Pengikut Setia

02 Julai 2024

Ada apa sebenarnya dengan Ikhlas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ada apa sebenarnya dengan Ikhlas |  Salah satu latihan untuk ikhlas adalah istiqomah berada dalam kebaikan.  
“Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.”  (HR. Bukhari, no. 6465)




3 Tingkatan Ikhlas Menurut Syekh Nawawi Al-Bantani 


1. Ikhlas kerana dunia

Tingkatan ikhlas ini mengharapkan balasan di dunia, misalnya seseorang melakukan ibadah membaca Surat Al-Waqi‘ah dengan harapan mendapat kekayaan, mengeluarkan sedekah berharap mendapat rezeki yang berlipat ganda. Ianya tidak salah cuma ini adalah ikhlas yang paling rendah


2. Ikhlas kerana akhirat

Tingkatan ikhlas kedua adalah beribadah dan beramal saleh karena mengharapkan pahala, mendapatkan surga, dan takut pada siksa neraka. Menurut Syekh Nawawi, tingkatan ikhlas ini berada pada tingkatan menengah.


3. Ikhlas kerana Allah semata-mata

Ikhlas dalam kelompok ini adalah seorang mukmin ketika beribadah kepada Allah dan melakukan amal saleh, sama sekali tidak mengharapkan apapun kecuali redha Allah, tidak juga mengharapkan pahala surga atau untuk menghindari siksa neraka.  Menurut Syekh Nawawi, ikhlas seperti ini berada pada tingkatan tertinggi.


TIDAK KISAHLAH KITA DI TAHAP IKHLAS YANG MANA SEKARANG, SEBENAR IKHLAS ITU PERLU DILATIH

TIADA SEORANG PUN YANG MAMPU MELAHIRKAN IKHLAS YANG PALING TINGGI JIKA TIDAK MELALUI TINGKATAN PERTAMA & KEDUA


Terima kasih.  

3 ulasan:

  1. bukan mudah nak ikhlaskan ni kan...tapi yes thank sharing pasal ni

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga kita semua ikhlas dalam perbuatan apa shajaa.. :D

      Padam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian