Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label pilihan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pilihan. Papar semua catatan

20 Mac 2014

Bukan sekadar pilihan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hidup ini bukan sekadar membuat pilihan ya atau tidak tetapi lebih daripada itu.  Dalam menghadapi dilema untuk sesuatu yang tidak pasti kita sebenarnya ada pilihan.  Pilihan itu terpulang kepada kita hendak buat atau tidak, hendak pergi atau tidak, hendak pilih atau tidak semuanya bergantung kepada suara kecil dalam lubuk hati kita.



Kita memang akan sentiasa berhadapan dengan berbagai pilihan.  Kadang-kadang kita melihat dilema itu seperti tidak memberi peluang kepada kita untuk membuat pilihan.  Tetapi percaya atau tidak setiap pilihan yang kita ambil itu ada hikmah tersembunyi.

Untuk mendapatkan hikmah terbaik bagi setiap pilihan yang diambil ia hendaklah diiringi dengan tawakkal dan tawassul kepada Allah.  Dengan yakin dan percaya bahawa pilihan yang kita ambil itu adalah yang terbaik kepada kita.  Mungkin juga kita tidak melihatnya pada masa sekarang tetapi pada masa akan datang ia akan menjadikan ia sebagai pilihan yang terbaik.

Memang perit sebenarnya untuk menyatakan pilihan itu yang terbaik sekiranya ia menyebabkan kita kecewa atau orang lain kecewa.  Bersabar dan bertenang serta ingatlah bahawa setiap pilihan itu adalah takdir dari Allah.


Tetapi antara pilihan buruk dan baik... sekiranya kita telah tersilap memilih yang buruk segeralah kembali ke pangkal jalan dan beristighfar... bersyukurlah kerana kita masih ada masa untuk melakukan yang terbaik.  Kesilapan lalu dijadikan iktibar dan sempadan dalam menilai kehidupan dan peranan kita di muka bumi ini.

Sesungguhnya kita bertanggungjawab atas apa juga pilihan yang kita buat.  Kesilapan dalam membuat pilihan adalah kerana kelemahan pengetahuan serta pengalaman kita sendiri.

Hidup ini bukan sekadar pilihan.  Beruntung insan yang sentiasa mendapat kebaikan dalam setiap pilihan dibuat.  Tak perlu curiga atau cemburu dengan pilihannya tetapi berusaha dah berdoa agar pilihan yang kita pilih juga terbaik untuk kita, agama kita, keluarga kita serta insan sekeliling kita dunia dan akhirat.  Semoga pilihan yang diambil itu tidak mendatangkan mudarat dan musibah kepada diri kita dan manusia sekeliling kita.

Sentiasa muhasabah diri dan berusaha memperbaiki diri semoga titik kesilapan yang telah ternoktah itu bisa ditukar kepada hasil yang lebih baik diiringi dengan keinsafan.


#pray4mh370


suka duka pentas dunia


$$$ 

26 Januari 2012

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.  Banyak kemahuan banyaklah jalannya.  Ada ketikanya kemahuan yang terlalu meluap-luap hingga menyekat semua laluan dan jalan yang ada juga seakan tertutup.  Keadaannya ini terjadi kerana tertutupnya pintu hati menuju ke jalan yang bertepatan.

Kemahuan manusia memang tidak terbatas, ada kemahuan untuk kebaikan seperti membantu orang susah atau miskin.  Sebaliknya kemahuan yang 'jahat' seperti hendak memusnahkan orang.  Kemahuan individu memang berbeza begitu juga dengan cara pemikiran untuk mencapai kemahuan juga berbeza.

Kemahuan hendak hidup bermewah-mewah terhasil kerana kesempitan hidup yang sedang dihadapi dan dalam masa yang sama disogokkan dengan drama kisah hidup orang berada.  Bagaimana jalannya?  Ada yang memilih jalan singkat dengan merompak, mencuri, mencopek, menipu dan menerima rasuah.  Banyak punca menjadikan kemahuan sebagai alasan untuk melakukan aktiviti yang salah.

Ada juga yang tidak pandai menggunakan kemudahan yang diberikan.  Antaranya bantuan BR1M kepada pelajar IPT sebanyak RM200.00 seorang.  Bagaimana boleh terfikir untuk menjual 'kemudahan' yang diberikan dengan harga yang murah.  Tidakkah ini bererti maruah diri pelajar juga rendah. 

Semua ini atas pendirian dan kefahaman individu mengenai masa depan hidupnya dan peluang yang diberikan.  Sukar untuk mengatakan 'terpulang' kepada individu untuk membuat pilihan kerana pendidikan dan pengajaran harus diberikan kepada individu yang hendak membuat pilihan.  Pilihan hidup seakan semakin sukar kerana kos sara hidup yang semakin tinggi.

Ape?  Entah!


^_^


.


04 Disember 2011

Menunggu hari esok - tersilap pilih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


Nak tunggu esok
Tapi kalau ikut masa dah 'esok' dah
So katalah nak tunggu pagi esok pulak



Esok nak tukar barang
Bukan buat sistem barter
Tetapi sistem beli lain
Sebab hari ini (kelmarin) dah tersilap beli
Tersalah pilih
Sebab tak fokus semasa buat penilaian dan pilihan

Jangan sesekali nak salahkan orang yang beri pandangan
Kerana kita mampu mengubahnya
Kita ada pandangan sendiri
Tetapi bila keyakinan tak cukup tinggi
Maka terpengaruhlah dengan pandangan orang lain

Maka hasilnya...
lari bajet..

