Tuah ayam nampak di kaki
Tak taulah apa kaitan tajuk posting ni dengan situasi semasa. Apa yang penting semua orang perlu tahu bahawa rezeki setiap orang itu ada dengan cara yang berbeza dan tidak sama.
Begitu juga tuahnya ayam yang dikatakan terletak di kaki. Kenapa dikatakan tuah ayam ada dikaki? Kerana pada zaman dahulu ayam jantan yang mempunyai taji yang tajam dan panjang biasanya jadi juara kampung.
Mana kita nak jumpa dah ayam jantan sekarang kerana sebahagian besar dari kita dimomokkan dengan ayam daging yang rata-rata kita dapat sudahpun siap disembelih dan dibersihkan. Ayam jantan ini hanya masih ada di kampung-kampung. Yang mana anak kita pun jarang nampak. yang biasa nampak dalam TV.
Apa pun itulah hakikatnya yang kita harus tahu... bahawa tuah setiap dari kita tetap ada tetapi dalam cara dan kaedah yang berbeza dan kita tidak boleh nak samakan dengan tuah orang lain.
"Bangunkan ikhlas didalam hati
Ajarkan hati, mengingat mati
Kasihan belas, diri sendiri
Berbekal mati, sebelum mati"
"Tuah ayam nampak dikaki
Tuah manusia siapa yang tahu
Banyakkan diam zikir dihati
Biar bertuah akhir hayatmu"
"Orang yang CERDIK (yang berakal) adalah orang yang mempersiapkan diri nya dan beramal untuk hari setelah kematian, Sedang kan orang yang lemah (imannya) adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan angan kepada Allah SWT (bahawa Allah akan mengampuni nya). (Hadis Riwayat Tarmizi)
Semoga ada yan bermanfaat buat semua. Terima kasih kerana sudi singgah dan baca entri ini Tuah ayam nampak di kaki.
Betul tu kak, setiap orang ada tuah tersendiri, jangan bandingkan dengan orang lainn.
BalasPadamsetuju. Terima kasih
BalasPadamTuah ayam bukan di kaki
BalasPadamsebab ayam sekarang takde tuah
umur 30 hari dah kena sembelih
betul tu kak, rezeki setiap orang lain lain
BalasPadambengkung
kurus
persediaan bersalin