Pengikut Setia

14 Oktober 2011

Perjalanan yang lalu menghitung hari muka

Asslamualaikum dan selamat sejahtera,


Perjalanan masa lalu telah ditempuhi
Jerit perit diharungi jua
Walau sarat walau berat mata memandang
Terpikul dan tergalas jua

Menghitung hari muka
Entah apa menunggu
Saban hari Saban waktu
Menadah tangan menghadap Ilahi
Semoga dimudahkan segala urusan

*.*



'

Ada apa dengan Bid'ah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Kita selalu mendengar orang berkata mengenai bid'ah.
Ada sesetengahnya menyebut 'bedaah'.
Sama kah maksudnya?
Dari segi logik akal betul la kan... sebab ia mengaitkan dengan membuat cerita atau membawa cerita yang tidak benar iaitu cerita yang baru tentang sesuatu perkara yang sedia ada.
Tetapi jika dari sudut makna dan bahasa ia akan jadi sesuatu yang berbeza dan tidak sama maksudnya...


Tanpa buat bid'ah yang lebih panjang... selusuri bait-bait / kata-kata berikut berkaitan bid'ah:

Tidaklah suatu kaum membuat suatu bid'ah di dalam agama mereka, melainkan Allah akan mencabut sebagian sunnah dari agama meraka sebanding dengan (bid'ah) yang mereka buat. Dan Allah tidak akan mengembalikannya lagi kepada mereka hingga hari kiamat.  (Hassan bin Athiyyah)

Sekian, semoga kita selamat dari perbuatan atau golongan bid'ah.

>-<
.

13 Oktober 2011

Hidup Bukan Tiada Pilihan | Bukan Salah Pilihan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Dalam Hidup Ini Banyak Cadangan
Banyak Cabaran
Banyak juga halangan
Memungkinkan banyaknya pilihan
Pilihan bukan sekadar di tangan
Tetapi pilhan itu harus lahir dari hati
Pilihan itu tidak terletak di mulut
tetapi letaknya pada perbuatan
Apa yang kita lakukan itulah pilihan
Bukannya apa yang kita kata

Sekarang saya memilih untuk menaip
Dan ada orang memilih untuk membaca
Jika sekadar bercakap untuk menaip
atau bercakap hendak membaca
Itu .... bukan pilihan tetapi perbualan

Pilihan itu datangnya pelbagai
Datang bersama cabaran
Datang bersama hasutan
Datang bersama cadangan
Datang bersama kehendak
Datang bersama keinginan
Datang bersama kemahuan
Datang bersama pemikiran
Datang bersama kematangan
Seterusnya... pilihan itu datang bersama sehelai kertas dan pena...
Sebelum dilaksanakan pilihan itu
Bacalah dulu apa yang ditulis
Fahami dulu apa yang dikehendaki
Fahamkan juga faedahnya untuk kita
Bertanya pada yang tahu
Bertanya pada yang arif
Bertanyalah ... sehingga akhirnya tiada jawapan lagi...

Pilihan itu di tangan kita...
Tawakkal sebelum laksanakan pilihan
Hentikan tohmahan setelah pilihan dibuat...

SSB SSM atau SBPA
2012... empunya ceritera

>.<
'

Mainan Perasaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Resah dan gelisah mainan perasaan
khabar angin itu perosak perasaan
tohmahan itu mematikan perasaan
khianat itu mengkuburkan perasaan

hentikan gurauan mainan perasaan
tinggalkan tabiat lama mengguris perasaan
luka hati siapa hiraukan
kerana terpendam tanpa kasihan

berlalu badai ribut dan taufan
tinggalkan duka luka dan lara
kuatkan hati tekad bulatkan
semoga hidup terus bahagia


... edisi terhad... jiwa lara...

>~<



Vlog terhangat | Bunga Angkasa bukan kamus buat isteri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sticky post until 13/10/2011.  For latest update please scroll.



akhirnya.... tercapai juga hasrat...

12 Oktober 2011

Kejayaan dan keselamatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Perkongsian mengenai kejayaan dan keselamatan dalam kehidupan di dunia


Mereka (kaum salafushshalih) berbicara untuk kejayaan Islam, keselamatan jiwa dan ridha Allah Yang Maha Pengasih. Sedangkan kita berbicara untuk kejayaan diri sendiri, mencari dunia dan penerimaan makhluk.  (Hamdun bin Ahmad)

Dalam kehidupan kita seharian apakah agaknya yang sering kita bicarakan?

>.<
.

3 langkah mudah memberi ulasan di blog

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

3 langkah mudah memberi ulasan atau komen di blog.  Bunyi macam mengada-ngada jer entry ni.  Kan senang jer nak bagi komen kat blog.  Zaman blog popular ni, karut lah kalau ada orang tak tau nak bagi komen.  So Why?  Langkah tu memang mudah tetapi kenapa?  masih tiada yang memberi komen?  Tu maknanya ...

Walau apapun alasan, untuk memudahkan semua pihak berikut adalah 3 langkah seperti maksud di atas:


1.  Baca Entry/Catatan. 
Di bawah catatan ada tulisan O Ulasan, Klik pada perkataan berkenaan. 


2.  Tuliskan ulasan anda pada kotak kosong seperti di atas.
Tuliskan pandangan dan idea mengenai isu yang diutarakan.  Perkongsian idea selalunya bukan sahaja untuk penulis blog berkenaan tetapi boleh juga dijadikan panduan kepada pelawat lain yang melawat.  Semoga ulasan yang diberikan dapat memberikan manfaat dan faedah kepada orang lain.


