Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label pakaian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pakaian. Papar semua catatan

07 Jun 2024

Dapat Baju T dan Kemeja Korporat Free

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Alhamdulillah.  Dapat lagi Baju T dan Kemeja Korporat Free.  Terima kasih kepada yang berusaha untuk mendapatkannya dan juga kepada yang berusaha menyerahkannya.

Baju T

Baju T berlengan panjang.  Suka warnanya, jarang jumpa dan memang tiada dalam koleksi lagi.  Saiznya memang dah sesuai.  Disebabkan baju ini bukan sejenis muslimah maka perlu cari extender.  Tak nak extender macam skirt, tapi perlu cari kain yang warna sama atau hampir sama dan sambung jahit terus.  Itulah Sis.


Kemeja Korporat

Kemeja ini juga dari warna yang jarang Sis jumpa.  Cutting cantik.  Seperti biasa juga, disebabkan cutting standard makanya perlu diusahakan sesuatu supaya dapat pakai dengan selesa.  Jika tidak dibuat sesuatu... maka baju ini akan tersimpan rapi dalam almari.

Terima kasih sekali lagi.  Apa pun komen sis mengenai baju ini bukanlah kerana tidak berterima kasih atau tidak bersyukur.  Komen ini adalah kerana Sis nak pakai tetapi mengikut apa yang Sis selesa tanpa menyusahkan orang.  


💖 Terima kasih.

25 Julai 2014

Baju kurung untuk hari raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baju kurung untuk hari raya



Setelah sekian lama tidak jahit sendiri.  Tahun ini Alhamdulillah berbeluang menjahit sendiri baju kurung untuk diri sendiri dan anak-anak.  Walaupun jahitan tidaklah sekemas atau secantik tukang jahit profesional yang buka butik tetapi bolehlah untuk kepuasan sendiri.  Satu lagi kekurangan saya adalah saya belum pandai menjahit baju melayu.  Kalaulah saya pandai kan... tak perlu susah-susah encik suami tempah atau beli.

Tahun ini baju kurung kami adalah dari jenis kain cotton.  Kain tu dibeli untuk raya tahun lepas. Memandangkan mood untuk menjahit tahun lepas agak merudum kerana kehilangan seseorang yang amat disayangi maka baju untuk anak-anak tahun lepas ditempah itupun di saat akhir.  Nasib baik juga kak umi nak terima.  Itu cerita tahun lepas.

Kalau tak silap tahun 2013, tema kain untuk hari raya banyak yang menggunakan kain cotton.  Tahun 2014 ini kurang periksa pulak.  Agaknya ketinggalan jugaklah saya dengan tema kain semasa nie.  Kerana saya tidak berapa suka sangat ikut aliran fesyen semasa.  Tetapi tahulah jugak sedikit sebanyak mengenai perkembangan fesyen semasa.  hehehe lari topik pula ehh.

Berbalik kepada baju untuk hari raya, biasanya baju kurung dipakai pada hari raya pertama.  Hari raya kedua untuk anak-anak saya lebih suka bagi mereka pakai baju kurung tahun lepas jika masih boleh dipakai jika tidak pakai baju yang dibeli dari pasaraya... bukan baju kurung.  Entahlah siapa yang menetapkan begini dan begitu... kita ikut saja sebab dah dari kecil kita dibesarkan begitu kan.

Selamat hari raya Aidilfitri dari saya sekeluarga.  Mohon maaf zahir dan batin.

*p/s:  sedang mencari mood untuk reka kad raya sendiri nie... kalau ada tu adalah dan kalau tiada tu... maknanya memang tak sempat.



17 Julai 2014

Seluar batik dan seluar pelikat pilihan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seluar batik 

Seluar batik atau seluar pelikat yang menjadi pilihan untuk hari raya.  Entahlah mood sekarang ni dah kedaung.  Kadang-kadang tak berapa stabil diikuti dengan kesakitan di belakang kepala dan simptom ENT. Saya tidaklah hendak menulis mengenai ENT kerana ia merupakan istilah berkaitan kesihatan dan hanya yang pakar sahaja mengetahui.  Namun dalam kesakitan yang tidak seberapa sempat juga menyiapkan seluar batik dan seluar pelikat untuk encik suami.  Itulah aktiviti hujung minggu sebab tak keluar jalan-jalan cari makan. 


Nak cerita pasal seluar batik ke seluar pelikat?  

