Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Petikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petikan. Papar semua catatan

21 Disember 2017

Salam Pagi Khamis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Salam Pagi Khamis


Syukur alhamdulillah, pada hari kedua di bulan Rabiul Akhir ini dikurniakan kekuatan untuk meneruskan amanah dan tanggungjawab.  Amanah tugas kepada majikan dan juga amanah yang penting dalam keluarga.  Tidak ketinggalan amanah kepada diri sendiri.




Yakinlah rezeki itu jaminan Allah.

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan dan diberikannay rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya" (Surah At Talaq, ayat 2-3)


Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangnya dalam meneruskan kehidupan di muka bumi ini.  



14 Ogos 2015

Jangan terlalu memikirkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan terlalu memikirkan


Pinjam sekejap petikan kata-kata Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamod.

"Jangan terlalu memikirkan perkara yang menyedihkan, fikirlah perkara yang menyenangkan supaua kita selalu gembira dan ceria."



Kita adalah apa yang kita fikirkan.  Sentiasa fikir yang positif dan baik-baik maka itulah yang terjadi kepada kita.

Semoga kebaikan sentiasa berada dikeliling kita.


21 Julai 2014

Masa depan anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Selamat pagi semua.  Hari ni sudah pun masuk hari ke-23 umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan.  Sekejap sangat rasanya masa berlalu...

Tanpa celoteh lebih panjang saya hendak berkongsi satu petikan tanpa penulis asal.  Petikan ini saya perolehi dari kalendar bulan April 2014.  Petikan tersebut berbunyi begini :

"Masa depan anda terbentang di hadapan anda umpama sebatang lorong yang penuh dengan salji putih.  Berhati-hatilah apabila anda memijaknya, kerana setiap langkah anda, pasti akan meninggalkan kesannya"

Mungkin kita boleh iktibar bahawa setiap apa yang kita lakukan sepanjang kehidupan kita untuk masa depan pasti ada sejarah tersendiri seperti suka duka, tawa dan tangis.  Tetapi yang lebih penting setiap yang kita lakukan itu seharusnya diiringi dengan usaha kita sendiri bukan jalan pintas yang meninggalkan jejak hitam.  Kerana ia sudah tentu pahit untuk diterima.  Kita sudahpun mempelajari sesuatu dari apa yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.

Jadilah yang terbaik dengan jalan yang baik.  Semoga kesudahan hidup kita berakhir dengan kebaikan.

Terima kasih.

03 Julai 2014

Sahabat yang baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sahabat yang baik


Sahabat yang baik adalah:
1.  apabila dipandang wajahnya membawa kita mengingati Allah
2.  mendengarkan katanya menambahkan ilmu
3.  terlihat gerak-gerinya meninggikan rasa takut kepada Allah
4.  berkawan dengan berjuang ke jalan Allah

Sebaik-baik sahabat dapat membantu kita ke syurga bukan ke neraka.


Semoga kita menjadi sahabat yang baik kepada anak-anak kita dan orang sekeliling kita.






02 Julai 2014

20 Mei 2014

Jika engkau...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Jika engkau....

petikan dari whatsapp

Jika engkau mahukan teman, cukuplah Allah sebagai teman.
Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru.
Jika engkau mahukan hiburan, cukuplah al-Quran sebagai bacaan.
Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat.


Terima kasih kasih atas perhatian.



Carian