Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Potret Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Potret Keluarga. Papar semua catatan

06 November 2015

Kek Tiga Tingkat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kek Tiga Tingkat


Apa cerita kali ini, tiba-tiba timbuk kisah kek tiga tingkat.  Hampir 4 hari blog tidak dikemaskini. Apa kan daya apabila tengok blog rasa lemau, idea melimpah ruah tetapi tidak dapat dilaksanakan penulisannya.  Bukan lah nak bercerita sangat pasal kek tiga tingkat tetapi nak bagi tajuk untuk entri ini saja sebab dalam cerita ni nanti akan ada gambar kek tiga tingkat.  Penulis ini bukanlan handal sangat dalam pembuatan kek apatah lagi nak menghiasnya.  Buat kek pun kadang-kadang tak jadi, tapi telan juga lah.  Anak-anak pun lebih kurang sama juga, apa yang mak masak, makan jer tak kira dan tak ambil tahu pun kalau kata kek tak menjadi.  


Kek 3 Tingkat
Kek 3 Tingkat

Inilah Kek 3 tingkat yang dimaksudkan.  Awal-awal lagi dah letak gambar kek 3 tingkat, pastinya tiada kejutan.  Tak pandai betul nak buat kejutan sebab nak buat karangan spontan dan tak mahu nak simpan-simpan idea nanti hilang lagi.  Kek tiga tingkat ini adalah cerita untuk minggu lepas.  Lebih kisah 'baling belakang'.  Disebabkan tidak banyak gambar dan kurangnya kemahiran mengolah cerita tu yang jadi lambat keluar cerita ni.

Kisah kek 3 tingkat adalah berkaitan dengan majlis kenduri kahwin anak saudara.  Keluarga kami ni selalu lewat sampat ke sesuatu majlis keluarga.  Maklumlah nak siapkan macam-macam dengan kerenah anak-anak yang bermacam ragam.  Tetapi pada majlis bersempena dengan kek 3 tingkat kali ini, entah macam mana boleh pula siap awal dan sampai lebih awal dari orang lain. Dah kena tunggu.  Ini semua pasal tak baca 'wasap' Rupa-rupanya dah dimaklumkan dalam 'wasap' terdapat perubahan masa perjumpaan.  Dok sibuk sangat bersiap sampai lupa nak tengok wasap.  Masuk kereta pun tak tengok wasap.  Saja nak jadi cerita kan.

Daripada menunggu saja kami beredar dulu ke lokasi lain mencari alas perut sebab ada yang belum sarapan kerana sibuk bersiap dan menyiapkan keperluan.  Bunyi bersiap tu macam lah jauh sangat. Sebenarnya satu daerah jer pun... dan selang satu kampung jer lebih kurang.



Muhammad Abid saja yang sanggup jadi model untuk 'photo booth' bagi pihak keluarga kami.  Anak-anak yang lain masing-masing dok geleng kepala.  Mak 'eksaited' anak pula yang tak rela.  Anak bapa mertua lagi la... bukannya kategori yang suka bergambar.  Nak bergambar punya lah seksa.  Asyik-asyik gambar 'candid'.  Tak menjadi pula tu.


Pengantin
Pengantin

Last sekali, malu-malu jer.  Tangkap gambar pengantin dari kejauhan.  Segan nak ke depan.  Entah bila boleh jadi berani nak ke depan tak tahulah.  Kadang-kadang berani kadang-kadang penakut dan penyegan.

Kek tiga tingkat yang kat atas tu tak sempat nak rasa.  Pengantin dok sibuk bergambar.  Bersilih ganti ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai.  Anak-anak pun tak sibuk sangat nak makan kek 3 tingkat tu.  Agak-agaknya mereka tak perasan, kalau tidakpun segan nak minta sebab kat rumah orang.

Jadi kami pulang dulu tanpa merasa kek 3 tingkat.  Tanpa rasa kecewa tetapi gembira kerana dapat melihat pengantin bersanding.