Asalnya saya ingin nak buat dua entri berasingan.  Satu bercerita mengenai seluar batik dan satu lagi cerita mengenai seluar pelikat.  Tetapi rasa pelik pula, seluar yang sama dijahit pada hari yang sama tetapi entri dikeluarkan pada hari yang berasingan.  Tanya encik suami pula.  Dia tak kisahkan asalkan ada idea dan ada masa mana-mana pun boleh. Hmmm.... sebenarnya idea tidak berapa nak ada untuk menulis banyak-banyak walaupun rasa rugi pula bila buat entri 2 dalam 1. 

Tak mengapalah... disebabkan saya dah kesuntukan masa dan idea nak menulis pun tidak berapa nak hadir.  Maka keluarlah entri ini... Seluar batik dan seluar pelikat.


Seluar batik untuk Abid

Seluar batik
Seluar batik.  Sudah hampir 2 tahun rasanya kain batik ini berada dalam simpanan.  Tidak ingat pula sama ada kain ini diberi oleh arwah ibu atau dibeli.  Dua helai dengan corak yang sama tetapi warna yang sedikit berlainan.  

Setelah siap dijahit barulah encik suami mengakui bahawa sudah lama sebenarnya dia idamkan hendak memakai seluar batik.  

Eh eh... teringin sangat pulak... kalau macam tu kenapa tak cakap awal-awal semasa dapat kain batik ni. Tetapi elok juga lambat siap lambat rosak... kan?  Korang jangan nak tambah apa-apa lagi... banyak sangat maksud tersirat bila seluar ni dah siap... biar saya simpan dalam kotak ingatan sehingga luput atau kalau tak boleh luput saya akan pastikan ia akan pudar... hehehehe

Seluar pelikat


Seluar Pelikat


Walaupun berkali-kali entri dengan tajuk yang hampir sama saya tidak jemu untuk bercerita.  Kerana pengisiannya pasti berbeza.  Pada anteri seluar batik yang terdahulu ia dibuat untuk anak-anak tetapi untuk entri kali ini... seluar batik ini dibuat untuk ayah dan lebihan kain dibuat untuk anaknya pula.

Puas hati kerana dapat berbakti kepada encik suami dan anak-anak.  Apatah lagi apabila karya ini mendapat pujian san sanjungan daripada encik suami... senyum jangan marah ahhh.


p/s:  Seluar batik pakai di hari raya pun okey jugak kan? :P


02 Julai 2014

Seluar batik pakaian santai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seluar batik pakaian santai


Sengaja nak melihat kelainan pada pakaian anak-anak.  
Selalu pakai seluar baju beli.  Kali ini giliran umi pula nak tunjuk skill menjahit seluar batik. :P
Bukan tidak sayang kain batik baru beli tetapi kalau beli tak pakai-pakai nanti reput sebab simpan.  Kebetulan pula ada kain batik satu ni dah lama sangat simpan ... jadi sebelum ia mereput baik digunakan sehingga reput.



Seluar batik amatlah sesuai untuk anak kecil tidak kira anak lelaki atau perempuan.  Dah berjaya siapkan satu untuk anak perempuan... tak nak pakai pulak.  Buat satu lagi untuk adik lelakinya... okey suka sangat sampai tak mahu bergambar. Nampak ayah terlompat-lompat nak ikut.


owhhh ala.... dok muting lagi... sudah-sudah la tu Abid.

Nampak sangat lah kan umi ni suka paksa anak-anak bergambar... sampai patah pembaris panjang.  Itu kerja si Abid. 
Kakak-kakak sekelian maaf yer umi nak tangkap gambar Abid saja. Korang jangan nak menyibuk.  Bila umi dah siapkan korang punya seluar batik nanti baru boleh bergambar ramai-ramai.

Pada asalnya nak buat seluar pelikat untuk anak lelaki dan seluar batik untuk anak perempuan.  Tetapi budak-budak kan.... pakai batik atau pelikat mana-mana pun cantik dan segak bergaya.

Tunggu lah kalau ayah beli kain pelikat murah sikit boleh buat seluar pelikat :P
Kalau nak buat seluar pelikat dari kain pelikat cap Mangga atau Gajah Duduk... huihh... mahal tu.
Budak-budak cepat membesar... buat apa beli mahal-mahal nanti membazir saja.

Seluar batik sesuai juga untuk pakai di hari raya kan? 
:P




08 Mac 2013

T-Shirt Putih Oleh-oleh dari Singapura

As salam,

Tshirt Putih dari Singapura pemberian Denaihati
 Terima kasih tidak terhingga kepada  Denaihati atas pemberian yang sungguh bermakna ini.  Semoga dimurahkan rezeki dan dapatlah teman facebook atau rakan blogger merasa.

