Pageviews

02 Julai 2014

Rabu Tanpa Kata | Nampak tak???

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bantuan Khas sempena Aidilfitri

Petikan BH

Suka???

Rabu Tanpa Kata | Ayam goreng kunyit di kebun sayur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ayam goreng bersayur




Ayam sembunyi di kebun sayur :P


Menu ringkas berbuka puasa.


Rabu Tanpa Kata | Senarai nama dan gambar kek lapis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


 




 




 








  

Ada yang berminat? 

Rabu Tanpa Kata | Jenaka sebelum Raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Suami kita tidak kedekut ... kan?

Tanda cinta bukan kerana nafsu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cinta bukan kerana nafsu

Simfoni Cinta | Kumpulan novel cinta Islamik.  Gambar hiasan

Tanda kecintaan seorang hamba terhadap Allah adalah ia mendahulukan perkara-perkara yang dicintai Allah atas perkara-perkara yang dicintai oleh hawa nafsunya walaupun perkara-perkara dicintai Allah itu tidak disukai oleh hawa nafsunya; 
Ia membenci hal-hal yang dibenci oleh Allah walaupun hawa nafsunya senang kepadanya; 
Ia mencintai orang-orang yang mencintai Allah dan rasul-Nya dan memusuhi orang-orang yang dimusuhi-Nya; 
Dan ia akan berusaha untuk mengikuti petunjuk Allah dan Rasul-Nya shallallahu 'alaihi wasallam.
(Hafidz Hakami berkata mengomentari firman Allah Subhanahu wa ta'ala dalam surat al-Baqarah ayat 165)


Rabu Tanpa Kata | Selamat Sejahtera

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat Sejahtera



Have a good day!




Seluar batik pakaian santai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seluar batik pakaian santai


Sengaja nak melihat kelainan pada pakaian anak-anak.  
Selalu pakai seluar baju beli.  Kali ini giliran umi pula nak tunjuk skill menjahit seluar batik. :P
Bukan tidak sayang kain batik baru beli tetapi kalau beli tak pakai-pakai nanti reput sebab simpan.  Kebetulan pula ada kain batik satu ni dah lama sangat simpan ... jadi sebelum ia mereput baik digunakan sehingga reput.



Seluar batik amatlah sesuai untuk anak kecil tidak kira anak lelaki atau perempuan.  Dah berjaya siapkan satu untuk anak perempuan... tak nak pakai pulak.  Buat satu lagi untuk adik lelakinya... okey suka sangat sampai tak mahu bergambar. Nampak ayah terlompat-lompat nak ikut.


owhhh ala.... dok muting lagi... sudah-sudah la tu Abid.

Nampak sangat lah kan umi ni suka paksa anak-anak bergambar... sampai patah pembaris panjang.  Itu kerja si Abid. 
Kakak-kakak sekelian maaf yer umi nak tangkap gambar Abid saja. Korang jangan nak menyibuk.  Bila umi dah siapkan korang punya seluar batik nanti baru boleh bergambar ramai-ramai.

Pada asalnya nak buat seluar pelikat untuk anak lelaki dan seluar batik untuk anak perempuan.  Tetapi budak-budak kan.... pakai batik atau pelikat mana-mana pun cantik dan segak bergaya.

Tunggu lah kalau ayah beli kain pelikat murah sikit boleh buat seluar pelikat :P
Kalau nak buat seluar pelikat dari kain pelikat cap Mangga atau Gajah Duduk... huihh... mahal tu.
Budak-budak cepat membesar... buat apa beli mahal-mahal nanti membazir saja.

Seluar batik sesuai juga untuk pakai di hari raya kan? 
:P




01 Julai 2014

Bacalah al-Quran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Bacalah Al-Quran

Ramai di antara kita mengetahui mengenai ayat al-Quran mula diturunkan. 
Ramai juga yang tahu kesucian al-Quran.
Ramai juga tahu betapa al-Quran itu adalah mukjizat untuk kehidupan seisi alam.
Namun kita kadang-kadang alpa dan lalai dari membaca al-Quran.

"Bacalah al-Quran kerana ia akan datang pada hari akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya".  (Hadis Riwayat Muslim).

Semoga kita dapat menjadikan al-Quran sebagai 'novel' yang wajib dibaca setiap hari.


The Ikea Sale 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


The Ikea Sale 2014
The Ikea Sale 2014
Macam-macam jenis jualan sedang berlangsung sekarang.  Bukan sahaja pakaian seperti tudung, jubah, beg tangan, rantai tangan tetapi termasuk juga perabot.  Dan jualan perabot terkini adalah dari Ikea.  Jualan Ikea ini berlangsung mulai 28 Jun hingga 6 Julai 2014.



Memang banyak pilihan.  Jualan Ikea memang terbaik.  Cepatlah pergi tengok.  Nak tengok lagi apa yang ada kat Ikea Sale 2014 klik pada banner di atas dan kalau dekat sangat dengan gudang Ikea ... pergilah sekarang!!!

CPUV ke-2 Jun 2014 :  Ikea - June Sale Campaign

Ha... dah tahu kan kenapa lah beriya-iya sangat saya buat entri ni.  Betul lah tu. Saya memang dah terlambat. Tetapi lambat sikit tak mengapa kan asal jangan tak buat langsung macam CPUV pertama Jun 2014, saya dapat Petronas Primax 95 tetapi langsung tak buat entri... malas dan mood memang kedaung sangat.

Terima kasih Nuffnang atas ingatan mesra.  :D

Terima kasih semua.

Antara sakitnya tersusuk tombak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Antara sakit tersusuk tombak

Gambar hiasan

Sungguh, aku lebih suka menginjak mata tombak yang panas hingga menembus telapak kakiku daripada menginjak kuburan seorang mukmin secara sengaja.
(al-Qasim bin Muhaimirah)