11 September 2015

Ada apa dengan bintang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ada apa dengan bintang


Ya, ada apa dengan bintang.  Bukannya bintang yang bergantung di langit tinggi.  Bentuknya juga tidak jelas, hanya lambang semata-mata.  Kita sendiri tidak tahu bagaimana bentuk sebenar sebutir bintang.  Tetapi kita dibesarkan dengan bentuk bintang yang sebegini.

Apa yang hendak dimaksudkan dalam entri ini adalah bintang yang diberikan kepada anak kecil setelah dia berhasil melakukan perkara baik.  Dan dia sendiri faham apa yang dimaksudkan dengan perkara baik.  Namun sejauh mana kefahaman anak kecil dengan perlaksanaannya.  Berlalu begitu sahaja menjadikan kita keliru setelah kita memberikan dia kekeliruan.  Oh... agak sukar juga nak perjelaskan isu ini.  Ia mungkin mudah ... sekadar bercerita mengenai bintang.  Bintang hati, bintang kecil atau bintang-bintang.  Apa sajalah.

Inas Insyirah
Inas Insyirah

Pesanan seorang ibu


Hendak dijadikan cerita, satu hari seorang ibu sebelum bertolak ke tempat kerja telah meninggalkan pesan kepada anaknya.   Pesanan seorang ibu seperti biasa mahukan anaknya sentiasa berkelakuan baik, berbuat baik, hindari pergaduhan sesama adik-beradik apatah lagi mendatangkan kemarahan orang lain.   Ibu tidak pernah pula menjanjikan bulan atau bintang sebagai ganti kepada anak kecilnya itu kerana berkelakukan baik apatah lagi intan berlian atau emas permata.  Namun pesanan itu tetap jua dipatuhi oleh anak kecil yang baru menjangkau usia 4 tahun.  

Begitulah pesanan yang baik-baik dari seorang ibu sentiasa melekat di hati anaknya lalu diaplikasikan melalui tindakan iaitu pematuhan.

Apa kaitan dengan bintang?


Sebagai menghargai pematuhan oleh anak kecilnya, ibu telah secara spontan menghadiah "5 bintang" kepada anaknya lalu disambut dengan kegembiraan yang tidak terhingga kepada berjaya mendapat 5 bintang.  Namun bintang itu hanya sekadar ungkapan bukanlah jasad bintang itu sendiri atau replika bintang yang diberikan.  Lukisan sebutir bintang jauh sekali.  Ohh... pandainya ibu itu melakarkan bintang dipemikiran anaknya.

Ibu itu merasakan pesanannya berjaya mendidik anaknya kerana kepatuhan yang dilaksanakan oleh anak seusia 4 tahun.


Kecewa tidak dapat bintang


Lalu, hari berikutnya seperti biasa sebelum meninggalkan anaknya ke tempat kerja sekali lagi ibu berpesan dengan pesanan yang sama dengan harapan anaknya akan terus patuh pada pesanannya.

Namun, bila pulang dari pejabat entah siapa yang kecewa... Ibu atau anak yang kecewa?  Seperti kedua-duanya kecewa kerana gagal patuh pada pesanan yang diberikan.

Si anak telah ingkar pada sebahagian pesanan yang ditinggalkan.

Bila ditanya mengapa?  

Anaknya dengan bangga menyebut bahawa dia telah mendapat 5 butir bintang semalam jadi hari ini dia pasti akan dapat bintang lagi.

Aduh.... terpinga-pinga ibu itu.  Apakah dia yang telah tersalah memberi kefahaman atau tersalah kerana cepat memberikan 'pingat bintang' kepada anaknya.

Ibu menjelaskan kepada anaknya, oleh kerana dia telah tidak patuh pada pesanan maka bintang itu ditarik semula.  


Bintang tanpa pingat.

Anak kecil itu kehairanan kerana bintang yang tidak kelihatan itu telah ditarik semula.  Dia kelihatan seperti kecewa.  Kecewa seorang anak kecil... sukar untuk dimengertikan.

