Dalam Hidup Ini Banyak Cadangan
Banyak Cabaran
Banyak juga halangan
Memungkinkan banyaknya pilihan
Pilihan bukan sekadar di tangan
Tetapi pilhan itu harus lahir dari hati
Pilihan itu tidak terletak di mulut
tetapi letaknya pada perbuatan
Apa yang kita lakukan itulah pilihan
Bukannya apa yang kita kata
Sekarang saya memilih untuk menaip
Dan ada orang memilih untuk membaca
Jika sekadar bercakap untuk menaip
atau bercakap hendak membaca
Itu .... bukan pilihan tetapi perbualan
Pilihan itu datangnya pelbagai
Datang bersama cabaran
Datang bersama hasutan
Datang bersama cadangan
Datang bersama kehendak
Datang bersama keinginan
Datang bersama kemahuan
Datang bersama pemikiran
Datang bersama kematangan
Seterusnya... pilihan itu datang bersama sehelai kertas dan pena...
Sebelum dilaksanakan pilihan itu
Bacalah dulu apa yang ditulis
Fahami dulu apa yang dikehendaki
Fahamkan juga faedahnya untuk kita
Bertanya pada yang tahu
Bertanya pada yang arif
Bertanyalah ... sehingga akhirnya tiada jawapan lagi...
Pilihan itu di tangan kita...
Tawakkal sebelum laksanakan pilihan
Hentikan tohmahan setelah pilihan dibuat...
SSB SSM atau SBPA
2012... empunya ceritera
>.<
'
Aku ingat pilih ape, rupenye SSB SSM atau SBPA.
BalasPadambagi kakitangan awam, bolehlah
sembahyang sunat Istikharah sebelum buat pilihan, Allah akan tunjukkan jln.
to Denaihati,
BalasPadamBetul to bro, sebagai orang Islam kalau dah takut sangat nak buat pilihan eloklah solat sunat istikharah.