Jangan pandang rendah
Seperti biasa, kita terlupa lagi
Apabila berbicara sesuka hati
Memang enak berbicara bilamana ada rakan turut serta
Mana ada orang cakap sendirian
Melainkan atas sebab tertentu seperti hafal skrip, hafal ceramah, hafal doa dan sebab lain sangat sulit untuk dinyatakan
Okey, bila kita berbicara kadang-kadang kita terlupa bahawa kita ini hanya manusia biasa
Kita bicara mengenai kesilapan orang lain
Kita bicara mengenai kesalahan orang lain
Kita bicara mengenai masalah orang lain
Tidakkah kita ingat bahawa segala yang kita katakan itu ada juga pada diri kita
Hanya ia dijelmakan dalam bentuk yang lain.
Memang kita tidak ingat
Kerana segalanya tidak sama
Walaupun dasarnya adalah serupa
Jangan Pandang Rendah |
Kita sewajarnya harus ingat bahawa kesilapan orang itu ada masanya dia bisa perbetulkan.
Bagaimana pula dengan kita sendiri ?
Adakah kita akan perbetulkan kesilapan sendiri?
Bila?
Bagaimana?
Di mana?
Istighfarlah ... muhasabah diri...