Sejauh mana dia akan patuh semula kepada pesanan yang berikutnya.

Pesanan bukan kerana bintang


Pesanan yang diberikan kepada anak kecil pada awalnya sesuatu yang murni.  Anak itu patuh kerana mungkin itulah naluri dan kefahamannya.  Namun anak kecil barangkali tidak menyangka bahawa kepatuhan dan ketaatan itu mendapat 'bayaran'.  Apa yang dia lakukan adalah atas nalurinya sendiri.

Kesilapan ibu adalah bila mengajar dengan memberi ganjaran.  Walaupun sekadar penghargaan kecil mungkin mengganggu tahap pemikirannya.  

Anda mungkin ada pengalaman tersendiri dalam memberikan ganjaran kepada anak kecil.  Apapun kaedahnya, seorang ia dapat mengajar kita cara anak kecil berfikir.

Sekadar berkongsi perasaan dan naluri seorang ibu.  

31 Julai 2014

Koleksi gambar hari raya 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Koleksi gambar hari raya 2014


Konon-konon cerita nak buat koleksi gambar anak-anak sepanjang hari raya 2014.
Kalau dilihat pada gambar di atas agak-agak boleh ke nak buat koleksi untuk gambar hari raya 2014.
Anak-anak ... nak nangis ada nak suka pun ada jugak.
Puas lah umi nak menyusun anak-anak supaya berdiri atau duduk dengan tertib.
Umi nak tangkap gambar nie... tiba-tiba memasing buat hal sendiri pulak.
Malas sangat nak jerit-jerit di pagi hari raya... makanya umi pun snap sajalah gelagat anak-anak nie.



Nak tengok sangat gambar raya anak-anak.
Nah!! amik kau.
Mana yang sempat saja, dari jangan tiada gambar raya kan.
Esok lusa bila deme dah besar tau lah deme punya gelagat macam mana kan.
Punyalah seksa nak tangkap gambar.


Yang ini pun jadilah
Buat kenangan esok lusa.

Kekadang terfikir bila lah agaknya dapat bergambar dengan sempurna dengan anak-anak untuk hari raya kalau dah macam ni rupanya.

Umi dan ayah tak marah ... cuma geram jer!!

Selamat hari raya semua.








23 Julai 2014

10 Julai 2014

Berhati-hati ketika shopping di bulan puasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Shopping di bulan Puasa

Tidak pasti sebenarnya nak letak tajuk apa walaupun dah berangan-angan macam-macam tajuk untuk menarik SEO dan sebagainya.  Memang bukan saya lah kalau tajuk dan entri ini tidak langsung menarik perhatian encik SEO :P.

Shopping adalah perkataan yang sesuai bagi menggantikan membeli-belah.  Sebabnya Shopping hanya satu perkataan dan cepat ditaip serta sudah sinonim dengan masyarakat Malaysia terutama blogger picisan.  kalau saya salah sila betulkan.  Dan... perkataan membeli-belah pula adalah perkataan Melayu yang memang sinonim juga dengan rakyat Malaysia bagi yang menulis esei atau karangan berbentuk ilmiah.

Jadi oleh kerana niche blog ini bukanlah berbentuk ilmiah semata-mata maka saya lebih suka menggunakan perkataan shopping kerana ia terasa seperti dekat dengan naluri kita wanita yang suka 'window shopping' dan 'shopping sakan' terutama ketika perut sedang kelaparan.

Shopping di bulan puasa memang menjadi cabaran terutama apabila menjelang petang sebelum masuknya waktu berbuka puasa.  Kerana ketika itu perut yang lapar mampu mempengaruhi ingatan.  Senarai yang disediakan mampu tercabar terutama jika tidak ditulis dengan tepat.