3.  Pilih identiti.
Tidak semua blog memberi banyak pilihan identiti.  Bagi contoh ini, identiti yang dipilih adalah "Nama/URL".  Taipkan nama pada kotak yang disediakan dan bagi kotak URL adalah terpulang sekiranya ada blog tuliskan alamat blog, jika tiada boleh tuliskan alamat email.
Jika anda memilih "Tanpa Nama", kemungkinan ulasan itu akan masuk ke kotak 'SPAM' dan tidak akan dilayan.
Akhir sekali klik pada kotak "Terbitkan ulasan anda". 
Selesai

Apa pun identiti dan ulasan anda, kebiasaannya amat dihargai oleh blogger. 

Ada pandangan lain?
,

Peperiksaan Akhir Tahun 2011 | 5 Tahun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Peperiksaan Akhir Tahun 2011 bagi pelajar berusia 5 tahun. 
Perhatian! 5 tahun bukan Tahun 5.
Bermula 10 Oktober 2011 hingga 13 Oktober 2011.
Sebanyak 8 matapelajaran, 1 hari 2 subjek
Bermula dengan Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Al-Quran, Tulisan Jawi, Peribadi Muslim, PSSPI dan Matematik.
Terasa seperti mak bapak yang nak ambil exam untuk PTK. (walau PTK dah mansuh)

Semoga Alif berjaya.

Selingan sebentar...

"Tadi ada 3 buku soalan, alif dapat jawab 1 buku jer, maknanya alif boleh dapat nobor satu sebab alif jawab 1 buku"

Cikgu kata alif budak pandai dapat jawab 1 buku jer...

Konfius atau keliru... jangan salahkan anak-anak kalau dia salah tafsir kerana hatinya suci bersih tidak mengerti ejekan atau gurauan...

Sebagai orang dewasa apa pula pandangan anda jika diberikan ganjaran yang tidak setimpal?

???

`

11 Oktober 2011

Bantuan bukan cari susah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Memudahkan urusan orang lain bukan bererti mencari susah.  Memang benar bila kita bantu orang lain, kerja kita akan tergendala tetapi itu bukannya lama sekadar memudahkan kerja orang.  Mana kita tahu dengan memudahkan kerja orang lain, kelak kerja kita juga akan jadi mudah.

Kita harus sedar bahawa bukan semua orang dilahirkan boleh terus berjalan atau boleh makan sendiri.  Perlu bersuap perlu diberi peluang dan tunjuk ajar. 

Namun tidak semua orang juga bila diajar akan cepat memahami atau mudah memahami arahan.  Tambahan pula setiap orang dilahirkan dalam suasana dan latarbelakang keluarga yang berbeza. 

Kita adalah tergolong dalam hamba Allah yang bertuah kerana diberi peluang untuk memilik kefahaman yang tinggi dan kepintaran serta kepandaian dalam memahami sesuatu isu.  Sedar tak kita bahawa ilmu yang kita ada itu hanyalah tidak sampai setitik pun daripada ilmu yang terdapat di lautan luas.  Inikan pula tujuh lautan dari tujuh benua.

Kepintaran dan kepandaian yang kita miliki tidak sama dengan ilmu yang ada pada orang lain.  Hari ini kita bantu dia, ilmu kita akan bertambah lagi dan esok lusa kita pula akan dibantu walau bukan oleh orang itu tetapi orang lain dan dalam bentuk yang berbeza dan tidak sama.

Hidup kita tidak selamanya di situ dan akan sentiasa berubah.  Tidak sekarang esok, ataupun bulan depan ataupun tahun depan ataupun dalam jangkamasa yang kita sendiri tidak terfikir.

Bila memberi bantuan berusahalah sebaik mungkin dan sekuat mungkin seperti mana kepandaian yang kita miliki untuk tidak mengungkit kembali bantuan yang kita berikan.

Ilmu yang kita miliki akan hilang kehebatannya apabila diungkit-ungkit mengenai bantuan yang telah diberikan.

Semoga dalam hidup ini kita sentiasa memberi kemudahan dan bantuan kepada orang lain.  Gunalah kepandaian dan akal yang diberikan Allah untuk jalan kebaikan.  Jangan sentiasa mengharap balasan atau ganjaran dari orang yang kita bantu.  Mungkin dia tidak mampu bantu kita kerana ilmunya tidak sama dengan ilmu kita tetapi kita tidak tahu apa pula ilmu yang dimilikinya atau ilmu yang bakal dimilikinya.

Sekian.

.*.
'

Pujian dan celaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Hendak memuji biar bertempat
Hendak mencela biar bertempat


Semua pujian di dalam al-Qur'an yang ditujukan kepada seorang hamba, maka itu semua berasal dari buah ilmu. Dan semua celaan di dalam al-Qur'an yang ditujukan kepada seorang hamba, maka itu semua berasal dari buah kebodohan.  (Ibnul Qayyim)

Semoga bermanfaat.

Carian