Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Cuti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cuti. Papar semua catatan

29 Julai 2013

Al Kisah Jumaat, Sabtu dan Ahad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Rindu sangat dengan blog ni dan juga pengunjung blog ini.

Sudah 3 hari... entry yang dikeluarkan adalah auto publish... maaf yer kawang-kawan.  Memang itu entry mesti buat setiap hari dan sekiranya ada tambahan idea dan cerita akan dikemaskini dan update dari semasa ke semasa.  Macamlah banyak sangat idea nak menulis....

#yangbaik bukanlah dengan sengaja membiarkan blog ini kesepian dan kekeringan entry... ada satu pun jadi lah kan.

Setiap hari bila cuti memang berebut laptop dengan anak-anak.  Jadi untuk mengambil jalan tengah, meh mogok 'on' laptop dan mogok juga 'on' internet.  Tengok tv lagi baik.

Sementelahan cuti yang panjang seperti biasa juga projek masak memasak adalah aktiviti mesti (kalau wajib tak buat berdosa kan?) bagi suami isteri ini.

Dan... tidak boleh lari juga dari 'jemputan berbuka puasa' di rumah mertua dan saudara mara... tiada alasan!

Seperti biasa juga apabila menghadiri jemputan berbuka puasa... mahu atau tidak mesti bawa buah tangan.  Sebab itulah tak sempat nak berlaptop dan berblogging...

Pagi-pagi kemas rumah serba ringkas sambil mereka resepi dan menu untuk dimasak.  Seterusnya keluar ke pasar jalan-jalan cari bahan masakan.  Bukan itu sahaja, kena buat juga bayar pampasan kepada pengikut yang setia tanpa diminta menghulurkan bantuan.  Bantuan la sangat...

Begitulah peristiwa hari Jumaat dan Sabtu...

Hari Jumaat pagi ... ada satu  aktiviti rahsia yang dah lama tak buat ... jeng jeng... biarlah rahsia ^-^

Dan... kalau nak bercakap mengenai membeli pakaian raya memang tak larat nak taip... ada baju raya yang dibeli untuk adik terpaksa bagi kepada kakak .... dan bertambah lagi bajet... lari lagi bajet raya tahun ni...

Belum lagi selesai... sambung lagi aktiviti membeli keperluan raya... mengikut mood semasa


06 Januari 2013

Persoalan Berkaitan Cuti Lagi

As salam,


Banyak-banyak soalan dalam dunia maya ni... soalan yang satu ni jugalah yang menjadi pilihan mereka (atau dia seorang saja?).  Hairan betullah mengapa tak berani berhadapan dengan empunya diri sebaliknya tanya kat google, pastu singgah kat blog nih...

Hari ni kan cuti umum, semalam pun cuti umum jugak.  Kenapa mesti minta izin pada bos nak cuti pada hari Cuti Umum?.  Dah cuti umum kan... cuti sajalah.  Lainlah kalau hari bekerja. (Tiba-tiba teringat... jangan-jangan anak buah aye yang minta cuti... eh eh eh... minta cuti secara online kat portal bukan minta secara atas talian dengan mr google lah!).

Macam ni lah dipendekkan cerita dan dimudahkan pemahaman.  Alasan untuk bercuti biarlah yang munasabah (rasanya dah publish lama dulu) janganlah mereka (mencipta) alasan yang bukan-bukan. 

Cuti Kerana Saudara Terdekat Sakit

Jika benar hendak bercuti kerana emak sakit, anak sakit, suami sakit atau diri sendiri yang sakit biarlah memang dah tiada pilihan sangat.  Memang kita yang perlu cuti untuk menjaga mereka kerana dah tiada orang lain yang boleh jaga. 

Dalam pada itu hendak cuti pun kenalah pastikan semua tugas tiada yang terbengkalai.  Dalam keadaan tertentu sakit memang tidak dijangka dan boleh datang pada bila-bila masa (termasuk si penulis ini).  Justeru sebagai individu yang bekerja kita sering diingatkan untuk menjaga kesihatan dan sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan atau aktiviti agar tidak menjejaskan kesihatan.

Dalam Jabatan Kerajaan Cuti Kerana Menjaga Ahli Keluarga terdekat yang sakit adalah dibenarkan dengan syarat-syarat tertentu.  Jika hendak bercuti lama boleh membuat perancangan awal dan mohonlah Cuti Tanpa Gaji.  Dengan ini secara tidak langsung memberi peluang kepada bos untuk merancang dan mengagih tugas.

Cuti Tahun/ Cuti Rehat

Setiap staf diberikan kadar cuti tertentu untuk tempoh satu tahun dan hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya serta dirancang.  Cuti hendaklah dirancang dan elakkan mengambil cuti tidak dirancang seperti EL (Emergency Leave atau Cuti Kecemasan).

Gunanya Cuti Rehat atau Cuti Tahun adalah untuk memberi peluang kepada staf untuk menguruskan urusan peribadi tertentu pada hari-hari bekerja dengan tidak menghadirkan diri ke tempat kerja.

Alasan untuk mengambil cuti Tahun atau Cuti Rehat pada kebiasaannya adalah kerana urusan keluarga seperti menguruskan persekolahan anak-anak, urusan peribadi lain yang tidak boleh diselesaikan pada hari Cuti Umum (Sabtu/ Ahad). 

Sebaiknya cuti itu dirancang dan dimaklumkan lebih awal kepada bos.  Tidaklah bos mengamuk bila kerap sangat ambil EL atau Cuti Sakit (pura-pura sakit).

Kesimpulan

Bos memang tiada kuasa untuk menyekat cuti stafnya tetapi staf perlu merancang dengan bijak bila hendak cuti dan untuk apa. 

Alasan cuti biarlah logik dan diterima akal serta kita sendiri yakin dan percaya bahawa cuti yang diambil itu adalah memang perlu sangat.

Elakkan juga mengambil cuti dengan sengaja atas alasan-alasan yang tidak munasabah serta tidak boleh diterima oleh akal yang normal.

'suka duka pentas dunia'

(^-^)

12 Disember 2012

12122012 | Tamat tempoh cuti

As salam,



12.12.12 bersamaan 28 Muharam 1434.

Hari ini genap sudah 60 hari bermakna Muhammad Abid pada hari ini berusia 2 bulan dan tamat sudah tempoh cuti.

Syukur alhamdulillah permohonan sambung cuti 2 hari telah dibenarkan.  Walaupun 2 hari ia sungguh bermakna sekali memandangkan kesihatan Abid yang tidak berapa stabil.

Mungkin juga saja nak bermanja... dari semalam lagi nak memerap ajer... malam tidur sekejap, siang tidurnya dulu lama sekarang ni... dah tak berapa lama, sekejap jaga... hmmm takut kena tinggal barangkali... atau berubah angin.

Semangat nak bekerja sebenarnya berbelah bagi.  Itu semua harus dilalui untuk meneruskan perjalanan hidup.  Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya.

Sesudah tamat tempoh cuti ... harus segera kembali bertugas seperti biasa...

'suka duka pentas dunai

14 Februari 2012

Mencari alasan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

gambar hiasan

  1. Mencari alasan untuk bertindak atau tidak bertindak.  Ada yang mencari alasan berpusing-pusing kepala kerana mencipta seribu alasan.
  2. Mencari alasan untuk cuti.  Mengapa mesti dicari alasan lain jika sepatutnya kita mesti cuti. 
  3. Senaraikan lah berapa banyak juga alasan yang terbaik atau yang paling buruk sekali untuk mendapat cuti.
  4. Cadangan senarai cuti ?  Sesekali tidak akan dipamerkan di sini kerana apa juga alasan yang diberikan untuk kelulusan cuti pastikan ia adalah benar dan kita percaya dengan alasan itu, bukan sekadar alasan semata.
  5. Alasan itu tergantung kepada keperluan mustahak untuk cuti.  Seandainya tiada saudara mara yang sakit mengapa harus diberikan alasan nenek sakit.  Dalam nenek dok sihat wal afiat, tiba-tiba jatuh sakit pula dan andainya nenek sudah tiada apakah sanggup kita menipu diri sendiri dengan alasan yang tidak masuk akal.
  6. Apapun alasan yang dicari... berpeganglah kepada kebenaran dan hakikat.
.

Carian