Sebagai contoh, tujuan asal ke pusat membeli belah adalah untuk membeli satu barang sahaja sambil menjamu mata (window shopping le tu...).  Tetapi bila dah berhadapan dengan ujian dari perut maka ingatan dan mata yang lemah tadi terus mencampur adukkan barangan lain yang tidak termasuk dalam senarai... dan tangan pula memainkan peranan untuk memenuhkan bakul.... hehehe apa benda senarai kalau sekadar satu barang kan?  jadi kenalah tambah barang lain lagi yang sesuai paling tidak dua atau tiga barang lagi... barulah boleh dipanggil senarai.

Bukan sekadar Cili Api


Cili api seperti tertera pada gambar di atas adalah tujuan asal shopping tetapi barangan lain yang menjadi bahan sampingan juga tidak dinafikan kepentingannya.  Walaupun tujuan asal hanyalah kerana cili api, tetapi disebabkan barangan lain yang 'terlupa' dimasukkan dalam senarai turut perlu dibeli untuk melengkapkan mana-mana yang tidak lengkap.



Ni... la rupa barangan tambahan dan sampingan yang sangat-sangat diperlukan.  Mari saya senaraikan, tambahan barangan berkenaan selain dari cili api berserta sebab dan kegunaannya.

1.  Ketupat Palas Nona.  

Sebab:  Ternampak lemang semasa lalu di PARAM tetapi harganya macam mahal sangat.  Oleh kerana saya dan anak-anak memang suka makan pulut walaupun sebelum Hari Raya, maka ketupat palas berkenaan memang kena beli untuk buat stok untuk berbuka puasa.  Tiada rendang tidak menjadi soal kerana ketupat palas ini makan begitu pun sedap juga atau boleh juga dicicah dengan susu pekat atau sekaya atau sambal tumis ikan bilis.

2.  Minyak masak

Sebab:  beli botol kecil saja dulu sebab stok di rumah dah habis lagi nak tunggu cukup bulan baru beli botol yang besar sikit.  Walau apa pun bulan puasa ni kurang sangat masak goreng-goreng... untuk menumis cukup lah tu.

3.  Jus Epal Feel Fresh

Sebab:  Itulah adalah pilihan Alif katanya air sarsi di rumah dah nak habis.  Lagipun bulan puasa ni teringin pula minum air ada rasa masam-masam sikit baru rasa segar badan.  Pandai ler...

4.  Salted Peanut.

Sebab:  Itu pilihan alif dan ayahnya.  Tidak tahu atas alasan apa tetapi itu yang diambil oleh mereka berdua dan tiada alasan.  Jangan terkejut walaupun pilihan mereka berdua tetapi menjadi rebutan selepas waktu berbuka puasa.... best juga kan bila makan berebut-rebut nie :P

5.  Limau nipis.

Sebab:  Nak buat sambal belacan perlu ada limau nipis barulah powerrrr.  Banyak yang boleh dibuat dengan limau nipis, antaranya untuk ubat tradisional bagi batuk yang kering .... bukan batuk kering tau.  Batuk ni... menyakitkan kerongkong. 

Limau nipis dan kicap

6.  Peria

Sebab:  Bila dah berumur rasanya perlu kembali kepada makanan yang rasa pahit-pahit sikit.  Kerana sekarang saya sering mengalami sakit kepala di bahagian belakang.  Encik suami kata itu nak jadi darah tinggi.  Stress dengan tekanan kerja, banyak sangat fikir dan mungkin juga tak cukup rehat.  Jadi sebagai langkah berjaga-jaga peria ni sedap juga dimasak tumis bersama udang. Nak buat ulam mentah cicah sambal belacan pun sedap juga neh.

7.  Biskut Julie 

Sebab:  Boleh juga dikatakan sebab terpengaruh dengan CPUV Nuffnang pertama bulan Julai yang masuk pada 7/7/2014 iaitu Julie's x LINE New Packaging.  Sebelum ni dah ternampak biskut Julie's tetapi tin lain tidak pula teringin nak beli.  Disebabkan nak tahu tawaran apa yang diberikan oleh LINE maka terbeli lah juga... nak tahu apa rasanya.  Cuma silap sikit sebab dalam iklan promote tin tu warna pink tetapi tin ini warna merah mungkin sempena perayaan Krismass yang lepas kot sebab tu jugalah rasanya macam lemau walaun dalam paket berasingan.  Hmm... tiada dari kalangan kami yang menggunakan perkhidmatan LINE maka barcode itupun terabai.  

tin biskut ini saya punya... Peace!!!


