Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Rahsia! Semua orang mempunyai rahsianya yang tersendiri dan rahsia itu tidak mungkin akan diceritakan kepada orang lain melainkan atas perkara-perkara tertentu dan atas kepercayaan kepada seseorang yang lain.
Di dalam Arahan Keselamatan pula, dokumen terperingkat Rahsia disimpan di dalam peti besi manakala warna kulit fail peringkar Rahsia adalah merah jambu dengan berpalang merah. Dan pada kebiasaannya sesiapa yang memegang Rahsia sering terdedah kepada ancaman.
Sudah menjadi kelemahan manusia sering terpengaruh dengan perkara-perkara luar biasa dan sering menjadi sasaran pihak-pihak yang berkepentingan.
Kelemahan manusia itu adalah
- keinginan menunjuk-nunjuk
- cuai patuhi arahan
- tidak cermat ketika bercakap, dan
- cuai kerana ketagih alkohol atau dadah.
Sajalah nak cerita perihal Arahan Keselamatan pula. Bukan kerana nak jadi penceramah tetapi sekadar ingatan.
Memanglah manusia itu lemah, apa juga rahsia yang diketahuinya nak diberitahu kepada orang lain.Sedangkan rahsia sendiri pun kadang-kadang tidak boleh diceritakan kepada orang lain melainkan atas-atas sebab tertentu.
So???
Sekian lah... *-*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.