Pageviews

31 Julai 2013

Wordless Wednesday | Malam Berinai 2 Anak Gadis Menjelang Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tanpa paluan kompang mahupun renjisan air mawar.  Yang ada hanyalah bunyi bising daun inai ditumbuk dengan alu dan lesung. :D

Malam tadi dengan gigihnya emak dara menginaikan anak gadisnya yang berdua...







Entah mana dulu mana kemudian...

Giveaway | Perancangan bulan Ogos 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


header yang pernah bertakhta seketika cuma...

Alhamdulillah blog #yangbaik sudahpun berusia 5 tahun pada tahun ini.  Tarikh yang lengkap tidak dapat diingati kerana beberapa entry awal sekadar percubaan telahpun terpadam... bukan sengaja tetapi dalam proses pembelajaran.  Walaupun demikian blog #yangbaik bukanlah blog pertama aye tetapi blog yang kedua dan ada lagi blog lain yang tidak berapa aktif.

Dipendekkan cerita... ehh panjang sangat ker intro kat atas tu.  Sekadar satu perenggan yang tidak beberapa patah perkataan... tidaklah panjang sangat.

Insya Allah, bersempena usia blog #yangbaik mencecah 5 lima tahun, beberapa perancangan sedang dan sentiasa bermain di kotak akal ini.

Antaranya adalah hendak mengadakan giveaway secara tetap setiap bulan.  Giveaway ini mudah saja dan tidak akan menyusahkan.  Hadiahnya tertakluk kepada budi bicara dan sumber.

Dan berikut adalah antara contoh hadiah giveaway yang bakal diterima.  Ada sesiapa yang berminat?



selendang atau shawl


alas meja kait

Buku.  gambar hiasan

cuba teka...gambar apakah ini.

Gambar-gambar di atas atas adalah tertakluk kepada pindaan dan stok semasa atau stok baru.  Atau ada cadangan hadiah lain... akan aye pertimbangkan. :D

Dan yang pasti setiap hadiah bukanlah bahan kitar semula atau barang terpakai sebaliknya didatangkan khusus untuk setiap giveaway. :)

Semoga saya dikuatkan semangat dan dapat melaksanakan perancangan ini dengan teratur dan cantik.

Sekian adanya...

Terima kasih.

Yang rendah tidak semestinya kecil

Assalamualaikum dan salam sejahtera






Janganlah seorang muslim merendahkan muslim lainnya! Karena sekecil-kecilnya seorang muslim, di sisi Allah adalah besar.
(Khalifah Abu Bakar ash-Shiddiq)



^-^

30 Julai 2013

Tempat Berbuka Puasa Paling Istimewa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seperti biasalah bulan Ramadhan ni memang sinonim dengan Majlis Berbuka Puasa atau Iftar.  Lokasi Iftar berlambak-lambak dan merata-merata di hotel, restoren atau di gerai tepi jalan.

Temenung sweet sour boleh digantikan dengan kerapu atau siakap
Goreng kunyit pun sedap!!

Bermacam-macam iklan di sana-sini mewar-warkan kelebihan Iftar di tempat masing-masing dengan harga dan promosi yang paling istimewa.  Dan seolahnya sudah menjadi suatu hal yang wajib atau kemestian untuk berbuka puasa di tempat yang paling istimewa untuk meraikan ahli keluarga, saudara mara, rakan taulan atan rakan bisnes.

Bagi #yangbaik pula tempat berbuka puasa paling istimewa adalah dirumah.  Berbuka puasa bersama suami dan anak-anak yang masih kecil (yang tak puasa kata puasa! :P).  Melayan kerenah anak-anak semasa berbuka puasa mengingatkan kembali zaman semasa kecil dulu.  Tak kurang juga tempat yang paling istimewa untuk berbuka puasa adalah di rumah mak.  Berbuka puasa dengan masakan mak adalah pengalaman yang paling indah.  Hanya setelah kau pergi... kenangan itu akan tetap bersatu dalam ingatan ini.

Ayat di atas tu skema sangat. bukan tak nak berbuka di luar... zaman ekonomi tak berapa nak stabil ni elok lah berjimat cermat... kalau dah satu kepala dicaj sampai RM40.00 seorang dua tak per lagi... dibuatnya empat orang tambah dengan anak2 lagi... kopak duit belanja dapur untuk sebulan... baik mengalah makan kat rumah jer... sayur ulam pucuk paku pun sedap :D

Sambil itu layan jugaklah menu atau juadah berbuka puasa tahun lepas.  Tahun ni tak sempat nak snap gambar bagai... sibuk tak bertempat!  ngeeee


Kurma udang.  tahun ni baru sempat makan kurma daging.
Udang mahal sikit.


Nasi beriani abang belanja.
simbolik di sebalik abang belanja... cari sendiri
Baru beberapa hari lepas makan nasi karot.. kak hanim buat


kueh cara berlauk rusa.  memang sedap tapi anak-anak pula tak makan
buat makan sendiri sudah.

Layan jugak lah ...

Kesenangan yang akan segera ditinggalkan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perbezaan antara tinggi dan rendah memang nampak pada mata kasar
tetapi yang tersirat disebalik ketinggian tiada siapa yang tahu.  Gambar hiasan

Salam Ramadhan Karim!