Kesimpulannya

Pertama, walaupun kita terpengaruh dengan mata dan tangan pastikan juga barangan yang diambil itu ada nilai tambah dan amat berguna bukan sekadar ikut kehendak saja.  Dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa stabil berjimat cermat adalah jalan terbaik buat masa ini.  Kenaikan harga barang memang kita tidak boleh elak walaupun ia bukanlah kehendak kita.

Kedua, ketika membuat pembayaran di kaunter bayaran sila pastikan bilangan barangan yang dibeli adalah sama dengan bilangan yang tertera di dalam resit.  Manalah tahu dalam dok sibuk membeli belah... teruja dengan jeritan anak-anak terlupa nak tengok resit.  Jika nak dibandingkan harga mungkin kita tidaklah cekap sangat dalam matematik tetapi sekadar mengira jumlah barang yang dibeli tidaklah susah sangatkan.


03 Julai 2014

Bila rasa nak demam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bila nak demam


Bila nak demam macam-macam ragam.
Malam tadi, lepas berbuka puasa sibuk sangat minta nak makan ubat.
Bila tak nak bagi... macam-macam alasan dia bagi.  Sakit telinga, sakit kaki, sakit mata dan demam.
Macam dah tiada benda lain nak dimakan... ubat juga yang jadi sasaran.

Pagi ni... bukan dia yang demam tetapi umi dia yang dah semacam. 
Badan ni dah rasa semacam.... dedor jer
Mungkin juga sebab perubahan cuaca... atau dah memang nak demam maka demamlah .... yer.
Bersilih ganti dengan ayah dan kakaknya yang dah demam
Dah satu rumah mana lagi nak lari

Petang ni kena siapkan jintan salai pulak.






02 Julai 2014

Seluar batik pakaian santai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seluar batik pakaian santai


Sengaja nak melihat kelainan pada pakaian anak-anak.  
Selalu pakai seluar baju beli.  Kali ini giliran umi pula nak tunjuk skill menjahit seluar batik. :P
Bukan tidak sayang kain batik baru beli tetapi kalau beli tak pakai-pakai nanti reput sebab simpan.  Kebetulan pula ada kain batik satu ni dah lama sangat simpan ... jadi sebelum ia mereput baik digunakan sehingga reput.



Seluar batik amatlah sesuai untuk anak kecil tidak kira anak lelaki atau perempuan.  Dah berjaya siapkan satu untuk anak perempuan... tak nak pakai pulak.  Buat satu lagi untuk adik lelakinya... okey suka sangat sampai tak mahu bergambar. Nampak ayah terlompat-lompat nak ikut.


owhhh ala.... dok muting lagi... sudah-sudah la tu Abid.

Nampak sangat lah kan umi ni suka paksa anak-anak bergambar... sampai patah pembaris panjang.  Itu kerja si Abid. 
Kakak-kakak sekelian maaf yer umi nak tangkap gambar Abid saja. Korang jangan nak menyibuk.  Bila umi dah siapkan korang punya seluar batik nanti baru boleh bergambar ramai-ramai.

Pada asalnya nak buat seluar pelikat untuk anak lelaki dan seluar batik untuk anak perempuan.  Tetapi budak-budak kan.... pakai batik atau pelikat mana-mana pun cantik dan segak bergaya.

Tunggu lah kalau ayah beli kain pelikat murah sikit boleh buat seluar pelikat :P
Kalau nak buat seluar pelikat dari kain pelikat cap Mangga atau Gajah Duduk... huihh... mahal tu.
Budak-budak cepat membesar... buat apa beli mahal-mahal nanti membazir saja.