.....


13 Oktober 2011

Hidup Bukan Tiada Pilihan | Bukan Salah Pilihan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Dalam Hidup Ini Banyak Cadangan
Banyak Cabaran
Banyak juga halangan
Memungkinkan banyaknya pilihan
Pilihan bukan sekadar di tangan
Tetapi pilhan itu harus lahir dari hati
Pilihan itu tidak terletak di mulut
tetapi letaknya pada perbuatan
Apa yang kita lakukan itulah pilihan
Bukannya apa yang kita kata

Sekarang saya memilih untuk menaip
Dan ada orang memilih untuk membaca
Jika sekadar bercakap untuk menaip
atau bercakap hendak membaca
Itu .... bukan pilihan tetapi perbualan

Pilihan itu datangnya pelbagai
Datang bersama cabaran
Datang bersama hasutan
Datang bersama cadangan
Datang bersama kehendak
Datang bersama keinginan
Datang bersama kemahuan
Datang bersama pemikiran
Datang bersama kematangan
Seterusnya... pilihan itu datang bersama sehelai kertas dan pena...
Sebelum dilaksanakan pilihan itu
Bacalah dulu apa yang ditulis
Fahami dulu apa yang dikehendaki
Fahamkan juga faedahnya untuk kita
Bertanya pada yang tahu
Bertanya pada yang arif
Bertanyalah ... sehingga akhirnya tiada jawapan lagi...

Pilihan itu di tangan kita...
Tawakkal sebelum laksanakan pilihan
Hentikan tohmahan setelah pilihan dibuat...

SSB SSM atau SBPA
2012... empunya ceritera

>.<
'

12 September 2011

Hidup bukan sekadar pilihan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Hidup bukan sekadar pilihan sebaliknya apa yang terjadi adalah telah tersurat.  Hanya kita yang perlu bijak meneliti apa yang tersirat di sebalik setiap kejadian.  Dalam kitaran hidup dan kejadian siang dan malam, kita sering diberi pilihan untuk berbuat baik atau sebaliknya.  Maka setelah diberi pilihan, pilihlah dengan bijak dan akal yang bestari untuk membuat baik.  Mengapa mesti memilih untuk membuat yang lain yang tidak baik yang kita tidak suka sebenarnya. 

Sesuatu yang terjadi sama ada kita sedar atau tidak kadang-kadang itu bukan pilihan kita tetapi kita telah terpilih untuk melakukan itu.

Tanpa kita sedari apa yang kita lakukan telah mendatangkan kesusahan kepada hati kita sebenarnya kerana terpaksa memikirkan hati dan perasaan orang lain.  Tetapi dalam kesedaran itu adakah kita akan insaf dan berfikir untuk tidak melakukan sesuatu yang di luar kotak pemikiran yang positif. 

Kita sering disogokkan dengan istilah 'lakukan sesuatu yang di kotak pemikiran anda'.  Adakah kita sedar kadang-kadang yang berada di luar kotak pemikiran kita boleh juga mendatangkan mudarat kepada hidup kita dan hidup orang di sekeliling kita terutama orang yang kita sayang.

Apa yang ada di luar kotak pemikiran anda adakala di luar kawalan perasaan dan naluri kita sebagai manusia biasa.  Berfikir dengan waras sebelum melakukan sesuatu yang berada di luar kotak pemikiran.  Dikhuatiri apabila berfikir di luar kotak pemikiran akan mendatangkan sesuatu yang diluar kawalan akal yang waras.

Apa sebenarnya yang berada di luar kotak pemikiran. 
Walaupun kita berfikir dalam kotak pemikiran tidak semestinya kita seperti katak di bawah tempurung.

Kita adalah apa yang kita pilih dan pilihlah untuk membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang yang memerlukan bukan sekadar untuk kepentingan diri sendiri.

Sekian.

*.*




18 Oktober 2010

pilihan antara dua ... itukah takdirnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

(sekadar gambar hiasan)
Kita biasa diberi pilihan
mampukah kita buat pilihan
dan memilih yang terbaik
tatkala kita tidak diberi pilihan
kita turut diminta untuk membuat pilihan
....
andai tiada pilihan
apa pula yang hendak dipilih
hanya apabila tiada pilihan
mampukah kita melaksanakan pilihan yang diberi
atas alasan tiada pilihan lain
atau hanya berserah kepada takdir atas pilihan yang ada
lantas menyalahkan takdir kerana kita tidak diberi pilihan

JANGAN!!! sesekali menyalahkan takdir
kerana apa saja yang diberi itulah pilhan yang ada
namun disetiap pilihan itu tersembunyi hikmah yang patut kita hargai...

merapu lagi yerk....dahlah
walau apapun terima kasih kerana sudi baca sampai ke sini dan jika sudi datanglah lagi...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dua raka'at yang dilaksanakan sesuai dengan tuntunan (sunnah) Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, lebih baik daripada tujuh puluh raka'at yang dilaksanakan tidak sesuai dengan sunnah.



(Hassan bin 'Athiyyah)

Carian