15 Februari 2013

Pengalaman seorang penyambut tetamu

As salam,



aqua diamond - corak hiasan

Pengalaman bukan pertama kali sebenarnya menjadi penyambut tetamu.  Bahkan dah banyak kali.  Hanya yang berbeza adalah kali ini majlis agar besar dan berprestij dan berskala besar.  Gah sangat bunyi nye kan.


27 November 2012

Pernah terfikir nak buat ?

As salam,



Corak ini sekadar hiasan saja

Mungkin juga ada dikalangan kita yang pernah terfikir nak buat baik... dan pernah buat baik.  Mustahil pula ada orang yang tidak pernah terikir nak buat baik.  Walaupun tak sempat nak buat baik tapi niat ada... Insya Allah akan ada ganjaran juga. 

Membaca kata-kata hikmah di bawah, teringat perbualan dengan seorang sahabat satu masa dulu.  Pada masa tu pakaian dedah-dedah ni taklah banyak sangat dan kalau ada pun tak banyak dan mungkin juga tak terlihat ataupun tak lah seksi sangat.  Maklumlah duduk di kawasan pedalaman pada masa tu mana ada gadis kampung berpakaian seksi... tak macam sekarang dah lebih kurang macam kota batu dah... Na'uzubillah...

Eh berbalik kepada perbualan kami, seorang sahabat yangbaik katanya nak simpan kain batik lebih murah pun tak apa sebab nak bagi kepada orang yang yang tak cukup kain... itu cerita masa tu... sekarang ni, kain dah banyak panjang berjela pun belum tentu tutup aurat.  Tak perlu cakap banyak lah... semua orang pun dah tahu perihal tutup aurat tetapi yang tak nak tutup tu.. akan kata belum sampai seru... siap boleh sound lagi orang yang tegur kononnya mereka tu lebih baik sebab tak masuk campur urusan orang... malas nak layan...

Jom lah layan dulu apa Khaitsamah buat...

Khaitsamah biasa datang ke mesjid dengan membawa beberapa kantong kain (berisi uang) lalu duduk bersama teman-temannya. Apabila ia melihat salah seorang diantara mereka memakai baju atau jubah yang robek (atau berlubang), lalu orang itu bangkit dan keluar dari (pintu) mesjid, maka Khaitsamah segera mengejarnya dari pintu mesjid yang lain untuk menemuinya dan mengatakan, 'Ambillah kantong kain (yang berisi uang) ini dan gunakanlah untuk membeli jubah atau baju!'  (al-A'masy)

09 September 2012

Transformasi waka waka ungu

As salam


Tiba-tiba akak teringat pulak nak post pasal waka waka.  Sekarang ni memang sedang in dengan fesyen waka waka kan?  Or dah sampai ke penghujungnya?  Oooo ... macam-macam fesyen sedang in sekarang ni.  Dah tak terikut dah akak yang tak berapa cekap dalam dunia fesyen dan peragaan nieh... perasan model la pulak.

Inilah baju waka waka in my feveret colour.  Jenis kain campuran baldu... selesa dipakai.  Memandangkan en suami tak berapa berkenaan dengan gayanya yang agak pelik makanya terpaksalah di ubahsuai mengikut kesesuian dan sedap mata memandang.  Kainnya dah memang elok dan sedap dipakai terutama buat ibu yang hamil.  Tak naklah nampak sangat perut... bukan bermaksud nak sorok perut tetapi untuk keselesaan.  (Entah berapa kali ulang ayat dengan maksud yang sama)

Baju ni di beli di Bazar Rakyat di dalam Tesco Stesen 18 pada bulan puasa lepas.  Haaa.... cepat... entah ada lagi ke tidak.  Ada warna merah dan hitam serta coklat. Tetapi hanya warna ungu ini saja yang berkenan di hati dan saiz yang sesuai... rezeki kan!!! Rembat jer.

Lepas ni kalau sempat nanti @yangbaik letakkan pula transformasi waka waka setelah diubahsuai oleh teller separa mahir ... heheheh siapa lagi... diri sendiri ler.  Tak caya.... no hal punya.

'suka duka pentas dunia'


.

24 Februari 2012

10 persoalan berkaitan tudung dan legging

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,





1.  Baru belajar nak pakai tudung, senget sikit nampak jambul boleh tak?

2.  Pakai tudung kepala kena pakai jubah juga ker?

3.  Pakai tudung hanya di kepala jer, kalau pakai kain singkat atau seluar ketat tak boleh ker?

4.  Mengapa mesti pakai tudung kalau hati dah baik?  Kan orang baik masuk syurga.

5.  Awak pakai tudung tu kira baik sangat ker,  kalau dok ngumpat sana sini.

6.  Eh!  Saya tak kacau awak kenapa nak tegur saya pulak... ikut suka hati saya lah.

7.  Ada ker saya pernah suruh awak pakai tudung kepala? tak pernah kan, so jangan nak suruh saya pula... buat macam-macam.

8.  Saya dah pakai tudung kepala, pakai seluar panjang (ketat) baju pun dah besar (jarang), salah lagi ker?

9.  Sudah-sudah lah kutuk orang tak pakai tudung ni.

10.  Say tak heran pun awak pakai tudung macam tu, kenapa awak nak heran dengan saya yang pakai tudung macam ni.

(^-^)

09 Disember 2011

Cabaran berfesyen dalam dunia



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Cabaran berfesyen dalam dunia sekarang dan dunia dahulu mempunyai ruang yang berbeza.  Jika dahulu kita terutamanya muslimah berhadapan dengan pemikiran prejudis terhadap cara berpakaian. 

Prejudis ini sebenarnya pada pandangan Yangbaik pada mulanya mungkin datang dari rasa saja-saja nak mengusik dan usikan itu sebenarnya satu cabaran dan ujian untuk menguji sejauh mana kekuatan jiwa dan naluri seorang muslimah untuk menutup aurat. 


Dalam perkara ini boleh kita katakan biarkan apa orang nak kata asalkan kita menutup aurat dan mengikut kehendak Islam.  Betul?  Dan kita tidak boleh kata apa orang nak kata bila kita buat kerja salah... kerana kata-kata itu tidak menepati keperluannya.  Betul?  Contoh... bila seorang wanita memakai pakaian yang tidak cukup benang, dia akan kata "ahhhh! biarkan, apa peduli orang nak kata apa bukan boleh ambil pun" dan bandingkan pula dengan ayat ini "pedulikan apa orang nak kata saya nak pakai tudung dan baju labuh, ini kan suruhan agama!" Lihat! ada bezanya kan?




Citarasa fesyen kita tidak sepatutnya dipengaruhi oleh keinginan atau kehendak pereka fesyen dan dunia fesyen semata.  Sebaliknya kita yang harus bahkan wajib bila berfesyen itu mengikut sunnah dan suruhan Islam, kerana hidup dan mati kita adalah untuk Islam.

Cerita di atas adalah sebahagian daripada realiti hidup kita seharian dan jika dicungkil mungkin banyak lagi cabaran-cabaran yang harus ditempuhi untuk mendapat keredhaan Allah dalam kehidupan.

Apa pula cabaran kalian dalam berfesyen?  Boleh kongsikan di sini.

25 September 2011

Bukan jaga tepi kain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Bukan hasrat nak jaga tepi kain orang. Sebab orang itu tidak pakai kain.
Bukan hasrat nak menyibuk, sebab orang itu tak sibuk
Bukan hasrat nak ambil tahu, sebab orang itu tidak tahu bahawa dia akan jadi subjek untuk entry ini

Saja la... nak tanya selesakah anda dengan pakaian anda itu.
Anda pakai tudung... Masya Allah cantik...
Anda memakai baju yang cantik dan 'branded', sayangnya baju itu ketat dan singkat bila menunduk... tak sanggup mata memandang
Anda memakai seluar yang panjang juga dari yang berjenama popular, sayang lagi seluar itu sendat dan padat... macam balut nangka...

Memang lah elok memakai tudung, suci sungguh hasrat dan niat anda untuk menutup aurat.
Tetapi bukanlah lebih baik lagi jika disusuli dengan memakai baju yang longgar dan labuh sikit menutup punggung
Lebih manis juga jika memakai seluar yang longgar sikit dan tidak ketat
Dan elok juga jika tidak dihiasi dengan mekap yang tebal ...

Usah disalahgunakan istilah "don't judge a books by it's cover".  Anda bukan buku dan ada bukan hakim, apatah lagi majistret jauh sekali...

Seksa mata yang memandang, seksa lagi mulut nak menegur

Bukan nak jaga tepi kain awak sebab awak tak pakai kain... ..

Boleh faham ker?  Buat-buat lah faham sikit... semoga bermanfaat untuk semua...

Sekian.

*.*

p/s:  memang tak ada gambar... sebab tak suka letak gambar ...

Carian