Seluar batik sesuai juga untuk pakai di hari raya kan? 
:P




24 Jun 2014

Aktiviti bersama anak-anak di padang permainan semasa cuti sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Aktiviti bersama anak-anak merupakan satu agenda keluarga yang membahagiakan walaupun disulami dengan jeritan dan tangisan, kejar-mengejar dan jatuh bangun.  Tangis dan tawa adalah penyedap rasa dalam perhubungan kekeluargaan.  Wah... ala-ala pakar motivasi keluarga pula. :P


Apa nama benda ni entah.  Gambar ini adalah antara sebahagian kecil yang sempat dirakam.  Ada lagi tetapi tidak berapa cantik jadi tidak perlu nak tunjuk sangat kan skill jurugambar yang tidak menjadi.  Buat semak mata memandang saja :P

Secara kebetulan satu pagi yang dingin, ayah tidak bekerja dan umi juga jarang bekerja di hujung minggu.  Ambil kesempatan yang ada untuk membawa anak-anak ke padang di kawasan berhampiran rumah.  Aktiviti ini pada awalnya memang tidak tertulis di mana-mana poster tetapi dapat tahu melalui perbualan di sebuah warung.


Alahai... jenuh juga memujuk si jantung hati umi.  Tak nak bergambar pulak.  
Silap banyak lah, sebabnya umi memang suka tangkap gambar curi-curi ni.
Kan ... dah dapat.   Perasan rambutnya macam Aaron Aziz.  :P


Anak beranak.  Seorang sedang mencari rumput malu, seorang lagi tolong cari, ayah menjaga anak-anak dan si anak lelaki pula sedang meninjau peluang nak bermain di tepi longkang...

Dah jumpa rumput malu tetapi sikit sangat.  Nak cari lain rumput pun dah kering.

Mencari lagi... tak jumpa dan malas nak layan kerenah adik gebu. Kan???



Tak nak berenggang dengan ayah.  Takut bunyi enjin pesawat :P


Abang dah jumpa port yang sesuai untuk main lompat-lompat dengan kawan-kawan.
Mujur juga longkang kering.  Dah banyak hari hujan tak turun neh.

Dalam banyak-banyak gambar di atas.  Seorang lagi tidak kelihatan iaitu baby Abid.  Abid takut sangat dengar bunyi enjin.  Menjerit-jerit... bawa masuk dalam kereta baru diam.  Boleh pula dengan riang-rianya dia  relaks dalam kereta. 

Dan... gambar umi pun memang tak ada.  Maaf lah susah sikit nak bergambar, umi memang tak biasa lah nak interframe.... tolong tangkap gambar untuk anak-anak boleh lah..

Aktiviti seharian dengan anak-anak memang tidak menjemukan.  Walaupun letih tetapi hati puas kerana dapat melihat perkembangan dan kemajuan dalam pembesaran mereka.

Sekian.


07 Mei 2014

Rabu Tanpa Kata | Menara Pinggan Kuning

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Sakit tangan dah


Senyum!


Menara Pinggan Kuning



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
yangbaik.blogspot.com | suka duka pentas dunia
#doauntukMH370




$$$  

25 April 2014

Demam nak tumbuh gigi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tajuk ini telahpun ditempah beberapa bulan yang lalu.  Ketika Abid demam kerana hendak tumbuh gigi.  Kesian kan kat Abid... dah berbulan-bulan hilang sakit tumbuh gigi dan kali ini sakit itu datang lagi. Dan datangnya sakit itu ketika umi tiada di rumah... ketika umi menghadiri KAD di Shah Alam.

Ayah memang lah ... dah umi balik baru nak cerita Abid demam... Ayah kata tak nak bagi umi bimbang lagipun demamnya bercampur dengan demam rindu... Elok umi balik kena tambah 1 hari lagi cuti untuk 'take care' Abid dan Inas yang turut demam.


