Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,
Bunyi tajuk macam la terdesak sangat. Sebenarnya itulah hakikat yang harus kita terima pada masa ini apabila terdapatnya keinginan untuk melihat mula lelaki Malaysia dalam wajah Korea.
Lelaki di Malaysia tidak kah akan terasa atau sedikit terkesan dengan aliran remaja sekarang. Apabila terlalu banyak disogokkan dengan cerita-cerita dari luar yang lebih menarik minat remaja dan menghakis jati diri bangsa. Lelaki asing lebih dibanggakan dan lebih dipuja.
Manakan tidak cerita tempatan pula berkisar keganasan, berhantu dan merempit sana sini tak kira masa. Paling tidak cerita lawak atau cerita cinta yang ntah ... inikah budaya atau wajah filem Malaysia sekarang yang lebih mempromosi kan keganasan dan kesusahan serta kehidupan yang tidak seimbang dengan wawasan negara menuju tahun 2020.
Penerbit dan pengarah filem sewajarnya memahami kehendak wawasan 2020 negara dan turut sama menyumbang pencapaian wawasan berkenaan. Dari apa yang ada sekarang, filem Malaysia langsung tidak menampakkan usaha membantu pencapaian wawasan 2020. Sebaliknya lebih kepada hiburan dan keuntungan semata.
Sepatutnya semua pihak harus berusaha ke arah mencapai hasrat negara untuk menjadi negara yang rakyatnya bermoral dan beretika.
Dan... maaf lah tidak pula diletakkan pula muka lelaki Korea di sini walaupun tajuk di atas ada menyatakan perkara itu.
Sekian.
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
28 September 2011
Rahsia yang tersendiri
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Rahsia! Semua orang mempunyai rahsianya yang tersendiri dan rahsia itu tidak mungkin akan diceritakan kepada orang lain melainkan atas perkara-perkara tertentu dan atas kepercayaan kepada seseorang yang lain.
Di dalam Arahan Keselamatan pula, dokumen terperingkat Rahsia disimpan di dalam peti besi manakala warna kulit fail peringkar Rahsia adalah merah jambu dengan berpalang merah. Dan pada kebiasaannya sesiapa yang memegang Rahsia sering terdedah kepada ancaman.
Sudah menjadi kelemahan manusia sering terpengaruh dengan perkara-perkara luar biasa dan sering menjadi sasaran pihak-pihak yang berkepentingan.
Kelemahan manusia itu adalah
- keinginan menunjuk-nunjuk
- cuai patuhi arahan
- tidak cermat ketika bercakap, dan
- cuai kerana ketagih alkohol atau dadah.
Sajalah nak cerita perihal Arahan Keselamatan pula. Bukan kerana nak jadi penceramah tetapi sekadar ingatan.
Memanglah manusia itu lemah, apa juga rahsia yang diketahuinya nak diberitahu kepada orang lain.Sedangkan rahsia sendiri pun kadang-kadang tidak boleh diceritakan kepada orang lain melainkan atas-atas sebab tertentu.
So???
Sekian lah... *-*
26 September 2011
Mencari yang terbaik
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Mencari yang terbaik! Semua orang sudah pasti mengharapkan yang terbaik dalam setiap laluan kehidupannya. Tidak kiralah sama ada pasangan hidup, anak-anak, kerjaya dan sahabat.
Lelaki pasti akan mencari wanita yang terbaik untuk dijadikan pasangan hidupnya. Sesekali diperhatikan juga watak dan tingkahlaku. Ada yang berpacaran sekadar untuk mengisi kekosongan waktu di kala kesunyian. Sedar atau tidak apa juga tindakan yang dilakukan akan mempengaruhi apa yang akan terjadi pada masa hadapan kita dan juga masa hadapan negara juga.
Dengan itu, jadilah warga yang terbaik untuk negaranya. Hentikan 'vandalisme' ke atas warga lain. Hormati hak dan perasaan orang lain dan pasti kita akan mendapat yang terbaik dalam hidup kita.
