Assalamualaikum,
Banyak kejadian yang terjadi dalam hidup seharian. Terjadi secara sengaja iaitu memang kita sedar dan kita buat atau kita tempuhi juga. Terjadi secara tidak sengaja di mana tanpa kita duga dan tanpa kita rancang terjadi di luar pengetahuan kita.
Tidak boleh dikatakan tanpa kawalan kita kerana kita tidak mampu mengawal kejadian sekitar kita sebaliknya kita yang harus bersedia untuk mengawal diri bila berhadapan dengan kejadian yang tidak kita duga.
Hari ini, seketika terasa hendak menjadi lalang... kata orang lalang itu perumpamaan bagi manusia yang tidak teguh pendirian. Boleh kita 'twist' sikit maksud lalang itu supaya tidak disamakan dengan perumpamaan orang?
Kita katakan begini... lalang itu memang lembut batang dan daunnya tetapi liat dan agak sukar juga untuk dipatahkan atau diputuskan... untuk menghilangkan lalang perlu dimesin dengan mesin rumput paling tidak sebulan sekali dan tidak beberapa hari kemudian mula mengeluarkan pucuk muda yang semakin kuat (umpama pendirian).
Atau juga bisa terjadi lalang itu diracun dengan racun rumpai yang paling kuat kuasanya... Selang beberapa hari atau minggu kemudian... tumbuh semula tunas baru. Menguatkan akar tunjangnya.
Ada juga ketika lalang itu harus ditebas dan dicangkul akar umbinya agar tidak tumbuh kembali. Namun...... selang beberapa bulan atau minggu kemudian... pucuk muda mengintai-ngintai dari celahan akar nya yang lembut mengurai... barangkali kerana tidak menggunakan syampoo clear (yang modelnya dengan angkuh sekali bangga kerana menjelang 2012 walaupun dunia diramalkan akan kiamat... dia mempunyai rambut yang ikal... konon!!!).
Jadi, kita harus ambil semangat positif dari lalang yang kuat dan teguh serta fokus untuk memajukan diri... Harus ada semangat itu dalam diri kita iaitu kita tidak harus cepat lemah semangat bila tersalah membuat pilihan.
Pilihan itu agak sukar untuk digambarkan kerana kita hanya manusia mampu berdoa agar diberi kekuatan dan dikurniakan kehidupan yang terbaik untuk seisi alam.
Agak sukar digambarkan di sini apa maksud sebenar tetapi itulah yang telah tersurat untuk dinyatakan disini pada ketika ini. Andai dibaca berulang-ulang kali... ada yang tersirat di sana sini... itulah kehidupan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.