17 April 2014

Tunjuk perasaan dalam entri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Entahlah! perasaan apa yang nak ditunjukkan pun tak tahu.  Dalam keadaan perasaan yang tidak menentu bercampur baur antar suka, gelisah, kecewa, teruja dan moody.  Tidak tahu bagaimana perasaan itu bercampur.  Semuanya kerana pengaruh persekitaran yang kadang-kadang boleh menggugat kesejahteraan jiwa raga.

Ayat kan mesti tapau dari mana-mana entri dalam fesbuk

Tidak ahh.  Memang ayat sendiri ler nie.



Pertama:

14 April 2014

14.4.14 | 18 bulan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini, sekali lagi post entry mengenai budak ini.  Pagi tadi dah buat post mengenai dia yang bakal ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak.


Gambar: #MuhammadAbid di #kkia #nervous tunggu giliran untuk #suntikan #18bulan. Giliran #14. Huwaaaa
Muhammad Abid | Teruja atau cuak neh?

Pagi tadi, bawa Abid ke KKIA (Klinik Kesihatan Ibu dan Anak) untuk pemeriksaan berkala... kira macam berjadual.  Jika tidak ikut jadual... bising jer misi kat KKIA macamlah kita sengaja walhal kita pun ada kerja lain yang kadang-kadang terdesak kan.  Sabar jer lah...  


Genap 18 bulan dan suntikan lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini, genap usianya 18 bulan atau 1 tahun 6 bulan.  Sungguh cepat masa berlalu masih terasa seakan semalam ianya berlaku.  Semoga Abid bertambah sihat dan pintar.



11 April 2014

Projek menjahit manik dan pembantu setia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Projek ini pada asalnya memang tiada kaitan dengan dia kerana bajunya tidak boleh dijahitkan manik... habis dicungkilnya.  Tetapi harus juga diselitkan wajahnya kerana dia pembantu dan peneman setia.

Dah buat entri ni kan... tak tau pulak bila nak publish sebab tunggu hari yang idea tak muncul... tetapi rasa macam tak sabar jer nak publish walaupun baru tadi dah keluarkan entri terbaru... sabar jer lah.

Anak ini memang tekun bila tiba bab menganggu gugat kerja buat umi.

24 Mac 2014

Dia dah pandai buka sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Apa yang dia buka sendiri tu?

Ketika kami anak beranak sedang asyik menonton tv tiba-tiba kedengaran bunyi pintu ais dibuka.  Tak siapa pun endah dengan bunyi pintu peti ais dibuka.  Maklumlah sedang kusyuk menonton tv.

Tiba-tiba kedengan suara menjerit.. "Abid buat apa tu?"

Apa lagi umi pun melompat le nak ke dapur.  Tak sempat sampai dapur, Abid dah meluru lari ke ruang tamu dan ternampak Abid pegang otak-otak di tangan kirinya.  Melelong-lelong berlari menuju ke depan tv, ingatkan tadi meluru ke muka pintu.  :D



Baru terperasan rupa-rupanya Abid dah 'kupas' sendiri otak-otak yang diambil dari peti ais.  Otak-otak semalam yang ayah bawa balik.

Terus saja duduk depan tv... lepak-lepak sambil makan otak-otak.  Macamlah boleh habis seketul tu.  

Abid memang suka makan otak-otak, tambahan otak-otak yang ayah bawa balik ni tak pedas sangat.  Isinya juga halus dan sedap.  Sesuai sangat dengan kanak-kanak seusia Abid; 1 tahun 5 bulan.


Nak otak-otak?  Dah tunjuk, nak ambil tak bagi pula.  Terus masuk mulut.  Sekali ngap sepenuh-penuhnya dalam mulut.  Geram betul.


Sekali makan, masuk banyak-banyak... nak tolong suapkan tak bagi.  Sudahnya sampai termuntah-muntah.  Itupun tak serik lagi... nak makan juga.  Tapi tak habispun... Abid makan separuh saja.

Abid dah pandai buka otak-otak sekarang nie... memang nak sangka.  Ohh... umi sudah ketinggalan dengan perkembangan anak-anak dek kesibukan dengan urusan kerja.  Mudah-mudahan belum terlewat untuk umi terus mengikut perkembangan anak-anak.

