Assalamualaikum dan selamat sejahtera
|
Perbezaan antara tinggi dan rendah memang nampak pada mata kasar tetapi yang tersirat disebalik ketinggian tiada siapa yang tahu. Gambar hiasan |
Salam Ramadhan Karim!
Hari ini dah masuk Ramadhan ke-21 iaitu fasa ketiga yang lebih dikenali sebagai fasa pelepasan dari api neraka...
Semoga kita mampu mendapat malam seribu rahmat dan malam seribu bulan iaitu Malam Lailatul Qadar.
Dunia adalah kesenangan yang (akan) segera ditinggalkan. Demi Allah yang tiada Ilah (sesembahan) yang berhak disembah selain Dia, tak lama lagi (dunia ini) akan hancur bersama penduduknya. Maka ambillah dari kesenangan dunia untuk mentaati Allah semampu Anda! Sesungguhnya tiada daya dan upaya kecuali dari Allah.
(Qatadah (salah seorang murid Ibnu Mas'ud ))
Tiada kata dan ulasan panjang yang dapat dihuraikan hanya ringkasan yang teramat ringkas mampu dititipkan. Semoga mampu memmberi peringatan buat diri.
Sebenarnya aye terharu dan terkesan sekali kerana adanya komen dari sahabat blogger yang mahukan aye memberi ulasan untuk kata-kata hikmah yang dikeluarkan. Bukan tidak mahu memberi ulasan tetapi aye lebih suka pembaca membaca dan menilainya sendiri dengan kefahaman sendiri. Bimbang juga sekiranya ulasan aye kelak akan memberikan penilaian yang negatif pula.
Walau apapun aye akan berusaha untuk memberikan ulasan yang terbaik dari sudut kefahaman aye sendiri bagi setiap kata-kata hikmah yang dikeluarkan. Semoga kita dapat bersama-sama berkongsi pengetahuan dan pendapat
Terima kasih di atas pandangan yang diberikan.
Sekian adanya. Terima kasih.