tenang, berikan kepercayaan kepada kerajaan bendung COVID-19 dengan lebih berkesan.
  • Ordinan perangi sabotaj ekonomi, monopoli dan kenaikan harga barang secara keterlaluan boleh dimasyurkan oleh Agong. 
  • Darurat: Kuasa eksekutif Persekutuan meliputi kuasa perundangan negeri kecuali hukum syarak, undang-undang atau adat negeri di Sabah, Sarawak.
  • Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang cuba ganggu urusan kerajaan tangani #COVID19  dan urus ekonomi negara - PM @MuhyiddinYassin

Semoga dengan perlaksanaan Darurat ini dapat membendung penularan virus covid19 di Malaysia.

#kitajagakita

03 April 2013

Parlimen dibubarkan hari ini 4.3.2013

As salam,


sumber gambar:  Berita Harian Online

Baru tadi, sekitar jam 11.30 pagi Dato' Seri Najib telah mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia.

Justeru itu, bermulalah kesibukan agen-agen parti politik berkempen dan menjalankan tugas untuk parti yang mereka wakili.  Walaupun sebenarnya tugas-tugas berkaitan telahpun bermula dengan giatnya berikutan tumbuhnya tiang-tiang bendera di sepanjang jalan seumpama cendawan tumbuh selepas hujan.  Kali ini dan selepas ini semakin banyaklah tumbuh tiang-tiang bendera di serata tempat.

Semoga mereka yang bertugas sentiasa menjaga keharmonian masyarakat dan juga keselamatan diri sendiri.

Selamat bertugas kepada semua.

Berdebar juga menunggu tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi.  Bila agaknya...


19 Februari 2012

Ringkasan cerita dari RTC Gopeng

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,




Seperti entri yang baru lepas, yangbaik ada laa buat cerita sikit berkenaan RTC Gopeng.



Meriah sungguh, cuma satu kurangnya yangbaik memang bukan kaki 'gambar' tak pandai nak 'capture' gambar hatta gambar sendiri pun takder harapkan kamera dari 'cameraman' yang entah dari mana datangnya tiba-tiba 'klip klap' cahaya lampu kamera, tak tau pula gambar mana yang diambilnya.


saat ketibaan PM ... sepintas lalu... nampak?

Diringkaskan cerita, setelah majlis perasmian di khemah sebelah sana selesai, PM telah melalui hadapan booth KPT... sayangnya PM tak singgah, mungkin kerana keletihan agaknya memandangkan PM baru saja tiba dari program lain di Selangor dan malamnya akan ke FELCRA Changkat Lada pula... sibuk sungguh yer...


pada hari pertama karnival sempat singgah sebentar di booth Kedai Rakyat 1Malaysia.
dari pengamatan yangbaik yang tak seberapa ni serta didokong oleh beberapa orang ahli pemasaran, 'packaging' produk 1Malaysia perlu ditambahbaik lagi bukan sekadar warna putih sahaja yang kelihatan seperti lesu... boleh? sekadar pandangan

Tak banyak booth yang dapat dilawati maklumlah bertugas kan, masa makan pun berebut bersilih ganti dengan petugas lain...  
sekian... rintihan suara dari RTC.  Beberapa rintihan suara hati terbuku di hati ... jauh di sudut hati

(^-^)
suka dengan logo di atas?...
layan..


07 Januari 2012

Baucer Buku 1Malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Catatan ini dipetik dari laman web MOHE

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)

1. PENGENALAN
Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tentang proses pencetakan, penerimaan dan pembayaran baucar RM200 seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen. Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar.


2. OBJEKTIF
Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.


3. KRITERIA KELAYAKAN
Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:

a) Warganegara Malaysia;
b) Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;
c) Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;
d) Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;
e) Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;
f) Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;
g) Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan
h) Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).


4. TEMPOH PELAKSANAAN
Inisiatif ini adalah secara one-off bagi sesi bermula 2012 sahaja. Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.


5. KADAR BB1M
Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.


6. TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
a) Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;
b) Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
c) Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;
d) Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
e) Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
f) Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;
g) Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;
h) Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;


7. PENUTUP
a) Semua pihak hendaklah mematuhi tatacara dan prosedur kewangan dalam pelaksanaan pemberian baucar ini;
b) Dokumen berkaitan pemberian baucar ini perlulah dikemas kini dan disimpan secara teratur dan kemas bagi tujuan pemantauan dan pengauditan;
c) Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan inisiatif ini bolehlah menghubungi pelaksana masing-masing.




Edited:
Agihan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar UiTM (Perak) akan dilaksanakan pada 9 Januari 2012 (Isnin) mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Dewan Seri Iskandar. 

Agihan dibuat kepada semua pelajar UiTM (Perak) iaitu pelajar sepenuh masa, e-PJJ, PLK, DBA dan EMBA yang masih aktif sahaja dalam sistem SIMs.

Urusan agihan dilaksanakan oleh staf Pejabat Bendahari.

Carian