Jom makan #otak-otak.


#pray4mh370


suka duka pentas dunia



$$$



19 Mac 2014

Demi mu yang tersayang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Demi mu yang tersayang.  Anak-anak memang kesayangan umi.  Selagai hayat dikandung badan.


Irdina Huda, 1 Amanah.

Umi bila bercerita memang lah lemah sangat nak mula cerita.  Jenuhlah reka ayat dan cerita... tak menjadi juga.  Semoga tiada yang kecewa.

Semenjak anak-anak dah bersekolah ni, umi dah ayah juga turut belajar sekolah semula.  Masuk darjah 1 dan juga masuk tadika.  Tak ingat pula pengalaman masa sekolah rendah dulu....ingat-ngat lupa deh.

Sudah beberapa hari Irdina ingatkan umi, kalau tak silap dari minggu lepas.  Elok juga hari ini diingatkan sekali lagi mengenai keperluan untuk pembelajaran di sekolah esok.  Kalau tidak diingatkan memang umi langsung tak ingat.  Disebabkan ingatan anak-anak yang masih kuat inilah yang banyak membantu umi dalam persekolahan mereka. Haa... kan dah terbalik.

Minggu lepas Irdina ingatkan umi 

"Umi! minggu depan cikgu suruh bawa kotak kecil, kertas warna, gam dan gunting"

"OK" (macam ko pula ... ngeee)

Dan percayalah selepas itu umi tidak ingat langsung mengenai keperluan berkenaan.  Sehinggalah petang tadi Irdina ingatkan sekali lagi mengenai perkara yang sama.  Esok dah nak guna pulak tu...

Lepas solat maghrib, umi pun mencari-carilah kalau-kalau ada masih ada lagi kotak kecil yang pernah disimpan satu masa dulu.  Antaranya kotak handphone, kotak coklat dan beberapa kotak yang comel.  Memang umi dah lupa lagi... sebenarnya umi dah pun buang kotak-kotak berkenaan semasa aktiviti 3S (Sisih, Susun, Sapu) di rumah.

Okey... jangan pernah mengalah.  Sekiranya tiada di rumah di kedai kan ada. :P


Kotak kecil dan kertas warna

Dan, di atas adalah hasil rembatan umi dari kedai di depan sana.  Memang umi tidak berapa suka nak merempit malam-malam.... siang pun tak suka juga.  Tetapi demi anak-anak, merempit kini sudah menjadi sebahagian daripada aktiviti umi. (hahaha)

Kotak tu... sudah tentu dikeluarkan makanannya dan disimpan dalam peti ais.  Pelik juga... tiada yang berebut pula nak makan makanan itu.  Adakah kerana mereka sudah kenyang atau mereka tidak perasan.  Kerana umi beli kotak kecil sahaja kan nnn.

Tak kisah lah apa pun umi dah beli dan Irdina nampak teruja sangat.  Cuma kertas warna tu...

Alif kata "cikgu nak kertas warna bukan ada bulat-bulat tu, cikgu nak kertas warna yang ada warna saja macam warna biru, warna hijau atau warna pink".

"Bukan kertas warna yang ada banyak warna"

Ha aa... kan.
Umi memang dah agak tetapi hanya itu pilihan yang ada.

Untuk tidak mengecewakan... umi selongkar lagi kotak kertas yang lama dan jumpalah dengan beberapa helai kertas warna saiz A4.  Jadilah ada warna biru cair dan warna coklat muda.  Asalnya kertas itu dijadikan sebagai 'cover' untuk tugasan.  Boleh lah.

Dah simpan baik-baik dalam beg plastik dan letak sebelah beg sekolah.

Siap satu tugasan penting untuk hari ini iaitu mendapatkan kotak kecil, kertas warna, gam dan gunting.  Tengoklah hasil kerjanya nanti.


#pray4mh370


suka duka pentas dunia


$$$ 

Carian