Hari ini dah masuk Ramadhan ke-21 iaitu fasa ketiga yang lebih dikenali sebagai fasa pelepasan dari api neraka...

Semoga kita mampu mendapat malam seribu rahmat dan malam seribu bulan iaitu Malam Lailatul Qadar.

Dunia adalah kesenangan yang (akan) segera ditinggalkan. Demi Allah yang tiada Ilah (sesembahan) yang berhak disembah selain Dia, tak lama lagi (dunia ini) akan hancur bersama penduduknya. Maka ambillah dari kesenangan dunia untuk mentaati Allah semampu Anda! Sesungguhnya tiada daya dan upaya kecuali dari Allah.
(Qatadah  (salah seorang murid Ibnu Mas'ud ))

Tiada kata dan ulasan panjang yang dapat dihuraikan hanya ringkasan yang teramat ringkas mampu dititipkan.  Semoga mampu memmberi peringatan buat diri.

Sebenarnya aye terharu dan terkesan sekali kerana adanya komen dari sahabat blogger yang mahukan aye memberi ulasan untuk kata-kata hikmah yang dikeluarkan.  Bukan tidak mahu memberi ulasan tetapi aye lebih suka pembaca membaca dan menilainya sendiri dengan kefahaman sendiri.  Bimbang juga sekiranya ulasan aye kelak akan memberikan penilaian yang negatif pula.

Walau apapun aye akan berusaha untuk memberikan ulasan yang terbaik dari sudut kefahaman aye sendiri bagi setiap kata-kata hikmah yang dikeluarkan.  Semoga kita dapat bersama-sama berkongsi pengetahuan dan pendapat

Terima kasih di atas pandangan yang diberikan.

Sekian adanya.  Terima kasih.


29 Julai 2013

Al Kisah Jumaat, Sabtu dan Ahad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Rindu sangat dengan blog ni dan juga pengunjung blog ini.

Sudah 3 hari... entry yang dikeluarkan adalah auto publish... maaf yer kawang-kawan.  Memang itu entry mesti buat setiap hari dan sekiranya ada tambahan idea dan cerita akan dikemaskini dan update dari semasa ke semasa.  Macamlah banyak sangat idea nak menulis....

#yangbaik bukanlah dengan sengaja membiarkan blog ini kesepian dan kekeringan entry... ada satu pun jadi lah kan.

Setiap hari bila cuti memang berebut laptop dengan anak-anak.  Jadi untuk mengambil jalan tengah, meh mogok 'on' laptop dan mogok juga 'on' internet.  Tengok tv lagi baik.

Sementelahan cuti yang panjang seperti biasa juga projek masak memasak adalah aktiviti mesti (kalau wajib tak buat berdosa kan?) bagi suami isteri ini.

Dan... tidak boleh lari juga dari 'jemputan berbuka puasa' di rumah mertua dan saudara mara... tiada alasan!

Seperti biasa juga apabila menghadiri jemputan berbuka puasa... mahu atau tidak mesti bawa buah tangan.  Sebab itulah tak sempat nak berlaptop dan berblogging...

Pagi-pagi kemas rumah serba ringkas sambil mereka resepi dan menu untuk dimasak.  Seterusnya keluar ke pasar jalan-jalan cari bahan masakan.  Bukan itu sahaja, kena buat juga bayar pampasan kepada pengikut yang setia tanpa diminta menghulurkan bantuan.  Bantuan la sangat...

Begitulah peristiwa hari Jumaat dan Sabtu...

Hari Jumaat pagi ... ada satu  aktiviti rahsia yang dah lama tak buat ... jeng jeng... biarlah rahsia ^-^

Dan... kalau nak bercakap mengenai membeli pakaian raya memang tak larat nak taip... ada baju raya yang dibeli untuk adik terpaksa bagi kepada kakak .... dan bertambah lagi bajet... lari lagi bajet raya tahun ni...

Belum lagi selesai... sambung lagi aktiviti membeli keperluan raya... mengikut mood semasa


28 Julai 2013

Berbaik sangka atau buruk sangka mana satu yang terbaik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Tidaklah berburuk sangka terhadap hawa nafsunya sendiri kecuali orang yang mengenalinya. Barangsiapa yang berbaik sangka terhadap hawa nafsunya maka dia adalah orang yang paling jahil (bodoh) tentang dirinya sendiri.

(Ibnu Qayyim al-Jauziyyah)

27 Julai 2013

Himpunan perkara taubat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Taubat (yang benar) menghimpun empat perkara :

(1) istighfar dengan lisan,

(2) meninggalkan perbuatan maksiat,

(3) bertekad dalam hati untuk tidak kembali berbuat dosa dan

(4) meninggalkan teman-teman yang jahat.

(Muhammad bin Ka'ab)

26 Julai 2013

Tujuan hidup bukan untuk makan semata-mata

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Siapa yang tujuannya hanyalah apa yang akan masuk ke dalam perutnya, maka nilainya tidak lebih dari apa yang keluar dari perutnya.
(Imam asy-Syafi'i)

25 Julai 2013

Antara Hadiah dan Amanah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Apabila hadiah (harta suap) telah masuk melalui sebuah pintu, maka sifat amanah akan keluar melalui jendela.
(Seorang ahli hikmah)