*-*
Dengan itu, jadilah warga yang terbaik untuk negaranya. Hentikan 'vandalisme' ke atas warga lain. Hormati hak dan perasaan orang lain dan pasti kita akan mendapat yang terbaik dalam hidup kita.
*-*
Tersasar
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
sumber gambar: Google.com dengan kata kunci fokus dan imej (perlukah dimaklumkan?) |
Jangan hilang fokus anda. Fokus sebenar untuk membuat nota dan siapkan buku kerja serta assignment individu dan kumpulan.
Tetapi... seketika tersasar dari landasan hanya kerana blog ini... memang tak boleh blah... bila ada jer peluang dan ruang nak ambil kesempatan...
Tumpukan kepada titik fokus anda dan sasaran anda
Tewaskah aku...
Tak taulah nak cerita apa, agak-agak lah boring jer baca blog ni... tak best langsung, dok buat cerita tergantung dan sekerat jer... pernah beberapa kali ditegur kerana suka buat cerita tergantung... apa nak buat bukan niat macam tu... dah dok elok menaip tiab-tiba... idea hilang. Masa log in tadi elok jer idea tu berlegar kat kepala 'hotak' ni, tiba-tiba 'dia' pergi singgah pun tak lama...waaa
Semoga aku mampu siapkan dan mencapai sasaran dan matlamat...
Oh blog...
*.*
25 September 2011
Bukan jaga tepi kain
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Bukan hasrat nak jaga tepi kain orang. Sebab orang itu tidak pakai kain.
Bukan hasrat nak menyibuk, sebab orang itu tak sibuk
Bukan hasrat nak ambil tahu, sebab orang itu tidak tahu bahawa dia akan jadi subjek untuk entry ini
Saja la... nak tanya selesakah anda dengan pakaian anda itu.
Anda pakai tudung... Masya Allah cantik...
Anda memakai baju yang cantik dan 'branded', sayangnya baju itu ketat dan singkat bila menunduk... tak sanggup mata memandang
Anda memakai seluar yang panjang juga dari yang berjenama popular, sayang lagi seluar itu sendat dan padat... macam balut nangka...
Memang lah elok memakai tudung, suci sungguh hasrat dan niat anda untuk menutup aurat.
Tetapi bukanlah lebih baik lagi jika disusuli dengan memakai baju yang longgar dan labuh sikit menutup punggung
Lebih manis juga jika memakai seluar yang longgar sikit dan tidak ketat
Dan elok juga jika tidak dihiasi dengan mekap yang tebal ...
Usah disalahgunakan istilah "don't judge a books by it's cover". Anda bukan buku dan ada bukan hakim, apatah lagi majistret jauh sekali...
Seksa mata yang memandang, seksa lagi mulut nak menegur
Bukan nak jaga tepi kain awak sebab awak tak pakai kain... ..
Boleh faham ker? Buat-buat lah faham sikit... semoga bermanfaat untuk semua...
Sekian.
*.*
p/s: memang tak ada gambar... sebab tak suka letak gambar ...
Yang terjadi kadang-kadang sukar digambarkan
Assalamualaikum,
Banyak kejadian yang terjadi dalam hidup seharian. Terjadi secara sengaja iaitu memang kita sedar dan kita buat atau kita tempuhi juga. Terjadi secara tidak sengaja di mana tanpa kita duga dan tanpa kita rancang terjadi di luar pengetahuan kita.
Tidak boleh dikatakan tanpa kawalan kita kerana kita tidak mampu mengawal kejadian sekitar kita sebaliknya kita yang harus bersedia untuk mengawal diri bila berhadapan dengan kejadian yang tidak kita duga.
Hari ini, seketika terasa hendak menjadi lalang... kata orang lalang itu perumpamaan bagi manusia yang tidak teguh pendirian. Boleh kita 'twist' sikit maksud lalang itu supaya tidak disamakan dengan perumpamaan orang?
Kita katakan begini... lalang itu memang lembut batang dan daunnya tetapi liat dan agak sukar juga untuk dipatahkan atau diputuskan... untuk menghilangkan lalang perlu dimesin dengan mesin rumput paling tidak sebulan sekali dan tidak beberapa hari kemudian mula mengeluarkan pucuk muda yang semakin kuat (umpama pendirian).
Atau juga bisa terjadi lalang itu diracun dengan racun rumpai yang paling kuat kuasanya... Selang beberapa hari atau minggu kemudian... tumbuh semula tunas baru. Menguatkan akar tunjangnya.
Ada juga ketika lalang itu harus ditebas dan dicangkul akar umbinya agar tidak tumbuh kembali. Namun...... selang beberapa bulan atau minggu kemudian... pucuk muda mengintai-ngintai dari celahan akar nya yang lembut mengurai... barangkali kerana tidak menggunakan syampoo clear (yang modelnya dengan angkuh sekali bangga kerana menjelang 2012 walaupun dunia diramalkan akan kiamat... dia mempunyai rambut yang ikal... konon!!!).
Jadi, kita harus ambil semangat positif dari lalang yang kuat dan teguh serta fokus untuk memajukan diri... Harus ada semangat itu dalam diri kita iaitu kita tidak harus cepat lemah semangat bila tersalah membuat pilihan.
Pilihan itu agak sukar untuk digambarkan kerana kita hanya manusia mampu berdoa agar diberi kekuatan dan dikurniakan kehidupan yang terbaik untuk seisi alam.
Agak sukar digambarkan di sini apa maksud sebenar tetapi itulah yang telah tersurat untuk dinyatakan disini pada ketika ini. Andai dibaca berulang-ulang kali... ada yang tersirat di sana sini... itulah kehidupan.
Nak juga
Assalamualaikum
Nak juga update blog... maaf yer, sebab sekarang ni sedang penuh sesak dengan maklumat dan info... Kursus Induksi... dalam masa yang sama sedang memproses menghadam dan menyisih maklumat untuk peperiksaan pada 29 September 2011.
24 September 2011
Yang amanah dan khianat
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Tunaikanlah amanah kepada yang telah mempercayaimu dan janganlah engkau berkhianat kepada yang khianat kepadamu. (HR Abu Daud)
Tunaikanlah amanah kepada yang telah mempercayaimu dan janganlah engkau berkhianat kepada yang khianat kepadamu. (HR Abu Daud)
23 September 2011
24 September 2011 | Bukan kerana Memey Suhaiza
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
(sumber gambar) |
Banyak peristiwa dan kejadian yang berlaku pada 24 September 2011, bukan sahaja kerana majlis perkahwinan yang dikhabarkan mencecah RM12 juta, pasangan kontroversi, Memey Suhaiza dan Norman Hakim yang bakal diijabkabulkan 24 September ini tetapi banyak lagi peristiwa berlaku terutama di sekitar Pusat Latihan UiTM.
Ini adalah antara senarai peristiwa yang berlaku:
- Majlis Jamuan Terbuka Aidilfitri Parlimen Pasir Salak
- *Karnival Tg Tualang
- *Majlis Perkahwinan
- *Program di Kampar
- Konsert Papa Rock di Changkat Tin
- dan....yang paling penting sekali pada tarikh yang sama Kursus Induksi Umum UiTM di Pusat Latihan UiTM masih lagi berlangsung dengan topik ; Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam oleh TSJ, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) oleh AA dan Motivasi juga oleh AA. Dengan itu bertapalah lagi kami di Dewan Bestari 1, 2, 3 & 4. Harus hadir dengan jayanya bagi mendapatkan pendedahan dan kefahaman untuk Peperiksaan yang dijadualkan pada 29 September 2011.
Fuhh!! Tengok tarikh 24 September tu... memang keramat sungguh sebab selain yang tertulis di atas mungkin juga ada peristiwa-peristiwa lain yang tidak sampai ke pengetahuan aye. Macam wartawan pulak...
okeh siap dulu... nak study nih...huhuhu...
*-*
'
Langgan:
Catatan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA